Idea & Penjana Nama Bisnes Kek

3 juta lebih peniaga baru telah mendapatkan nama bisnes yang unik menggunakan Penjana Nama Bisnes kek kami. Jom cuba sekarang!

1. Pilih kata kunci nama bisnes kek anda

Guna kata kunci yang mencerminkan bisnes kek atau apa sahaja perkataan yang relevan untuk anda jana

2. Dapatkan idea Nama Bisnes Kek anda

Idea Nama Bisnes Kek yang dijana banyak. Dan anda boleh memperkecilkan lagi pilihan dengan menggunakan tetapan nama bisnes

3. Pilih Nama Bisnes Kek anda

Jika anda inginkan pendapat rakan mengenai nama yang ingin digunakan, tekan butang bintang dan hantar senarai nama melalui emel

Memulakan perniagaan agak mencemaskan sekiranya anda tiada panduan yang tepat yang anda boleh rujuk. Tambahan pula jika anda ingin menceburkan diri dalam dunia kulinari dan makanan. Ini kerana banyak risiko keselamatan dan kebersihan yang anda harus ambil kira.

Tidak hanya itu juga, anda perlu memastikan bisnes makanan anda mudah dikenali. Oleh itu, kami ingin membantu anda mendapatkan nama bisnes kek yang terbaik. Bagaimana?

Kami akan menerangkan langkah demi langkah untuk anda menggunakan Penjana Nama Bisnes kek dalam artikel ini. Oleh itu, teruskan membaca!

20 Nama Bisnes Kek

Perhatikan 20 idea nama bisnes kek yang telah dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Kek kami. Anda akan perasan bahawa kami telah menggunakan empat kata kunci untuk menjana idea nama di bawah. 

  • Kek Lord
  • Devilish Kek
  • Munch Kek
  • Punch Kek
  • Lush Kek
  • Patch Kek
  • Kek Cluster
  • Kek Addict
  • Kek Dusk
  • Kek Cloud
  • Kek Magic
  • Kek King
  • Kek Utopia
  • Kek Merry
  • Kek Queen
  • Kekpad
  • Kekzoid
  • Kekhut
  • Kekprism
  • Keklaza

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Kek?

Mari lihat 5 langkah mudah di bawah untuk membantu anda mendapatkan nama bisnes kek yang menarik dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Kek kami.

Pilih kata kunci

Langkah pertama adalah pilih kata kunci yang sesuai. Anda mungkin belum jelas lagi mengenai kata kunci yang kami maksudkan. Sebagai contoh, untuk menjana nama bisnes kek di atas, kami telah menggunakan perkataan “kek” sebagai kata kunci.

Anda boleh menggunakan apa-apa sahaja kata kunci yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Pastikan kata kunci yang anda pilih tidak mempunyai ciri-ciri ini:

  1. Kurang daripada tiga huruf
  2. Menggunakan angka
  3. Menggunakan simbol emotikon
  4. Menggunakan aksara

Selepas anda memilih kata kunci yang sesuai, masukkan kata kunci yang dipilih ke dalam ruangan jana yang terdapat di laman utama Penjana Nama Bisnes Kek kami. Seterusnya, anda akan melihat senarai idea nama bisnes yang anda boleh pilih sebagai nama perniagaan anda.

Guna Tapisan Industri

Sekiranya anda mahukan nama bisnes kek yang lebih terperinci, anda boleh mengguna pakai fungsi tapisan industri kami. Fungsi ini membenarkan anda menjana nama bisnes yang lebih tepat lagi. Ini kerana nama perniagaan yang akan dijana adalah berdasarkan industri yang anda pilih.

Fungsi tapisan industri ini akan dapat dilihat apabila anda berada di halaman idea nama perniagaan yang sudah dijana. Di bahagian kiri laman tersebut, anda akan dapat melihat senarai industri yang anda boleh pilih.

Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih daripada 50 industri yang kami telah senaraikan. Tandakan di kotak senarai industri tersebut untuk mana-mana yang berkaitan dengan bisnes anda. Sebagai contoh, untuk bisnes kek, anda boleh menandakan industri manisan.

Guna Tapisan Nama

Fungsi tapisan nama juga sama dengan fungsi tapisan industri. Fungsi ini akan membenarkan anda menetapkan nama perniagaan anda dengan sentuhan yang lebih peribadi lagi. Ini kerana, anda akan dapat melakukan tetapan seperti berikut:

Tetapan bilangan karakter

Anda boleh menetapkan bilangan karakter nama perniagaan yang dijana. Bilangan minimum adalah sebanyak 5. Dan maksimum adalah lebih daripada 15 karakter.

Tetapan masukan kata kunci

Untuk tetapan masukkan kata kunci, anda boleh memilih untuk menjana nama bisnes anda dengan mendapatkan kata kunci tersebut berada di sebelum ataupun selepas idea nama yang dijana.

Tetapan perkataan

Anda boleh memilih untuk mendapatkan satu atau dua perkataan untuk nama perniagaan anda.

Tetapan nama berima

Anda boleh menetapkan untuk mendapatkan nama perniagaan berima. Untuk tetapan ini, anda harus memilih untuk mendapatkan nama perniagaan yang mempunyai dua ayat.

Pilih nama

Setelah anda menandakan tetapan yang anda inginkan, jangan lupa untuk menekan butang “gunakan”. Kemudian Penjana Nama Bisnes Kek kami akan menjana nama bisnes yang paling sesuai dengan cita rasa anda.

Kemudian anda hanya perlu memilih satu nama perniagaan yang anda ingin gunakan sebagai nama bisnes kek anda. Untuk pengetahuan anda setiap idea nama yang dijana adalah unik. Anda tidak perlu risau akan masalah seperti nama yang dipilih pernah didaftarkan.

Semak ketersediaan domain

Langkah seterusnya ini tidak wajib jika anda hanya ingin menjalankan perniagaan di kedai biasa. Namun begitu, jika anda berminat untuk mengembangkan perniagaan anda ke dunia maya, anda memerlukan laman web perniagaan anda sendiri.

Namun begitu, anda harus memastikan anda mempunyai nama domain. Oleh itu, Penjana Nama Bisnes Kek kami boleh membantu anda. Setelah anda memilih satu nama perniagaan tadi, anda boleh menekan kotak nama tersebut untuk semakan ketersediaan domain.

Jika tersedia, anda boleh mendaftarkan nama domain tersebut untuk dijadikan sebagai nama domain laman web kedai kek anda.

5 Tips Nama Perniagaan Menarik

Mari lihat 5 tips di bawah untuk cara mendapatkan nama perniagaan kek yang unik serta menarik.

Gunakan kamus

Kamus adalah alat yang sangat berguna jika anda buntu untuk mencari ayat yang memberikan aura yang positif. Selain itu juga, anda boleh menggunakan bahasa asing untuk mendapatkan nama perniagaan yang unik.

Lalu cara yang terbaik untuk menterjemahkan bahasa tersebut adalah dengan menggunakan kamus. Anda boleh menggunakan kamus dalam talian untuk tujuan ini. Untuk pengetahuan anda, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka dalam talian mempunyai banyak kosa kata menarik yang anda boleh gunakan sebagai inspirasi mendapatkan nama perniagaan.

Anda juga boleh menggunakan khidmat kamus dalam talian yang lain bagi tujuan ini. Sebagai contoh, kamus dalam talian seperti thesaurus.com juga boleh membantu anda mencari ayat yang unik. 

Gunakan nama tempat

Nama tempat juga boleh digunakan sebagai sebahagian daripada nama perniagaan ataupun bisnes kek anda. Dengan menggunakan nama tempat, nama perniagaan anda akan lebih senang dicari. 

Lain daripada itu, nama perniagaan anda juga akan lebih menarik kerana nama tempat yang anda gunakan akan memberi identiti yang tersendiri kepada perniagaan anda. Dengan erti kata lain, nama tempat sebagai nama perniagaan akan menjadi cap dagangan khas untuk perniagaan anda.

Jika anda menggabungkan nama tempat dengan nama perkhidmatan yang anda tawarkan, kami yakin anda akan mendapat nama perniagaan yang menarik. Anda juga tidak perlu khuatir jika gabungan nama tersebut pernah digunakan oleh orang lain sekiranya andalah satu-satunya yang menjual kek di kawasan tersebut.

Gunakan nama anda

Tips seterusnya adalah, gunakan nama anda sendiri. Jika perniagaan anda adalah sebuah legasi turun temurun, anda juga boleh menggunakan nama keluarga. Jika anda tiada nama keluarga, anda boleh menggunakan nama ahli keluarga yang lebih dikenali ramai.

Anda boleh menggabungkan terus nama anda dengan perkataan lain bagi menjadikan nama perniagaan anda lebih jelas dan mudah dikenali ramai. Antara perkataan lain yang anda boleh gunakan adalah seperti berikut:

  1. Kek
  2. Kedai manisan
  3. Bakeri
  4. Rumah kek

Gunakan nama makanan

Seterusnya, anda boleh menggunakan nama makanan. Atau lebih tepat lagi, nama menu utama kedai kek anda. Kami pasti tiada cara yang lebih sesuai untuk mendapatkan nama perniagaan yang tepat saling menggunakan nama makanan.

Ingin tahu mengapa? Ini kerana, jika anda menggunakan nama menu utama anda sebagai sebahagian daripada nama perniagaan anda, orang awam akan dapat gambaran jelas mengenai apakah produk atau tarikan utama kedai anda.

Gunakan Penjana Nama Bisnes Kek 

Tips seterusnya adalah, gunakan Penjana Nama Bisnes Kek kami. Penjana Nama Bisnes Kek kami membolehkan anda menjana nama bisnes secara percuma. Selain daripada itu juga, setiap nama bisnes yang dijana adalah unik dan menarik.

Oleh itu, anda tidak perlu risau akan sekiranya nama bisnes yang anda inginkan pernah didaftarkan di mana-mana tempat. Untuk pengetahuan anda, penjana nama perniagaan kami ini juga dipercayai ramai. 

Sebanyak 3 juta lebih peniaga baharu di luar sana menggunakan penjana nama perniagaan kami untuk mendapatkan nama perniagaan mereka. Penjana nama perniagaan kami juga mendapat penarafan sebanyak 4.7 bintang.

Oleh itu, anda tidak harus melepaskan peluang keemasan percuma ini untuk mendapatkan nama bisnes kek yang terbaik.

5 Nama Bisnes Kek Terkenal

Secret Recipe

Secret Recipe adalah rangkaian kedai kek yang sangat terkenal di Malaysia. Secret Recipe diasaskan pada tahun 1997 di Kuala Lumpur. Sejak dari hari itu, Secret Recipe tidak hanya didapati di Malaysia, malah di negara-negara lain juga.

Secret Recipe boleh dijumpai di negara-negara jiran seperti Singapore, Thailand, Indonesia, Kemboja, Vietnam dan China. Menariknya juga, Secret Recipe berjaya mendapat kepercayaan daripada sebuah syarikat negara China yang melabur ke dalam perniagaan Secret Recipe pada awal penubuhannya.

Selain itu juga, antara menu utama yang menjadi cap dagangan perniagaan ini adalah kek keju klasiknya. Semua yang pernah merasa kenikmatan kek ini pasti tertanya-tanya akan resepinya. Namun, tiada siapa yang tahu melainkan tukang kek Secret Recipe sendiri.

Oleh itu, tidak hairanlah jika nama Secret Recipe dipilih sebagai nama perniagaan kek ini. Pada pandangan kami, nama perniagaan ini sangat sesuai digunakan kerana mencerminkan perniagaan kek unik dengan resepi kek yang misteri.

Mira Cake House

Mira Cake House tidak asing lagi buat penggemar kek lapis Sarawak. Sesiapa yang berkunjung ke Kuching, Sarawak wajib datang ke kedai kek lapis ini. Jika tidak, percutian anda ke Kuching tidak akan rasmi.

Apa yang menarik mengenai Mira Cake House adalah, kek lapis adalah produk utama mereka. Para penggemar kek lapis yang datang berkunjung ke kedai mereka juga akan dihidangkan dengan pelbagai perisa kek lapis.

Antara pencapaian Mira Cake House adalah, kedai kek ini pernah menerima anugerah AUBS pada tahun 2017. Tidak hanya itu juga, anda boleh berkunjung ke kedai kek mereka yang boleh didapati di Kuching, Sarawak dan juga di Kuala Lumpur.

Pemilihan nama Mira Cake House sebagai nama bisnes kek adalah contoh nama perniagaan yang baik. Ini kerana, nama perniagaan yang digunakan ringkas walaupun bukan dalam bahasa Malaysia. Selain itu, nama perniagaan ini juga sudah memadai untuk melambangkan bahawa mereka menawarkan kek.

Tatte Bakery

Tatte Bakery merupakan sebuah kedai kek dan manisan yang terletak di Boston, Massachusetts. Kedai kek ini sangat terkenal kerana keunikan rasa yang hanya ditawarkan di kedai kek ini.

Tidak hanya menjual kek, Tatte juga turut menjual manisan lain dalam bentuk pastri dan juga minuman. Di awal penubuhannya awal penubuhannya, pengasas Tatte hanya menjual kek dan manisan yang dibuat sendiri di sebuah pasar tani di Boston. 

Kemudian, Tzurit yang merupakan pengasas Tatte berjaya membuka kedai keknya sendiri di atas permintaan tinggi terhadap hasil tangannya. Kedai kek beliau tidak hanya boleh didapatkan di Boston, malah di Washington juga.

Tidak banyak yang kami dapat ketahui mengenai sejarah nama kedai kek ini. Tetapi, perkataan ‘Bakery’ sudah memadai untuk orang awam mengenali bahawa Tatte merupakan sebuah kedai kek.

Taka Cake House

Taka Cake House merupakan kedai kek kelahiran negeri Sarawak. Taka Cake House ditubuhkan pada tahun 1986. Sejak pada hari itu, Taka Cake House berjaya berkembang daripada hanya satu kedai kecil kepada 15 cawangan di sekitar bandaraya Kuching.

Apa yang menarik mengenai kedai kek ini adalah, anda tidak hanya akan mendapatkan kek serta pastri yang biasa dijumpai. Malah, anda juga turut akan mendapatkan manisan yang disediakan khas oleh chef dan tukang kek mereka yang pernah menimba pengalaman dari negara-negara luar seperti Denmark dan Jepun.

Nama Taka Cake House adalah nama perniagaan yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai nama perniagaan. Ini kerana, dengan hanya sekali pandang dan dengar sahaja, sesiapa pun pasti dapat mengenal pasti ini adalah kedai menjual kek.

Morozoff

Morozoff merupakan sebuah kedai kek yang terletak di negara Jepun. Nama kedai ini sememangnya sudah lama terpahat di hati rakyat Jepun. Ini kerana, Morozoff ditubuhkan semenjak tahun 1931 lagi.

Kedai kek ini ditubuhkan oleh seorang pendatang dari negara Rusia. Malah, antara tarikan utama mereka adalah puding kastard yang dimasak menggunakan periuk tanah dan juga kek keju Denmark. 

Kedai manisan ini boleh didapatkan di negara-negara luar seperti Kemboja, Hong Kong, Taiwan dan juga China. Setakat hari ini, kedai manisan dan kek ini telah berkembang kepada 952 cawangan di Jepun dan juga di negara-negara lain.

Untuk pengetahuan anda, nama kedai kek ini diambil daripada nama pengasasnya sendiri, iaitu Fedor Dmitrievich Morozoff. Oleh kerana beliau yang mengasaskan kedai ini, tidak hairanlah jika nama beliau digunakan sebagai nama perniagaannya.   

Soalan Lazim

Untuk memberikan nama yang terbaik kepada perniagaan anda, anda boleh menggunakan Penjana Nama Bisnes Kek kami. Penjana Nama Perniagaan kami ini boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang unik serta bersesuaian dengan perniagaan kek anda.

Nama kedai kek yang menarik selalunya akan menggunakan perkataan kek ataupun apa-apa sahaja perkataan yang menggambarkan produk jualan kedai tersebut. Tetapi, apa yang penting, nama kedai kek yang anda pilih haruslah asli dan bukanlah ditiru dari mana-mana nama perniagaan yang terkenal.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki