Idea & Panduan Penjana Nama Bisnes Seni Bina

Jana nama bisnes arkitek yang menarik dengan menekan butang jana di bawah! Jangan lupa kata kunci untuk sentuhan nama yang lebih unik!

1. Pilih kata kunci Nama Bisnes Arkitek anda

Guna perkataan yang menunjukkan identiti perniagaan anda sebagai kata kunci yang akan dijana

2. Dapatkan idea Nama Bisnes Arkitek anda

Semak senarai idea nama Bisnes Arkitek yang telah dijana sebelum anda memilih nama bisnes serta membuat keputusan muktamad

3. Pilih Nama Bisnes Arkitek anda

Pilihlan Nama Bisnes Arkitek yang berkaitan dengan perkhidmatan anda dan gunakannya sebagai nama perniagaan anda

“Terdapat 360 sudut pada darjah, mengapa perlu memilih satu sahaja?”- Zaha Hadid

Kata-kata arkitek tersohor Zaha Hadid itu menggambarkan kreativiti di dalam bidang seni bina seakan tidak berpenghujung, seperti berlayar di lautan yang tidak bertepian.

Begitu juga nama bisnes, terdapat pelbagai cara untuk menjadikan pelanggan, pelabur malah orang awam terpesona dengan kreativiti nama bisnes seni bina anda.

Tetapi, mengapa ia sangat penting?

Menurut data, terdapat hampir 6,000 arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia dan sejumlah 500 arkitek berada di bawah naungan Institut Arkitek Landskap Malaysia. Ini tidak termasuk bidang seni bina lain seperti pereka bentuk dalaman.

Perkhidmatan bisnes seni bina lebih tertumpu di bandar-bandar utama di Malaysia seperti Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang atau sebahagian kecil di Sabah dan Sarawak.

Jumlah sebegitu menjanjikan satu perkara pahit untuk ditelan: industri seni bina sememangnya kompetitif dan anda memerlukan sesuatu untuk tampak berbeza dengan pesaing.

Nama bisnes yang unik dan menarik ialah elemen penting untuk menarik minat pelanggan seterusnya meningkatkan daya saing bisnes anda di dalam pasaran.

Panduan Peraturan Nama untuk Firma Seni Bina

Lembaga Arkitek Malaysia merupakan badan yang mengawal selia profesion, antaranya arkitek dan pereka dalaman di Malaysia. 

Nama bisnes seni bina, seperti firma arkitek (dan juga pereka bentuk dalaman) mempunyai panduan seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Arkitek 1967 dan Pekeliling Umum. Antara panduan yang boleh kami kongsikan adalah:

Milikan tunggal

Dinasihatkan untuk menggunakan nama pemilik firma sepenuhnya atau sebahagian nama.

Perkongsian

Mengandungi nama rakan kongsi atau akronim awalan nama mereka. Nama firma juga tidak seharusnya seakan menjatuhkan martabat profesion atau mengelirukan.

Badan Korporat

Mengandungi nama pengarah atau akronim awalan nama mereka. Nama firma juga tidak seharusnya seakan menjatuhkan martabat profesion atau mengelirukan.

Badan Korporat dengan Pelbagai Disiplin

Mengandungi nama pengarah atau akronim awalan nama mereka. Nama firma juga tidak seharusnya seakan menjatuhkan martabat profesion atau mengelirukan.

Cara Menamakan Bisnes Seni Bina

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bisnes seni bina seperti firma arkitek dan pereka bentuk dalaman terikat dengan peraturan dalam menamakan bisnes mereka. 

Bagi cabang disiplin seni bina yang lain, sebagai contoh firma reka bentuk landskap (Akta Arkitek 1967 tidak terpakai untuk pereka bentuk landskap) anda masih berpeluang menggunakan nama ciptaan sendiri sebagai nama firma anda.

Cara tradisional mengikut peraturan

Kebanyakan firma seni bina dan reka bentuk dalaman menggunakan nama sendiri atau akronim awalan dan digabungkan dengan perkataan seperti “Architect”, “Arkitek” dan “Design”. 

Selain daripada mengikut peraturan yang ditetapkan, nama sebegini kelihatan profesional dan bersifat deskriptif. Jadi pelanggan akan lebih mudah mengenali perkhidmatan yang ditawarkan oleh bisnes anda.

Contoh firma di Malaysia:

  1. Hijjas Kasturi Associate
  2. Sarly Adre Sarkum Architecture 
  3. ATSA Architects 
  4. MLA Landscape Architect
  5. P I Architect
  6. TAK Group
  7. HL Design
  8. Arkitek KDI

Selain daripada nama sendiri

Pendekatan ini boleh digunakan untuk reka bentuk landskap dan juga firma yang mempunyai pelbagai disiplin dalam bidang seni bina.

Nama ciptaan sendiri (yang relevan dengan industri seni bina) akan lebih mudah diingat dan tampak lebih menarik. Apa yang penting, nama bisnes anda tidak mengelirukan dan kedengaran profesional.

Contoh firma di Malaysia:

  • Veritas Design
  • Millimeter Design
  • The Roof Design
  • Arkitek Jururancang Malaysia
  • Archimatrix
  • Landart Design
  • Perunding Hijaureka
  • Urban Design Group
  • BEP Arkitek

Ciri-ciri Nama yang Bagus untuk Bisnes Seni Bina

Tidak dinafikan terdapat agensi pemasaran yang menawarkan khidmat mencari nama bisnes secara profesional.

Sebenarnya, anda sendiri berupaya untuk dapatkan nama yang bagus dan paling penting, dapat menjimatkan banyak kos–sementelahan lagi jika bisnes anda masih dalam peringkat awal dan perlu menggunakan modal pusingan secara optimum.

Kami kongsikan tips untuk mendapatkan nama bisnes yang berkualiti.

  • Pendek

Nama yang pendek dan mudah lebih senang diingat pelanggan. Walaupun anda mencipta perkataan sendiri, perkataan tersebut perlu pendek dan tidak sukar untuk disebut oleh mereka dan relevan dengan konsep seni bina.

  • Profesional

Profesion seni bina itu sendiri diangkat martabatnya sebagai pekerjaan atau perkhidmatan profesional. Tidak semua orang mampu melakukannya tanpa pendidikan dan bakat. Nama yang kedengaran profesional mampu menanam keyakinan kepada pelanggan dan menarik minat mereka untuk menggunakan perkhidmatan anda.

  • Mudah

Kami faham, bidang seni reka sememangnya rumit dan memerlukan sentuhan estetika. Tetapi tidak bagi pelanggan. Mereka memerlukan sesuatu yang mudah untuk diingat dan dihafal. Baik dari segi sebutan atau ejaan. Nama yang mudah sangat membantu pelanggan mencari anda di enjin carian.

Apa itu Penjana Nama Bisnes Seni Bina

Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.

Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik.

Kelebihan Menggunakan Penjana Nama Bisnes Seni Bina

Penjana nama mempunyai keupayaan menjana ratusan nama unik sekali gus. 

Secara alternatifnya, jika anda rasakan nama yang dijana kurang ideal, anda masih lagi boleh gunakan sebagai inspirasi tambahan atau idea untuk mencetuskan kreativiti dalaman anda.

Jadi tidak rugi mencuba dan kami senaraikan sebab-sebabnya:

  • Padanan mengikut logik

Penjana Nama Bisnes Seni Bina mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih. 

Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rambang.

  • Janaan berdasarkan kata kunci

Penjana Nama Seni Bina memudahkan pencarian nama bisnes. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.

Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produk yang dihasilkan atau khidmat yang ditawarkan.

Nama yang dijana akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan. 

  • Pilihan tambahan untuk hasil janaan

Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.

Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih. 

Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.

Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda sehingga 15 aksara.

Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu atau dua perkataan untuk hasil janaan. Untuk dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.

  • Tidak perlukan pendaftaran

Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan email sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut. 

Jika anda memasukkan emel, besar kemungkinan peti masuk emel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.

Tidak leceh dan begitu mudah. 

Itulah kelebihan penjana nama kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.

  • Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta

Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Seni Bina kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.

Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com

  • Idea tanpa had

Memandangkan ia hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mungkin sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Seni Bina

Selepas mengetahui apa itu dan kelebihan Penjana Nama Seni Bina, kini kami akan terangkan cara menggunakannya.

Secara idealnya, Penjana Nama Kedai Seni Bina sememangnya mudah untuk dikendalikan dan berbaloi jika digunakan untuk proses pencarian nama.

Langkah pertama:

Masuk ke lama web Penjana Nama nama kami.

Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy  dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.

Langkah kedua:

Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.

Pilih industri berkaitan dengan produk yang anda hasilkan atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Anda boleh memilih lebih daripada satu jenis industri untuk setiap janaan.

Sebagai contoh, pilih industri “construction”, “corporate” dan/atau “service” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik. 

Simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.

Secara ringkasnya, Penjana Nama Kedai Seni Bina kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:

  • Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
  • Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima (untuk dua perkataan);
  • Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.

Langkah ketiga:

Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.

Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.

20 Idea Nama untuk Bisnes Seni Bina

Untuk membantu anda secara praktikal, kami telah menggunakan Penjana Nama Bisnes Seni Bina untuk menjana 20 idea nama yang relevan.

  • Reka Rover
  • Reka Relevant
  • Reka Repulbic
  • Arkitek Antidote
  • Bina Solutions
  • Arkitek Aspire
  • Arkitek Armour
  • Jurubina
  • Jurubina Jive
  • Rekaholic
  • Arkitekly
  • Arkitekarc
  • Rekascape
  • Landskaporium
  • Rekazen
  • Lanscapely
  • Arkitekworks
  • Jurubinaprism
  • Arkitekwind
  • Rekaistic

Kelebihan Menggunakan Nama Sendiri untuk Bisnes Seni Bina

Seperti yang anda telah lihat melalui contoh firma arkitek atau bisnes seni bina lain di Malaysia, kebanyakan firma di dalam bidang ini menggunakan nama sendiri. Besar kemungkinan disebabkan oleh peraturan yang telah ditetapkan. 

Namun bagi bisnes seni bina yang tidak tertakluk kepada syarat ketat peraturan tentang nama bisnes, mereka masih menggunakan nama sendiri sebagai entiti bisnes.

Persoalannya, apakah kelebihan yang ditawarkan dengan menggunakan nama sendiri?

Nama sendiri boleh memberikan rasa pemilikan atau peribadi kepada pelanggan. Pelanggan akan merasa selesa seolah-olah sedang bekerjasama dengan pemilik bisnes seni bina tersebut secara langsung.

Tiada yang lebih membanggakan pelanggan jika dapat menggunakan khidmat Hijjas Kasturi Associates–individu yang telah mereka bentuk Menara Tabung Haji dan Rebung Telekom–untuk rekaan projek mereka.

Nama sendiri, sekiranya diberikan ruang dan peluang boleh menyerlahkan kreativiti dan keunikan tersendiri.

Sebagai contoh, Sarly Arde Sarkum Associates mungkin hanyalah sebuah firma nama milik seorang arkitek yang digabungkan dengan perkataan “Associates”. Namun, firma ini menggunakan style [SA]2 sebagai cara yang lebih kreatif untuk mewakili entiti bisnes mereka di pasaran.

Aspek keunikan lebih terjamin sekiranya anda menggunakan nama sendiri, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai nama di dalam industri. Nama sendiri akan membezakan anda dengan pesaing yang lain, dan pelanggan lebih mudah mengenali dan mengingati bisnes seni bina anda.

Apakah yang Perlu Dipertimbangkan ketika Memilih Nama Bisnes?

Walaupun anda telah mempunyai beberapa nama yang telah disenarai pendek dan juga mendapat maklum balas positif daripada orang ramai, itu tidak bermakna anda “berhak” secara automatik untuk menggunakan nama tersebut.

Ada kemungkinan nama-nama tersebut telah dimiliki oleh pihak lain walaupun mereka tidak menggunakan secara aktif, atau hanya memilikinya secara suka-suka. 

Sangat penting untuk anda pastikan nama tersebut boleh digunakan tanpa sebarang halangan serta-merta ataupun masalah yang akan timbul di kemudian hari.

Bagaimana caranya?

  • Ketersediaan domain

Seperti kami katakan, ada pemilik domain yang langsung tidak berniat untuk menggunakan domain yang mereka miliki dan mereka ini dikenali sebagai cybersquatting.

Bayangkan jika anda sudah memilih nama dan membuat pendaftaran perniagaan, mengeluarkan modal untuk papan tanda dan sebagainya, kemudian mendapati domain anda sebenarnya telah dimiliki oleh pihak lain. 

Ini semestinya mendatangkan kerugian besar kepada bisnes anda.

Sekiranya anda mendapati domain untuk nama pilihan telah diambil pihak lain, gugurkan nama tersebut daripada senarai akhir anda. 

Salah satu kelebihan menggunakan Penjana Nama Bisnes Seni Bina kami adalah anda boleh menyemak ketersediaan domain nama yang dijana secara serta-merta.

  • Saluran media sosial

Media sosial antara platform paling “ampuh” sebagai pemasaran digital dan ruang untuk berinteraksi dengan pelanggan anda.

Jika anda mempunyai perancangan untuk menggunakan beberapa platform media sosial, anda pasti mahukan keseragaman pada setiap saluran. 

Jadi cuba semak sama ada nama pilihan anda masih boleh digunakan sebagai handle dan hashtags

Jika tidak, anda terpaksa menggunakan nama handles dan hashtags media sosial yang berbeza dan boleh mengelirukan pelanggan. 

Lebih teruk lagi, anda terpaksa menggandakan usaha pemasaran (dan melibatkan kos tambahan) kerana perlu membuat strategi nama yang berbeza disebabkan perbezaan tersebut.

  • Tanda dagang

Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.

Pertama; jika anda menggunakan perkataan/nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.

Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangkan bisnes anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama/jenama anda. 

Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama komersial yang hampir sama.

Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.

Kesimpulan

Dalam keghairahan memikirkan nama yang sesuai, jangan sesekali tidak memberi perhatian kepada faktor seperti domain dan tanda dagang. Tiada yang lebih mengecewakan selain daripada setelah berhempas pulas mencari nama yang anda rasakan sempurna, tetapi tidak boleh digunakan secara komersial dan juga nama laman web anda tidak sama seperti nama bisnes anda.

Cuba gunakan tips yang kami telah berikan dan pelajari bagaimana bisnes seni bina lain menamakan nama bisnes mereka, ada pelbagai cara untuk menjadikan nama bisnes anda lebih menarik dan unik.

Jika anda boleh mempercayai perisian berkomputer yang canggih untuk melakar reka bentuk projek anda, apalah sangat meletakkan sedikit kepercayaan kepada Penjana Nama Bisnes Seni Bina kami yang menggunakan algoritma mudah untuk menjana nama yang berkualiti untuk anda.

Selamat berjaya!

Soalan Lazim

Selain daripada memenuhi peraturan yang ditetapkan undang-undang, nama bisnes seni bina perlu pendek dan mudah dieja. Anda boleh menggunakan Penjana Nama Bisnes Seni Bina untuk mendapatkan nama yang unik dan dapat menarik perhatian pelanggan.

Ejaan yang mudah dieja membantu pelanggan ingat dan memudahkan mereka mencari nama bisnes anda di enjin carian.

Penulis

Hafizie Zack

Hafizie Zack

Peguam korporat dan seorang penulis dwibahasa untuk material perundangan, teknologi & kreatif. Berpengalaman selama sepuluh tahun di dalam penulisan. Teruja dengan idea meneroka rahsia di sebalik nama bisnes, seperti sebuah anagram yang hanya mampu diselesaikan oleh Indiana Jones.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki