Pengguna Facebook di Malaysia dijangkakan pada 2025, adalah seramai 25 juta orang dan dalam masa yang sama pula, unjuran keseluruhan populasi Malaysia adalah 34 juta orang.
Data tersebut menunjukkan Facebook atau FB sebagai medium media sosial utama bukan lagi mitos khayalan.
Buat masa sekarang, secara global terdapat 1.9 bilion pengguna aktif harian dan jumlah ini terus bertambah.
Rangkaian luar biasa besar ini membolehkan FB digunakan untuk menghubungi lebih separuh populasi dunia dan ini bukanlah sesuatu yang baru untuk kita semua.
Facebook Page untuk Perniagaan
Dengan rangkaian pengguna yang begitu meluas, setiap perniagaan di Malaysia mahupun global perlukan kewujudan secara aktif di Facebook.
Bagaimana caranya? Facebook page.
Perniagaan atau bisnes akan melaksanakan strategi pemasaran digital untuk kekal kompetitif dan relevan.
Dalam kata lain, bisnes anda dan juga syarikat gergasi global yang lain mencipta Facebook page sebagai medium komunikasi dengan pelanggan, memasarkan produk atau berita terkini.
Malah, ada juga bisnes atau perkhidmatan yang dijual melalui Facebook.
Meta
Dahulunya dikenali sebagai Facebook Business Suite dan kini hanya sebagai Meta.
Meta menawarkan beberapa alat (tools) untuk bisnes supaya dapat mencipta page dan terus berkembang.
Pengguna menggunakan Meta sebagai alat tunggal untuk mengemas kini, membuat hantaran berjadual, analisis serta pengiklanan di Facebook dan Instagram.
Cara ini membuatkan kewujudan maya anda di platform ini sentiasa aktif dan kukuh.
Tetapi, terdapat beribu-ribu lagi page yang menggunakan cara yang sama. Keadaan ini sangat kompetitif.
Atas sebab itulah, ramai yang berlumba-lumba untuk mencipta halaman Facebook atau lebih popular dikenali sebagai Facebook page tanpa memikirkan ada satu perkara paling penting – kepentingan nama Facebook page.
Mengapa Nama Facebook Page Penting?
Sifir mudahnya, nama inilah yang pertama sekali dilihat oleh pembeli berpotensi.
Nama Facebook page anda mempengaruhi keinginan pembeli selain daripada kempen iklan.
Nama Facebook page mestilah mudah, ada kaitan dengan bisnes atau perkhidmatan ditawarkan dan dapat menarik minat pembeli.
Biasanya, pengguna Facebook juga membuat carian melalui search function.
Jadi, nama page yang sukar dieja akan membuatkan nama Facebook page anda tidak terpapar pada hasil carian.
Facebook page juga akan terpapar pada enjin carian seperti Google dan Yahoo.
Atas faktor itulah, nama Facebook page memainkan peranan penting supaya mudah dicari dan berada dalam senarai teratas atau muka surat pertama enjin carian.
Kaitan Nama Facebook Page & Perniagaan Anda?
Facebook page tidak terhad untuk perniagaan sahaja.
Golongan pengkarya (artis, seni, orang kenamaan), jenama, organisasi serta NGO juga boleh menggunakan Facebook page untuk terus berhubung dengan pelanggan dan peminat.
Apabila seseorang pengguna Facebook memilih untuk like (suka) atau follow (ikut) sesebuah Page di Facebook, mereka boleh melihat sebarang hantaran terkini atau pun kemas kini page tersebut di dalam feed laman Facebook mereka.
Idea nama Facebook page anda perlu mendedahkan tawaran kepada pengguna atau pelanggan.
Anda perlu tahu apa yang ingin ditawarkan oleh jenis perniagaan anda kepada pelanggan.
Sebagai contoh, katakan anda membuka stor dalam talian bernama Toddler’s Toy.
Persepsi pengguna atau bakal pelanggan adalah perkhidmatan utama yang ditawarkan adalah barang mainan kanak-kanak.
Namun, anda hanya mempunyai seleksi permainan kanak-kanak yang terhad. Sebenarnya barangan utama yang anda tawarkan adalah baju serta aksesori kanak-kanak.
Nama Facebook page tidak menggambarkan keadaan sebenar perniagaan anda. Ini boleh membuatkan pelanggan berasa kecewa dan tidak mungkin akan ingati Facebook page anda.
Kesilapan sebegini tidak seharusnya berlaku jika anda membuat kajian dan memilih nama dengan cermat.
Anda mungkin kehilangan reputasi dan bakal pelanggan yang berminat memandangkan ada beratus lagi Facebook page yang menawarkan perkhidmatan mengikut kemahuan pelanggan.
Persaingan untuk menunjukkan “kewujudan” page anda di Facebook begitu kompetitif.
Mengapa Anda Patut Baca Artikel Ini?
Artikel ini akan menerangkan kepentingan nama Facebook page dan maklumat berinformasi lain untuk mengelakkan anda melakukan kesilapan besar ketika menamakan Facebook page.
Selain itu, terdapat alat penjana yang akan kami kongsikan untuk menjana nama Facebook page dengan nama unik dan menarik.
Penjana Nama Facebook Page ini akan menjimatkan masa dan tenaga serta dapat memberi inspirasi anda ketika mencari idea.
Cara penggunaannya hanya menggunakan kata kunci dan ratusan nama Facebook page akan dijana mengikut kesesuaian aktiviti page anda.
Peraturan Asas Nama Facebook Page
Sebelum anda mencari nama yang sesuai, anda perlu tahu peraturan yang ditetapkan oleh Facebook berkenaan nama.
- Istilah atau frasa yang mungkin kesat atau melanggar hak seseorang;
- Perkataan “rasmi” jika Halaman bukan Halaman rasmi sesuatu jenama, tempat, organisasi atau tokoh terkenal. (Nota: Jika Facebook memberikan lencana disahkan kepada Halaman, ia tidak lagi boleh menggunakan perkataan rasmi dalam nama Halaman;
- Penggunaan huruf besar yang tidak sesuai (contoh: KaFE terbaik). Nama Halaman hendaklah menggunakan huruf besar yang betul dari segi tatabahasa dan tidak boleh menyertakan semua huruf besar, kecuali akronim;
- Simbol (contoh: ® ) atau tanda baca yang tidak perlu;
- Perihalan atau slogan (contoh: Kafe Terbaik – Kami menghidangkan kopi terbaik di bandar); dan
- Sebarang kelainan perkataan “Facebook”.
Nama Facebook Page: 20 Idea Menggunakan Penjana Nama
Anda pasti mempunyai banyak pilihan nama untuk nama Facebook page.
Tidak salah untuk mengambil masa untuk mendapat nama yang tepat.
Anda tidak perlu tergesa-gesa memandangkan nama yang anda pilih akan ‘terus kekal’ untuk kewujudan secara online anda.
Cuma, adakah nama tersebut benar-benar memberi makna kepada anda dan prospek pelanggan?
Penjana nama Facebook page semestinya dapat membantu anda mencari inspirasi atau pun terus memilih daripada nama yang telah dijana.
Di bawah ini adalah senarai nama Facebook Page yang kami jana menggunakan Penjana Nama.
Apa yang anda perlu lakukan adalah, masukkan kata kunci dan jana nama secara automatik.
Sebagai contoh, kata kunci yang digunakan:
Kek, Toys, Tilam, Kusyen
- Play toys
- Kekistic
- World Kusyen
- Keverse
- Toysporium
- Bloom Kusyen
- Tilam Tender
- Kusyen Karuna
- Toys Talk
- Tilam Trick
- Kusyen Kitten
- Tilam Timble
- Network Kek
- Buddies Toys
- Zip Toys
- Dojo Kusyen
- Kusyenistic
- Kusyenable
- Toysomatic
- Kekgenics
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Facebook Page
Sebelum ini, kami ada menyentuh secara ringkas tentang penjana nama.
Kali ini, kami akan terangkan bagaimana cara gunakannya kerana mungkin ada dalam kalangan anda yang baru terfikir cara sebegini.
Penjana nama Facebook page mempunyai algoritma yang menghasilkan nama janaan yang unik dan kreatif.
1. Pilih bahasa
Penjana nama tersedia dalam lebih daripada 10 jenis bahasa.
Jika anda inginkan nama dalam Bahasa Melayu, sila pilih tetapan bahasa di bahagian atas di halaman utama.
2. Masukkan kata kunci di ruangan carian
Seperti yang diterangkan sebelum ini, anda perlu mempunyai kata kunci untuk nama perniagaan lilin anda.
Kini, hanya perlu masukkan senarai kata kunci yang relevan.
Anda boleh masukkan seberapa banyak kata kunci sekali gus. Anda boleh simpan nama yang dijana yang anda rasakan sesuai untuk senarai anda.
3. Pilihan tambahan
Selain daripada kata kunci, terdapat pilihan tambahan yang boleh membantu anda mendapatkan nama yang lebih kreatif.
Anda boleh tentukan bilangan aksara, posisi kata kunci dan juga jika anda inginkan alterasi berima.
4. Semak domain serta-merta
Satu lagi kelebihan menggunakan penjana nama yang mungkin tidak diketahui pengguna adalah, anda boleh menyemak ketersediaan domain nama yang telah dijana.
Selepas menekan butang “Jana” atau “Generate” pada ruangan carian, ratusan nama akan dipaparkan.
Jika anda klik pada nama yang dijana, akan keluar ketersediaan domain untuk nama tersebut.
Nama Facebook Page: Petua Berguna
Mencari nama yang unik mungkin agak sukar memandangkan ramai orang dan seterusnya banyak perniagaan, perkhidmatan atau laman peminat (fans) yang menggunakan platform ini.
Bagaimana anda boleh buat nama Facebook page anda kelihatan unik, menarik dan dalam masa sama mudah untuk diingat?
Berikut adalah petua berguna yang boleh anda praktikkan:
1. Gunakan nombor pada nama
Namun, untuk tampak lebih menarik, anda boleh letakkan nombor pada nama.
Contohnya, 24/7 untuk menggambarkan perkhidmatan anda tersedia sepanjang masa.
Pengguna atau pelanggan akan terus faham maksud perkhidmatan anda dan akan mengingati Facebook page anda.
2. Analisis nama pesaing
Dapatkan beberapa nama pesaing (yang menawarkan perkhidmatan atau produk yang hampir sama) di pasaran sedia ada.
Pelajari bagaimana pesaing anda meletakkan diri mereka di dalam pasaran.
Dan bagaimana sebilangan kecil mereka boleh mendapat perhatian pelanggan dalam skala yang lebih besar.
Adakah pesaing anda bekerjasama dengan jenama lain?
Melalui analisis pesaing ini:
- Anda boleh mengetahui kekuatan serta kelemahan pesaing, serta keinginan pelanggan;
- Anda boleh mengetahui nama yang mendapat perhatian pelanggan; dan
- Anda boleh mengetahui nama yang sudah terlalui kerap digunakan di pasaran.
3. Analisis pelanggan sasaran
Demografik pelanggan sasaran seperti jantina, lingkungan umur, pendapatan ataupun kegemaran mereka, boleh menjadi faktor penting untuk nama Facebook page.
Analisis yang lengkap terhadap pelanggan memberi ruang untuk beberapa perkara diambil kira;
Contohnya, sama ada nama page itu kedengaran profesional atau sebaliknya, lebih santai dan menggunakan perkataan yang biasa digunakan dalam seharian.
Lakukan proses brainstorming (bersama rakan kongsi atau pun rakan-rakan) dan dapatkan idea atau sekurang-kurangnya kata kunci untuk nama Facebook page anda.
Gunakan penjana nama Facebook page untuk dapatkan potensi nama yang lebih besar.
4. Senarai pendek idea
Buat satu senarai panjang dan buangkan mana yang tidak menepati cita rasa anda.
Selepas anda dapat satu senarai pendek, tanyakan soalan berikut:
- Adakah terdapat kelainan pada setiap nama tersebut di pasaran sedia ada?
- Adakah nama yang dipilih menggambarkan syarikat/peribadi atau pun sekurang-kurangnya kena dengan visi syarikat/peribadi?
- Adakah terdapat perkataan yang sudah terlalu kerap digunakan di pasaran pada nama tersebut?
- Bagaimanakah nama tersebut kedengaran atau kelihatan jika digunakan untuk platform lain selain FB? (untuk masa hadapan)
Perkara yang Perlu Dielakkan untuk Nama Facebook Page
Nama facebook page yang gagal hasil daripada sesi brainstorming yang gagal.
Terdapat segelintir pemilik perniagaan terlalu memfokuskan nama yang unik dan luar biasa.
Dalam mencari nama unik ini, mereka terlupa perkara asas; nama yang mudah diingat dan memberi maksud yang bermakna dan tidak menggambarkan produk.
Berikut adalah perkara yang perlu dielakkan:
1. Kreativiti melampau
Terlalu menggunakan pun ataupun kreativiti pada kosa kata yang tidak menjadi.
Pelanggan akan berasa tidak kena pada nama jenama anda. Walaupun maksudnya sampai, tetapi sesuatu jenama perlu menyampai elemen profesional.
2. Nama seakan nama perniagaan lain
Anda mungkin terfikir dengan menamakan Facebook page anda seakan jenama yang sudah terkenal dapat menarik minat pelanggan.
Sebenarnya cara ini langsung tidak berkesan dan berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan undang-undang.
Jadi jangan sesekali pertimbangkan untuk nama Spiritzer, Panas-Sonic dan sebagainya.
3. Tidak sesuai digunakan untuk kempen iklan
Katakan anda sudah mempunyai laman web; keklapissedap.com.my
Anda ingin gunakan nama yang sama untuk Facebook page anda.
Walaupun laman web anda mempunyai trafik tinggi, tetapi nama yang sama (keklapissedap.com.my) tidak sesuai kerana tidak ‘muat’ untuk kempen iklan.
Nama yang panjang akan menjadi truncated (terpotong) untuk imej dan juga logo.
4. Nama yang terlalu generik
Generik bermaksud terlalu umum dan tidak merujuk kepada kumpulan tertentu.
Terdapat terlalu banyak perniagaan seperti ABC Services atau XYZ Technology di luar sana.
Nama yang terlalu umum akan membuatkan prospek pelanggan tidak tahu perkhidmatan yang anda tawarkan secara khusus.
Bakal pelanggan akan menganggap tiada yang istimewa dengan nama anda dan tidak akan ingat.
Nanti Dulu, Ada Seperkara yang Anda Perlu Tahu
Jika kami menulis tajuk segmen ini sebagai “Kesimpulan”, nampak tidak menarik.
Tetapi ada satu keadaan yang membuatkan anda mesti memilih nama Facebook page dengan teliti dan cermat.
Facebook page, bukan lagi dianggap sebagai “bagus kalau ada”.
Kewujudan Facebook page seperti sebuah undang-undang tidak bertulis untuk sebarang perniagaan untuk membangunkan strategi pemasaran.
Dunia digital atau secara khususnya platform media sosial membuatkan engagement perniagaan anda lebih besar dan spesifik.
Kami berharap anda dapat memilih nama yang menarik untuk Facebook page anda dengan panduan dan tips yang telah diberikan.
Selamat berjaya!