Bayangkan jika setiap kedai yang ada di luar sana tidak mempunyai nama. Pasti sukar untuk anda mengagak apakah yang dijual di kedai-kedai tersebut bukan?
Ini membuktikan bahawa nama kedai sangat penting kerana nama yang tepat mencerminkan produk yang dijual di kedai anda.
Selain itu juga, nama kedai merupakan jenama dan identiti perniagaan anda. Jika dilihat dari segi undang-undang, anda harus mendaftarkan nama perniagaan anda sebelum memulakan operasi perniagaan. Jika tidak, anda akan disabitkan kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 kerana beroperasi tanpa pendaftaran perniagaan.
Tahukah anda, menjalankan perniagaan di Malaysia tanpa lesen operasi adalah kesalahan yang sangat besar? Anda boleh didenda maksimum RM50,000. Anda juga boleh dipenjarakan selama 24 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Namun begitu, kami faham bahawa proses untuk menamakan kedai tidak mudah. Anda bukan hanya perlu mencari nama kedai yang unik, tetapi, pada masa yang sama perlu memastikan nama tersebut belum diambil oleh orang lain. Oleh sebab itu, kami akan menerangkan kepada anda, bagaimana Penjana Nama Kedai kami boleh membantu anda.
Bagaimana Cara Menggunakan Penjana Nama Kedai?
Untuk pengetahuan anda, Penjana Nama Kedai kami sangat mudah untuk digunakan. Anda tidak perlu berpandukan garis panduan yang berjela-jela panjangnya sebelum menggunakan penjana ini. Sebaliknya, terokailah laman penjana ini dan kami pasti anda boleh memahami bagaimana penjana nama perniagaan kami berfungsi.
Buat mereka yang masih lagi memerlukan tunjuk ajar untuk menggunakan Penjana Nama Kedai kami, jangan risau, kami akan menerangkannya dengan teliti kepada anda.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Pilih Penjana Nama Kedai di bahagian Penjana Nama;
- Masukkan kata kunci ke dalam ruangan jana. Kata kunci tersebut boleh merangkumi nama anda sendiri dan/atau bersama dengan kata kunci lain seperti “kecantikan”, “kesihatan” dan lain-lain lagi;
- Tekan butang jana;
- Ratusan pilihan akan tertera di skrin anda; dan
- Anda juga boleh menggunakan fungsi “Tapis Industri” di laman yang sama. Dengan menggunakan fungsi ini, carian anda akan lebih terperinci lagi.
20 Idea Nama Kedai Menggunakan Penjana Nama Kedai
Di sini, kami akan menyenaraikan 20 nama kedai yang dijana menggunakan Penjana Nama Kedai.
- Dobi Land
- Dobi Harmony
- Manis Essence
- Manis Hut
- Kedai Hercules
- Segera Spices
- Kedai Posh
- Comel Premium
- Meow Planet
- Haiwan Haven
- Hasil DIY
- Bakul Project
- Rantai Avenue
- Emas Relic
- Asap Lab
- Kawan Puff
- Jamu Simply
- Jamu Madam
- Untung Design
- Kaya Digital
5 Nama Kedai Yang Popular Pada Masa Sekarang
1. Apple
Jenama Apple sangat dikenali segenap lapisan masyarakat di dunia. Menurut Forbes pada tahun 2021, terdapat 500 lebih kedai Apple di seluruh dunia. Walaupun menggunakan nama yang biasa sahaja, namun jenama ini sangat dikagumi ramai, terutamanya oleh pakar teknologi.
2. H&M
H&M merupakan kedai pakaian yang berasal dari negara Sepanyol. Nama kedai ini sebenarnya diambil dari huruf permulaan nama Hennes dan Mauritz, yang merupakan pemilik syarikat ini. H&M terkenal kerana fesyen pakaian mereka yang terkini, serta mampu milik.
3. Lego
Lego merupakan kedai permainan yang tidak asing lagi buat kanak-kanak dan orang dewasa. Sehingga ke hari ini, terdapat 730 kedai Lego di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Menurut pengurus syarikat ini, mereka bercadang untuk membuka 100 lebih kedai Lego di seluruh dunia.
4. Louis Vuitton
Pasti ramai yang mengimpikan untuk memiliki produk berjenama Louis Vuitton, tidak kiralah lelaki atau wanita. Jenama yang berasal dari negara Perancis ini sudah lama menempa nama di dunia fesyen. Maka tidak hairanlah jika ramai yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk memiliki barangan buatan Louis Vuitton.
5. Lululemon
Jika anda penggemar yoga, pasti nama Lululemon tidak asing lagi buat anda. Lululemon adalah pengeluar pakaian senaman yoga yang boleh dikira mahal. Namun begitu, ramai yang sanggup berbelanja ratusan dollar kerana jenama ini sememangnya dikaitkan dengan kemewahan.
5 Tips Nama Kedai Yang Diiktiraf
Di bahagian ini, kami akan berkongsi tips bagaimana untuk menamakan kedai atau perniagaan anda, berpandukan garis panduan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
1. Guna ejaan yang betul
Secara amnya, anda boleh menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia. Jika anda ingin menggabungkan dua bahasa ini, pastikan ejaan yang digunakan adalah betul. Jika anda ingin menggunakan bahasa lain, pastikan anda menampilkan makna perkataan tersebut untuk rujukan pihak yang berkenaan.
2. Menggunakan nama yang unik
Gunakanlah nama yang unik untuk kedai anda. Dengan erti kata lain, jangan gunakan nama yang sering didengar. Ini bagi mengelakkan kesulitan semasa proses pendaftaran nama kedai atau perniagaan anda.
3. Tidak menggunakan nama kedai yang sudah didaftarkan
Menurut SSM, anda tidak boleh menggunakan nama kedai yang sama dengan kedai yang lain, walaupun dibezakan hanya dengan simbol atau satu abjad. Oleh itu, jika anda tidak dapat mencari nama yang sesuai untuk kedai anda, gunakanlah Penjana Nama Kedai kami.
4. Menggunakan nama yang sopan
Jangan menggunakan nama yang boleh menyebabkan persengketaan kaum dan agama, begitu juga dengan nama yang berunsur lucah. Dan pada masa yang sama, jangan menggunakan nama yang mengelirukan.
5. Tidak menggunakan nama tokoh sejarah dunia
Anda tidak boleh menggunakan nama tokoh-tokoh sejarah tempatan dan juga luar negara untuk nama kedai dan perniagaan anda. Sekiranya anda ingin menggunakan nama tokoh yang dikenali di Malaysia, pastikan anda mendapat izin dari individu yang mempunyai pertalian darah dengan mereka.
5 Info Pendaftaran Perniagaan di Malaysia Yang Anda Harus Tahu
Di Malaysia, sebelum anda memulakan perniagaan, anda harus mendaftar nama perniagaan anda terlebih dahulu. Nama kedai yang digunakan boleh sama dengan nama perniagaan yang didaftar. Jika anda ingin berkecimpung di dunia perniagaan, teruskan membaca info di bawah.
1. Warganegara Malaysia
Secara amnya, anda haruslah menjadi warganegara Malaysia, ataupun, mendapat status penduduk tetap. Anda juga haruslah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
2. Terdapat beberapa entiti perniagaan yang anda boleh pilih:
- Milikan tunggal
- Syarikat berhad
- Koperasi
- Perkongsian liabiliti terhad
3. Anda boleh mendaftar menggunakan nama sendiri sekiranya perniagaan adalah milikan tunggal.
4. Pastikan anda mendaftar perniagaan anda dalam tempoh 30 hari dari hari pertama perniagaan anda.
5. Jika anda rakyat Sarawak, anda boleh mendaftar perniagaan anda di pejabat daerah anda.
Mengapa 10 Nama Kedai Ini Unik?
Kedai Buku Popular
Kedai buku Popular merupakan kedai buku yang berasal dari Singapura. Namun begitu, nama kedai ini sentiasa dekat di hati kita, terutamanya para pelajar, kerana kedai buku ini sentiasa membuat promosi tawaran kelengkapan sekolah yang sangat berbaloi.
Tetapi, pernahkah anda terfikir, bagaimana nama kedai buku ini terkenal di Malaysia. Jika kita terjemahkan makna popular ke bahasa Malaysia, popular membawa maksud “disukai ramai”. Ringkas tapi penuh bermakna, bukan?
Guardian
Guardian merupakan kedai kesihatan dan kecantikan yang sudah lama bertapak di Malaysia. Nama kedai ini pasti sentiasa terngiang-ngiang di telinga mereka yang menggemari alat solek, terutamanya, semasa musim promosi jualan tahunan Guardian.
Guardian bermaksud penjaga dalam bahasa Malaysia. Makna nama kedai ini sangat bermakna dan pasti mudah tersemat di hati pelanggan mereka. Hal ni kerana, dari segi psikologi, pengguna mudah tertarik kepada jenama atau kedai yang mempunyai hubungan emosi dengan mereka.
Starbucks
Sebut sahaja nama kedai kopi Starbucks, pasti ramai anak muda yang teruja. Kedai kopi ini menyajikan aneka sajian kopi pada harga yang agak mahal, untuk sesetengah orang. Tetapi, dari mana datangnya nama Starbucks?
Pada awalnya, kedai kopi ini hampir-hampir dinamakan Cargo House. Tetapi, perunding jenama memutuskan untuk menamakan kedai kopi ini Starbucks, yang diubah sedikit dari perkataan Starbo. Starbo merupakan sebuah bandar di dalam buku klasik berjudul Moby-Dick, karya Herman Melville.
Tommy Hilfiger
Tommy Hilfiger merupakan jenama dan kedai pakaian ternama di Amerika. Kedai pakaian ini bukan hanya boleh didapati di Amerika Syarikat sahaja, malah hampir di seluruh dunia. Di Malaysia, terdapat empat cawangan kedai Tommy Hilfiger yang anda boleh kunjungi.
Anda pasti dapat meneka bahawa nama jenama ini diambil dari nama pengasasnya sendiri, iaitu Tommy Jacob Hilfiger. Beliau merupakan ikon fesyen terkemuka yang sememangnya mempunyai aura yang unik. Maka tidak hairanlah mengapa beliau memilih nama sendiri untuk dijadikan sebagai nama jenama dan kedainya.
KFC
Siapa sahaja yang tidak mengenali kedai makanan segera KFC. Kedai makanan ini sememangnya terkenal dengan hidangan ayam goreng mereka. Terdapat lebih 600 cawangan KFC di seluruh Malaysia sahaja.
Nama KFC dipetik dari perkataan Kentucky Fried Chicken, atau dalam bahasa Malaysia, Ayam Goreng Kentucky. Perkataan Kentucky pula merupakan sebuah negeri di Amerika Syarikat, dan tempat kelahiran KFC. Pemilihan nama kedai ini agak menarik kerana tidak rumit untuk disebut dan merupakan menu utama rangkaian restoran makanan segera ini.
Adidas
Adidas merupakan jenama peralatan dan pakaian sukan yang sangat popular, bukan hanya di Malaysia, malah di benua Amerika, Eropah, dan juga Afrika. Tahukah anda, sehingga kini, terdapat 2,500 kedai Adidas di seluruh dunia? Maka tidak hairanlah jika Adidas meraih keuntungan sebanyak €18.1 billion pada tahun 2020.
Nama Adidas juga diambil dari nama pengasas jenama ini sendiri, Adolf “Adi” Dassler. Beliau mengambil tiga huruf pertama daripada namanya dan, begitulah nama Adidas tercipta. Ini menjadikan nama Adidas ini senang diingat oleh para pengguna.
Harrods
Harrods merupakan sebuah pusat membeli belah di London, United Kingdom. Pusat membeli-belah ini dikenali ramai kerana memiliki rantaian kedai makanan dan juga kedai fesyen berjenama dunia. Percutian anda ke London tidak lengkap sekiranya anda tidak menjejakkan kaki ke sini.
Nama Harrods sebagai pusat membeli belah sememangnya unik. Anda pasti bertanya, “Mengapa”? Mana tidaknya, pusat ini dinamakan bersempena nama pengasas pusat membeli belah ini sendiri, iaitu, Charles Henry Harrod.
Walmart
Pada awal penubuhannya, Walmart merupakan sebuah kedai runcit sahaja. Kini, pasaraya ini dikenali kerana anda boleh mendapatkan apa sahaja yang anda inginkan, termasuklah: makanan, perabot, alatan elektronik dan juga automotif.
Tahukah anda, nama Walmart merupakan gabungan tiga huruf pertama nama keluarga pengasas kedai ini dengan perkataan “Mart”, yang membawa maksud “kedai”. Pengasas Walmart pula bernama Sam Walton.
7-Eleven
7-Eleven merupakan kedai serba guna yang berasal dari negara Amerika Syarikat. Kedai serba guna ini boleh didapati hampir di seluruh bandar yang ada di Malaysia. Tetapi, tahukah anda, 7-Eleven bukan nama asal kedai serba guna ini?
7-Eleven pada awal penubuhannya dikenali sebagai Tote’m Stores. Tetapi, memandangkan kedai ini beroperasi dari jam 7 ke 11 malam, nama 7-Eleven pula digunakan. Kini, kedai serba guna ini dibuka 24 jam seminggu.
Isetan
Buat penggemar membeli belah di Malaysia, pasti nama Isetan tidak asing lagi buat anda. Isetan merupakan syarikat peruncitan yang berasal dari Jepun. Namun begitu, nama ini terkenal di seluruh dunia.
Nama Isetan sememangnya unik dan menarik. Pada awalnya, Isetan merupakan sebuah kedai yang menjual kimono. Nama Isetan pula sebenarnya berasal dari gabungan nama Iseya dan Tanji, yang merupakan pengasas Isetan.
Apakah Persamaan Antara Nama Kedai di Atas?
Di sini, kami akan cuba merumuskan apakah persamaan yang ketara antara semua nama kedai di atas.
Ringkas
Anda tidak perlu menggunakan nama yang panjang dan berjela-jela. Cukuplah hanya satu hingga ke dua perkataan sahaja. Hanya pastikan nama yang dipilih bersesuaian dan masuk akal.
Nama Sendiri
Tommy Hilfiger, Adidas, H&M dan Louis Vuitton menggunakan nama mereka sendiri sebagai jenama dan nama kedai mereka. Walaupun Adidas dan H&M tidak menggunakan nama penuh pengasasnya, tetapi mereka tetap menggunakan sebahagian nama mereka.
Unik
Kesemua nama kedai yang dinyatakan di atas sememangnya unik. Tetapi, keunikan nama Guardian dan Starbucks sememangnya menyerlah. Keunikan kedua-dua kedai ini pula agak berbeza.
- Guardian
Memberi impak mendalam daripada segi hubungan emosi dengan pelanggan kerana membawa maksud “penjaga”.
- Starbucks
Nama bandar dalam buku nukilan Herman Melville, yang sememangnya terkenal.
5 Fakta Menarik Mengenai Penjana Nama Kedai
- Ratusan inspirasi nama perniagaan
- Boleh diakses di mana-mana sahaja (telefon pintar atau komputer riba)
- Tidak perlu mendaftar sebagai pengguna
- Tiada had masa
- Pelbagai bahasa untuk dipilih (Inggeris, Sepanyol, Portugis, Malaysia, Korea dan banyak lagi)