Jika anda berada di laman ini, bermakna anda mempunyai kemahiran yang boleh dipasarkan kepada orang lain. Sebagai contoh, anda seorang yang mahir dalam penggunaan Excel. Anda yakin bahawa anda boleh berkongsi teknik dan cara menggunakan Excel ini di platform yang boleh mendatangkan keuntungan.
Jika begitu, dalam artikel Idea dan Panduan Penjana Nama Kursus Latihan ini, kami tidak hanya akan membantu anda mencari jalan bagaimana untuk menjana pendapatan melalui Kursus Latihan, malah, kami juga akan membantu anda mendapatkan nama Kursus Latihan yang terbaik. Oleh itu, teruskan membaca bersama kami.
5 Platform Kursus Latihan Terbaik
Di sini, kami akan menyenaraikan 5 platform terbaik yang anda boleh gunakan untuk memuat naik dan menjual Kursus Latihan anda.
Udemy
Udemy merupakan salah satu platform pembelajaran dalam talian yang dikenali ramai. Hingga ke hari ini, Udemy memiliki lebih daripada 40 juta pelajar aktif yang mengambil bahagian dalam 196,000 Kursus Latihan yang disediakan. Selain itu, platform Kursus Latihan ini mempunyai 68,000 pelatih yang memiliki pelbagai kemahiran yang berbeza-beza.
Jika anda berminat untuk menjadi pelatih di Udemy, anda boleh mendaftar sebagai pengguna Udemy dan tekan butang ‘Menjadi Pelatih’. Kemudian, anda hanya perlu melengkapkan beberapa soalan mengenai kelayakan anda sebagai pelatih. Setelah selesai mengisi soalan tersebut, anda akan dibawa ke laman papan pemuka pelatih.
Di laman tersebut, anda boleh memuat naik Kursus Latihan anda dan melakukan bermacam-macam lagi. Sebelum anda memuat naik Kursus Latihan anda untuk dijual, pastikan anda mempunyai nama yang sesuai untuk menerangkan Kursus Latihan yang anda jual. Jangan risau, jika anda tidak dapat mencari nama yang sesuai, anda boleh menggunakan Penjana Nama Kursus Latihan kami.
Skillshare
Skillshare merupakan platform yang terkenal dalam kalangan pelatih yang mahir dalam bidang pemasaran, seni lukisan, reka bentuk fesyen, blogging, masakan, dan lain-lain lagi. Jika anda berminat untuk menjadi pelatih yang berbayar di Skillshare, anda harus menggunakan katalog Skillshare Premium. Hanya melalui kursus premium ini sahaja anda boleh menjana pendapatan sebagai seorang pelatih.
Oleh kerana terdapat lebih daripada 35,000 kursus premium di Skillshare, anda harus memastikan kursus yang anda tawarkan merupakan kemahiran yang popular pada masa kini. Bukan setakat itu sahaja, anda juga perlu kreatif semasa menamakan kursus latihan anda. Ini bagi memudahkan kursus anda dikenali oleh para pelajar di Skillshare.
Podia
Podia merupakan platform yang membolehkan anda untuk mencipta kedai dalam talian untuk kandungan digital anda seperti Kursus Latihan dan sebagainya. Oleh sebab itulah Podia merupakan salah satu platform yang sebenarnya lebih sesuai dikenali sebagai perisian untuk merangka kursus dalam talian.
Platform ini lebih unik jika dibandingkan dengan platform latihan yang lain kerana anda boleh memuat naik pelbagai bahan latihan. Ini akan membantu anda mendapatkan lebih banyak saluran pendapatan, melalui satu platform sahaja. Lain daripada itu, anda harus membayar lebih kurang RM160 sebulan untuk menggunakan perisian ini.
Kajabi
Kajabi merupakan platform dalam talian yang menyediakan kemudahan untuk pelatih mencipta dan mempromosikan Kursus Latihan di satu platform yang unik. Hampir sama dengan Podia, para pelatih mempunyai kebebasan untuk memuat naik pelbagai bahan latihan melalui satu platform sahaja. Ini merupakan kelebihan utama jika pelatih menggunakan platform ini.
Namun begitu, ia tidak mudah bagi pelatih baru memperkenalkan kursus yang ditawarkan oleh mereka. Oleh itu, anda boleh menggunakan Penjana Nama Kursus Latihan kami untuk mendapatkan idea nama kursus yang menarik. Jangan risau, anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk menjana nama kursus yang menarik dengan kami.
Teachable
Teachable merupakan platform dalam talian khusus untuk pelatih yang ingin menawarkan kursus berbayar dalam talian. Teachable pada awalnya dikenali sebagai Fedora. Namun, pengasas platform ini, Ankur Nagpal telah menambah baik platform kursus dalam talian ini, lalu menukar nama Fedora kepada Teachable.
Hingga ke hari ini, terdapat lebih daripada 100,000 pelatih yang menggunakan Teachable sebagai platform untuk menjual kursus latihan mereka. Maka tidak hairanlah mengapa Teachable mampu menjana keuntungan sebanyak $500 juta pada hari ini. Oleh itu, jika anda ingin berkongsi ilmu di samping menjana pendapatan sampingan, gunalah Teachable.
20 Idea Nama Kursus Latihan
Seterusnya, mari lihat 20 senarai idea nama Kursus Latihan yang dijana menggunakan Penjana Nama Kursus Latihan kami. Kami telah menyenaraikan nama Kursus Latihan yang dijana berdasarkan kategori-kategori yang berikut:
Kategori Teknologi Maklumat
- Java Pioneer
- SEO Quest
- Python Training
- Koding Coach
- SQL Classroom
Kategori Bahasa
- Mandarin Guide
- Inggeris Squad
- BahasaKorea Centre
- Tatabahasa Scholar
- BahasaJepun Workshop
Kategori Perniagaan
- Pemasaran Leader
- JualBeli Master
- Produk Potential
- Niaga Advisor
- Pasaran Training
Kategori Kesihatan
- MenuSihat Club
- Diet Advisor
- Yoga Prodigy
- Pilates Instructor
- Minda Mentor
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Kursus Latihan?
Seterusnya, kami akan memperkenalkan kepada anda 5 langkah mudah yang anda boleh ikuti untuk menggunakan Penjana Nama Kursus Latihan kami. Untuk pengetahuan anda, setiap nama latihan yang dijana tidak pernah digunakan oleh mana-mana individu ataupun pelatih dalam talian.
5 langkah mudah tersebut adalah:
1. Kenal pasti kategori kursus anda.
Contoh: bahasa, kesihatan dan sebagainya
2. Masukkan kata kunci yang berkaitan dengan kategori kursus anda
Contoh: diet, Inggeris dan sebagainya
3. Tekan butang ‘jana’,
4. Pilih Education pada bahagian Tapisan Kategori
5. Klik ‘Jana’ dan pilih nama kursus yang sesuai
10 Kursus Latihan Yang Mendapat Permintaan Tinggi
Di bahagian ini, kami akan memperkenalkan 10 Kursus Latihan yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelajar. Kursus-kursus ini juga merupakan kemahiran yang sangat diperlukan pada masa sekarang. Jika anda mahir dalam bidang yang dinyatakan di bawah, anda boleh menjana pendapatan sampingan yang tinggi.
Kursus Python
Python merupakan bahasa pempograman yang mendapat permintaan tinggi terutamanya dalam industri teknologi maklumat. Pakar pempograman Python dibayar dengan gaji yang lumayan jika dibandingkan dengan pakar dalam bidang yang kurang mendapat permintaan yang tinggi. Jika anda mahir dalam bidang ini, anda boleh membuat kursus Python dalam talian untuk mendapatkan saluran pendapatan secara sampingan.
Untuk pengetahuan anda, permintaan terhadap individu yang memiliki kemahiran bahasa pempograman ini dijangka akan semakin meningkat. Ini kerana, semakin banyak bidang yang menggunakan Python. Sebagai contoh, sains data, pembelajaran mesin, pembangunan laman web dan banyak lagi.
Kursus SQL
SQL merupakan bahasa pangkalan data yang tidak asing lagi dalam dunia kejuruteraan komputer. Walaupun telah banyak kemajuan dicapai dalam dunia teknologi, namun bilangan individu yang mahir dalam bahasa pangkalan data ini masih kurang. Maka tidak hairanlah mengapa pakar SQL dibayar dengan gaji yang lumayan.
Oleh kerana permintaan terhadap individu yang mahir dalam bidang ini sangat tinggi, individu yang berminat untuk menjadi pelatih SQL boleh mengongsikan ilmu mereka di platform kursus dalam talian yang dipercayai. Tambahan pula, kursus SQL dalam talian boleh mencecah sehingga RM400 di Udemy.
Kursus Excel
Kemahiran menggunakan Microsoft Excel sememangnya mendapat permintaan tinggi dalam pelbagai industri. Kemahiran tinggi dalam penggunaan Excel adalah seperti kebolehan membuat graf dan jadual, kebolehan menggunakan hamparan elektronik sepenuhnya, dan kebolehan untuk mengira serta mengautomasikan data yang besar.
Jika anda mempunyai kemahiran yang tinggi dalam Excel ini, anda boleh menjadi pelatih di dalam talian.
Sebagai pelatih dalam talian, anda harus menunjukkan kredibiliti anda sebagai seorang pakar Excel. Oleh itu, sebarang pengiktirafan yang berkenaan dengan Excel perlulah dinyatakan dalam biodata pelatih anda. Jangan lupa juga nama Kursus Latihan yang tidak menarik tidak akan menarik perhatian prospek pelajar anda dengan berkesan.
Oleh itu, gunakanlah Penjana Nama Kursus Latihan kami yang percuma dan unik.
Kursus Stata
Kemahiran menggunakan Stata sangat diperlukan dalam bidang sains data. Hal ini diperkatakan sedemikian kerana, kemahiran ini adalah wajib dimiliki oleh seseorang untuk menjadi pakar analisis, terutamanya dalam bidang ekonomi. Bukan hanya itu,, kemahiran menggunakan Stata juga sangat diperlukan sekiranya seseorang berminat untuk menceburi dunia pemprograman.
Jika anda mahir menggunakan Stata, anda boleh menggunakan kemahiran anda ini untuk membantu orang lain yang masih memerlukan bantuan untuk mempelajari Stata dengan lebih mendalam. Bukan hanya itu, memiliki kemahiran menggunakan Stata juga sangat menguntungkan. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi pelatih Stata yang berbayar secara dalam talian dan juga sebaliknya.
Kursus Pembangunan Android
Pembangunan Android atau juga dikenali sebagai Android Development merupakan kemahiran yang sangat diperlukan, terutamanya dalam negara membangun seperti Malaysia. Tambahan pula, bilangan pengguna Android di Malaysia dan negara-negara luar juga bertambah setiap tahun. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Business of Apps pengguna Android kebanyakannya datang dari negara-negara membangun.
Ini bermakna, jika anda mahir dalam bidang pembangunan Android, kemahiran anda sangat diperlukan di Malaysia. Selain itu juga, individu yang pakar dalam bidang ini juga diperlukan di peringkat antarabangsa. Oleh kerana permintaan terhadap individu yang mempunyai kemahiran sebegini sangat tinggi, tidak hairanlah mengapa pakar pembangunan Android dibayar dengan gaji yang lumayan.
Kursus Pembangunan iOS
Kemahiran dalam pembangunan iOS, merupakan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadi pemaju iOS. Terdapat banyak kemahiran yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadi pakar pemaju iOS. Sebagai contoh:
- Bahasa pempograman Swift
- Penaakulan ruang
- Xcode IDE Apple
Jika anda mahir dalam semua kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pemaju iOS, anda boleh mereka kursus khas untuk membantu individu yang berminat untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pemaju iOS.
Kursus Jualan B2B
Jualan B2B merupakan kemahiran yang diperlukan terutamanya dalam bidang pemasaran. B2B bermaksud bisnes ke bisnes. Ini adalah ketika syarikat menjual antara satu sama lain, dan bukannya perniagaan yang menjual kepada individu pengguna berganda. Elemen-elemen yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk mahir dalam jualan B2B adalah seperti berikut:
- Prospek kelayakan
- Pengetahuan mengenai produk jualan
- Pemasaran rujukan
- Kemahiran mengkaji pasaran
Kursus Penulisan
Penulisan merupakan kemahiran yang tidak akan lapuk dek zaman. Pada masa kini, kemahiran penulisan merupakan antara kemahiran yang sangat diperlukan dalam bidang pemasaran. Selagi ada aktiviti seperti jualan dan belian, selagi itulah kemahiran penulisan diperlukan.
Antara kemahiran penulisan yang diperlukan dan dibayar dengan gaji yang lumayan adalah penulisan iklan dan penulisan kandungan. Oleh itu, jika anda mahir dalam bidang ini, anda boleh membantu perniagaan mencapai matlamat bisnes mereka dengan lebih berkesan.
Kursus Reka Cipta Aplikasi Mudah Alih
Reka cipta aplikasi mudah alih lebih dikenali sebagai mobile app development. Di Malaysia, pakar dalam bidang ini tidak ramai. Namun begitu, permintaan terhadap tenaga pekerja yang mempunyai kemahiran ini semakin meningkat di negara membangun seperti Malaysia. Selain daripada itu juga, ramai percaya bahawa memiliki kemahiran reka cipta aplikasi mudah alih ini boleh membantu mereka menjana pendapatan dari rumah sahaja.
Mana tidaknya, jika anda memiliki kemahiran ini, anda tidak hanya boleh menjadi seorang pelatih. Tetapi, anda juga boleh menjadi pekerja bebas dan bekerjasama dengan klien dari negara-negara luar yang mampu membayar anda dengan kadar yang tinggi.
Kursus CFA
Kursus CFA merupakan antara kursus perakaunan yang sangat terkenal terutamanya dalam kalangan akauntan. Individu yang memiliki pensijilan CFA sangat diperlukan dalam bidang kewangan dan perbankan di seluruh dunia. Oleh kerana CFA merupakan pengiktirafan pensijilan perakaunan dari Amerika Syarikat, sijil ini diterima di seluruh dunia.
Jika anda pernah mendapat pensijilan dari CFA, anda boleh menjadi pelatih untuk membimbing pelajar yang ingin mendapatkan pensijilan ini. Sebagai contoh, anda boleh membuat kelas bimbingan untuk menyediakan mereka menghadapi ujian kelulusan CFA.
Kesimpulan
Dalam artikel ini, kita telah membincangkan bagaimana Penjana Nama Kursus Latihan kami boleh membantu anda yang berminat untuk menjadi pelatih mendapatkan nama Kursus Latihan yang unik.