Idea & Penjana Nama Perniagaan Pertanian

Penjana Nama Bisnes Pertanian kami diterajui oleh teknologi AI yang akan membantu anda mendapatkan nama bisnes yang terbaik

1. Pilih kata kunci nama bisnes pertanian anda

Cari perkataan yang mencerminkan produk pertanian sebagai kata kunci yang anda ingin jana bersama idea nama bisnes

2. Dapatkan idea Nama Bisnes Pertanian anda

Pilih industri pertanian di bahagian tapisan industri untuk pilihan idea nama Bisnes Pertanian yang lebih tepat

3. Pilih Nama Bisnes Pertanian anda

Anda boleh menekan butang bintang bagi idea nama yang anda suka dan idea nama tersebut akan disimpan untuk anda

Memulakan perniagaan pertanian daripada kosong tidak mudah. Oleh itu, kami ingin memperkenalkan kepada anda Penjana Nama Perniagaan Pertanian kami.

Ingin tahu bagaimana Penjana Nama Perniagaan ini menjadi pilihan perniaga baru di seluruh dunia? Teruskan membaca bersama kami.

20 Idea Nama Perniagaan Pertanian

20 senarai di bawah ini adalah hasil nama perniagaan yang dijana menggunakan Penjana Nama Perniagaan Pertanian kami.

  • Sayur Empire
  • Sayur Smart
  • Dr Sayur
  • Member Sayur
  • Grander Sayur
  • Select Organik
  • Smart Organik
  • Rancher Organik
  • Begin Organik
  • Brite Organik
  • Buck Baja
  • Baja System
  • Baja Legacy
  • Baja Best
  • Baja Box
  • Hijau Breed
  • Hijau World
  • Hijau Sustain
  • Empire Hijau
  • Blox Hijau

5 Cara Mudah Mendapatkan Nama Perniagaan Unik

Pilih nama berkaitan dengan tanaman

Cara mudah yang boleh menggambarkan perniagaan pertanian anda dengan tepat adalah dengan menggunakan nama tanaman utama yang anda usahakan. Mengapa tidak, bukan? Ini pasti dapat membantu nama perniagaan dikenali dengan lebih pantas.

Anda pasti ingin tahu bagaimana prospek pelanggan anda dapat mengenal pasti perniagaan anda dengan cara ini. Baiklah, jawapan sebenarnya agak ringkas.

Ini kerana, dengan nama sebegini, anda boleh mendapatkan perhatian pelanggan anda bahawa anda menawarkan sayur-sayuran yang mereka mahukan. Secara tidak langsung, anda boleh menjadikan ini sebagai strategi pemasaran anda.

Umpama menyelam sambil minum air, anda tidak perlu risau akan kos pemasaran yang tinggi jika menggunakan cara ini untuk menamakan perniagaan pertanian anda.

Guna nama tempat       

Cara mudah seterusnya, gunakan nama lokasi ladang ataupun gerai sayur-sayuran anda. Bukan sekadar mudah untuk disebut, nama tempat selalunya senang untuk diingat.

Anda juga boleh menggabungkan nama tempat dan juga nama anda untuk dijadikan sebagai nama perniagaan yang menarik. Secara tidak langsung, anda dapat memberikan identiti kepada perniagaan anda.

Nama perniagaan yang sesuai sangat penting. Bukan sekadar menggambarkan identiti perniagaan anda sahaja, nama perniagaan juga adalah cap dagangan unik anda.

Tahukah anda, cap dagangan menunjukkan informasi yang sahih mengenai daripada mana asal barangan dan juga perkhidmatan yang anda bekalkan.

Oleh itu, jika anda berminat untuk menggunakan nama tempat sebagai sebahagian daripada nama perniagaan anda, dan anda juga ingin menjadikannya sebagai cap dagangan, anda harus memastikan nama perniagaan anda menarik.

Guna nama teknologi 

Cara seterusnya, anda boleh menggunakan nama teknologi pertanian. Terutama sekali, jika hasil tanaman anda dihasilkan menggunakan teknologi pertanian terkini.

Jika anda baru sahaja ingin memulakan bisnes pertanian dan ingin menggunakan teknologi terbaru dalam pengeluaran tanaman, anda boleh menggunakan teknologi di bawah ini.

Anda juga boleh menggunakannya sebagai nama perniagaan anda:

  1. Hibrid
  2. Hidroponik
  3. Akuakultur
  4. Organik
  5. Aeroponik

Untuk menggunakan nama teknologi ini sebagai nama bisnes anda, pastikan anda menggabungkannya dengan kata nama yang bersesuaian. Jika tidak, nama yang anda pilih tidak akan relevan di mata para pelanggan.

Anda boleh menggabungkannya dengan nama sayuran utama yang anda tanam, ataupun dengan nama anda sendiri.

Ini akan menambahkan seri nama perniagaan anda! 

Lakukan sumbang saran

Cara seterusnya ini sesuai dilakukan sekiranya anda mempunyai rakan kongsi ataupun rakan yang anda boleh percayai. Cara tersebut adalah, lakukan sumbang saran atau lebih dikenali sebagai brainstorming.

Bagaimana untuk melakukan sumbang saran yang efektif? Baiklah, anda boleh mencuba langkah-langkah ini:

  1. Sediakan senarai pendek idea nama perniagaan
  2. Dapatkan pendapat daripada ahli yang menyertai sesi sumbang saran
  3. Catat maklum balas yang diberikan
  4. Lakukan undian nama perniagaan terbaik

Pastikan anda mengambil serius setiap pandangan yang diberikan oleh mereka yang terlibat dalam proses sumbang saran ini. Terutama sekali jika ada yang terlibat merupakan pekerja anda. 

Ini bagi mendapatkan kepercayaan mereka dan juga idea nama perniagaan yang lebih bernas.

Guna Penjana Nama Perniagaan 

Cara seterusnya ini harus anda gunakan kerana kami percaya anda pasti dapat mendapatkan nama perniagaan yang unik serta menarik. Cara tersebut adalah, gunakan penjana nama perniagaan pertanian kami.

Sekarang, anda pasti ingin tahu dengan lebih lanjut apakah kelebihan penjana nama perniagaan kami bukan? Baiklah, mari lihat senarai di bawah:

  1. Percuma
  2. Mudah untuk digunakan
  3. Pilihan lebih 3 juta peniaga baharu di seluruh dunia
  4. Idea pilihan nama yang banyak
  5. Tiada pendaftaran diperlukan

Kami yakin anda dapat menjana nama perniagaan yang paling sesuai dan menepati pilihan hati anda. Selain itu, mengapa perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan nama perniagaan yang menarik jika penjana nama perniagaan kami boleh membantu anda?

Untuk mengetahui langkah mudah dan pantas menggunakan penjana nama perniagaan kami, sila rujuk perenggan di bawah.

Bagaimana Cara Menggunakan Penjana Nama Perniagaan Pertanian? 

Baiklah, sekarang kita akan melihat 5 langkah pantas yang anda boleh ikuti untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik.

Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

Lawati laman web kami

Langkah mudah pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan melawati laman utama kami iaitu Business Name Generator. Seterusnya, anda boleh pergi ke bahagian atas kiri laman kami untuk merujuk mana-mana blog artikel mengenai penjana nama perniagaan kami.

Anda juga boleh memilih apakah bahasa yang anda ingin gunakan untuk menjana nama perniagaan anda. Antara bahasa yang tersedia di laman kami adalah seperti berikut:

  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Portugis
  4. Bahasa Indonesia
  5. Bahasa Sepanyol
  6. Bahasa Korea dan banyak lagi

Jika anda ingin melebarkan perniagaan anda luar dari Malaysia, anda boleh mengguna pakai fungsi ini.

Pilih sahaja bahasa yang anda ingin gunakan. Kami pasti setiap nama yang akan dijana juga kekal unik.  

Pilih kata kunci

Langkah seterusnya adalah, pilih kata kunci yang sesuai untuk digunakan. Kata kunci yang anda gunakan sebaik-baiknya perlu berkaitan dengan perniagaan anda.

Mari lihat kata kunci yang kami gunakan serta yang berkaitan dengan perniagaan pertanian.

  1. Sayur
  2. Organik
  3. Baja 
  4. Hijau
  5. Nama anda
  6. Nama tempat
  7. Hibrid
  8. Akuakultur
  9. Hidroponik
  10. Aeroponik

Banyak lagi kata kunci yang anda boleh pilih. Tetapi jika anda merasa buntu untuk mendapatkan penyelesaian yang kreatif, anda boleh menggunakan cara di bawah ini:

  1. Gunakan kamus dalam talian
  2. Gunakan nama perniagaan terkenal sebagai inspirasi
  3. Gunakan perkataan yang bersinonim
  4. Lawati laman utama Jabatan Pertanian Malaysia

Dengan cara ini, kami pasti anda boleh mendapat kata kunci yang boleh menggambarkan identiti perniagaan berasaskan pertanian.

Tekan butang jana

Setelah anda memasukkan kata kunci yang anda suka, tekan butang jana yang terletak di tepi kotak kata kunci. Kemudian, anda akan dibawa terus ke laman hasil jana nama perniagaan kami.

Anda boleh juga mengaktifkan togol untuk memeriksa ketersediaan domain. Fungsi ini sangat berguna buat mereka yang ingin memiliki laman web perniagaan.

Anda akan dapat melihat setiap idea yang dijana mengandungi kata kunci yang telah anda masukkan tadi. Anda juga akan dapat melihat bilangan idea pilihan nama yang dijana adalah hampir lapan ribu.

Lebih tujuh ribu idea nama perniagaan sememangnya banyak. Anda juga pasti perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam untuk memilih nama perniagaan yang paling berkenan di hati anda.

Oleh itu, kami ada penyelesaian yang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Sila ke perenggan seterusnya untuk mendapatkan penyelesaian tersebut.

Guna pakai fungsi tapisan

Jika anda ingin menjimatkan masa untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik dengan pantas, anda boleh menggunakan fungsi tapisan penjana nama perniagaan kami. 

Tapisan nama kami terbahagi kepada dua:     

Tapisan industri

Untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu pergi ke senarai industri yang ada tertera di bahagian kiri laman hasil janaan idea nama kami. Antara pilihan industri yang anda boleh aktifkan adalah:

  1. Pertanian
  2. Korporat
  3. Acara
  4. Kewangan
  5. Makanan
  6. Taman kebun dan banyak lagi

Untuk nama perniagaan pertanian, anda boleh memilih industri pertanian. Pilihan industri taman kebun juga sesuai untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik.

Tapisan nama

Tapisan nama mempunyai beberapa fungsi tetapan yang anda boleh aktifkan. Fungsi tetapan tersebut adalah:

  1. Bilangan karakter
  2. Bilangan ayat (1 atau 2)
  3. Posisi kata kunci (sebelum atau selepas)
  4. Nama perniagaan berima

Pilih nama yang sesuai

Setelah anda mengaktifkan tapisan industri dan nama, anda boleh memilih nama perniagaan yang bersesuaian dengan cita rasa anda. Anda tidak perlu risau akan keunikan dan ketersediaan nama yang dijana kerana ciri ini sememangnya pasti apabila anda menjana nama bisnes bersama kami.

Jangan lupa juga, anda boleh menyemak ketersediaan domain sekiranya anda memerlukannya untuk perniagaan anda. 

5 Perniagaan Pertanian Terkenal     

Mari lihat 5 contoh perniagaan pertanian yang terkenal, dan bagaimana nama perniagaan tersebut diasaskan.

Bayer 

Bayer merupakan syarikat farmasi dan bioteknologi yang terbesar di dunia. Oleh kerana syarikat ini pakar dalam bidang bioteknologi, mereka juga melibatkan diri dalam bidang pertanian.

Bayer yang merupakan syarikat Jerman ditubuhkan pada tahun tahun 1863. Pengasas syarikat ini bernama Friedrich Bayer dan juga Johann Friedrich Weskott. Mereka berdua pada awalnya menubuhkan syarikat perkongsian.

Pada masa itu, nama syarikat ini dikenali sebagai Friedr. Bayer et comp. Pada tahun 2001, Bayer membeli syarikat pertanian Aventis CropScience dengan harga lebih kurang RM28 bilion. Sejak dari itu, Bayer merupakan syarikat pertanian terbesar di dunia.

Seperti yang anda boleh jangkakan, nama perniagaan ini diambil dari nama pengasasnya sendiri, iaitu Friedrich Bayer. Tanpa menggunakan nama penuh beliau, nama keluarganya diangkat sebagai nama perniagaan, syarikat, serta cap dagangan yang terkemuka di dunia.

John Deere

John Deere merupakan syarikat jentera pertanian yang terkemuka di dunia ini. Syarikat ini ditubuhkan pada awal tahun 1837 lagi di negeri pengeluar jagung terbesar Amerika Syarikat, iaitu Illinois. 

Tahukah anda pengasas syarikat jentera pertanian ini menggunakan namanya sendiri sebagai nama syarikat beliau? Ya, John Deere adalah individu penting yang memainkan peranan besar dalam penubuhan serta kemajuan perniagaan jentera pertanian ini sehingga sekarang.

Untuk makluman anda, jentera pertama yang dikomersialkan oleh John Deere adalah pembajak keluli. Kemudian, pada tahun 1918, syarikat beliau mengeluarkan dua lagi jentera yang dikenali sebagai Waterloo Boy dan John Deere Tractor.

Hingga ke hari ini, nama John Deere dikenali di seluruh dunia sebagai pembekal jentera pertanian terbaik. 

Syngenta

Syngenta merupakan syarikat pertanian yang beroperasi sejak tahun 2000. Jika dibandingkan dengan syarikat pertanian gergasi yang lain, pencapaian Syngenta amat membanggakan.

Pada tahun 2021 sahaja, Syngenta meraih keuntungan sebanyak $28.2 bilion. Keuntungan ini hasil daripada jualan produk racun perosak, rumput, baja, biji benih dan juga perkhidmatan digital yang lain.

Untuk pengetahuan anda, Syngenta ditubuhkan di negara Switzerland. Kini, walaupun masih bertapak di Switzerland, Syngenta dimiliki oleh sebuah syarikat bahan kimia yang dikenali sebagai ChemChina.

Namun nama Syngenta kekal digunakan kerana nama ini merupakan cap dagangan yang berdaftar. Anda pasti ingin tahu bagaimana nama syarikat ini dipilih, bukan? 

Sebenarnya, nama Syngenta berasal dari bahasa Greek. ‘Syn’ membawa maksud sinergi, integrasi dan juga gabungan kekuatan. Manakala ‘genta’ pula membawa maksud untuk orang atau komuniti.

DuPont

DuPont merupakan syarikat pertanian terkenal dari Amerika Syarikat. Produk keluaran DuPont boleh didapat di mana-mana kedai alatan pertanian di negara-negara luar termasuk Malaysia. 

Sejarah DuPont bermula pada tahun 1802 lagi. Maka tidak hairanlah mengapa perniagaan pertanian yang berasaskan teknologi sains ini berkembang seiring dengan era kemodenan masa kini.

Nama DuPont mungkin kedengaran seperti nama orang Perancis, bukan? Ini kerana, pengasas DuPont sendiri merupakan rakyat Perancis yang berhijrah ke Amerika Syarikat.

Untuk pengetahuan anda, pengasas DuPont bernama E.I du Pont. Beliau yang merupakan bekas Pengarah Bank Petani Negeri Delaware dibantu sendiri oleh ahli keluarganya untuk mengembangkan perniagaan beliau.

Kepakaran utama keluarga du Pont adalah kimia. Dari situ, mereka mengembangkan produk mereka kepada racun untuk tujuan pertanian. Tambahan pula, E.I du Pont sememangnya pakar dalam bidang botani dan juga kimia.

BASF

BASF merupakan syarikat pertanian yang memberikan saingan sengit kepada syarikat- syarikat gergasi pertanian yang lain. Bertapak di negara Jerman, syarikat ini berjaya memperoleh keuntungan sebanyak hampir $79 bilion pada tahun 2021. 

Ingin tahu mengapa BASF mampu bersaing dengan sihat dalam industri pertanian? Rahsianya pasti terletak pada kepakaran yang dibina selama 157 tahun mereka berkhidmat. Ya, syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1865.

Sebenarnya, BASF akronim kepada perkataan Kilang Baden Aniline dan Soda. Oleh kerana nama ini agak panjang untuk diungkapkan, akronim digunakan bagi memudahkan pengguna di dalam dan luar negara mengenali produk mereka.

Antara produk pertanian keluaran BASF adalah racun perosak, racun rumput dan juga rawatan biji benih.

Soalan Lazim

Penjana Nama Perniagaan Pertanian kami adalah pilihan yang tepat untuk anda yang mencari penjana percuma tetapi tetap inginkan nama bisnes pertanian yang unik. Anda hanya perlu pergi ke laman kami dan jana nama perniagaan yang anda idamkan.

Nama yang baik dan sesuai untuk dijadikan sebagai nama syarikat pertanian adalah, nama yang ringkas dan mencerminkan ciri-ciri pertanian. Dalam erti kata lain, anda perlu menggunakan nama yang mudah untuk disebut dan diingati oleh para pelanggan anda.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki