Pernahkah anda terpinga-pinga apabila menerima e-mel atau risalah kebajikan kerana langsung tidak tahu nama badan kebajikan atau organisasi bukan berasaskan keuntungan tersebut?
Lebih teruk lagi, anda mula persoalkan kredibiliti pusat atau organisasi tersebut kerana namanya yang tidak sesuai dengan perjuangan atau bantuan ditawarkan mereka?
Walaupun badan kebajikan dan organisasi bukan berasaskan keuntungan menawarkan bantuan kemanusiaan dan bukan sebagai entiti korporat; itu bukan alasan untuk memandang remeh ketika memilih nama.
Nama badan kebajikan atau organisasi anda adalah perkara pertama yang orang awam akan lihat.
Nama seolah-olah menjadi pembuka salam untuk memperkenalkan diri dan menjelaskan apa visi dan misi organisasi anda.
Kempen Save the Children yang giat dijalankan di seluruh dunia untuk memberi pendidikan, peluang ekonomi dan kesihatan yang lebih baik kepada kanak-kanak, sebenarnya merupakan nama sebuah organisasi bukan keuntungan di UK.
Kini, nama organisasi tersebut digunakan sebagai call to action untuk mana-mana kempen untuk menyelamatkan golongan kanak-kanak.
Hebat bukan?
Jadi pemilihan nama bukan seharusnya dilakukan dengan tergesa-gesa dan melepaskan batuk di tangga.
Artikel ini akan memberi panduan bagaimana mendapatkan nama yang menarik dan berbeza daripada beribu organisasi yang menawarkan bantuan yang lebih kurang sama.
Dan seperkara lagi, kami menggunakan terma badan bukan kerajaan (NGO) dan badan bukan berasaskan keuntungan (NPO) sebagai ‘organisasi’ memandangkan tiada takrifan udang-undang yang khusus untuk kedua-dua jenis organisasi ini.
Pusat Kebajikan & Organisasi: Nama & Idea sebagai Inspirasi
1. Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia
Mendengar nama McDonalds sahaja sudah membuatkan kanak-kanak tersenyum.
Pusat kebajikan ini mempunyai visi untuk memberi bantuan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka melalui program yang dianjurkan.
Antara perkara menarik tentang badan kebajikan ini adalah program Ronald McDonald House.
Mereka membina rumah penginapan di dalam kawasan hospital khusus untuk keluarga pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital tertentu.
Dengan adanya kemudahan tempat tinggal untuk keluarga pesakit semasa pesakit menjalani rawatan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu-bapa pesakit tersebut.
2. Raudah Sakinah
Ditubuhkan atas inisiatif beberapa wanita untuk memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja wanita beragama Islam yang menjadi mangsa masalah sosial.
Pusat kebajikan ini didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.
Remaja dibawah jagaan mereka akan mendapat pendedahan rohani dan jasmani untuk memberi peluang menjalani masa depan yang lebih cerah.
3. TObpinai NIngkokoton koBUruon KampuNG (TONIBUNG)
Tiada apa yang salah pada papan kekunci ketika menaip nama NGO ini.
Organisasi ini menggunakan bahasa Kadazan yang bermaksud Rakan Pembangunan di dalam Kampung.
Berpusat di Penampang, Sabah, objektif organisasi ini adalah menyediakan kemudahan elektrik alternatif yang lebih lestari di kawasan pedalaman.
Mereka juga memberi khidmat nasihat hak asasi penduduk peribumi dan menyokong program keusahawanan kepada remaja di kawasan tersebut.
4. Save Our Seahorses (SOS)
Badan bukan berasaskan keuntungan ini ditubuhkan sejak 2004 dengan objektif untuk menyelamatkan kuda laut dan juga muara Sungai Pulai, Johor.
Pembangunan pelabuhan yang pesat di Sungai Pulai menyebabkan bahagian muara sungai terjejas dan seterusnya merosakkan habitat kuda laut di situ.
Organisasi ini mengambil pendekatan diplomasi dengan bekerjasama dengan kerajaan, komuniti tempatan dan pemaju perumahan.
Seperti kod signal kecemasan antarabangsa S.O.S, nama organisasi ini begitu tepat dan mudah diingat.
5. Pertubuhan Saling Membantu (PSM)
NGO ini telah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan dan berpusat di Shah Alam, Selangor.
Seperti namanya, organisasi ini membantu wanita tempatan dan juga pelarian wanita antarabangsa yang mendapat perlindungan di Malaysia.
Antara bantuan yang disediakan adalah kelas pendidikan percuma kepada anak-anak pelarian dan juga bantuan kaunseling dan kelas kemahiran kepada wanita tempatan.
Pentingnya nama untuk badan kebajikan dan organisasi
Kebanyakan organisasi NGO/NFO boleh dikenali jika ada perkataan seperti charities, bantuan, pertubuhan, kebajikan dan sebagainya.
Nama badan kebajikan dan organisasi sebenarnya memberitahu orang ramai misi dan impak yang anda ingin sampaikan.
Mesej yang anda sampaikan perlu jelas melalui nama, dan orang ramai boleh mengagak apakah bentuk bantuan yang anda sediakan.
Orang ramai juga adalah mungkin sebagai penderma utama yang boleh memberikan dana untuk aktiviti atau pun projek yang anda rancangkan.
Kami berikan anda satu situasi mudah yang boleh dikaitkan dengan mengapa nama badan kebajikan dan organisasi penting.
Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, terdapat lebih 40,000 organisasi kebajikan dan bukan keuntungan yang berdaftar secara sah di Malaysia. Apakah cara untuk membuatkan anda lebih dikenali berbanding dengan yang lain?
Nama yang menarik dan jelas akan menarik minat orang ramai dan peluang untuk mendapatkan dana melalui derma lebih tinggi.
Jadi apakah nama terbaik untuk badan kebajikan atau organisasi?
Sebenarnya tiada sifir tetap untuk nama terbaik.
Tetapi, tidak seperti ahli politik yang menjanjikan bulan dan bintang kepada anda, kami berikan panduan berguna ketika anda ingin mencari nama yang sesuai.
Nama ‘terbaik’, ‘menarik’ atau ‘unik’ bergantung secara spesifik kepada jenis organisasi anda.
Secara amnya, nama yang bagus perlu mengandungi elemen atau perkataan yang berkaitan dengan operasi atau bidang organisasi anda.
Selain mencari nama secara brainstorming, anda juga boleh menggunakan bantuan janaan nama secara automatik.
Namun, adakalanya anda akan buntu dan kering idea.
Jangan berputus asa, ada cara lain yang lebih mudah dan efektif.
Penjana Nama kami boleh menjana puluhan atau ratusan nama dalam masa yang singkat.
Penjana nama badan kebajikan & NGO/NPO
Antara nasihat yang anda sering dengar untuk menyerlahkan kreativiti anda adalah dengan berfikir di luar kotak.
Oh, tidak semestinya!
Tidak perlu keluar dari kotak, duduk diam dan gunakan teknologi untuk menjadi lebih kreatif.
Apalah sangat pada janaan nama secara automatik kalau roket ke bulan pun boleh diterbangkan dengan teknologi.
Penjana Nama kami adalah alternatif teknologi yang boleh membantu anda menambah inspirasi dan mendapatkan senarai nama pilihan yang lebih besar.
Apabila anda memasukkan beberapa kata kunci, penjana nama akan menjana kombinasi perkataan secara automatik yang relevan dengan carian anda.
Cara menggunakan Penjana Nama Badan Kebajikan & Organisasi bukan Berasaskan Keuntungan
Kami akan terangkan bagaimana cara gunakan penjana nama kerana mungkin ada di kalangan anda pertama kali mendengarnya.
Penjana nama mempunyai algoritma yang menghasilkan nama janaan yang unik dan kreatif.
1. Pilih bahasa
Penjana nama tersedia di dalam lebih daripada 10 jenis bahasa.
Jika anda inginkan nama rancangan dalam Bahasa Melayu, sila pilih tetapan bahasa di bahagian atas di halaman utama.
2. Masukkan kata kunci di ruangan carian
Seperti yang diterangkan sebelum ini, anda perlu mempunyai kata kunci relevan untuk organisasi anda.
Kini, hanya perlu masukkan senarai kata kunci yang relevan.
Anda boleh masukkan seberapa banyak kata kunci sekaligus. Anda boleh simpan nama yang dijana yang anda rasakan sesuai untuk senarai anda.
3. Pilihan tambahan
Selain daripada kata kunci, terdapat pilihan tambahan yang boleh membantu anda mendapatkan nama yang lebih kreatif.
Anda boleh tentukan bilangan aksara, posisi kata kunci dan juga jika anda inginkan alterasi berima.
4. Semak domain serta-merta
Satu lagi kelebihan menggunakan penjana yang mungkin tidak diketahui pengguna adalah, anda boleh menyemak ketersediaan domain nama yang telah dijana.
20 Nama & idea badan kebajikan & NGO/NPO
Sebagai panduan, kami telah masukkan beberapa kata kunci di ruangan “Jana”.
Antara kata kunci yang kami gunakan:
- Bantuan
- Sejahtera
- Masa Depan
- Gembira
- Kebajikan
- Bumi
Berikut adalah 20 nama yang telah dijana secara automatik:
- Sejahtera Skypass
- Bumi Sharing
- Kebajikan Insight
- Gembira Ara
- Bumi Wire
- Sejahtera Ara
- Bantuan Sunrise
- Sejahtera Worldwide
- Bumi Liberty
- Bumiology
- Kebajikanprism
- Gembiraya
- Bumivio
- Sejahteraops
- Bumi Breeeze
- Sejahtera Serene
- Buminetic
- Bumistastic
- Bantuanopedia
- Sejahtera Energy
5 Jenis nama badan kebajikan atau organisasi NGO/NPO yang boleh dipertimbangkan.
1. Nama bersifat deskriptif
Pendekatan ini diambil oleh kebanyakan organisasi badan kebajikan dan NGO/NPO.
Sebagai contoh, cuba lihat nama Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Nur Iman KL & Selangor.
Nama ini sudah cukup menjelaskan apa objektif mereka dan bantuan yang ditawarkan serta lokaliti.
Nama deskriptif jelas memberitahu apa yang dilakukan oleh sesebuah organisasi.
Namun penggunaan lokaliti mungkin boleh menjadi masalah di kemudian hari jika bantuan ingin diperluaskan di kawasan/negeri lain di Malaysia.
2. Nama yang mempunyai simbol makna
Terdapat organisasi yang menggunakan nama sebagai simbol apa yang mereka lakukan.
Buku Jalanan Chow Kit menggambarkan buku sebagai pendidikan untuk kanak-kanak terbiar di sekitar Chow Kit yang terdedah dengan masalah sosial dan dadah.
Begitu juga dengan Doctors Without Borders yang secara literalnya bermaksud mereka menyelamatkan nyawa tanpa sempadan tidak kira apa yang terjadi.
3. Nama bersifat umum
Nama sebegini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
Sama ada maksud yang tidak sampai atau perkataan yang sememangnya digunakan oleh organisasi lain tetapi dengan tambahan perkataan.
Sebagai contoh, jika anda namakan Rumah Bantuan, nama tersebut seakan tergantung dan banyak organisasi lain yang gunakan perkataan tersebut tetapi lebih lengkap.
4. Nama unik
Gabungan beberapa perkataan biasanya akan menghasilkan nama yang unik.
Terdapat juga perkataan yang pada asalnya kelihatan biasa, tetapi jika digunakan untuk nama organisasi, ia menjadi unik dan bertepatan dengan objektif.
Ajar-Ajar Malaysia adalah sebuah NGO yang menyediakan kelas tambahan kepada pelajar yang kurang berkemampuan di Malaysia.
