Quincy Jones menerbitkan album mega hit mendiang Michael Jackson, “Thriller”, pada usia 50 tahun. Jadi tiada yang mustahil untuk anda memulakan syarikat rakaman anda sendiri pada ketika ini.
Kami akan membantu proses mencari nama syarikat rakaman anda. Meskipun tiada nama yang sempurna untuk syarikat rakaman, tetapi anda masih boleh dapatkan nama yang unik dan menarik–jika dilakukan dengan langkah yang betul dan tips yang boleh dipertimbangkan.
Artikel ini akan memberi idea dan inspirasi yang penting untuk nama syarikat rakaman anda, serta menerangkan bagaimana penggunaan teknologi melalui Penjana Nama Syarikat Rakaman mungkin memberi jawapan yang anda cari selama ini.
Kami akan terangkan bagaimana Penjana Nama Syarikat Rakaman berfungsi dan ciri-ciri khas yang membuatkan ia berbeza daripada pesaing lain.
Ayuh kita mulakan langkah kreatif anda!
Peranan Syarikat Rakaman di dalam Industri
Dunia digital dan internet telah membuka peluang untuk artis rakaman memasarkan muzik mereka secara bebas melalui media sosial dan platform penstriman dengan kos yang jauh lebih murah.
Ini berbeza dengan dominasi syarikat rakaman sebelum itu di mana mereka mempunyai kuasa dominan untuk menentukan jatuh bangun seseorang artis rakaman.
Syarikat rakaman menawarkan kontrak kepada artis untuk perkhidmatan rakaman album/single dan juga rangkaian untuk mengedarkan produk seni artis tersebut.
Kontrak rakaman biasanya memperincikan tentang perlesenan, perjanjian pengedaran dan jualan dan juga bayaran kepada artis.
Oleh kerana proses pemasaran boleh dilakukan sendiri oleh artis dengan kewujudan media sosial dan platform lain, kebanyakan syarikat rakaman berskala besar menawarkan tawaran yang dipanggil “tawaran 360”.
Apa itu Penjana Nama Syarikat Rakaman?
Penjana Nama Syarikat Rakaman kami adalah sebuah alatan dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk menjana nama dalam masa yang singkat.
Proses memilih nama syarikat rakaman anda lebih mudah, pantas dan lebih banyak nama boleh digunakan sebagai idea dan inspirasi untuk anda.
Ciri-ciri khas Penjana Nama Syarikat Rakaman kami adalah seperti berikut:
- Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana nama memudahkan pencarian nama Syarikat Rakaman anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan muzik, rakaman, hiburan atau dapat menggambarkan produk yang anda jual.
Nama yang dijana oleh Penjana Nama Syarikat Rakaman akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
- Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana Nama Syarikat Rakaman kami boleh menjana perkataan yang mengandung sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
- Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Syarikat Rakaman kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
- Idea tanpa had
Memandangkan Penjana Nama Syarikat Rakaman hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Syarikat Rakaman
Sebagai panduan, kami kongsikan langkah-langkah terperinci bagaimana menggunakannya.
Langkah pertama:
Masuk ke laman web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia seperti Bahasa Denmark, Perancis, dan Indonesia jika anda inginkan kelainan untuk nama bisnes anda.
Anda berpelung untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri berkaitan seperti “music”, “art” atau apa sahaja industri yang anda inginkan pada bahagian kiri.
Kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Anda boleh simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Selain itu, Penjana Nama Syarikat Rakaman kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
Mudah bukan?
20 Idea untuk Nama Syarikat Rakaman
Dalam proses memilih nama syarikat rakaman, kami menggunakan beberapa perkataan (kata kunci) berkenaan dengan muzik, genre dan teknologi rakaman.
Berikut adalah 20 idea untuk nama syarikat rakaman yang dijana menggunakan Penjana Nama Syarikat Rakaman kami sebagai inspirasi tambahan untuk anda:
- Cadence Muzik
- Concerto Tempo
- Touch Hit Rekod
- Echo Rakam
- Radius Suara
- Irama Star
- Seleksi Boom
- Nada Aria
- Tune Irama
- Nada Boom
- Suarapad
- Irama Blizz
- Kazoo Suara
- Ensemble Rekod
- Pop Orkestra
- Rentak Interlude
- Ocarina Merdu
- Prelude Nada
- Suara Star
- Mezzo Muzik
Contoh Nama Syarikat Rakaman yang Berjaya
R.A.P
Catatan kamus muzik tanah air tidak akan lengkap jika tidak bercakap mengenai Roslan Aziz Production atau R.A.P.
Syarikat rakaman ini adalah langkah berani pengasasnya, Roslan Aziz yang ingin menubuhkan syarikat rakaman sendiri pada 1989 berbanding mengikut telunjuk syarikat rakaman antarabangsa yang menguasai pasaran muzik tempatan suatu ketika dahulu.
Syarikat rakaman ini dihormati kerana melakukan pembaharuan dan berani memperkenalkan genre muzik yang agak canggung di Malaysia ketika itu seperti world music, etnik, fusion, poetry ballad dan jazz.
Album Zainal Abidin yang mengandungi lagu “Hijau” berjaya menarik minat pelbagai kaum di Malaysia, yang didominasi oleh pendengar lagu Melayu ketika itu. Selain itu, penyanyi Sheila Majid juga pernah bernaung dibawah syarikat rakaman lagenda ini.
Di kemuncak kejayaan syarikat rakaman ini, mereka telah berjaya menganjurkan konsert Ikhlas 1992–diiktiraf sebagai konsert berbayar penyanyi tempatan paling ramai ditonton–yang dihadiri lebih 40,000 orang.
Monkey Bone
Ketika industri muzik dilanda demam muzik indie, Monkey Bone ditubuhkan oleh Ahmad Izham Omar sebagai syarikat rakaman bebas.
Di awal penubuhan mereka, syarikat rakaman ini menaungi juara dan naib juara rancangan nyanyian realiti, One in a Million, Suki dan Faizal Tahir di bawah pengurusan mereka.
Syarikat rakaman ini juga berjaya menganjurkan KAMI the Gig, sebuah jelajah muzik indie terbesar di dalam negara pada tahun 2008.
KRU Music
Bermula dengan KRU Records sebelum berkembang menjadi KRU Music.
Syarikat rakaman ini ditubuhkan oleh trio popular tanah air, KRU dan mempunyai pengaruh sehingga ke Singapura, Indonesia dan Brunei.
Antara artis rakaman yang pernah bernaung di bawah mereka adalah, Indigo, Anuar Zain dan Pretty Ugly.
Warner Music Group
Ditubuhkan oleh syarikat filem Warner Bros dengan nama asal Warner Bros. Records pada 1958. Syarikat rakaman ini merupakan antara ketiga yang terbesar di dunia.
Penyanyi seperti Ed Sheeran, Madonna, Coldplay, Linkin Park dan Metallica merupakan contoh penyanyi yang telah menjual jutaan album ketika dibawah naungan syarikat rakaman ini.
Nama Warner Bros ini diambil sempena adik-beradik Warner, iaitu Jack, Albert, Harry dan Samuel. Nama Warner Bros ini kemudiannya ditukar kepada nama sekarang selepas pengambilalihan korporat.
Tips Nama Syarikat Rakaman yang Unik
Pendek
Atlantic Records, Def Jam, Sony Music dan Universal Music adalah nama-nama besar dalam industri muzik dan telah berjaya menjana pulangan sehingga berbilion dolar.
Terdapat persamaan di antara nama-nama tersebut; pendek dan ringkas.
Bukan menjadi rahsia bahawa perkataan atau nama yang pendek lebih mudah diingat oleh pelanggan.
Ketika ditanya mengapa lagu “rock kapak” masih relevan sehingga ke hari ini, komposer terkenal tanah air, Fauzi Marzuki berpendapat, rock kapak mempunyai susunan muzik ringkas dan mudah diingat, seterusnya selari dengan keupayaan pendengar.
Jadi, sama seperti lagu, nama syarikat rakaman yang pendek akan membuatkan nama syarikat rakaman anda sentiasa berlegar-legar di kepala pendengar muzik atau pelanggan.
Selain itu, nama yang terlalu panjang tidak sesuai digunakan sebagai handle di platform media sosial. Ini kerana setiap paltform media sosial mempunyai had aksara nama akaun.
Jika nama terlalu panjang, nama syarikat rakaman anda terpaksa diubah dan tidak seragam untuk setiap platform. Ini akan membataskan keterlihatan syarikat rakaman anda di media sosial dan menjejaskan pemasaran digital.
Gunakan nama sendiri
Jika anda rasakan sebahagian nama anda unik, anda boleh pertimbangkan nama sendiri.
Gabungkan nama anda dengan perkataan seperti “produksi”, “rekod” atau “muzik. Nama yang dihasilkan akan kedengaran positif dan profesional. Hasilnya, pelanggan akan lebih yakin dan berminat untuk ketahui lebih lanjut syarikat rakaman anda.
Pendekatan sebegini, sangat berkesan sekiranya anda mempunyai reputasi di dalam dunia hiburan; sama ada sebagai penyanyi atau terlibat di belakang tabir.
Sebagai contoh, Siti Nurhaliza Production dan Yuna Room Records adalah contoh bagaimana nama penyanyi digunakan sebagai ‘jenama’ untuk syarikat rakaman.
Formula ini memudahkan strategi pemasaran dan menjadi unik berbanding syarikat rakaman lain di pasaran.
Genre muzik sebagai nama
Adakah pelan perniagaan syarikat rakaman anda fokus kepada genre muzik tertentu? Penggunaan genre muzik boleh menarik perhatian artis rakaman yang ingin mencari platform untuk mengembangkan bakat mereka.
Sebagai contoh, jika anda ingin menumpukan segmen jazz di pasaran, nama seperti “Swing Jazz Records” relevan dengan syarikat rakaman anda.
Jika anda mempunyai beberapa genre muzik utama, cuba gabungkan beberapa perkataan berkaitan untuk mendapatkan nama yang unik dan pada masa yang sama konsep asas syarikat rakaman anda mudah difahami.
Pendekatan sebegini datang dengan satu kaveat; penggunaan genre muzik mungkin memberi masalah jika syarikat rakaman anda terbuka untuk semua genre muzik atau tidak ada pengkhususan.
Syarikat rakaman biasanya menubuhkan syarikat rakaman baru atau sub-label mengikut kesesuaian genre, geografi sasaran atau pelan perniagaan.
Ejaan dan sebutan yang tidak kompleks
Syarikat rakaman mempunyai dua segmen penting; bakat baru dan juga pembeli/peminat.
Syarikat rakaman yang memiliki ejaan dan sebutan yang sukar atau kreativiti yang melampau boleh mengelirukan kedua-dua segmen–walaupun pada dasarnya, anda mencari nama yang unik.
Keunikan yang tidak bertempat itu boleh membunuh minat pelanggan. Katakan nama syarikat rakaman anda “Gr8 4 Music”. Walaupun nama tersebut unik, tiada siapa yang dapat meneka ejaan sebegitu jika pertama kali mendengarnya. Lebih parah lagi, nama yang sukar dieja lebih sukar ditemui di dalam enjin carian.
Sebutan yang sukar langsung tidak membantu pelanggan untuk ingat nama syarikat rakaman anda, Kemungkinan besar anda akan terlepas peluang pemasaran secara word-of-mouth dan juga referral.
Adakah saya perlu mendaftarkan syarikat rakaman saya?
Untuk menjalankan perniagaan di Malaysia, anda perlu mendaftar dan mendapatkan lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016.
Jika anda sudah memilih nama, anda boleh membuat semakan nama di SSM melaui portal e-info.
Anda juga perlu semak sama ada perlu sertai persatuan perdagangan industri seperti The Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) atau Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad.
Selain daripada pendaftaran syarikat, anda juga perlu membuat semakan penting untuk saluran media sosial, tanda dagang dan domain.
- Media sosial
Media sosial merupakan platform pemasaran paling popular tidak kira saiz bisnes tersebut.
Lakukan carian mudah di Google untuk melihat sama ada nama syarikat rakaman yang anda pilih sudah digunakan atau sebaliknya.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan namechecker untuk membuat semakan nama di seluruh platform media sosial.
Antara perkara penting sewaktu menubuhkan syarikat rakaman adalah strategi pemasaran digital yang menyeluruh. Ini termasuklah penciptaan atau penggunaan handle di media sosial.
Handle bermaksud nama pengguna umum yang digunakan untuk akaun media sosial syarikat rakaman anda. Dengan adanya handle sendiri, pengguna dapat mencari nama syarikat rakaman anda dengan menaip handle yang sama.
Twitter dan Instagram mempunyai had untuk setiap nama pengguna. Semak sama ada bilangan aksara nama syarikat rakaman anda memenuhi had maksimum yang telah ditetapkan untuk media sosial berkenaan.
- Tanda dagang
Salah satu kesilapan besar pemilik bisnes adalah tidak membuat semakan tanda dagang.
Anda boleh menyemak tanda dagang di MyIPO atau menggunakan agen yang lebih arif di dalam bidang ini dan boleh memberikan nasihat yang sepatutnya.
Semakan tanda dagang boleh mengelakkan sebarang tuntutan undang-undang terhadap pelanggaran harta intelek dari pihak ketiga dan seterusnya kos yang tinggi.
Lebih memburukkan keadaan lagi, anda terpaksa menukar nama syarikat rakaman setelah mendaftarkan nama syarikat dan mengatur strategi pemasaran.
- Domain
Tanpa domain yang sama dengan ejaan syarikat rakaman anda, anda seperti tidak wujud di dalam dunia digital.
Jangan pandang mudah perkara ini. Ada ketikanya, sesuatu nama menjadi milik orang lain walaupun mereka langsung tidak menggunakannya.
Pastikan domain untuk nama anda tersedia dalam ejaan yang anda inginkan.
Namun, jika anda gunakan Penjana Nama Syarikat Rakaman kami, nama yang dijana mempunyai ketersediaan domain dan anda hanya perlu daftarkannya sahaja.