Tahukah anda, industri kosmetik antara tiga industri di Malaysia paling berdaya tahan semasa Covid-19 melanda negara kita? Tidak hanya itu juga, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Statista, industri kosmetik Malaysia dijangka akan terus berkembang sebanyak 4.7 peratus dari tahun 2022 ke tahun 2026. Oleh itu, kami yakin anda tidak mahu melepaskan peluang perniagaan dalam industri kosmetik negara kita.
Jika anda berada di sini, bermakna anda mencari panduan bagaimana mencari idea & penjana nama syarikat kosmetik yang terbaik untuk perniagaan anda. Jangan risau, kami sedia membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang unik serta bermakna. Oleh itu, kami telah menyediakan 20 idea nama syarikat kosmetik yang dijana menggunakan penjana nama syarikat kosmetik kami di bawah, untuk rujukan serta inspirasi anda.
20 Idea Nama Syarikat Kosmetik
- Kosmetik Lit
- Blazing Kosmetik
- Shees Sash
- Belle Blink
- Modern Merr
- Ratu Warrior
- Wow Vanity
- Lawa Genesis
- Murni Shear
- Merah Monroe
- Gula Blossom
- Bunga Aesthetic
- Ros Tease
- Orkid Queen
- Kosmo Kitty
- Suci Gaia
- Bella Bright
- Ria Fox
- Manis Evolve
- Cinta Virtue
Bagaimana Untuk Menamakan Bisnes Kosmetik Anda?
Seterusnya, mari lihat bagaimana kami menjana 20 nama di atas dengan menggunakan penjana nama syarikat kosmetik kami.
Langkah pertama
Langkah pertama yang anda harus lakukan adalah, masukkan nama anda, ataupun apa sahaja ayat yang anda ingin gunakan sebagai nama perniagaan anda, ke dalam ruangan khas untuk kata kunci. Kata kunci yang anda masukkan akan dijana bersama idea-idea nama perniagaan melalui penjana nama kami.
Contoh-contoh kata kunci yang anda boleh gunakan adalah seperti berikut:
- Mimi atau nama anda sendiri
- Kosmetik
- Nama bunga-bungaan
- Cantik
- Molek
- Suci
- Lawa
- Murni
- Cinta
- Wow
Kemudian, jana nama perniagaan anda dengan menekan butang ‘Generate’. Anda akan disajikan dengan pelbagai pilihan nama yang kreatif dan menarik.
Langkah kedua
Kecilkan pilihan nama perniagaan yang anda telah janakan tadi dengan menyemak pilihan ‘Kecantikan’ di dalam senarai industri penjana nama syarikat kosmetik kami. Fungsi utama tapisan ini adalah bagi membolehkan anda mendapatkan nama perniagaan yang lebih berkaitan dengan industri kosmetik. Tambahan pula, kecantikan sememangnya sering kali dikaitkan dengan perniagaan kosmetik.
Untuk pengetahuan anda, anda boleh menyemak lebih daripada satu industri dalam senarai tapisan industri yang disediakan. Antara senarai industri yang anda boleh semak atau tanda, yang berkaitan dengan syarikat kosmetik adalah ‘organik’ dan juga ‘kemewahan’. Hasil idea nama yang dijana anda akan lebih kecil, dan ini akan memudahkan anda membuat pilihan nama syarikat kosmetik yang sesuai.
Langkah ketiga
Seterusnya, anda boleh mengaktifkan fungsi nama perniagaan Dua Perkataan atau Satu Perkataan. Anda boleh mendapatkan fungsi ini pada bahagian kotak tapisan nama di kiri skrin anda. Pilih fungsi yang anda mahukan, dan kemudian tekan ‘apply’.
Mari lihat nama syarikat yang dijana menggunakan dua fungsi ini.
Satu perkataan
- Cintaella
- Cintazoid
- Cintahut
- Cintaology
- Cintaadora
Dua perkataan
- Cinta Spotless
- Cinta Scarlet
- Cinta Foxy
- Cinta Aesthetics
- Cinta Prima
Langkah keempat
Seterusnya, anda boleh mengecilkan lagi pilihan anda dengan menggunakan fungsi Sebelum dan Selepas. Fungsi ini membenarkan anda untuk memilih sama ada anda ingin meletakkan kata kunci yang anda masukkan berada sebelum atau selepas idea nama yang dijana. Katakan anda memasukkan ‘Cantik’ sebagai kata kunci, nama perniagaan yang dijana adalah seperti berikut:
Sebelum
- Cinta Spotless
- Cinta Scarlet
- Cinta Foxy
- Cinta Aesthetics
- Cinta Prima
Selepas
- Lilac Cinta
- Boosts Cinta
- Bonjour Cinta
- Lola Cinta
- Ava Cinta
10 Syarikat Kosmetik Yang Dikenali Ramai
Mari lihat nama 10 syarikat kosmetik yang dikenali ramai. Anda boleh menjadikan nama syarikat-syarikat ini sebagai idea & penjana nama syarikat kosmetik kami sebagai alat untuk membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang setanding dengan nama perniagaan kosmetik yang ternama.
Mary Kay
Nama Mary Kay tidak asing lagi di dunia kecantikan dunia dan juga Malaysia. Diasaskan oleh Mary Kay Ash sendiri pada tahun 1963, Mary Kay terus melebarkan sayap perniagaannya di seluruh dunia tanpa had. Hingga ke hari ini, produk kecantikan Mary Kay boleh didapati di 35 buah negara, termasuklah Malaysia.
Pengasas syarikat kosmetik ini menggunakan nama beliau sendiri sebagai nama syarikat beliau. Apa yang menarik mengenai Mary Kay adalah, beliau menyediakan program yang dikenali sebagai Think Pink, untuk menggalakkan lebih banyak penjual bebas barangan kosmetik Mary Kay mencapai sasaran jualan mereka. Sebagai ganjaran, mereka akan dihadiahkan kereta berwarna merah jambu.
Avon
Avon antara syarikat kosmetik luar negara yang paling awal menjejakkan kaki di Malaysia. Produk Avon mula dijual di pasaran Malaysia pada tahun 1970 lagi. Syarikat kosmetik Avon mula ditubuhkan pada tahun 1929 di negara Amerika Syarikat. Pengasas syarikat kosmetik ini bernama David H. McConnell, seorang ahli perniagaan yang sangat memandang tinggi terhadap potensi kaum wanita pada zaman tersebut.
Sebenarnya, David H. McConnell telah lama mengusahakan serta mencipta produk kosmetik untuk tujuan komersial. Sebelum tahun 1929, beliau mengasaskan syarikat wangian yang dikenali sebagai The California Company, yang kemudiannya diberi nama baharu, iaitu Avon.
Syarikat Avon bermula pada hari itu dikenali tidak hanya sebagai sebuah syarikat kosmetik, tetapi juga pusat perniagaan kaum wanita, dan berjaya menjana keuntungan sebanyak RM 8 bilion pada tahun 1986.
L’Oréal
L’Oréal merupakan antara syarikat kosmetik lagenda yang telah lama bertapak di pasaran kecantikan dunia. Jika anda mengunjungi mana-mana pasaraya yang ada di dunia ini, kami pasti anda dapat menemukan sekurang-kurangnya satu produk kosmetik L’Oréal. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa L’Oréal meraih keuntungan bersih sebanyak RM28 bilion pada tahun 2021.
Syarikat kosmetik yang diasaskan di negara Perancis ini merupakan syarikat kosmetik pertama di dunia ini yang mengembangkan perniagaan mereka di persada dunia. Kini, syarikat ini memiliki 36 jenama kecantikan yang boleh didapati di 150 negara. Maka tidak hairanlah mengapa syarikat kosmetik ini memiliki 88,000 pekerja yang menjadi tulang belakang mereka.
Shiseido
Syarikat kosmetik dari Jepun ini antara nama yang disegani di dalam dunia kecantikan. Ketika di awal penubuhannya pada tahun 1872, Shiseido hanyalah sebuah perniagaan keluarga yang menjual ubat-ubatan. Selepas melalui beberapa pertukaran dan peralihan zaman, Shiseido telah dikenali sebagai syarikat kosmetik ternama dunia dengan lebih 120 negara di seluruh dunia ini menjadi pasaran utama produk mereka.
Antara pencapaian utama yang menjadi titik sejarah syarikat kosmetik ini adalah, pada tahun 1897, Shiseido telah berjaya mereka produk kosmetik pertamanya dengan menggunakan formulasi yang dicipta oleh seorang saintis Jepun. Sejak hari itu, Shiseido terus menambah baik formulasi tersebut dan mengangkat nama syarikatnya sebagai syarikat kosmetik yang terbaik di Jepun.
Unilever
Tahukah anda, Unilever merupakan syarikat kosmetik hasil daripada gabungan antara syarikat pembuat marjerin dan juga syarikat pembuat sabun? Syarikat pembuat sabun pada tahun 1929 ini dikenali sebagai Lever Brothers, dan syarikat pembuat marjerin ini pula dikenali sebagai Margarine Unie. Kedua-dua syarikat ini bergabung lalu membentuk Unilever yang kita semua kenal pada hari ini.
Berdasarkan pemerhatian kami, nama Unilever diambil daripada nama kedua-dua nama syarikat yang telah digabungkan. Ini merupakan idea nama syarikat yang menarik jika anda berminat untuk menggabungkan perniagaan anda dengan perniagaan rakan atau ahli keluarga anda yang lain. Oleh sebab itulah idea & penjana nama syarikat kosmetik kami boleh membantu anda dengan lebih teliti lagi untuk mendapatkan nama syarikat yang terbaik.
Estée Lauder Cos.
Estée Lauder merupakan syarikat kosmetik yang diasaskan di bandar New York pada tahun 1946. Nama syarikat ini diambil daripada nama pengasasnya sendiri, Josephine Esther Mentzer. Estée adalah panggilan yang digunakan oleh ibu dan bapa Josephine.
Manakala Lauder pula diambil daripada nama Josephine selepas beliau berkahwin dengan suaminya, Joseph Lauder. Hasil daripada gabungan nama samaran beliau dan juga nama keluarga suaminya, terhasillah nama syarikat Estée Lauder. Oleh itu anda boleh menggunakan idea ini sebagai inspirasi nama syarikat anda.
Kao
Kao merupakan syarikat kosmetik yang berasal dari negara matahari terbit, Jepun. Kao merupakan antara syarikat kosmetik yang terawal ditubuhkan di negara Jepun. Pada tahun 1887, Tomiro Nagase memulakan operasi kilang sabun mandi, tetapi, Kao belum lagi digunakan sebagai nama perniagaan beliau.
Pada tahun 1954, syarikat yang diasaskan oleh Tomiro Nagase mula dikenali sebagai Kao. Setelah dikenali sebagai Kao, syarikat ini mula menceburkan diri dalam bidang pembuatan kosmetik dan produk penjagaan diri. Untuk makluman anda, terdapat 24 jenama produk kecantikan, kosmetik, penjagaan diri, dan barang pencuci yang berdaftar di bawah syarikat Kao.
Chanel
Chanel merupakan syarikat fesyen yang bertapak di negara Perancis. Ditubuhkan sendiri oleh Gabrielle Bonheur Chanel pada tahun 1910, legasi Chanel terus berdiri megah hingga ke hari ini. Walaupun bermula sebagai butik fesyen pada awal penubuhan Chanel, kini produk yang dikeluarkan oleh Chanel mempunyai kepelbagaian.
Produk kosmetik yang dikeluarkan oleh Chanel sememangnya berkualiti tinggi dan menjadi idaman setiap wanita. Tambahan pula, membeli-belah secara dalam talian dengan menggunakan laman web utama Chanel sangat memudahkan anda. Hal ini demikian kerana, anda boleh mencuba alat mekap Chanel secara maya untuk mendapatkan warna atau tekstur alat solek yang sesuai untuk anda.
Johnson & Johnson
Johnson & Johnson lebih dikenali sebagai jenama mandian kanak-kanak di Malaysia. Namun begitu, tahukah anda bahawa Johnson & Johnson juga mengeluarkan produk kosmetik? Semenjak ditubuhkan pada tahun 1886, syarikat ini telah mengembangkan perniagaan mereka dalam pelbagai bidang.
Jenama kosmetik yang dimiliki oleh Johnson & Johnson adalah Neutrogena. Kami pasti anda pernah mendengar dan juga menggunakan jenama kosmetik ini seperti bedak asas mereka. Pada tahun 2020, jenama kosmetik ini telah meraih keuntungan hampir mencecah RM12 bilion.
Revlon
Revlon merupakan syarikat kosmetik Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1932. Tiga individu yang bernama Joseph Revson, Charles Revson dan juga Charles Lachman merupakan individu penting yang menjadi penaung kepada penubuhan syarikat Revlon. Antara produk kosmetik keluaran Revlon yang terkenal adalah gincu merah mereka.
Selain itu juga, jenama Elizabeth Arden juga merupakan anak syarikat Revlon yang dibeli oleh mereka pada tahun 2016, dengan jumlah RM3.2 bilion. Untuk pengetahuan anda, Revlon kini di ambang kemuflisan setelah ditimpa beban hutang sebanyak RM 12 bilion. Namun begitu, Forbes juga melaporkan saham Revlon melonjak naik sebaik sahaja pengurus besar Revlon memfailkan kemuflisan.
3 Tips Menubuhkan Syarikat Kosmetik di MY
Baiklah, di sini kami akan kongsikan 3 tips mudah bagaimana anda boleh menubuhkan syarikat kosmetik di Malaysia.
Sijil GMP
Jika anda ingin menubuhkan syarikat kosmetik, bermakna, anda juga akan mengeluarkan produk kosmetik sendiri. Untuk mengeluarkan produk kosmetik, anda memerlukan kilang pengeluaran yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang bertauliah. Sebagai contoh, ahli kimia yang mempunyai kelulusan yang diiktiraf.
Bukan hanya itu, kilang pengeluaran anda perlulah mempunyai sijil GMP, atau nama penuhnya, Good Manufacturing Practice. Sijil ini penting kerana mana-mana kilang pengeluaran yang tidak mempunyai kelulusan ini selalunya tidak boleh beroperasi secara selamat. Pelanggan juga cenderung untuk memilih produk yang mempunyai lambang ‘GMP’ untuk dibeli.
Sijil kelulusan KKM
Oleh kerana produk kosmetik selalunya digunakan pada kulit badan manusia, penting untuk mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Mendapatkan sijil ini juga tidak mudah. Namun begitu, anda tetap harus mendapatkan kelulusan daripada KKM untuk meraih kepercayaan orang awam terhadap produk kosmetik keluaran anda.
Anda mungkin tertanya-tanya… “Apakah contoh produk kosmetik yang memerlukan kelulusan daripada KKM?” Contoh produk kosmetik yang memerlukan kelulusan daripada KKM adalah seperti pelembab muka 2 dalam 1, di mana, pelembab muka boleh juga dijadikan sebagai krim bedak asas. Selain itu juga, krim pelindung matahari yang boleh juga dijadikan sebagai krim bedak asas.
Nama Syarikat Yang Unik
Nama syarikat yang menarik merupakan kunci utama kejayaan sesebuah perniagaan, Oleh sebab itulah, idea & penjana nama syarikat kosmetik kami merupakan alat wajib yang anda harus gunakan untuk membantu anda mendapatkan nama perniagaan secara percuma. Anda boleh menyemak semula bahagian langkah mudah untuk menggunakan penjana nama bisnes kami.
Selain daripada itu juga, nama syarikat yang baik selalunya mudah untuk diingati. Ini bermakna, anda tidak perlu menggunakan ayat yang terlalu sukar untuk disebut, walaupun pada anda, ia mempunyai makna yang sangat unik. Sebaliknya, ringkas dan padat lebih memadai.