Penjana Nama & Idea untuk Nama Perniagaan Hebat dan Menarik

Menjana nama untuk perniagaan hebat dan menarik di bawah.

Bagaimana Menamakan Perniagaan

Hei, nama saya Ashley.

Saya seorang pakar pemasaran dan penjenamaan.

Saya akan membimbing anda untuk menamakan perniagaan yang hebat dan menarik melalui empat langkah. 

Di bawah ini adalah dua puluh contoh nama yang dijana melalui proses ini. Seterusnya, saya akan menunjukkan bagaimana cara saya mendapat nama-nama tersebut.

Kami menawarkan penjana idea nama perniagaan di atas. Anda boleh mencubanya. 

Namun, Jika anda ingin tahu langkah pertama dalam proses penamaan, teruskan membaca di bawah.

  1. Permainan Boffola
  2. Bancuh Chiliad
  3. Pembersihan Deterge
  4. Buku Banter
  5. Perahu Berapung
  6. Kereta Cabudel
  7. Pakaian Cani
  8. Estetika Azure
  9. Gadzooks
  10. Barang Gobsmacked
  11. Salon Rambut Pusaka
  12. Mishmash Ajaib
  13. Makanan Moonstruck
  14. Teka-teki Pandemonium
  15. Aksesori Pantai Pollywog
  16. Barang Sukan Quicksticks
  17. Raket Ricochet
  18. Baju Topsy Turvy
  19. Khazanah Umpteen
  20. Keajaiban Firdaus Rosli

Empat Langkah Menamakan Perniagaan Menjadi Hebat dan Menarik

Terdapat empat langkah yang dapat membantu anda menamakan perniagaan yang menarik dan hebat.

Untuk contoh ini, saya telah mencipta senarai nama yang menyampaikan nilai produk atau perkhidmatan yang perlu diberi perhatian.

Pertama: Sumbang saran idea nama

Saya mulakan dengan sumbang saran. Apakah perkataan yang sesuai dengan nama perniagaan anda. Bagi idea nama saya, saya menggunakan perkataan seperti “Estetika”, “Sentuhan”, “Gedung” and “Deterge”. 

Walaupun perkataan-perkataan tersebut dapat dikaitkan dengan pelbagai produk, ia juga dapat memberikan gambaran yang lebih menonjol untuk perniagaan anda.

Untuk peringkat ini, matlamat anda adalah untuk membuat senarai perkataan atau nama yang terlintas dalam fikiran yang bersangkut paut atau berkaitan dengan perniagaan anda.

Pada ketika ini, sekiranya anda buntu dalam memikirkan perkataan yang sesuai, anda juga boleh mencuba penjana nama perniagaan kami di atas.

Senarai idea saya untuk nama perniagaan selepas sumbang saran:

  • Boffola Games
  • Chiliad Mix
  • Deterge Cleaning
  • Book Banter
  • Floating Boat
  • Cabudel Car
  • Cani Apparel
  • Esthetics Azure
  • Gadzooks
  • Gobsmacked Stuff
  • Heritage Hair Saloon
  • Mishmash Miracle
  • Moonstruck Foods
  • Pandemonium Puzzle
  • Pollywog Beach Accesories
  • Barang Sukan Quicksticks
  • Ricochet Racket
  • Topsy Turvy Clothes
  • Umpteen Treasure
  • Miracle Firdaus

Kedua: Senarai pendek

Setelah anda membuat senarai nama, buat analisis idea.

Buang nama yang sukar diingat, dieja atau kedengaran lantang apabila diucapkan.

Simpan nama yang boleh dijenamakan, mudah diingat dan dapat sampaikan nilai, produk atau perkhidmatan jenama anda kepada khalayak sasaran anda.

Berikut adalah senarai semak ringkas yang anda boleh guna untuk menyemak idea dan memendekkan senarai nama anda:

  • Adakah nama ini ringkas dan senang diingat?
  • Adakah nama ini senang dibaca dan disebut dengan lantang?
  • Adakah nama ini berbeza dengan pesaing?
  • Adakah nama ini membawa maksud yang relevan?
  • Adakah nama ini mengelakkan kata atau klise yang terlalu banyak digunakan?

Senarai pendek saya:

  • Book Banter
  • Miracle Mishmash
  • Turvy Clothes
  • Umpteen Treasure

Idea yang dibuang:

  • Boffola Games
  • Chiliad Mix
  • Deterge Cleaning
  • Floating Boat
  • Cabudel Car
  • Cani Apparel
  • Esthetics Azure
  • Gadzooks
  • Gobsmacked Stuff
  • Heritage Hair Saloon
  • Moonstruck Foods
  • Pandemonium Puzzles
  • Aksesori Pantai Pollywog Beach Accessories
  • Ricochet Racket
  • Miracle Firdaus

Ketiga: Dapatkan maklum balas

Kini anda seharusnya ada tiga hingga enam senarai nama perniagaan yang sesuai dan menarik.

Ada boleh mula meminta maklum balas daripada bakal pelanggan atau mereka yang bekerja di industri ini (khalayak sasaran anda).

Elakkan maklum balas daripada keluarga dan rakan kerana mereka cenderung untuk memuji semua idea dan mereka bukan pelanggan anda.

Pastikan anda tanyakan soalan seperti:

  • Apa yang terlintas di fikiran anda ketika mendengar nama ini untuk kali pertama?
  • Bagaimana anda mengejanya?

Dengan maklum balas pelanggan anda, kini anda boleh bertanya kepada diri sendiri adakah nama ini masih relevan? Dan adakah ini mewakili perniagaan anda seperti yang anda inginkan?

Maklum balas pelanggan saya:

Book Banter

Nama ini menyampaikan gambaran memulakan perbualan dengan seseorang melalui buku.

Miracle Mishmash

Nama ini menunjukkan kemungkinan mencari sesuatu yang luar biasa dan menarik perhatian anda semasa membeli-belah.

Topsy Turvy Clothes

Nama ini menyampaikan pelbagai perhiasan, fesyen dan kelengkapan diri yang menarik.

Treasure Umpteen

Nama ini menyampaikan banyak khazanah yang boleh mungkin diterokai atau dapati semasa anda melayari laman web atau sekadar suka-suka.

Keempat: Semak ketersediaan nama

Pada peringkat ini, anda seharusnya memiliki tiga nama perniagaan bakeri yang bagus dalam senarai anda.

Pastikan nama yang dipilih bebas dari sebarang sekatan undang-undang atau domain masih tersedia. Bagaimana caranya?

Anda boleh melakukan Pencarian Nama Perniagaan dengan cepat melalui dalam talian untuk mengetahui adakah nama anda tersedia (bebas Tanda Dagang) di Malaysia.

Ini boleh diperolehi dengan membuat carian di MyIPO. Selain itu dapatkan kepastian adakah nama tersebut juga tersedia untuk Pendaftaran Nama Domain.

Analisis Nama Pesaing

Proses analisis nampak seperti melecehkan dan memenatkan. Jangan risau, saya masih bersama anda ketika ini. 

Untuk membantu anda mendapatkan idea nama perniagaan yang berpotensi, mari kita lihat tiga perniagaan luar negara dan satu jenama tempatan yang unggul dan berjaya. Kita akan melakukan analisis ringkas mengapa/bagaimana mereka memilih nama perniagaan mereka dan mengapa nama ini berfungsi untuk mereka.

Coca Cola adalah nama yang tidak asing lagi bagi semua orang. Ini adalah nama yang sangat mudah diingat. Sebut sahaja nama ini, tekak anda yang kekeringan seperti menyeru untuk dibasahkan dengan minuman ini.

Mereka juga dapat mencapai nama jenama yang menarik dengan menggunakan aliterasi dengan kata-kata “Coca Cola. Rima sebutan itu sudah cukup memberi makna tersendiri kepada pengguna.

Google memberikan gambaran bahawa kemungkinannya tidak berkesudahan. Ini adalah nama yang mudah diingat, berkat kependekannya. Ini adalah nama yang sangat berguna kerana salah satu fungsi utama perkhidmatan mereka adalah mencari apa sahaja di laman web.

Intel adalah nama yang sesuai kerana ia berfungsi dalam beberapa cara. Intel adalah nama besar untuk data. Selain itu, ini merujuk pada kata “Intelligent” yang bermaksud cerdas dalam Bahasa Inggeris, yang merupakan kata sifat berguna kerana perniagaan itu berfungsi dengan komputer. Segalanya cerdas dan pantas.

Ramly merupakan nama perniagaan bersempena nama pengasasnya. Jenama ini menakluki pasaran daging burger di Malaysia. Sifat kemelayuan pada nama ini memberikan keyakinan kepada pengguna, status halal yang sangat sensitif dan penting dalam konteks pasaran dan kepenggunaan di Malaysia.

Petua Membuat Nama yang Hebat dan Menarik

Nama perniagaan yang ideal mestilah ringkas, mudah diingati dan menyampaikan makna pada masa yang sama. Berikut adalah petua teratas yang perlu diingat semasa membuat nama perniagaan anda.

Nama perniagaan yang ideal mestilah ringkas, mudah diingati dan menyampaikan makna pada masa yang sama. 

Berikut adalah petua yang perlu diingat semasa mencipta nama perniagaan anda.

Pertama: Jadikannya luar biasa

Sesuatu yang luar biasa, akan menarik minat orang ramai kerana tanggapan awal prospek pelanggan adalah ia sesuatu yang menarik, baru dan sentiasa diingat. 

Nama yang eksentrik atau pelik juga seakan-akan menawarkan sesuatu yang ekslusif.

Nama tersebut tidak akan dapat ditiru oleh orang lain dan anda sentiasa menjadi yang pertama di kaca mata pelanggan, atau sekurang-kurangnya perkhidmatan yang ditawarkan jauh berbeza dari pesaing.

Saya berikan contoh Lululemon; penjual jenama pakaian untuk aktiviti yoga. Pengasasnya, Chip Wilson menulis pada tahun 2009:

“Kami dapati firma pemasaran atau jenama dari Jepun tidak akan mencipta jenama menggunakan awalan huruf ‘L’ kerana bunyi huruf itu tidak ada dalam fonetik Jepun. Kami menggunakan huruf ‘L’ pada nama dan membuatkan pengguna Jepun benar-benar rasakan jenama kami adalah dari  Amerika Utara dan asli tanpa sebarang persoalan. “

“Hakikatnya,  nama ‘lululemon’ tidak membawa apa-apa maksud khusus selain memiliki 3 huruf ‘L’ di dalamnya. Tidak lebih dan tidak kurang.”

Pengasas Google pada mulanya ingin menamakan googol (jangan terkejut, memang ada perkataan ini dan diwakili simbol 1.0 × 10100).

Namun googol telah dieja sebagai google ketika mereka ingin menyemak sama ada domain tersebut telah diambil oleh orang lain.

Walaupun kedengaran lucu dan tidak membawa apa-apa makna, perkataan tersebut muncul sebagai kuasa utama dalam dunia internet. 

Zappos memilih variasi perkataan Sepanyol ‘zapatos’ untuk kasut, kerana syarikat itu bermula sebagai peruncit kasut online, tetapi tidak mahu mengehadkan perniagaan hanya pada kasut sahaja.

Kadang kala nama yang ganji dapat menjadi nama besar dalam dunia perniagaan.

Sekiranya anda mencari satu nama syarikat memberi kesan, anda boleh mulakan dengan memasukkan perkataan atau sebutan lucu ke dalam penjana idea nama.

Mana tahu, ada keajaiban akan berlaku?

Kedua: Mudah

Semakin mudah nama perniagaan anda, lebih mudah nama anda diingat. Sesuatu yang  mudah selalunya lebih baik daripada yang terperinci. 

Ingin contoh mudah? Mudah.my adalah platform pengiklanan trafik tertinggi di Malaysia. Semuanya dipermudahkan di Mudah.my dan semua urus niaga menjadi mudah di sana. Cukup mudah contoh ini?

Apple merupakan antara nama dan logo jenama terkemuka di dunia. Steve Jobs muncul dengan nama ini setelah kembali dari ladang epal dan menganggap namanya terdengar “menyenangkan, bersemangat dan tidak menakutkan.” 

Satu perkataan yang mudah. Itu sahaja yang diperlukan. Malah satu perkataan yang penuh makna dapat memberi satu keajaiban identiti jenama anda. Dan jika anda cukup pintar untuk menggunakan nama buah — tidak berkaitan dengan komputer— sudah pasti anda terpisah daripada persaingan.

Pengasas Burberry memilih nama keluarga sebagai nama syarikat manakala Thermos untuk menggambarkan fungsi produk mereka.

Nama Kickstarter seakan-akan berterus-terang dengan produk mereka dan CEO Amazon, Jeff Bezos mendapat inspirasi daripada sungai Amzon sebagai medium pengangkutan/penghantaran barang dan kawasan yang “eksotik dan berbeza” untuk perkhidmatannya.

Pendek kata, pilihan yang ada memang tidak berpenghujung. Nama yang pendek, hebat dan menarik boleh didapati di mana sahaja. Malah, anda boleh mencari inspirasi dalam budaya pop, mitologi, atau dari kamus.

Ketiga: Peribadi

Tiada apa yang lebih baik daripada menyuntik elemen peribadi ke dalam nama jenama anda. 

Pelanggan gemarkan kisah baik di sebalik penciptaan syarikat atau namanya. Man Repeller merupakan nama satu rantaian emel yang secara tidak sengaja menghubungi Leandra Medine.

Nama itu digunakan untuk empayar fesyennya. 

Idea nama Häagen-Dazs sangat bersifat peribadi. Reuben dan Rose Mattus, pasangan Yahudi dari Bronx, New York muncul dengan nama seakan berasal dari Denmark untuk syarikat ais krim mereka sebagai penghormatan kepada Denmark, antara negara yang menerima pelarian Yahudi semasa Perang Dunia II.

Anda mungkin alami kesukaran untuk tambahkan elemen peribadi pada nama perniagaan kerana akan menjadi panjang dan meleret.

Jangan risau, anda boleh mencuba penjana idea nama perniagaan kami sebagai penyelesaian. perniagaan adalah berguna. Tidak perlu menelaah kamus kerana segalanya lebih mudah dan teratur untuk sebuah nama perniagaan yang tepat.

Anda boleh mengambil contoh bagaimana Al-ikhsan, antara pengedar barangan sukan terulung di Malaysia mengambil perkataan ikhsan yang bermaksud ikhlas dan juga gabungan nama pengasasnya, Ali.

Mudah tetapi sangat bermakna bukan?

Keempat: Pendek

Memilh satu perkataan untuk jenama agak sukar. Lebih-lebih lagi jika menghantar mesej yang jelas mengenai perniagaan anda.

Sekiranya anda ada nama yang panjang untuk perniagaan, pertimbangkan singkatan dengan sebutan yang mudah atau portmanteau (Perkataan yang terdiri dua kata atau lebih yang dicantumkan menjadi satu yang membawa satu makna).

Jenama terkenal yang telah menyelesaikan singkatan atau kata portmanteau adalah Microsoft, ASOS, Adidas, DHL, IKEA and H&M.

Jenama terkenal mempunyai ciri-ciri beberapa kombinasi awal huruf pengasasnya atau portmanteau nama depan dan belakang mereka atau singkatan frasa. 

Sebagai contoh, DHL adalah singkatan dari nama keluarga pengasasnya, Adrian Dalsey, Larry Hillblom dan Robert Lynn. Bagi Adidas pula, nama panggilan pengasas Adolf (Adi) Dassler dan tiga huruf pertama nama keluarganya digabungkan menjadi nama yang mudah diingat dan memberi penghormatan kepada pengasasnya.

ASOS adalah “AsSeenOnScreen” yang bermaksud seperti yang dilihat dalam skrin dalam Bahasa Inggeris, gambaran yang sangat tepat untuk peruncit online.

Semasa menghasilkan nama pendek untuk jenama, pastikan nama tersebut dapat dilafazkan dan diingat pelanggan dengan mudah. 

Tidak semua pelanggan berpeluang mengetahui apa nama syarikat anda dan ingat nama penuh nama jenama anda.

Jika mereka dapat mengucapkan awalan huruf dengan mudah dan bunyinya kedengaran seperti perkataan biasa; anda berjaya dapatkan singkatan yang tepat.

Kelima: Menyeronokkan

Terdapat banyak nama jenama menarik yang menghasilkan imej positif seterusnya dikaitkan oleh pelanggan dengan jenama itu sendiri. Yahoo!, Twitter dan Tattly adalah antara jenama terkenal di pasaran dengan nama yang menyeronokkan dan menarik.

Enjin carian/langganan e-mel menampilkan pengalaman pelanggan dalam nama jenama. 

Logo Twitter menggunakan hubungan dengan alam semula jadi. Jadi had aksara untuk sesuatu ciapan terasa seperti semula jadi (280 aksara untuk setiap pos, dalam era maklumat yang tidak terhad!).

Tattly memutuskan untuk mengeluarkan perkataan penuh tatoo dan nama itu sangat sesuai kerana ia menjual pelekat tatu sementara.

Gergasi e-dagang dari China mengambil nama Alibaba kerana hikayat klasik itu memang sudah dikenali dan jalan cerita yang menyeronokkan.

Jadi nama Alibaba itu bukan menggambarkan jenama mereka, tetapi keseronokan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Keseronokan adalah sesuatu yang universal. Tanpa perlu diucapkan dengan kata-kata, keseronokan itu boleh dirasai oleh semua individu.

Jadi, selagi prospek pelanggan anda mendapati nama anda menggembirakan atau berkaitan dengan sesuatu yang menyeronokkan, selagi itulah mereka akan ingat anda.

Keenam: Kuat

Sekiranya anda dapat menambahkan tenaga pada jenama anda, itu adalah bonus.

Jenama berkembang berdasarkan idea pemberdayaan dan membawa gambaran positif dalam persamaan yang akan menjadikan perniagaan anda tertarik ke arah kejayaan lebih daripada biasa.

Ketika Hans Wilsdorf mula membuat jam tangannya, beliau mencari nama yang pendek, mudah diucapkan dan diingat serta kelihatan bagus pada jam tangan. Beliau telah menggabungkan huruf abjad “dengan apa cara yang boleh” dan menghasilkan ratusan nama.

Tiada satu pun yang sesuai sehinggalah beliau seakan terdengar sebutan“Rolex” di telinganya.

Nike adalah contoh syarikat lain yang mencipta nama jenama dan membina identiti berdasarkan idea itu.

Syarikat itu mengambil namanya bersempena dewi kemenangan Yunani, Nike, dan telah menanamkan idea ini dalam budaya korporat mereka, dan hasilnya mereka menjadi peneraju di dalam industri.

Tidak semua orang tahu maksud di sebalik jenama paling berkuasa di seluruh dunia, tetapi itu tidak memberi apa-apa kesan.

Jenama-jenama ini telah mengambil mesej dalam nama mereka dan membuatnya dalam falsafah perniagaan mereka. 

Nike tidak memerlukan pelanggannya mengaitkan kemenangan dengan jenamanya kerana Nike menanamkan mantra bahawa tugas mereka adalah membuat pelanggan berasa seperti seorang pemenang. 

Semasa melakukan sumbang saran mengenai nama syarikat anda, pastikan hasilnya adalah sesuatu yang membangkitkan imej positif, boleh anda banggakan, atau bahkan mampu membuatkan anda membina identiti jenama anda. 

Kesimpulan

Terdapat beratus-ratus kemungkinan ketika anda mencari nama untuk syarikat anda.

Namun manusia mempunyai had dan kelemahan masing-masing. Tidak mungkin anda dapat memikirkan semuanya. Idea perniagaan yang unik juga boleh datang daripada sesuatu yang telah difikirkan terlebih dahulu.

Daripada membuang masa dan tenaga untuk mencari nama yang sesuai untuk perniagaan anda, biarkan penjana jenama cari untuk anda.

Walaupun sepenuhnya bersifat algoritma, penjana nama masih dapat membuat puisi dengan hasilnya, membantu kami mencari penyelesaian yang bukan sahaja praktikal dan cekap, tetapi juga bermakna dan berinspirasi.

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki