Mengapa Nama Jenama Pakaian dan Fesyen Penting?
Lights, Camera, Action!
Industri pakaian dan fesyen tidak lagi bersifat statik seperti dahulu. Kini label fesyen tidak hanya menjual pakaian dan seluar sahaja.
Sebagai contoh, di Malaysia pengeluar jenama pakaian dan label fesyen telah mula membuat pengkhususan dalam menjual sejadah dan kain telekung.
Di sini anda boleh lihat bagaimana pemilihan jenama memainkan peranan yang penting.
Siti Khadijah merupakan jenama utama dalam telekung di Malaysia. Mereka memilih menggunakan nama sempena nama tokoh wanita terulung di dalam peradaban dan pengembangan agama Islam.
Nama tersebut mudah diingat dan sentiasa melekat di hati pelanggan, lebih-lebih lagi mereka menjual pakaian kelengkapan untuk kaum hawa muslim.
Tanpa perlu bersusah payah menerangkan maksud jenama mereka, pelanggan seakan sudah tahu maksud dan konsep jenama yang ditawarkan.
Bagaimana Menamakan Jenama Pakaian & Fesyen
Jadi apa langkah utama dalam menamakan jenama pakaian dan fesyen?
Nama saya Ashley.
Saya seorang pakar dalam penjenamaan dan pemasaran. Saya akan menjawab soalan tersebut dan membimbing anda menghasilkan nama yang sesuai.
Di bawah ini terdapat dua puluh contoh nama saya janakan sendiri sebagai langkah permulaan dalam menamakan sebuah jenama pakaian dan fesyen.
Saya akan tunjukkan bagaimana cara saya mendapat nama-nama tersebut.
Anda juga boleh mencuba penjana nama jenama pakaian dan fesyen kami di atas.
Namun, jika anda ingin tahu langkah pertama dalam proses penamaan ini, teruskan membaca di bawah.
- Hourglass Jeans
- Clover Clothing Co.
- Runway Lingerie
- Porcelain Apparel
- Forester Flannels
- Finer Threads
- Lil’ Boss Jean Co.
- Wicked Stitch
- Modern Mode
- Tanked Up Co.
- Infinity Sportswear
- Adventure Apparel Co.
- Redwood Casualwear
- Bewitched Boutique
- Lovely Lady Clothing
- Teen Tops
- Golden Elegance
- South City Streetwear
- Clothina
- Attire Allure
Empat Langkah Menamakan Jenama Pakaian & Fesyen
Proses empat langkah ini dapat membantu proses menamakan jenama dan fesyen.
Fokus saya adalah nama yang menggambarkan gaya dan keanggunan.
Berikut adalah langkah yang saya ambil untuk menjana nama-nama ini:
Pertama: Sumbang saran idea
Mulakan dengan sumbang saran apakah perkataan yang sesuai dengan nama perniagaan anda.
Untuk sesuatu jenama pakaian dan fesyen perkataan seperti “Runway”, “Elegance”, “Teen” dan “Allure” merupakan perkataan yang sangat relevan.
Nama-nama tersebut menggambarkan rekaan yang memikat, elegan dan sesuai untuk peminat dunia fesyen dan juga jenis pakaian tertentu.
Jika anda buntu (saya harap tidak!) dalam memikirkan nama secara spontan, anda boleh mencuba.penjana nama kami.
Idea nama yang dapat saya fikirkan selepas sumbang saran:
- Hourglass Jeans
- Clover Clothing Co.
- Runway Lingerie
- Porcelain Apparel
- Forester Flannels
- Finer Threads
- Lil’ Boss Jean Co.
- Wicked Stitch
- Modern Mode
- Tanked Up Co.
- Infinity Sportswear
- Adventure Apparel Co.
- Redwood Casualwear
- Bewitched Boutique
- Lovely Lady Clothing
- Teen Tops
- Golden Elegance
- South City Streetwear
- Clothina
- Attire Allure
Kedua: Senarai pendek saya
Setelah membuat senarai nama, anda perlu analisis idea tersebut.
Buang nama yang sukar diingat, dieja atau kedengaran lantang apabila diucapkan.
Simpan nama yang boleh dijenamakan, mudah diingat dan dapat sampaikan nilai, produk atau perkhidmatan jenama anda kepada khalayak sasaran.
Berikut adalah senarai semak ringkas yang anda boleh guna untuk menyemak idea dan memendekkan senarai nama:
- Adakah nama ini ringkas dan senang diingat?
- Adakah nama ini senang dibaca dan disebut dengan lantang?
- Adakah nama ini berbeza dengan pesaing?
- Adakah nama ini membawa maksud yang relevan?
- Adakah nama ini mengelakkan kata atau klise yang terlalu banyak digunakan?
Senarai pendek saya:
- Golden Elegance
- Teen Tops
- Runway Lingerie
- Modern Mode
Idea yang dibuang:
- Hourglass Jeans
- Clover Clothing Co.
- Porcelain Apparel
- Forester Flannels
- Finer Threads
- Lil’ Boss Jean Co.
- Wicked Stitch
- Tanked Up Co.
- Infinity Sportswear
- Adventure Apparel Co.
- Redwood Casualwear
- Bewitched Boutique
- Lovely Lady Clothing
- South City Streetwear
- Clothina
- Attire Allure
Ketiga: Dapatkan maklum balas
Sekarang anda sudah mempunyai tiga hingga enam senarai nama jenama pakaian dan fesyen yang dirasakan sesuai.
Anda boleh mendapatkan maklum balas daripada bakal pelanggan atau mereka yang terlibat di dalam industri ini (khalayak sasaran anda).
Pastikan anda tanyakan soalan seperti:
- Apa yang terlintas di fikiran anda ketika mendengar nama ini untuk kali pertama?
- Bagaimana anda mengejanya?
Dengan maklum balas pelanggan anda, kini anda boleh bertanya kepada diri sendiri adakah nama ini masih relevan? Dan adakah ini mewakili perniagaan anda seperti yang anda inginkan?
Maklum balas pelanggan saya:
Golden Elegance
Nama ini memberikan jenama fesyen premium yang bukan sahaja bergaya tetapi juga elegan.
Teen Tops
Dua kosa kata yang berirama menjadikan nama ini mudah diingat. Malah, sasaran pelanggan juga dapat diketahui hanya melalui nama.
Runway Lingerie
Sebut sahaja nama ini, pelanggan pastinya akan membayangkan produk pakaian yang layak di pertunjukan fesyen.
Modern Mode
Nama ini bukan sahaja mudah diingat, tetapi ia juga memberi jaminan bahawa pilihan pakaian yang ditawarkan kepada pelanggan adalah berkonsepkan moden dan bergaya.
Keempat: Semak ketersediaan nama
Pada peringkat ini, anda seharusnya memiliki sekurang-kurangnya tiga nama jenama pakaian dan fesyen (telah dianalisis) dalam senarai anda.
Pastikan nama yang dipilih bebas dari sebarang sekatan undang-undang dan domain masih tersedia. Bagaimana caranya?
Anda boleh melakukan carian nama perniagaan dengan cepat melalui dalam talian untuk mengetahui adakah nama anda tersedia (bebas Tanda Dagang) di Malaysia.
Ini boleh diperolehi dengan membuat carian di MyIPO.
Selain itu dapatkan kepastian adakah nama tersebut juga tersedia untuk pendaftaran nama domain.
Analisis Nama Pesaing
Untuk membantu anda mendapatkan idea jenama pakaian dan fesyen yang berpotensi, mari kita lihat empat jenama berkaitan fesyen (luar negara dan tempatan) yang berjaya.
Kita akan lakukan analisis ringkas mengapa/bagaimana mereka memilih nama tersebut dan mengapa nama ini berfungsi untuk mereka.
ASOS
‘As Seen on Screen,’ adalah pasaran digital untuk milenium. Nama mereka, serta strategi penjualan mereka, sangat ‘As Seen on Screen,’ adalah platform jualan fesyen untuk golongan milenium. Nama yang digunakan, strategi penjualan,sememangnya ditujukan kepada golongan tersebut. Akronim yang dipilih sangat sinonim dengan generasi yang disasarkan: sama seperti YOLO, FOMO, LMAO dan lain-lain.
Vans
Nama yang sinonim dengan papan luncur dan tetap menjadi identiti kepada golongan fesyen dan peminat tegar sukan papan luncur. Namanya ringkas, mudah dikenali dan senang diingat.
Forever 21
Jenama ini menarik hati sebilangan besar pelanggan yang ingin tetap kelihatan muda dan bergaya. Usia muda memang sesuatu yang sensitif dan secara fitrahnya ingin dikekalkan oleh manusia. Forever 21 telah mencipta nama yang menarik untuk mendapatkan perhatian prospek pelanggan.
Cara
Mengambil langkah berani memartabatkan bahasa Melayu sebagai jenama. Jenama ini (disebut Cha-ra) menggunakan perkataan yang digayakan sebagai slanga atau bahasa pasar Melayu untuk menggambarkan tepat, kena pada waktunya dan betul. Kombinasi ini sentiasa relevan untuk sesebuah label pakaian.
Lima Petua Menamakan Jenama Pakaian & Fesyen
Nama perniagaan yang ideal mestilah ringkas, mudah diingat dan pada masa yang sama menyampaikan makna.
Berikut lima petua yang perlu diingat semasa memilih nama jenama pakaian dan fesyen anda.
Pertama: Lakukan Analisis Pesaing
Anda dapat menjimatkan banyak masa dengan membuat analisis terhadap pesaing sebagai langkah pertama anda.
Melalui analisis tersebut, anda boleh tahu apakah nama yang harus dielakkan dan fahami mengapa/bagaimana nama pesaing anda berfungsi untuk mereka.
- Nilai perniagaan atau produk apa yang mereka sampaikan dengan nama perniagaan mereka? Bagaimana ia berfungsi untuk mereka?
- Adakah trend bagaimana perniagaan bidang ini menamakan diri mereka sendiri? Elakkan nama yang terdengar seperti “perniagaan yang sama lagi”.
- Siapa yang terbaik? Mengapa ia berfungsi dan bagaimana saya dapat menghasilkan nama yang lebih baik?
Kedua: Fokuskan menamakan perniagaan bukan menghuraikan
Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pemilik jenama dan fesyen adalah dengan menggambarkan nama perniagaan atau jenama mereka secara literal dan menggunakan istilah fesyen yang terlalu banyak seperti stylish, vogue atau chic.
Jenama pakaian dan fesyen yang lebih berkesan harus menyampaikan kepada pelanggan, tentang perniagaan dan nilai produk dengan lebih mendalam.
Cuba namakan jenama anda dengan nama yang mempunyai kisah menarik disebaliknya.
Untuk segmen ini, mari lihat contoh jenama “Forever 21”.
Bagi kebanyakan orang, nama ini hanya sebuah jenama fesyen biasa.
Namun, pada tahap yang lebih mendalam, jenama ini memberi jaminan bahawa koleksi fesyen yang mereka tawarkan akan membuatkan pelanggan kelihatan atau kekal muda.
Ketiga: Cara membuat nama yang mudah diingat
Langkah pertama untuk meresap masuk ke dalam ingatan pelanggan, anda perlu memilih nama yang mudah diingat.
Tugas ini lebih mudah dibuat melalui percakapan daripada dilakukan.
Tujuan nama perniagaan yang dipilih perlulah untuk menarik minat pelanggan dan seterusnya pelanggan akan memberi perhatian tambahan terhadap produk anda di kalangan pesaing.
- Gunakan sebutan atau aliterasi berirama (Teen Tops, Modern Mode);
- Cuba gunakan perkataan yang tidak relevan ketika berada di luar konteks (Modi Collections -Modi seperti dalam bahasa Modish yang sinonim untuk bergaya atau fesyen);
- Nama yang pendek dan padat.
Keempat: Cuba beli nama perniagaan yang berjenama
Nama perniagaan berjenama adalah kata yang tidak bermaksud tetapi dibaca dan disebut dengan lantang.
Mereka sering menggunakan peraturan huruf Vokal-Konsonan-Vokal kerana struktur kata ini biasanya pendek, menarik dan senang disebut dan diingat.
Contoh nama berjenama untuk pakaian dan fesyen:
- Nomo Boutique
- Alomo Clothing
- Nivena Apparel
Anda boleh mendapatkan senarai lengkap nama perniagaan berjenama di Domainify.com
Kelima: Elakkan menggabungkan perkataan hanya untuk membuat nama yang unik
Kesalahan lain yang biasanya dilakukan oleh pemilik perniagaan pakaian adalah cuba membuat kombinasi kata yang janggal setelah mendapat tahu idea asal nama perniagaan/jenama mereka sudah diambil.
Sebagai contoh, Stella ingin menamakan pernigaannya Contemporary Apparel dan mendapat tahu nama tersebut sudah diambil.
Oleh sebab dia sudah membuat keputusan untuk menggunakan nama ini untuk perniagaannya, dia cuba memilih nama yang lebih kurang serupa seperti ApparelContempo, ContempoApparel or Contemporel.
Anda boleh lihat secara luarannya, nama-nama terbitan yang dirancang kedengaran agak janggal dan tidak kena dengan jenama pakaian dan fesyen.
Senarai nama tersebut tidak ubah sebagai nama rawak yang tidak membawa sebarang makna, sukar diingat dan tidak menarik.
Idea Lain untuk Nama Perniagaan
Berikut adalah senarai kata-kata tren, deskriptif dan perkataan yang biasanya dikaitkan dengan dunia fesyen.
Perkataan popular
Perkataan popular yang digunakan untuk nama jenama pakaian
- Apparel
- American
- Best
- Blaze
- Blue
- Brand
- Co.
- Clothing
- Collection
- Cockpit
- Costume
- Countess
- Curl
- Diesel
- Duck
- Eagle
- Fashion
- Forever
- Fox
- Fresh
- France
- Gold
- Gun
- Group
- Heart
- Hill
- JoyMax
- Mango
- Machine
- Outfitters
- Project
- Saint
- Star
- Stitch
- Studio
Bagaimana pakaian biasanya digambarkan
(“______ Clothing”)
Contoh label pakaian yang menggunakan perkataan ‘TrueShield Protective Outwear’ dan ‘The Civilian – Urban Clothing’.
- protective
- warm
- proper
- tight
- wet
- made
- heavy
- wear
- outer
- extra
- clean
- special
- appropriate
- civilian
- loose
- traditional
- white
- fine
- suitable
- light
Kata kerja berkaitan pakaian
Anda boleh menggunakan kata kerja dalam nama label pakaian anda untuk membuat nama perniagaan seperti ’WearMe Fashion‘ atau ‘Supply & Stitch Outfitters ‘.
- bought
- buy
- sulam
- discarded
- dressed
- feeding
- loosen
- sarung
- selling
- stripped
- supplied
- torn
- washed
- wears
- wore
Perkataan pakaian di dalam bahasa asing
Pertimbangkan untuk menggunakan perkataan bahasa asing dalam nama perniagaan anda untuk memberi kesan jenama antarabangsa atau eksotik.
Bahasa Latin: Indumentis
Bahasa Perancis: Vêtements
Bahasa Itali: Capi di abbigliamento
Bahasa Sepanyol: Ropa