Perniagaan makanan jalanan di Malaysia sangat terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan juga antarabangsa. Ini kerana, terdapat banyak gerai dan juga vendor makanan yang menyajikan makanan tradisional dan juga barat pada harga yang sangat berpatutan. Namun pulangan kepada para penjaja sangat lumayan, jika makanan yang dijual sedap dan mendapat sambutan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Perniagaan Makanan Jalanan?
Jika anda berada di laman ini, kami pasti anda berminat untuk menjadi peniaga makanan jalanan bukan? Tetapi, anda mungkin belum lagi pasti bagaimana untuk menyaingi penjaja makanan jalanan yang menjual makanan yang sama dengan anda.
Jangan risau, kami akan memperkenalkan kepada anda, bagaimana dengan menggunakan Penjana Nama Perniagaan Makanan Jalanan kami, anda dapat menyaingi penjaja makanan yang lain.
Oleh itu, mari lihat 20 nama perniagaan makanan jalanan yang telah dijana menggunakan penjana nama perniagaan kami.
20 Nama Perniagaan Makanan Jalanan
- Easy Makan
- Makanpad
- Makantastic
- Makanable
- Goreng Village
- Goreng Junction
- IkatTepi Essential
- Sate HQ
- Nasi Palace
- Nasi Takeout
- Tapau Hut
- Tapau Bazaar
- Rojak Story
- Kari Crave
- Cendol Treehouse
- Mee Factory
- KopiAis Classics
- Tepeh Tale
- Tahu Grub
- Ayam Bro
5 Contoh Nama Perniagaan Makanan Jalanan Yang Dikenali
Madam Tang Muah Chee
Madam Tang Muah Chee merupakan salah satu gerai manisan yang terkenal di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Kuih muah chee merupakan makanan tradisional kaum Cina yang diminati oleh setiap lapisan umur dan kaum yang ada di Malaysia.
Madam Tang Muah Chee ini sememangnya telah lama beroperasi dan sebab itulah mereka menyediakan tidak hanya satu perisa muah chee, tetapi 12 perisa yang sedap dan terhad.
Selain itu juga, anda pasti tertanya-tanya mengapa nama gerai ini dikenali sebagai Madam Tang Muah Chee, bukan? Kami yakin, ada yang sudah dapat meneka sebabnya. Baiklah, ini kerana gerai muah chee ini kepunyaan seorang wanita yang bernama Tang.
Maka sebab itulah, gerai ini dikenali sebagai Madam Tang Muah Chee. Menarik bukan? Anda juga boleh menggunakan idea yang sama untuk menamakan gerai makanan anda.
Burger Ramly
Ramly sebenarnya syarikat makanan sejuk beku buatan Malaysia. Namun begitu, nama burger Ramly lebih dikenali sebagai gerai burger tepi jalan pilihan utama rakyat Malaysia. Tambahan pula, harga untuk sebiji burger Ramly jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga burger di restoran makanan segera yang ada di luar sana.
Jika anda berkunjung ke kebanyakan gerai burger tepi jalan, mereka menggunakan khemah dan bungkusan makanan yang mempunyai logo Burger Ramly. Maka tidak hairanlah mengapa dari jauh pun orang dapat mengenali gerai burger Ramly.
Inilah yang dipanggil strategi pemasaran yang berkesan. Untuk pengetahuan anda, Burger Ramly diasaskan oleh Dato’ Ramly sendiri di sekitar tahun 1979, bersama isterinya. Mereka berdua menjual burger jalanan, yang kini dikenali sebagai Burger Ramly.
Sate Kajang
Sate Kajang merupakan antara makanan jalanan yang menjadi satu santapan yang wajib dicuba oleh para pengunjung tempatan dan juga luar negara. Bermula daripada gerai menjual sate di tepi jalan, kini, Sate Kajang merupakan peneraju perniagaan sate di negara ini.
Untuk pengetahuan anda, sate kajang kini boleh didapatkan di beberapa cawangan restoran sate kajang di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan yang berdekatan. Nama Sate Kajang juga senang diingat kerana ianya ringkas dan juga semua orang tahu apakah yang ditawarkan oleh pengendali perniagaan ini.
Jika anda inginkan nama perniagaan makanan jalanan yang ringkas tetapi menarik, anda boleh menggunakan Penjana Nama Perniagaan Makanan Jalanan kami.
Teh Ais Pyorr
Teh Ais Pyorr merupakan perniagaan air balang di tepi jalan yang kini boleh didapati hampir di semua negeri yang ada di Malaysia. Pada awal penubuhan Teh Ais Pyorr, pemilik perniagaan minuman air ini berniaga di pasar malam sahaja.
Untuk pengetahuan anda, perniagaan Teh Ais Pyorr ini diusahakan oleh sepasang suami isteri. Dalam tempoh setahun berniaga air minuman ini, mereka berdua berjaya menubuhkan syarikat di bawah nama Amle Holdings Sdn Bhd.
Kami yakin anda juga turut rasa terpegun dengan pencapaian suami isteri ini. Anda pasti tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kejayaan perniagaan mereka berdua bukan?
Pertama sekali sudah semestinya kelazatan teh aisnya. Kedua pula terletak pada nama perniagaan ini sendiri: Teh Ais Pyorr!
Ya, nama yang tepat untuk menggambarkan apa yang ditawarkan oleh perniagaan air balang ini.
Goreng Pisang Crispy
Nama Goreng Pisang Crispy pasti tidak asing bagi anda yang berkunjung ke laman ini. Mana tidaknya, gerai Goreng Pisang Crispy boleh didapatkan di setiap sudut bandar, pasar malam, dan juga di stesen minyak yang berdekatan dengan anda.
Tetapi, tahukah anda Goreng Pisang Crispy sudah lama bertapak di Malaysia? Untuk makluman anda, perniagaan goreng pisang ini diasaskan pada tahun 2006 di kawasan perindustrian Negeri Sembilan.
Enam tahun kemudian, Goreng Pisang Crispy didaftarkan sebagai sebuah perniagaan sendirian berhad, yang dikenali dengan nama GPC Sdn Bhd. Kini, terdapat 16 cawangan GPC di seluruh Malaysia yang diterajui oleh 85 orang ahli.
Tips Mudah Untuk Mencari Nama Perniagaan Yang Sesuai
Seterusnya, mari lihat 5 tips mudah di bawah untuk membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang sesuai serta menepati cita rasa anda.
Guna nama makanan
Tips pertama adalah, gunakan nama makanan yang anda jual. Anda tidak perlu meletakkan nama semua makanan yang ada di gerai anda. Sebaliknya, gunakan nama makanan atau menu utama yang menjadi tarikan pelanggan ke gerai anda.
Seperti contoh yang telah kami nyatakan di atas, pengusaha Goreng Pisang Crispy menggunakan ‘goreng pisang’ dan ‘crispy’ sebagai nama perniagaannya kerana goreng pisang merupakan juadah utama yang anda boleh dapatkan daripada gerai mereka.
‘Crispy’ pula digunakan kerana kerangupan merupakan cap dagangan utama goreng pisang mereka. Ini juga antara sebab kenapa goreng pisang mereka unik serta lain dari yang lain.
Jika anda mempunyai satu sajian unik sebagai tarikan utama, anda boleh mengikut langkah ini untuk menamakan perniagaan makanan jalanan anda.
Guna nama tempat
Tips seterusnya adalah, gunakan nama tempat. Sebagai contoh, jika lokasi utama gerai anda terletak di Jalan Sentosa, anda boleh menggunakan nama Jalan Sentosa sebagai sebahagian daripada nama perniagaan anda.
Untuk lebih terperinci lagi, anda boleh menggabungkan bersama nama menu utama gerai anda dengan nama jalan atau lokasi gerai anda. Ini pasti membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang ringkas, tetapi jelas di pandangan para pelanggan anda.
Guna nama anda
Untuk tips seterusnya bagi mendapatkan nama perniagaan yang menarik, anda juga boleh menggunakan nama anda sendiri. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa, bukan?
Dengan menggunakan nama anda sendiri sebagai nama perniagaan, pelanggan anda akan merasakan bahawa makanan yang anda sediakan lebih istimewa dan semestinya berbeza dari gerai yang lain, meskipun anda menjual makanan yang sama.
Untuk nama perniagaan yang lebih terperinci lagi, anda juga boleh menggabungkan nama anda dengan nama menu utama gerai anda. Sebagai contoh, ‘Nasi Dagang Pak Samad’. Ini pasti lebih menarik kerana identiti perniagaan anda lebih jelas.
Antara kelebihan lain yang anda boleh dapatkan dari tips ini adalah, apabila menggunakan nama anda, anda secara tidak langsung dapat menggunakan nama perniagaan tersebut sebagai cap dagangan menu utama anda.
Guna Penjana Nama Perniagaan Makanan Jalanan
Tips seterusnya wajib anda gunakan kerana anda tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik. Ya! Penjana Nama Perniagaan Makanan Jalanan kami percuma untuk digunakan.
Tidak hanya itu, anda juga tidak perlu melakukan pendaftaran sebagai pengguna. Ini bermakna, anda hanya perlu melayari laman utama kami, iaitu www.businessnamegenerator.com.
Seterusnya, masukkan saja kata kunci yang anda ingin jana bersama idea Penjana Nama Perniagaan Makanan Jalanan kami. Mudah bukan? Anda juga tidak perlu menggunakan masa yang panjang untuk menjana nama yang sesuai dengan cita rasa anda.
Gunakan nama perniagaan terkenal sebagai inspirasi
Tips seterusnya adalah, anda boleh menggunakan nama perniagaan terkenal sebagai inspirasi. Tetapi, ini tidak bermaksud anda boleh meniru nama perniagaan tersebut seratus peratus. Sebaliknya, anda boleh melakukan kajian mengapa nama perniagaan yang digunakan boleh menjadi terkenal.
Antara ciri-ciri yang anda perlu teliti adalah seperti berikut:
- Panjang nama yang digunakan
- Adakah perniagaan tersebut menggunakan nama orang, tempat atau makanan?
- Adakah nama perniagaan tersebut berima?
Seterusnya, lakukan perbandingan di antara nama perniagaan terkenal yang anda telah senaraikan. Dari situ, anda boleh melihat dengan jelas ciri manakah yang paling menonjol.
Setelah itu, anda boleh mula menamakan perniagaan anda. Pastikan juga nama yang anda pilih belum pernah digunakan oleh perniagaan makanan jalanan yang ada di Malaysia.
Mengapa Penjana Nama Perniagaan Makanan Jalanan Kami Terbaik
Baiklah, sekarang kami ingin berkongsikan 5 sebab mengapa anda harus menggunakan Penjana Nama Perniagaan Makanan Jalanan Kami. 5 sebab tersebut adalah seperti berikut:
Percuma
Penjana nama perniagaan kami adalah percuma untuk digunakan. Jika anda baru sahaja memulakan perniagaan, ini adalah peluang emas yang anda harus dapatkan. Tambahan pula, banyak penjana nama perniagaan yang ada di luar sana memerlukan anda melakukan pembayaran terlebih dahulu.
Tidak hanya itu, anda boleh menjana seberapa banyak manapun nama perniagaan yang anda mahukan. Apa yang penting adalah, anda tetap tidak perlu membayar satu sen pun. Jangan risau, kami yakin anda akan terpegun dengan kualiti pilihan idea nama yang dijana.
Mengapa perlu berbelanja wang yang banyak untuk mendapatkan pilihan idea nama perniagaan sekiranya ada penjana nama yang percuma anda boleh gunakan?
Pantas
Kami memahami bahawa tidak semua pengusaha perniagaan mempunyai masa lapang yang boleh digunakan untuk mencari nama perniagaan yang sesuai. Oleh sebab itulah kami sangat menggalakkan anda menggunakan penjana nama perniagaan kami.
Percayalah, anda hanya memerlukan masa kurang daripada 10 minit untuk mendapatkan nama yang sesuai. Anda hanya perlu memastikan anda mempunyai kata kunci yang sesuai. Untuk kata kunci pula, anda boleh menggunakan nama anda sendiri, atau nama tempat, atau apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan anda.
Seterusnya, tekan butang yang digunakan untuk menjana pilihan idea nama. Dan setelah itu, anda akan disajikan dengan ratusan pilihan nama perniagaan yang unik dan tidak pernah didaftarkan di mana-mana tempat.
Tiada pendaftaran
Kami tahu bahawa proses pendaftaran agak melecehkan. Ini kerana, anda terpaksa mereka dan mengingatkan nama pengguna serta kata laluan yang baharu. Jika anda ada pembantu, ini bukanlah masalah yang besar.
Tetapi tidak semua pengusaha baru mempunyai pembantu yang boleh membantu mereka merekodkan nama pengguna dan kata laluan yang panjang. Oleh itu, kami menyediakan penjana nama perniagaan yang sangat ringkas untuk digunakan.
Selain daripada itu, oleh kerana penjana nama perniagaan kami percuma untuk digunakan, anda tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran. Ini bermakna, bila-bila masa anda ingin menjana idea nama perniagaan, anda hanya perlu melawat laman utama kami.
Pilihan pelbagai
Kami pasti anda mungkin masih masih ragu-ragu lagi mengenai penjana nama perniagaan kami. Ya, anda pasti tertanya-tanya… “Bagaimana penjana nama perniagaan yang percuma boleh menjana nama perniagaan yang pelbagai?”
Kepelbagaian merupakan ciri utama penjana nama kami. Jika anda tidak meletakkan sebarang tapisan, anda boleh menjana sebanyak lebih 1000 pilihan idea nama.
Jika anda ingin menjana nama perniagaan yang lebih spesifik, anda boleh menggunakan fungsi tapisan industri dan nama di bahagian kiri laman penjana kami. Dengan melakukan ini, pilihan nama yang dijana akan lebih kecil. Tetapi, anda akan dapat memilih nama perniagaan yang sesuai dengan anda dengan lebih pantas.
Pelbagai bahasa
Tahukah anda, terdapat lebih dari 20 bahasa yang anda boleh pilih di platform penjana nama perniagaan kami ini? Ya, tidak hanya bahasa Malaysia dan Inggeris sahaja yang disediakan. Jika anda ingin mengembangkan perniagaan ke negara jiran seperti Thai, tidak perlu risau, kerana anda boleh menjana nama perniagaan di dalam bahasa Siam.
Jika anda berminat untuk menembusi pasaran Eropah, penjana nama perniagaan kamilah yang terbaik. Hal ini diperkatakan sedemikian kerana, platform kami turut menyediakan bahasa seperti berikut:
- Belanda
- Portugal
- Perancis
- Greek
- Jerman
- Latin