Penjana Nama Bisnes

Dapatkan ratusan pilihan idea nama bisnes terbaik dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes yang dikuasakan oleh teknologi AI secara percuma

1. Pilih kata kunci untuk bisnes anda

Fikirkan perkataan yang dapat menggambarkan bisnes anda sebagai kata kunci untuk dijana

2. Jana nama bisnes idaman anda

Penjana nama kami boleh menjana ratusan idea nama yang menarik. Guna tetapan tapisan untuk mendapatkan nama yang lebih terperinci

3. Pilih idea nama bisnes yang terbaik

Pilih idea nama bisnes yang terbaik untuk digunakan sebagai nama perniagaan utama anda

Bagaimanakah Cara Untuk Menggunakan Penjana Nama Bisnes

Nama bisnes yang menarik antara faktor penentu kejayaan perniagaan anda. Namun begitu, ramai peniaga baru yang buntu untuk mencari idea nama yang terbaik untuk perniagaan mereka.

Usah risau. Ini kerana, Penjana Nama Bisnes kami boleh membantu anda untuk mendapatkan idea nama bisnes yang terbaik.               

Tidak kira apa pun industri perniagaan yang anda ceburi, penjana nama perniagaan kami mampu menghasilkan idea nama bisnes yang relevan serta terbaik. Tambahan pula, cara untuk mendapatkan nama unik untuk bisnes menggunakan penjana nama kami sangat mudah.

Anda hanya perlu mengikut empat langkah mudah di bawah ini sahaja:

Masukkan kata kunci 

Tanpa kata kunci, anda tidak dapat menjana idea nama perniagaan yang menarik. Jika anda tidak pasti apakah perkataan yang sesuai digunakan sebagai kata kunci, usah risau.

Cuba fikirkan mengenai perniagaan yang anda ingin jalankan. Apakah perkataan pertama yang muncul di fikiran anda? Gunakan perkataan tersebut sebagai kata kunci yang akan dijana.

Sebagai contoh, jika anda menjalankan perniagaan menjual donat, letakkan perkataan ‘donat’ untuk anda jana. Senaraikan semua perkataan yang berkaitan dengan bisnes anda.

Kemudian, jana pekataan-perkataan tersebut untuk mendapatkan idea nama bisnes anda. Menariknya juga, anda boleh menjana lebih daripada satu kata kunci dalam satu masa.

Tekan butang “Mari Mulakan”

Setelah anda memilih kata kunci yang sesuai, tekan butang “Mari Mulakan”. Butang ini akan memberitahu penjana kami untuk memulakan proses janaan idea nama bisnes. 

Dalam masa kurang daripada lima saat, anda akan dibawa ke laman yang menyenaraikan ribuan idea nama bisnes yang telah dijana. Teliti senarai idea nama tersebut untuk menentukan sama ada pilihan yang ada perlu diperincikan ataupun tidak.

Guna tapisan

Anda digalakkan untuk menggunakan tetapan tapisan idea nama bisnes yang telah disediakan. Tetapan tapisan ini boleh didapatkan di bahagian kiri laman senarai idea nama bisnes yang telah dijana.

Untuk makluman, tetapan tapisan ini terbahagi kepada dua:

Tapisan industri

Penjana nama bisnes kami dilengkapi dengan tetapan tapisan industri.

Fungsi utama tapisan ini adalah untuk menghasilkan idea nama bisnes yang relevan dengan industri perniagaan anda. Sebagai contoh, jika anda menjalankan perniagaan di dalam bidang pertanian, anda boleh menandakan kotak pilihan industri pertanian.

Terdapat lebih kurang 50 industri yang anda boleh pilih untuk memastikan idea nama bisnes yang dijana relevan dan unik. Menariknya juga, anda boleh menandakan lebih daripada satu industri pada satu masa.

Jangan lupa untuk menekan butang “gunakan” setelah anda memilih industri yang berkaitan dengan perniagaan anda.

Tapisan idea nama

Tapisan idea nama bisnes boleh diaktifkan untuk membolehkan anda mendapatkan idea nama bisnes yang mempunyai ciri-ciri di bawah:

  • Nama bisnes yang terdiri daripada lima karakter ataupun lebih
  • Kata kunci dijana di hadapan ataupun belakang perkataan/idea nama bisnes
  • Nama bisnes yang terdiri daripada satu ataupun dua perkataan
  • Nama bisnes yang berima

Mengapa Penjana Nama Bisnes Kami yang Terbaik

Kami dapat memberi jaminan bahawa Penjana Nama Bisnes kami menawarkan keistimewaan yang tidak akan dapat anda temukan di mana-mana tempat.

Secara dalam talian ataupun di dalam dunia realiti perniagaan yang sebenar, Penjana Nama Bisnes kami sahaja yang mampu menawarkan kelebihan-kelebihan seperti berikut:

Dikuasakan oleh Teknologi AIIdea nama bisnes dan syarikat yang unik mampu dijana oleh penjana nama perniagaan kami. Ini kerana, pakar kami memastikan penjana nama bisnes kami dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Anda pasti pernah mendengar mengenai teknologi AI sebelum ini. Tetapi, anda pasti ingin tahu bagaimana teknologi AI boleh membantu menjana nama syarikat yang unik bukan?

Apabila anda dan pengguna lain melayari laman penjana kami, data seperti kata kunci dan pilihan tetapan tapisan nama bisnes anda akan dikumpulkan oleh AI. Proses ini dilakukan berulang kali dengan pantas.

Algoritma pintar AI membolehkan Penjana Nama Bisnes kami belajar mengenai corak dan ciri yang ada pada data yang dikumpulkan. Oleh itu, kami yakin bahawa setiap idea nama bisnes dan nama syarikat yang dijana relevan dengan industri perniagaan yang anda ceburi.
Nama bisnes yang unikOleh kerana penjana nama perniagaan kami dilengkapi dengan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan, nama bisnes atau nama syarikat yang menarik sememangnya tidak mustahil.

Memandangkan bilangan pengunjung ke laman kami bertambah setiap hari, ini bermakna data yang dikumpul serta yang dipelajari oleh AI kami juga bertambah. 

Dengan erti kata lain, keunikan nama bisnes yang akan dijana sentiasa ditambah baik setiap masa. Sekali gus, anda pasti akan dapat menjana nama company yang menarik. 
Nama bisnes yang logikDalam pada itu, idea nama perniagaan yang unik juga bermakna ia harus kedengaran masuk akal serta relevan. Ini merupakan kelabihan utama Penjana Nama Bisnes kami jika dibandingkan dengan penjana nama perniagaan lain yang ada di luar sana.

Tidak hanya akan mendapatkan ribuan senarai idea nama bisnes yang unik, anda pasti akan disajikan dengan pilihan nama bisnes yang logik. Apa tunggu lagi, cari kata kunci yang sesuai dan tekan butang jana!  
Semakan domain yang percumaUntuk makluman, anda boleh menyemak ketersediaan domain melalui laman Penjana Nama Bisnes kami. Tidak kiralah jika nama domain tersebut direka anda sendiri, atau idea nama bisnes yang telah dijana, anda boleh menyemak ketersediaan domain secara percuma.

Semakan domain tanpa sebarang bayaran in tidak mustahil kerana kami bekerjasama dengan GoDaddy. Tambahan pula, sebahagian daripada laman kami ditaja melalui komisen ahli gabungan.     

Maka dengan itu, rugi sekiranya anda tidak mengguna pakai kemudahan percuma ini. Tambahan pula, memiliki laman perniagaan sendiri adalah trend perniagaan terkini yang akan membantu perniagaan anda berkembang dengan pantas di dalam dunia eDagang.
Dipercayai ramaiPenjana Nama Bisnes kami mendapat penarafan 4.7 bintang daripada 3 juta lebih pengguna kami. Menariknya juga, pengguna penjana nama perniagaan kami berasal daripada pelbagai negara di dunia ini.
                                                                    
Laman kami ini juga menerima kunjungan lebih 4 juta pengguna setiap hari. Ini jelas menunjukkan bahawa Penjana Nama Bisnes kami adalah yang terbaik.

Bagaimanakah Cara Menamakan Bisnes Anda          

Nama perniagaan ialah identiti perniagaan anda yang utama. Untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan.

Justeru, kami akan berkongsi dengan anda lima cara menamakan bisnes yang digunakan oleh kebanyakkan perniagaan-perniagaan unggul di luar sana. Jom lihat caranya di bawah ini:

star 1. Guna nama pengasas perniagaan

Perasankah anda, banyak nama jenama dan perniagaan terkenal di dunia hanya menggunakan nama pengasasnya sahaja? Anda juga boleh menggunakan cara yang sama.

Cara ini sesuai digunakan kerana ia menghasilkan nama perniagaan yang ringkas dan mudah disebut. Untuk memastikan nama perniagaan anda yang lebih senang difahami, gabungkan nama pengasas dengan perkataan lain yang boleh menggambarkan bisnes anda.

Sebagai contoh, jika anda menjual ais krim, gabungkan nama anda dengan perkataan ais krim.            

star 2. Guna perkataan yang membawa makna yang positif                                            

Perkataan seperti Maju Jaya, Telus, Berjaya dan Gemilang sering digunakan sebagai sebahagian daripada nama perniagaan. Perkataan sebegini membawa maksud yang baik.

Selain itu, anda juga boleh meminjam perkataan dari bahasa lain. Ini akan membantu perniagaan yang berada di dalam industri teknologi lebih menyerlah.                                             

Tambahan pula, kebanyakkan istilah teknologi dipinjam dari bahasa Inggeris. Maka dengan itu, penggunaan bahasa asing sesuai digunakan jika anda menceburi bidang yang banyak menggunakan istilah unik.  

star 3. Guna perkataan yang menggambarkan perniagaan anda      

Cara seterusnya yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan nama perniagaan yang menarik adalah dengan menggunakan perkataan yang menggambarkan perniagaan anda.

Jika anda tidak pasti perkataan apa yang sesuai, anda boleh menggunakan soalan di bawah sebagai panduan:  

  • Apakah perkhidmatan yang anda tawarkan?
  • Apakah produk utama anda?
  • Apakah kelebihan masakan yang anda sajikan? (ramuan yang organik, vegetarian dan lain-lain)              

star 4. Lakukan sesi sumbang saran    

Seterusnya anda boleh melakukan sesi brainstorming dengan rakan kongsi atau ahli keluarga anda untuk mendapatkan idea nama perniagaan yang terbaik. 

Untuk memudahkan anda, senaraikan terlebih dahulu idea nama bisnes yang ada di fikiran anda. Kemudian, kemukakan senarai idea nama bisnes anda di dalam bentuk salinan cetak. 

Ataupun, anda boleh meminta setiap yang menghadiri sesi sumbang saran untuk mencadangkan satu idea nama bisnes yang sesuai. Untuk memilih nama yang terbaik, lakukan sesi undian nama selepas itu.

star 5. Kaji nama bisnes pesaing anda   

Teliti nama bisnes pesaing anda. Terutamanya pesaing anda yang terkenal di dalam kalangan orang awam.                                                                                               

Perhatikan apakah ciri-ciri unik yang anda boleh lihat pada nama bisnes pesaing anda. Jadikan ciri-ciri tersebut sebagai inspirasi anda untuk menamakan nama perniagaan yang lebih menarik.

Kemudian, cuba perhatikan juga pesaing anda yang kurang mendapat sambutan daripada orang awam. Kaji sebab mengapa perniagaan yang mereka jalankan kurang berjaya.                                    

Terutama sekali, adakah nama perniagaan yang digunakan menarik perhatiaan anda?                       

star 6. Semak ketersediaan nama                                     

Setelah anda memilih nama bisnes yang anda ingin gunakan, semak ketersediaan nama tersebut. Ini bagi membantu anda untuk mendaftarkan perniagaan anda dengan mudah.

Untuk menjalankan perniagaan di Malaysia, anda harus mendaftarkan bisnes anda terlebih dahulu. Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyediakan platform yang membenarkan anda untuk menyemak ketersediaan nama bisnes dan syarikat yang ingin digunakan.


Bagaimana Memilih Nama Bisnes Anda

Penjana Nama Bisnes kami merupakan medium yang terbaik untuk membantu anda menghasilkan idea nama bisnes yang unik dan menarik.  Ini kerana, anda boleh menggunakan tetapan tapisan Penjana Nama Bisnes kami untuk mendapatkan idea nama bisnes yang menepati cita rasa anda.                                                                                         

Ingat, nama perniagaan yang menarik tidak semestinya perlu kedengaran unik sahaja. Anda perlu memastikan bahawa nama yang anda ingin gunakan ringkas, berkaitan dengan perniagaan, serta unik.

Anda mungkin mempunyai beberapa idea nama bisnes yang ingin digunakan. Tetapi, anda harus memilih satu nama sahaja sebagai nama perniagaan utama anda.

Maka, untuk memastikan nama perniagaan yang anda ingin gunakan menarik dan unik, sediakan senarai semak seperti di bawah untuk membantu anda melakukan pilihan yang tepat:

tick new Adakah nama yang anda pilih pernah digunakan oleh perniagaan lain?
tick new Adakah nama yang anda pilih mempunyai makna yang tersirat jika diterjemahkan ke dalam bahasa lain?
tick new Adakah nama yang anda pilih membenarkan anda untuk mengembangkan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan?
tick new Adakah nama yang anda pilih tersedia digunakan sebagai nama domain?
tick new Adakah nama bisnes ringkas yang anda pilih menggambarkan perniagaan anda?

Anda semestinya boleh menambahkan beberapa lagi soalan lain yang boleh membantu anda untuk mendapatkan nama perniagaan yang unik.             

plus Penjana Nama & Idea untuk Nama Perniagaan Hebat dan Menarik
plus Penjana Nama Jenama Pakaian & Fesyen
plus Penjana Nama Perniagaan Bakeri
plus Penjana & Idea Nama Restoran
plus Penjana Nama Kedai
plus Penjana Nama Jenama
plus Penjana Nama & Idea Perniagaan Butik
plus Penjana Nama Produk
plus Penjana Nama & Idea Perniagaan Kafe
plus Carian Nama Perniagaan
plus Penjana Nama & Idea Syarikat Pengurusan Acara
plus Penjana Nama DJ
plus Penjana Nama Blog
plus Penjana Nama & Idea Nama Aplikasi Mudah Alih
plus Penjana Nama & Idea Syarikat Fotografi
plus Idea & Penjana Nama Bisnes Gim dan Kesihatan
plus Penjana Nama & Idea Syarikat Permainan Video
plus Penjana Nama & Idea Perniagaan Artistik dan Seni
plus Penjana Nama Perniagaan Media Sosial
plus Idea & Panduan Penjana Nama Jenama Kasut

Kepentingan Nama Domain

Domain bukanlah perkara asing lagi di dalam dunia perniagaan secara maya. Namun begitu, ramai yang kurang menyedari akan kepentingan nama domain untuk perniagaan mereka.

Misalnya, nama domain yang digunakan bertujuan untuk memaklumkan kepada pelanggan mengenai perkhidmatan yang anda tawarkan secara dalam talian. Justeru, penting bagi pengusaha menggunakan nama domain yang melambangkan perniagaan mereka.

Selain itu, jika anda ingin mengembangkan perniagaan secara dalam talian di Malaysia, anda boleh menggunakan sambungan domain peringkat teratas (TLD) yang khusus untuk pasaran di Malaysia.

Ini kerana, masterweb boleh menyasarkan trafik dari negara tertentu dengan menggunakan sambungan TLD khusus untuk sesebuah negara. Antara TLD yang terkenal dan khusus untuk Malaysia ialah .MY.

Tetapi, jika anda ingin perniagaan anda untuk dikenali secara menyeluruh di mana-mana negara, menggunakan sambungan TLD umum seperti .com sudah memadai.

Untuk memberikan anda gambaran yang lebih jelas lagi mengenai TLD yang sesuai digunakan jom lihat jadual perbandingan di bawah:

Jenis TLDKelebihanKekurangan
TLD yang generik:.com.net.orgMenyasarkan trafik dari semua negara tanpa pengkhususanTidak sesuai untuk perniagaan yang menyasarkan satu negara sebagai pasaran
TLD yang ditaja:.gov.edu.museum.jobsMewakili kumpulan sasaran tertentuSasaran yang tidak luas kerana had pendaftaran pengguna yang mungkin dikenakan
TLD khusus untuk sesebuah negara:.cn.eu.my.auMenyasarkan trafik dari negara tertentuAkses dari negara lain mungkin dihalang

Tentukan TLD yang anda ingin gunakan. Pastikan ia sesuai dengan sasaran pasaran anda. Dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes kami, anda boleh menyemak terus ketersediaan nama domain bagi idea nama yang anda ingin gunakan. 

Penjana Nama Syarikat           

Penjana nama kami tidak hanya menjana idea nama bisnes semata-mata. Jika anda inginkan pilihan idea nama syarikat yang unik, jom gunakan Penjana Nama Syarikat kami!                                                               

Nama bisnes yang popular tidak semestinya perlu kedengaran terlalu ringkas atau terlalu unik. Sebaliknya, nama perniagaan yang digunakan harus mempunyai makna yang boleh menyentuh jiwa pengguna.

Maka, nama perniagaan yang anda ingin gunakan mudah diingati oleh orang awam. Untuk itu, kami akan memperkenalkan tiga nama perniagaan yang terkenal di tanah air kita. 

Jom teliti mengapa nama-nama perniagaan di bawah tersemat di hati rakyat Malaysia.

Maybank

Maybank merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam dunia kewangan dan perbankan Malaysia. Menyediakan perkhidmatan sejak tahun 1960, Maybank kini tidak hanya berkhidmat untuk rakyat Malaysia sahaja.

Tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya apakah maksud di sebalik nama Maybank? Untuk makluman, perkataan Maybank merupakan gabungan perkataan Malayan Banking Berhad. 

Malayan Banking Berhad pula merupakan nama yang didaftarkan sebagai syarikat awam berhad. Ini adalah cara yang bijak dan kreatif untuk menamakan nama sebuah perniagaan.

Petronas

Petronas merupakan syarikat minyak dan gas Malaysia yang sangat terkenal di mata dunia. Ini kerana, nama Petronas sering dikaitkan dengan perlumbaan kereta Formula One yang merupakan sebuah acara perlumbaan terulung di dunia.

Nama Petronas sebenarnya gabungan nama penuh syarikat ini sendiri, iaitu Petroliam Nasional Berhad. Memandangkan Petronas lebih mudah untuk disebut dan kini jelas meniti dari bibir ke bibir masyarakat di dunia, tidak hairanlah jika nama ini kekal digunakan sehingga hari ini.

Tenaga Nasional Berhad

Tenaga Nasional Berhad merupakan syarikat pembekal elektrik terbesar di Semenanjung Malaysia. Syarikat ini tidak hanya terkenal kerana perkhimatan yang mereka tawarkan. Malah, iklan-iklan hari perayaan mereka juga menyentuh hati dan perasaan rakyat Malaysia.

Jika anda perhatikan, nama syarikat ini sangat ringkas tetapi padat. Nama yang dipilih mencerminkan perkhidmatan pembekalan kuasa elektrik yang luas.

Selain daripada perkhidmatan yang memberi impak kepada masyarakat, nama yang dipilih ini juga memberikan pandangan yang positif mengenai syarikat ini.

Secara keseluruhan, gunalah nama yang boleh mencerminkan perkhidmatan anda agar mudah untuk disebut dan diingati oleh orang awam.

Penjana Nama Bisnes lawan Penjana Nama Bisnes Shopify

Taip sahaja Penjana Nama Bisnes di ruangan cari pelayar anda, kami pasti pilihan yang disajikan kepada anda sangat banyak. Maka tidak hairanlah jika anda rasa keliru untuk memilih Penjana Nama Bisnes yang terbaik untuk anda  gunakan.

Namun begitu, anda tidak perlu tercari-cari lagi. Ini kerana, kami dapat memberikan kepastian bahawa Penjana Nama Bisnes kami adalah yang terbaik.

Penjana Nam Bisnes kami dikuasakan oleh teknologi AI bagi membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang unik. Ya, anda mungkin boleh menjana nama bisnes yang unik menggunakan penjana nama bisnes yang lain.

Tapi, kami pasti bahawa hanya kami sahaja yang menawarkan perkhidmatan untuk menjana nama bisnes secara percuma. Untuk memberikan anda gambaran jelas mengenai kelebihan kami berbanding pesaing-pesaing utama kami, jom lihat jadual di bawah ini.

Ciri penting
Penjana Nama BisnesPenjana Nama Bisnes Shopify
tick new Bilangan kata kunci yang boleh digunakan dala satu carian/janaan61
tick new Semakan ketersediaan domain percumaYaTidak
tick new Pendaftaran sebagai penggunaTidak perluPerlu
tick new Pilihan idea yang dijanaMencecah ribuan pilihan100
tick new Tetapan untuk tapisan pilihan idea nama bisnesDisediakanTidak disediakan
tick new Kebolehan untuk menyimpan dan mengantar idea nama yang digemariAdaTidak ada
tick new Dikuasakan oleh teknologi AIYaTidak

30 Contoh Idea Nama Bisnes dari Penjana Nama Bisnes kami

Di bawah ini, kami telah menyenaraikan 30 contoh idea nama bisnes yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes kami. Kami telah menggunakan lima kata kunci untuk menjana idea-idea nama bisnes di bawah.

Ya, anda sudah semestinya boleh menggunakan bahasa Malaysia. Kata-kata kunci yang telah digunakan adalah seperti berikut:

  • Digital
  • Organik
  • Manis
  • Teroka 
  • Kraf
DigitologyDigitdeckDigitomaticBot DigitalAlt DigitalEdge Digital
Organik EdenOrganik AdaptOrganik HutOrganik CoreOrganik BazaarOrganik Stop
Manis BoostManis BrewerManis MooseManis HearthManis Burst Manis Pop
Teroka TrekkerTeroka Packers Teroka Direct Teroka HolidayTeroka Skylink Teroka Odyssey
Kraf CrackedKraf CultureKraf FawnKraf LabKrab ProjectKraf Carved

Soalan Lazim

Penjana Nama Bisnes kami boleh membantu anda mendapatkan idea nama perniagaan yang terbaik tanpa sebarang pembayaran. Tambahan pula, penjana nama bisnes kami dikuasakan oleh teknologi AI yang boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang relevan.

Cara untuk menjana nama syarikat sangat mudah. Anda hanya perlu pergi ke laman Penjana Nama Bisnes kami. Kemudian, masukkan kata kunci yang sesuai untuk dijana. Seterusnya, pilih idea nama syarikat unik yang anda ingin gunakan.

Penjana Nama Bisnes kami berbeza dari penjana nama perniagaan lain yang ada di luar sana kerana hanya kami sahaja yang menawarkan ribuan pilihan idea nama bisnes serta semakan ketersediaan domain sekali gus. Tambahan pula, Penjana Nama Bisnes kami dikuasakan oleh teknologi AI. Kami yakin bahawa tiada penjana nama bisnes lain di luar sana yang menawarkan perkhidmatan secara percuma jika mereka menggunakan teknologi AI.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki