Artikel ini akan memberi bimbingan bagaimana anda boleh mendapatkan nama bisnes perkhidmatan yang unik dan menarik.
Selain itu, kami juga akan menerangkan penggunaan Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan sebagai satu cara terbaharu yang lebih pantas dan cepat.
Skop Bisnes Perkhidmatan untuk Artikel Ini
Kami tidak menyentuh perkhidmatan profesional seperti firma guaman, arkitek akauntan dan audit.
Ini kerana, di Malaysia perkhidmatan profesional tersebut mempunyai peraturan yang ketat terhadap pemilihan nama perkhidmatan mereka.
Sebagai rujukan, antara peraturan yang mengawal selia nama firma guaman adalah:
Mengapa Nama Penting untuk Bisnes Perkhidmatan Anda
Terdapat ribuan bisnes perkhidmatan di luar sana, untuk pelanggan yang ingin mencuba sesuatu, mereka hanya mempunyai beberapa saat untuk “terpikat” dengan nama anda apabila melakukan carian.
Dan bagi mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan anda, nama bisnes perkhidmatan boleh menjadi faktor penting untuk mereka sentiasa ingat bisnes anda.
Dalam kata lain, bagaimana mereka boleh menjadi pelanggan biasa kepada pelanggan tetap.
Antara kepentingan nama untuk bisnes perkhidmatan adalah:
Nama mewakili reputasi bisnes
Selain daripada logo, orang ramai mengenali bisnes perkhidmatan anda melalui nama. Dengan hanya beberapa perkataan atau huruf, nama memberi identiti untuk bisnes perkhidmatan anda.
Elemen penjenamaan bermula dengan nama
Bisnes perkhidmatan biasanya akan membuat pengiklanan agresif sebagai strategi pemasaran mereka.
Memandangkan skop yang ditawarkan adalah perkhidmatan, nama dan logo mungkin menjadi satu-satunya komponen untuk menjenamakan perniagaan anda supaya dikenali oleh orang ramai.
Nama bisnes yang tidak berkualiti boleh memberi kesan kepada prestasi
Ramai pemilik bisnes perkhidmatan di luar sana yang tidak sedar bahawa nama bukan sahaja boleh membuatkan perniagaan berdaya saing, malah ia juga boleh menjadi halangan untuk membuatkan perniagaan berkembang.
Sebagai contoh, nama yang mengandungi perkataan lokaliti boleh menyebabkan pemasaran di peringkat yang lebih meluas agak sukar dilakukan.
Nama memberi kesan kepada kewujudan bisnes perkhidmatan dalam talian
Tidak wujud dalam talian samalah seperti tidak pernah dilahirkan. Kepesatan dunia digital membuatkan kewujudan bisnes anda perlu diketahui oleh orang ramai.
Tidak keterlaluan dikatakan, setiap carian bisnes perkhidmatan akan bermula daripada carian di internet. Jadi nama yang unik perlu memiliki ketersediaan domain dan mudah dicari secara digital.
20 Idea Nama untuk Bisnes Perkhidmatan
Sebagai permulaan, kami berikan 20 idea untuk nama bisnes perkhidmatan anda.
Nama-nama dalam senarai ini dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan dengan memasukkan kata kunci yang relevan dengan industri perkhidmatan yang ditawarkan.
- Lord Laundry (dobi layan diri)
- Pup Plumbing (baiki paip)
- Loop Laundry (dobi layan diri)
- Legends Laundry (dobi layan diri)
- Capri Cleaning (pembersihan/cucian)
- Consult Cleaning (pembersihan/cucian)
- PC Rapid Repair (baiki komputer)
- Tech Repair Relic (baiki komputer)
- Tech Talkline (baiki komputer)
- Plumbing Planet (baiki paip)
- Light Learn (pembelajaran dalam talian)
- Bucket List Bike (baiki basikal)
- Clear Consult Biz (perunding perniagaan)
- Mystic Marketing (perunding pemasaran)
- Sparrow Siber (keselamatan siber)
- Tact Tranquil (spa dan kesihatan)
- Maid Max (pembersihan rumah)
- Hantar Trident (penghantaran barang)
- Bright Letrik Support (elektrik)
- Move with Us (penghantaran)
Mengapa Anda Perlu Menggunakan Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan
Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.
Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik
Sesuai dengan operasi Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan yang berfungsi melalui AI, antara ciri-ciri yang membuatkan ia berbeza dengan penjana nama lain di pasaran adalah:
Padanan mengikut logik
Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih.
Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rambang.
Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana nama memudahkan pencarian nama bisnes perkhidmatan anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produk yang dihasilkan atau khidmat yang ditawarkan.
Nama yang dijana oleh Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan kami boleh menjana perkataan yang mengandungi sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
Tiada pendaftaran diperlukan
Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan email sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut.
Jika anda memasukkan emel, besar kemungkinan peti masuk emel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.
Tidak leceh dan begitu mudah.
Itulah kelebihan Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.
Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
Idea tanpa had
Memandangkan Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan
Selepas mengetahui apa itu Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan dan ciri-ciri yang dimiliki, kini kami akan terangkan cara menggunakannya.
Secara idealnya, Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan ini sememangnya mudah untuk dikendalikan dan berbaloi jika digunakan untuk proses pencarian nama bisnes perkhidmatan anda.
Langkah pertama:
Masuk ke lama web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri berkaitan dengan produk yang anda hasilkan atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Sebagai contoh, jika anda menjalankan bisnes perkhidmatan permbersihan atau cucian, pilih industri “cleaning” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Anda boleh memilih lebih daripada satu jenis industri untuk setiap janaan.
Simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Secara ringkasnya, Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
Mudah bukan?
Dapatkan inspirasi dan bantuan Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan kami secara percuma.
Tips dalam Menamakan Bisnes Perkhidmatan Anda
Analisis pesaing
Tidak kira jenis bisnes perkhidmatan yang anda ingin jalanan, analisis terhadap pesaing merupakan proses yang penting.
Kenal pasti siapakah antara pesaing anda yang berjaya dan mengapa? Apakah yang disampaikan kepada pelanggan melalui nama mereka?
Ketika anda membuat analisa pesaing, anda akan dapat lebih banyak kata kunci dan idea terutamanya jika anda gunakan Penjana Nama Bisnes Perkhidmatan. Jangan lupa untuk baca review pelanggan terhadap perkhidmatan mereka.
Tentukan apa penambahbaikan yang anda boleh tawarkan berbanding pesaing untuk menjadikan perkhidmatan anda lebih berkualiti dan menonjol berbanding mereka.
Tentukan pelanggan sasaran
Dalam sektor perkhidmatan, anda dinilai melalui kepuasan pelanggan menggunakan perkhidmatan anda tawarkan. Itulah harga yang mereka bayar.
Kenal pasti segmen pelanggan anda. Sebagai contoh sekiranya anda menjalankan pembersihan/cucian rumah, ketahui jenis rumah, penghuni dan waktu puncak permintaan yang anda jangkakan.
Jadi pelanggan sasaran sebagai keutamaan ketika anda memilih nama. Lebih mudah mereka memahami perkhidmatan anda, lebih tinggi peluang mereka untuk ingat dan mencari bisnes perkhidmatan anda. Dari sinilah anda membuatkan mereka daripada pelanggan biasa kepada pelanggan setia.
Maklum balas
Ada ketikanya anda rasakan nama pilihan anda cukup sempurna. Tetapi tidak semua orang senada dengan apa yang anda fikirkan dan memahami maksud yang sama untuk kata kunci yang anda gunakan untuk nama bisnes perkhidmatan anda.
Dapatkan maklum balas daripada seberapa ramai orang pendapat mereka tentang nama pilihan anda.
Antara soalan yang anda boleh tanyakan adalah: Adakah nama tersebut itu mudah diingat? Apa yang mereka fikirkan apabila pertama kali mendengar nama tersebut? Adakah nama sebegitu boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk membeli produk atau gunakan perkhidmatan anda?
Cuba lihat maklum balas dari perspektif pengguna atau pelanggan. Mungkin jawapan yang mereka berikan tidak seperti yang anda inginkan.
Ketersediaan domain
Tidak wujud secara digital boleh diibaratkan anda terjatuh ketika dalam perlumbaan marathon. Pesaing ada akan terus berlari meninggalkan anda.
Domain adalah segalanya. Pastikan nama domain anda sama dengan ejaan nama bisnes perkhidmatan anda.
Semak bagaimana nama penuh bisnes perkhidmatan anda dalam bentuk domain.
Who Represents? adalah sebuah platform data berbayar yang menawarkan perkhidmatan memberi maklumat wakil selebriti terkenal. Sekarang, lihat bagaimana platform tersebut dieja dalam domain: whorepresents.com.
Selain itu, nama yang sukar dan ejaan panjang boleh membuatkan pelanggan sukar mencari lama web anda. Contohnya, laman web ini.
Saluran media sosial
Pastikan nama bisnes perkhidmatan yang anda pilih masih belum digunakan di media sosial.
Besar kemungkinan anda akan menggunakan media sosial untuk kempen pemasaran atau berinteraksi dengan pelanggan anda.
Aktiviti pemasaran digital biasanya melibatkan handle media sosial. Nama bisnes perkhidmatan anda seharusnya tidak terlalu panjang sehingga melebihi had aksara untuk handle media sosial.
Sebagai contoh, Twitter mempunyai had 15 aksara untuk handle.
Tanda dagang
Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.
Pertama; jika anda menggunakan nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.
Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangkan bisnes kedai bunga anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama anda. Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama perniagaan yang hampir sama.
Selain itu, nama bisnes perkhidmatan yang terlalu generik juga mungkin mengalami kesulitan untuk mendapatkan tanda dagang.
Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.
Tips Menjenamakan Bisnes Perkhidmatan Selepas Memilih Nama
Memang perkhidmatan berkualiti ialah perkara yang perlu dititik beratkan.
Tetapi sering kali kita terlupa bahawa nama bisnes adalah satu jenama dan perkhidmatan adalah produk yang anda tawarkan. Dalam kata lain, bisnes perkhidmatan perlu mempunyai standard penjenamaan dan komunikasi bersama pelanggan.
Kami kongsikan dengan anda, tips yang berguna untuk memastikan bisnes anda kekal sebagai sebuah jenama di mata pelanggan.
Visual
Perkasakan jenama bisnes perkhidmatan anda dengan visual penjenamaan kepada pelanggan.
Logo boleh membuatkan pelanggan dapat mengenal pasti anda dengan mudah dan tahu identiti bisnes perkhidmatan anda.
SEO
SEO merupakan faktor penting pelanggan tahu tentang kewujudan anda apabila membuat carian di enjin carian.
Walaupun enjin carian direka untuk membantu pengguna dan bukan nama bisnes perkhidmatan anda, secara mudahnya tanpa populariti di enjin carian nama bisnes perkhidmatan anda akan tenggelam.
Pemasaran agresif
Kami bukan bercerita tentang iklan billboard gergasi di sepanjang lebuh raya.
Sentiasa rebut peluang untuk memasarkan bisnes anda terutamanya dalam dunia digital. Jika anda berpeluang untuk menjadi sebahagian topik podcast, blog atau artikel, jangan sia-siakan. Lebih kerap lebih bagus.
Pemasaran bukan secara langsung ini boleh memberi kesan kepada persepsi pelanggan. Persepsi positif boleh dibina melalui kebolehlihatan, kepercayaan dan informasi yang berulang.
Media Sosial
War-warkan kewujudan bisnes perkhidmatan anda di media sosial. Cipta halaman (pages) dan mulakan rancangan pemasaran di sana.
Tidak kira sama ada anda ingin membuat hantaran secara berkala, hantaran langsung atau iklan, media sosial adalah medium paling pantas untuk berinteraksi dengan pelanggan dan mengukuhkan penjenamaan perkhidmatan anda.
Pautkan iklan dan hantaran dengan laman web anda.
Antara media sosial popular yang boleh diguna adalah:
Facebook & Instagram: Kedua-duanya memiliki lebih satu billion pengguna buat masa kini. Dengan menggunakan FB Ads anda boleh menetapkan sasaran segmen secara spesifik–seperti demografi atau lokasi tertentu.
Twitter ads: Terdapat beberapa pilihan kempen pengiklanan di platform ini yang boleh membantu anda, lebih-lebih lagi jika anda masih baru di dalam industri.
LinkedIn ads: Platform ini memberi peluang kepada mereka yang masih baru di dalam industri untuk berhubung dengan profesional yang mempunyai kepentingan yang sama.
Pemasaran konten
Kami percaya sebagai sebuah bisnes perkhidmatan, banyak perkara yang boleh anda kongsikan kepada orang awam.
Sampaikan penerangan perkhidmatan anda dalam bentuk konten, atau lebih tepat lagi giatkan usaha pemasaran konten kepada pelanggan anda. Nyatakan, terangkan dan jelaskan apakah konsep, syarat, kelebihan dan segalanya tentang perkhidmatan anda kepada orang ramai.
Antara strategi pemasaran konten yang boleh dicuba adalah:
Penulisan blog
Jika anda tidak mempunyai kepakaran, ada ramai penulis berbakat di luar sana (termasuk saya!) yang bersedia untuk menulis tentang produk anda dalam bentuk yang mudah difahami dan menarik pelanggan.
Lebih banyak kandungan blog tentang industri anda, persepsi pelanggan adalah anda seorang pakar di dalam industri. Penulisan blog juga boleh menggalakkan SEO anda serta mendedahkan kewujudan bisnes anda kepada orang ramai.
Newsletter
Pemasaran melalui e-mel yang klasik ini boleh memberitahu pembaca tentang berita terkini tentang industri,promosi, produk atau acara berkaitan industri pada masa akan datang