Nama yang digunakan bukan semata-mata kata ganda ciptaan.
Ajar yang pertama, bermaksud cikgu atau pengajar; manakala Ajar yang kemudiannya bermaksud belajar, iaitu untuk murid.
Nama yang unik boleh diperolehi dengan menjadi kreatif dan mempelbagaikan perkataan yang relevan.
Nama yang jarang didengar atau luar biasa boleh menjadi unik diteliga atau mata pendengar dan boleh melekat dengan mudah.
5. Singkatan
Oleh sebab banyak badan kebajikan dan NGO/NPO di Malaysia mempunyai nama yang agak panjang, mereka selalunya menggunakan singkatan.
The Malaysian Medical Relief Society mungkin kurang dikenali, tetapi sebut sahaja MERCY, nama ini memang dikenali oleh orang ramai.
Singkatan boleh membuatkan nama organisasi anda lebih dikenali kerana nama yang agak panjang sukar diingat.
Lihat sama ada nama singkatan anda sesuai dengan organisasi dan bantuan yang disediakan.
Tips nama badan kebajikan & NGO/NPO yang menarik
1. Pastikan nama anda eksklusif
Apabila memilih nama, anda disarankan untuk menyemak ketersediaan nama dan nama tersebut tidak lagi dan tidak pernah digunakan mana-mana pihak.
Pelbagai cara untuk menyemak boleh dilakukan, anda boleh semak di enjin carian atau di media sosial.
Dengan membuat semakan, anda boleh merancang strategi pemasaran serta mengelakkan sebarang tindakan undang-undang daripada pihak yang telah menggunakan nama tersebut.
Selain daripada mendaftarkan nama di Pendaftar Pertubuhan (jika perlu), anda boleh juga boleh mendaftar tanda dagang untuk nama dan logo organisasi.
2. Jika ada beberapa nama, simpan yang lain untuk program/kempen
Setelah mendapat idea atau menggunakan nama yang dijana penjana nama, anda mungkin ada beberapa nama yang berkualiti dan menarik.
Tetapi anda hanya perlu memilih satu sahaja nama terbaik.
Jangan terus buang nama yang tidak digunakan. Nama-nama tersebut mungkin boleh digunakan untuk program atau kempen di masa hadapan.
Sebagai contoh, jika nama Selamatkan Bumi Hijau adalah salah satu nama yang disenarai pendek tetapi tidak dipilih, anda gunakan nama yang sama.
Lebih menarik, tambahkan nama lokaliti kempen itu disasarkan.
Jadi, Anda masih lagi boleh gunakan untuk Kempen Selamatkan Bumi Hijau Kuala Lumpur untuk nama kempen anda.
3. Elakkan nama mengikut trend
Tidak dinafikan nama yang mengikut trend lebih mudah dikenali dan mendapat perhatian orang ramai.
Cuma, anda pasti mahu perhatian yang diberikan bukan bersifat sementara, betul?
Trend akan sentiasa bertukar.
Dan ada kemungkinan nama (mengandungi trend) yang anda gunakan nampak seperti ketinggalan zaman walaupun organisasi anda baru menginjak ke usia 5 tahun.
4. Elakkan nama mengikut trend
Ketika dalam proses brainstorming, jangan gunakan nama yang terlalu spesifik dengan objektif organisasi anda.
Katakan ketika awal penubuhan, organisasi anda terlibat dalam bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan.
Selepas beberapa tahun, anda ingin kembangkan skop bantuan kepada bantuan kaunseling dan mencegah masalah sosial untuk golongan yang sama.
Biarkan nama anda dengan ruang untuk sebarang kemungkinan penukaran atau pengembangan skop atau jenis bantuan.
Amnesty International bermula sebagai khidmat sokongan untuk banduan.
Tetapi hari ini skop bantuan mereka termasuklah Perubahan Iklim, Hak Menggugurkan Kandungan dan Hak Asasi Manusia.