Penjana Nama Stor e-Dagang

Mulakan perniagaan digital yang lancar apabila anda menjana nama kedai yang unik menggunakan Penjana Nama Kedai eDagang kami

1. Pilih kata kunci nama stor eDagang anda

Masukkan kata kunci yang berkaitan dengan industri eDagang untuk dijana bersama idea nama stor eDagang yang lain

2. Dapatkan nama Stor eDagang anda

Pilihan idea nama stor eDagang yang dijana boleh diperincikan lagi dengan mengaktifkan tapisan industri dan tetapan nama bisnes

3. Pilih Nama Stor eDagang anda

Kongsi idea nama stor anda dengan menghantar senarai idea nama stor ke alamat emel rakan kongsi anda

Tanyalah kepada rakan anda, dalam seminggu berapa kali mereka membuka aplikasi atau laman web e-Dagang di telefon pintar atau komputer mereka.

Melayari laman web atau aplikasi e-dagang seakan menjadi satu kemestian bagi rakyat Malaysia, tidak lengkap hari anda tanpanya. 

Maka tidak hairanlah jika perolehan untuk segmen e-dagang di Malaysia diunjurkan sehingga USD10 Billion pada 2022.

Pandemik yang melanda tidak mampu mematahkan selera rakyat Malaysia yang gemar membeli-belah dalam talian.

Ada antara kita yang ingin mengambil peluang untuk membuka stor e-dagang baharu dan meneroka pasaran e-dagang yang sememangnya bernilai tinggi ini. 

Jika anda salah satu antara mereka, anda perlu tahu bahawa mencari nama stor e-dagang adalah langkah pertama yang perlu dibuka berlari lebih jauh.

Artikel ini akan membantu anda mencari nama stor e-dagang secara sistematik.

Selain daripada tips dan panduan, artikel ini juga menerangkan bagaimana anda boleh menggunakan Penjana Nama Stor e-Dagang untuk menambah idea dalam mendapatkan nama stor e-dagang anda.

20 Idea Nama Menggunakan Penjana Nama Stor e-Dagang

Dengan memasukkan beberapa kata kunci dalam penjana nama, nama-nama berikut boleh menjadi idea untuk nama stor e-Dagang anda.

  • Dagangnetic 
  • Hippi Beli
  • Posse Pasar 
  • Moon Market
  • Beli Bucket
  • Stor Splash
  • Stor Stacked
  • Kedai Kingdom
  • Dagang Dazzlel
  • Beli Blitz
  • Pasar Pop
  • Dagang Deck
  • Plethora Stor
  • Pasarium
  • Beliology
  • Storlux
  • Stornest
  • Marketify
  • Storque
  • Beligenix

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Stor e-Dagang?

Penjana Nama Stor e-Dagang cukup senang untuk digunakan.

Nama-nama stor e-Dagang ini dijana melalui algoritma dalam Penjana Nama Stor e-Dagang secara automatik.

Ini bermakna, setiap nama tersebut adalah unik dan asli. Inilah ciri utama yang membezakan Penjana Nama Stor e-Dagang kami dengan yang lain.

Anda hanya perlu memilih janaan nama yang kreatif dan anda rasakan sesuai untuk disenarai pendek.

1. Pilih bahasa

Penjana nama tersedia dalam lebih daripada 10 jenis bahasa. 

Jika anda inginkan nama dalam Bahasa Melayu, sila pilih tetapan bahasa di bahagian atas di halaman utama.

2. Masukkan kata kunci di ruangan carian

Senaraikan beberapa kata kunci yang ada dapat fikirkan, berkaitan dengan stor e-Dagang.

Kata kunci boleh termasuk kata kerja, kata nama, adjektif dan sebagainya. Sebagai contoh, 20 idea nama yang dijana sebelum ini menggunakan kata kunci:

  • Dagang
  • Stor
  • Beli
  • Market
  • Pasar

Anda boleh masukkan seberapa banyak kata kunci sekali gus. Anda boleh simpan nama yang dijana yang anda rasakan sesuai untuk senarai anda.

3. Pilihan tambahan 

Selain daripada kata kunci, terdapat pilihan tambahan yang boleh membantu anda mendapatkan nama yang lebih kreatif.

Jika perlu, pilih industri yang spesifik dengan stor e-dagang anda. Anda juga boleh tentukan bilangan aksara, posisi kata kunci dan juga jika anda inginkan alterasi berima.

Penjana Nama Stor e-Dagang juga menawarkan pilihan tambahan sama ada anda inginkan satu atau dua perkataan atau pun posisi kata kunci diletakkan di hadapan atau di belakang.

Selain itu, anda juga boleh mengehadkan bilangan aksara untuk hasil nama yang dijanakan.

4. Semak domain serta-merta

Satu lagi kelebihan menggunakan penjana yang mungkin tidak diketahui pengguna adalah, anda boleh menyemak ketersediaan domain nama yang telah dijana.

Selepas menekan butang “Jana” atau “Generate” pada ruangan carian, beratus-ratus nama akan dipaparkan.

Jika anda klik pada nama yang dijana, akan keluar ketersediaan domain untuk nama tersebut.

Petua Menamakan Stor e-Dagang Anda

Kami faham, untuk membina laman web atau aplikasi stor e-dagang bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, kami percaya memilih nama yang unik dan menarik mungkin lebih sukar.

Memang benar, jika menggunakan Penjana Nama Stor e-dagang memang mudah; hanya masukkan kata kunci dan semak hasil janaan yang sesuai.

Tetapi, perlu diingat anda masih memerlukan asas atau kriteria yang membuatkan nama stor e-dagang anda menarik perhatian pelanggan.

Jadi mari kita lihat beberapa petua yang boleh dijadikan panduan untuk nama stor e-dagang yang ideal.

Kenal pasti personaliti stor e-dagang anda

Secara ringkasnya, bagaimana anda inginkan pelanggan anda rasa apabila mendengar atau melihat nama stor e-Dagang anda.

Selain itu, anda perlu tahu siapakah pelanggan sasaran, objektif stor serta konsep yang anda ingin tawarkan kepada pelanggan.

Adakah anda ingin dikenali sebagai sebuah stor e-dagang yang agresif dalam pemasaran digital? Bagaimanakah cara anda ‘bercakap’ dalam media sosial dan laman web anda?

Ini semua merangkumi personaliti stor e-dagang anda. Ketahui ciri-ciri dalaman stor anda sebelum memilih nama. 

Cari nama yang pendek dan unik

Nama yang pendek lebih mudah diingat dan mempunyai ciri SEO yang lebih baik. 

Nama yang kompleks dan panjang mungkin mengelirukan pelanggan dan tidak mengandungi kata kunci yang penting untuk SEO dalam enjin carian.

Maksud keliru adalah pelanggan mungkin tersilap ejaan atau sukar untuk mengeja ketika mencari stor anda dalam talian.

Gunakan bahasa asing

Buka kamus atau thesaurus. Lihat perkataan yang ada kaitan dengan e-dagang atau sifat semula jadi manusia yang perlu membeli belah.

Lihat maksud perkataan tersebut dalam bahasa asing. Kadangkala perkataan dalam bahasa asing mempunyai sebutan yang menarik. Peluang untuk mendapat nama yang lebih unik lebih tinggi jika anda menggunakan bahasa asing.

Cara paling mudah adalah menggunakan Google Translate. Masukkan perkataan atau kata kunci yang anda inginkan dan lihat terjemahan dalam bahasa asing.

Shoes.com mungkin kedengaran hambar dan terlalu generik. Apabila dinamakan semula sebagai Zappos, ia lebih menarik perhatian walaupun maksudnya tetap sama; iaitu kasut dalam bahasa Sepanyol.

Pastikan maksud dalam bahasa asing itu tepat untuk mengelakkan anda memilih nama yang tidak sepatutnya atau lebih teruk lagi, perkataan asing yang kurang sopan.

Cipta perkataan sendiri

Satu kelebihan nama yang dicipta sendiri adalah anda mudah mendapat nama domain untuk stor e-dagang anda.

Tidak salah untuk mencipta jenama sendiri, sama ada ada kisah di sebaliknya atau nama tersebut datang dalam mimpi anda!

Antara nama yang dicipta sendiri pengasasnya adalah Pinterest, Lululemon dan Reddit

Lihat bagaimana pesaing anda menamakan stor mereka. 

Maksud atau ada kaitan dengan perkhidmatan yang stor e-dagang anda tawarkan

Pelanggan mesti faham apa yang ditawarkan oleh stor e-dagang anda atau dapat agak apa yang mereka boleh perolehi daripada stor e-dagang anda.

Mengapa?

Menurut data daripada satu kajian, 55% daripada pelawat yang melayari laman web anda akan keluar dari laman tersebut dalam masa 15 saat.

Jadi, dalam masa sesingkat itu, pelawat laman web tidak akan sempat untuk melihat laman ‘About Us’ atau’ Tentang Kami’ di halaman utama stor e-dagang anda.

Jika stor e-dagang anda menawarkan senarai gadget atau teknologi untuk dijual, kalau boleh biarlah nama stor e-dagang boleh memberi idea awal kepada pelanggan mereka boleh melihat seleksi barang sebegitu.

8 Langkah Mendapatkan Nama Stor e-Dagang Menarik

1. Buat kajian mendalam tentang industri 

Anda perlu tahu apakah jenis platform atau stor e-dagang yang anda ingin sediakan kepada pelanggan.

Secara umumnya, konsep stor e-dagang boleh terdiri daripada

  • Bisnes kepada Bisnes (B2B); 
  • Bisnes kepada Pelanggan (B2C); dan
  • Pelanggan kepada Pelanggan (C2C).

Pastikan anda tahu konsep asas stor e-dagang anda.

Jika anda mempunyai pelan bisnes, lakukan kajian tentang siapa pelanggan sasaran, pengkhususan produk serta apakah perbezaan anda dengan pesaing.

Dengan membuat kajian menyeluruh, anda boleh mengenal pasti beberapa kata kunci yang relevan.

2. Tentukan jenis nama yang ingin dipilih

Untuk memboleh anda mencari nama secara sistematik, anda perlu tahu secara umumnya nama boleh terbahagi kepada dua:

  • Deskriptif. Nama yang menerangkan apa yang dilakukan atau ditawarkan oleh stor anda

Contoh: Booking.com, Shopee 

  • Abstract. Nama yang tidak ada kena mengena, luar konteks dan mungkin secara rawak.

Contoh: Apple, Alibaba, 

3. Kata kunci

Fikirkan tentang gaya dan segala yang berkaitan dengan platform atau stor e-dagang.

Untuk proses mencari kata kunci ini, anda boleh merujuk thesaurus, kamus atau artikel-artikel yang berkaitan.

Senaraikan apa sahaja perkataan yang relevan dan seakan sesuai dengan stor e-dagang yang anda rancang.

Serlahkan kreativiti tetapi jangan terlalu berlebihan.

4. Analisis pesaing

Kenal pasti pesaing anda dalam industri yang sama. 

Lihat setiap stor e-dagang antarabangsa dan tempatan yang ada di pasaran. 

Senaraikan kelebihan dan kekurangan nama pesaing. Faktor-faktor ini boleh digunakan untuk mendapatkan nama yang unik berbanding pesaing anda.

5. Gunakan Penjana Nama Stor e-Dagang

Langkah kedua sebelum ini dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan menggunakan penjana nama.

Sebagai contoh, Penjana Nama Stor e-Dagang kami dapat menjana beribu-ribu nama cadangan dalam masa yang singkat.

Tambahkan nama yang sesuai ke dalam senarai anda.

Jika anda buntu mencari nama di peringkat awal, anda boleh gunakan penjana nama dan lihat senarai nama yang dijana untuk memberi inspirasi atau idea tambahan.

6. Senarai pendek

Lihat semula senarai panjang yang anda perolehi melalui penjana nama atau brainstorming.

Jika anda lakukan proses brainstorming bersama rakan-rakan, berikan mereka gambaran visual stor e-dagang anda, dan jika anda sudah bersedia lebih mendalam, perkara seperti UI, UX atau rekaan laman web.

Sebagai contoh, anda boleh beritahu mereka, model kasut atau rekaan logo anda dan nama yang dicadangkan akan digunakan dan muat dalam logo tersebut.

Seterusnya, buang nama yang nampak canggung jika digunakan dan utamakan nama yang boleh membuatkan pelanggan faham dan sesuai dengan stor e-dagang.

Antara kriteria yang anda boleh gunakan untuk nama yang dipilih adalah:

  • Mudah dan unik untuk membantu prospek pelanggan ingat nama anda;
  • Perkataan dengan ejaan yang memudahkan pelanggan mencari di enjin carian, 
  • Adakah nama tersebut kena konsep stor anda?;
  • Adakah nama tersebut kedengaran asli atau seakan terbitan nama stor?

Jawapan bagi setiap soalan tersebut boleh dijadikan sebagai penyaring sama ada nama tersebut sesuai untuk disenarai pendek..

7. Dapatkan maklum balas

Senarai pendek akhir anda mungkin mengandungi dalam 4 hingga 7 nama.

Dapatkan maklum balas daripada rakan atau orang ramai sebagai responden tentang nama yang telah disenarai pendek.

Setelah anda berjaya kumpulkan maklum balas daripada responden, lihat dengan teliti apa pandangan mereka terhadap setiap nama yang disenarai pendek.

Pada peringkat ini, selain daripada nama yang unik dan menarik, anda juga berpeluang untuk tahu sama ada nama yang disenarai pendek seakan sama atau disebut versi cookie-cutter berbanding pesaing sedia ada.

8. Semak ketersediaan 

  • Domain

Pastikan nama yang anda pilih mempunyai ketersediaan domain. 

Istilah cybersquatting mungkin baharu bagi anda, tetapi jangan terkejut kalau domain nama anda pilih sudah dimiliki orang lain walaupun mereka tidak menggunakannya.

Terdapat beberapa platform yang menyediakan semakan domain. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Penjana Nama Stor e-Dagang kami.

Anda boleh semak ketersediaan domain untuk nama yang dijana secara serta-merta. Jadi, proses pencarian anda boleh dilakukan dengan mudah dan lebih menyeluruh.

  • Media Sosial

Media sosial penting untuk aktiviti pemasaran salon rambut anda.

Semak sama ada nama stor e-dagang yang anda pilih tidak wujud lagi di media sosial. Jika tidak ini boleh membantutkan pemasaran digital anda.

Pastikan ejaan dan bilangan aksara nama pilihan untuk jenama stor e-Dagang anda mengikut aturan yang ditetapkan oleh media sosial.

  • Tanda Dagang

Untuk memastikan nama  anda bebas daripada sebarang risiko tindakan undang-undang daripada pihak ketiga, lakukan semakan Tanda Dagang.

Anda boleh semak maklumat tanda dagang dan carian ketersediaan di MyIPO.

5 Contoh Stor e-Dagang Sebagai Idea & Inspirasi

1. Lazada

Mendapat gelaran “Amazon Asia Tenggara”. Lazada menawarkan perkhidmatan stor dalam talian dan platform bagi penjual menjual produk mereka secara dalam talian.

Ditubuhkan pada sekitar 2011 dan kemudiannya dibeli oleh Alibaba Group, Lazada berfungsi seperti orang tengah antara pembeli dan penjual.

Lazada menjana keuntungan dengan mengenakan bayaran kepada penjual untuk setiap barang yang terjual di platform mereka.

Trafik bulanan Lazada secara purata merekodkan sejumlah 31 juta di Malaysia.

2. Shopee

Buat masa ini, Shopee adalah pesaing utama untuk Lazada. 

Apa yang membezakan Shopee dan Lazada adalah, Shopee memfokuskan kepada pelanggan yang membeli belah secara mudah alih.

Selain itu Shopee Guarantee diperkenalkan sebagai perlindungan kepada pembeli yang hanya akan membayar wang kepada penjual setelah pembeli menerima barang yang dipesan.

Platform e-dagang ini ditubuhkan di Singapura tetapi merupakan kuasa besar di Asia Tenggara dan beberapa negara lain.

Jumlah trafik bulanan Shopee secara purata adalah melebihi 50 juta setiap bulan di Malaysia.

3. Mudah.my

Sentiasa mendapat ranking teratas jumlah trafik bulanan di Malaysia.

Berbeza dengan e-dagang lain, Mudah.my tidak membantu atau menjadi orang tengah antara pembeli dan penjual.

Seperti maksud nama platform e-dagang ini, Mudah.my menyediakan platform kepada pembeli menjual apa sahaja di platform mereka.

Semua transaksi antara penjual dan pembeli dilakukan diluar platform.

Mudah.my menjana pendapatan dengan pengiklanan dan juga perkhidmatan Pro Niaga yang mengenakan bayaran kepada peniaga yang ingin mencipta akaun untuk stor sendiri di platform mereka.

4. Lelong.my

Berikan tabik hormat kepada antara stor e-dagang yang terawal bertapak di Malaysia ini.

Hadir di pasaran e-dagang Malaysia pada sekitar 2007, platform ini masih mendapat jumlah trafik bulanan yang tinggi di Malaysia.

Jika Lazada mendapat gelaran “Amazon di Asia Tenggara”, status lagenda Lelong.my diperkukuhkan dengan gelaran “eBay di Asia Tenggara’

5. PG Mall

Masih hijau berbanding stor atau e-commerce lain yang berada dalam senarai ini.

Meskipun ditubuhkan sekitar 2017, laman PG Mall terus mendaki puncak sebagai antara stor e-dagang yang utama di Malaysia.

PG Mall adalah cabang e-dagang untuk Public Gold Group yang beroperasi untuk pasaran Malaysia, Indonesia dan juga Thailand.

Jumlah purata trafik bulanan untuk PG Mall adalah sebanyak 7 juta klik dan bertindak sebagai orang tengah antara pembeli dan penjual.

Soalan Lazim

Cari kata kunci yang relevan untuk stor e-dagang anda. Kemudian masukkan ke dalam ruangan di Penjana Nama e-Dagang kami dan tekan jana. Pilih pilihan tambahan yang disediakan mengikut keinginan anda.

Kebanyakan gergasi e-dagang menggunakan nama yang pendek dan mudah. Shopee, Rakuten, Alibaba semuanya mengandungi perkataan yang disebut dengan mudah dan suku kata yang pendek.

Anda perlu mencari nama yang unik dan mudah dibaca dan diingat oleh pelanggan. Memandangkan stor e-dagang bergantung kepada perniagaan digital, apabila pelanggan mengingati nama stor anda mereka akan mencari di enjin carian.

Penulis

Hafizie Zack

Hafizie Zack

Peguam korporat dan seorang penulis dwibahasa untuk material perundangan, teknologi & kreatif. Berpengalaman selama sepuluh tahun di dalam penulisan. Teruja dengan idea meneroka rahsia di sebalik nama bisnes, seperti sebuah anagram yang hanya mampu diselesaikan oleh Indiana Jones.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki