Penjana Nama Perusahaan Milikan Tunggal

Mari guna Penjana Nama Perusahaan kami untuk mendapatkan nama perusahaan yang terbaik

1. Pilih kata kunci nama perusahaan anda

Masukkan kata kunci yang sesuai digunakan untuk menggambarkan perusahaan anda bagi menjana nama perusahaan yang terbaik

2. Dapatkan idea Nama Bisnes Perusahaan anda

Untuk nama perniagaan yang lebih khusus dan unik, aktfkan butang tetapan tapisan nama bisnes yang ada disediakan

3. Pilih Nama Bisnes Perusahaan anda

Pilihana Nama Bisnes Perusahaan yang dijana semula lebih menarik tetapi kecil. Jadi pilihlah nama bisnes yang bersesuaian

Jika ekonomi Malaysia digambarkan sebagai sebatang pokok, Perusahaan Industri Kecil & Sederhana (IKS) boleh diibaratkan sebagai akar tunjang yang menyokongnya. Setakat 2021, hampir 97% iaitu sejumlah 1,222,494 entiti perniagaan di Malaysia terdiri daripada Perusahaan IKS.

Definisi terkini Perusahaan IKS adalah:

  • Sektor pembuatan: firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang; dan
  • Sektor Perkhidmatan: PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75

Persoalannya, dengan jumlah sebanyak itu, bagaimana anda ingin dapatkan nama Perusahaan IKS yang lebih menonjol berbanding perusahaan lain yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama.

Artikel ini akan membimbing anda bagaimana mendapatkan nama yang unik dan menarik perhatian pelanggan. Kami juga akan memberikan idea bagaimana anda boleh menyuntik elemen kreativiti untuk jadikan nama Perusahaan IKS anda berbeza dan tidak membosankan.

Tidak cukup dengan itu, kami akan bongkarkan rahsia bagaimana teknologi boleh membantu anda mendapatkan nama sebegitu melalui Penjana Nama Perusahaan IKS kami.

20 Idea untuk Nama Perusahaan IKS

Kami mulakan dengan menyenaraikan 20 idea untuk nama Perusahaan IKS sebagai inspirasi awal untuk anda.

Nama yang disenaraikan di bawah ini dihasilkan melalui janaan nama oleh Penjana Nama Perusahaan IKS kami. 

Kami memasukkan beberapa kata kunci dan Penjana Nama Perusahaan IKS kami akan memadankan kata kunci dengan perkataan lain untuk membentuk perkataan unik.

Sektor Pembuatan

  • Magnolia Fragrance  (menjual pewangi)
  • Triumph Frozen         (bahan sejuk beku)
  • Valian Frozen Food   (bahan sejuk beku)
  • Terrarium Technology  (pernbuat barangan teknologi)
  • Tenacious Tech  (pembuat barangan teknologi)
  • Kek  Quake (menjual kek)
  • Lasting Lampu (menghasilkan lampu)
  • Hijau Acres (bio pertanian)
  • Rotan Boy (kraftangan)
  •  Little Learn (pusat belajar prasekolah)

Sektor Perkhidmatan

  • Pusat Tuisyen Awesome  (pusat tuisyen)
  • Tuisyen Triumph (pusat tuisyen)
  • Homestay Master (rumah penginapan)
  • Deco Homestay (rumah penginapan)
  • Medik Spark  (membekalkan barangan hospital)
  • Shutter Shield (perisian komputer)
  • Rubber Wink (dagangan komoditi)
  • Stealth Protect (perisian komputer)
  • Resort Dynasty (rumah penginapan)
  • Super Stay (rumah penginapan)

Apakah yang Dimaksudkan dengan Penjana Nama Perusahaan IKS? 

Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.

Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik

Sesuai dengan operasi Penjana Nama Perusahaan IKS yang berfungsi melalui AI, antara ciri-ciri yang membuatkan ia berbeza dengan penjana nama lain di pasaran adalah:

Padanan mengikut logik

Penjana Nama Perusahaan IKS mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih. 

Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rambang.

Janaan berdasarkan kata kunci

Penjana nama memudahkan pencarian nama Perusahaan IKS anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.

Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produk yang dihasilkan atau khidmat yang ditawarkan.

Nama yang dijana oleh Penjana Nama Perusahaan IKS akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan. 

Pilihan tambahan untuk hasil janaan

Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.

Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih. 

Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.

Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana Nama Perusahaan IKS kami boleh menjana perkataan yang mengandungi sehingga 15 aksara.

Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.

Tiada pendaftaran diperlukan

Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan email sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut. 

Jika anda memasukkan emel, besar kemungkinan peti masuk emel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.

Tidak leceh dan begitu mudah. 

Itulah kelebihan Penjana Nama Perusahaan IKS kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.

Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta

Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Perusahaan IKS kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.

Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com

Idea tanpa had

Memandangkan Penjana Nama Perusahaan IKS hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Perusahaan IKS

Selepas mengetahui apa itu Penjana Nama Perusahaan IKS dan ciri-ciri yang dimiliki, kini kami akan terangkan bagaimanakah cara menggunakannya.

Secara idealnya, Penjana Nama Perusahaan IKS ini sememangnya mudah untuk dikendalikan dan berbaloi jika digunakan untuk proses pencarian nama Perusahaan IKS anda.

Langkah pertama:

Masuk ke lama web Penjana Nama nama kami.

Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy  dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.

Langkah kedua:

Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.

Pilih industri berkaitan dengan produk yang anda hasilkan atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Sebagai contoh, jika anda menjalankan perusahaan menghasilkan makanan atau keropok, pilih industri “food” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik. 

Anda boleh memilih lebih daripada satu jenis industri untuk setiap janaan.

Simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.

Selain itu,  Penjana Nama Perusahaan IKS kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:

  • Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
  • Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
  • Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang  mempunyai domain tersedia.

Langkah ketiga

Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.

Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.

Mudah bukan?

Dapatkan inspirasi dan bantuan Penjana Nama Perusahaan IKS kami secara percuma. 

Apakah Kriteria Asas dalam Mencari Nama Perusahaan IKS Anda?

Setelah mengetahui cara menggunakan dan kelebihan Perusahaan IKS, kini tiba masanya untuk anda tahu cara memilih nama Perusahaan IKS anda.

Cara ini oleh dipakai walaupun anda memilih pendekatan mencari nama secara konvensional.

Ada dua perkara yang akan berlaku apabila seseorang pelanggan melihat atau mendengar nama perusahaan anda; sama ada mereka ingat atau lupa sahaja.

Secara umumnya, anda memang boleh menamakan apa sahaja untuk nama perusahaan anda. Lagipun, anda seorang pemilik dan pengusaha perusahaan tersebut.

Tetapi adakah nama itu mampu menjadi sebuah ‘jenama’? Jenama inilah yang akan membina reputasi, digunakan sebagai medium pemasaran dan dikenali oleh khalayak ramai.

1. Pendek

Nama perusahaan IKS  yang pendek sangat membantu untuk tujuan pemasaran. Pelanggan lebih mudah ingat nama  anda.

Dalam satu kajian mendapati manusia mendengar sehingga 30,000 perkataan dalam sehari. Perkataan yang kompleks dan panjang agak sukar untuk membuatkan pelanggan memberi perhatian kepada anda, seterusnya melekat di kepala mereka.

Selain itu, dari sudut penggunaan nama yang pendek untuk domain, satu kertas kajian mendapati nama domain yang lebih pendek mencatatkan trafik yang lebih tinggi.

Kedua-dua kajian ini penting untuk kelangsungan bisnes anda, sama ada pemasaran digital atau konvensional. Jadi kami sarankan nama Perusahaan IKS anda perlulah pendek (dua perkataan, dua hingga empat suku kata sahaja).

2. Ejaan yang sukar

Nama yang pendek perlu disertai dengan ejaan yang senang, atau sekurang-kurang ejaan standard atau boleh diteka oleh pelanggan. 

Ejaan yang sukar membuatkan pelanggan sukar mencari anda secara dalam talian. Lebih teruk lagi, mereka memutuskan untuk menggunakan produk atau perkhidmatan Perusahaan IKS pesaing yang lebih mudah dicari.

3. Sesuai dengan tanggapan pelanggan

Nama perniagaan ialah perkara pertama dilihat pelanggan. Jadi pilih nama Perusahaan IKS anda yang sesuai dengan tanggapan pertama pelanggan.

Nama perniagaan seharusnya menyampaikan objektif dan mesej yang jelas kepada pelanggan. Bergantung kepada jenis perusahaan, anda boleh memilih nama yang kedengaran profesional atau penuh kreativiti dan lain daripada lain.

Seperkara lagi, nama perusahaan perlu sesuai dengan semua medium perantaraan perusahaan anda dengan pelanggan: laman web, pemasaran, logo dan visual yang lain.

Tips untuk Nama Perusahaan IKS yang Menarik

Untuk mencari nama yang unik dan menarik, kami akan menerangkan kepada anda struktur linguistik disebalik tips ini.

Kami membahagikan strategi ini kepada tiga cara, yang pertama secara fonetik,  kedua melalui morfologi dan cara ketiga adalah melalui peribadi dan persekitaran.

Fonetik

Bunyi atau fonetik boleh membuatkan nama Perusahaan IKS anda lebih menarik berbanding pesaing yang lain.

Perkataan yang mempunyai fonetik yang unik boleh memudahkan pelanggan untuk ingat nama Perusahaan IKS anda.

  • Asonasi

Asonasi adalah sesuatu ayat atau frasa yang mengandungi bunyi vokal yang sama. Prosa sebegini banyak ditemui di dalam sajak untuk kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Contoh: DropBox, YouTube, and FedEx

  • Aliterasi

Jika asonasi mengandungi bunyi vokal berulang, aliterasi pula merupakan ulangan bunyi konsonan yang sama pada awal perkataan. 

Contoh: Krispy Kreme, PayPal

  • Konsonan

Ulangan pada hujung perkataan atau bunyi konsonan,

Contoh: Kit Kat, Coca Cola

  • Perkataan untuk menggambarkan bisnes

Anda boleh gunakan perkataan lain sebagai simbol perusahaan anda.

Amazon memilih nama sungai untuk menggambarkan penghantaran barang dalam jumlah yang banyak melalui sungai sebagai pengangkutan.

  • Buang huruf vokal pada perkataan

Cara kreatif ini boleh menarik perhatian pelanggan dan membuatkan nama perusahaan anda menjadi lebih unik.

Pastikan ejaan yang baru itu mudah disebut dan tidak mengelirukan dan jangan membuang huruf vokal dengan banyak. Kami sarankan anda hanya membuang satu atau dua huruf sahaja.

Contoh: Flickr, Reddit, Scribd

Morfologi

Morfologi (Morphology) dari segi bahasanya bermaksud kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa.

Malah, perkataan ‘Morphology’ di dalam Bahasa Inggeris itu sendiri contoh sebuah Morfologi. Morph, bermaksud bentuk atau rupa dan -logy bermaksud bidang atau cabang pengajian.

  • Portmanteau

Juga dikenali sebagai portmanteau. Anda boleh gunakan dua perkataan yang menggambarkan bisnes anda dan gabungkan sebahagian perkataan.

Selain itu, jika nama pengasas Perusahaan IKS anda juga boleh menjadi lebih menarik jika digabungkan.

Contoh: Groupon, Lenovo, Verizon,

  • Gabungan perkataan 

Sama seperti portmanteau, cuma kali ini anda tidak perlu mengambil sebahagian, tetapi perkataan penuh yang digabungkan.

Contoh: Facebook, Snapchat

Peribadi dan Persekitaran

Gunakan kelebihan pada nama anda sendiri atau keadaan persekitaran anda untuk mendapatkan nama yang unik.

  • Nama sendiri

Tidak salah menggunakan nama sendiri untuk Perusahaan IKS anda. Gabungkan nama anda dengan kata kunci berkaitan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk membentuk nama unik.

Penggunaan nama manusia pada Perusahaan IKS menyuntik elemen atau emosi peribadi dan kemanusiaan, seterusnya akan membuatkan pelanggan berasa selesa dan lebih yakin.

  • Akronim

Jika nama anda terlalu panjang atau perusahaan anda mempunyai lebih dari seorang pemilik, anda boleh menggunakan teknik akronim pada nama perusahaan IKS anda.

Namun, pastikan akronim tersebut memudahkan pelanggan untuk menyebutnya. Jika akronim yang dicipta tidak membantu pelanggan untuk ingat dengan lebih mudah, kami sarankan anda untuk mencuba pendekatan lain.

Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Nama 

Ketersediaan domain

Tidak wujud secara digital boleh diibaratkan anda terjatuh ketika dalam perlumbaan maraton. Pesaing ada akan terus berlari meninggalkan anda.

Domain adalah segalanya. Pastikan nama domain anda sama dengan ejaan nama Perusahaan IKS anda.

Semak bagaimana nama penuh Perusahaan IKS anda dalam bentuk domain. Sebagai contoh, Therapistfinder.com boleh membuatkan pelanggan berfikir dua kali mendapatkan khidmat direktori terapi anda.

Nama yang sukar dan ejaan panjang boleh membuatkan pelanggan sukar mencari lama web anda. Contohnya, laman web ini.

Saluran media sosial

Pastikan nama Perusahaan IKS yang anda pilih masih belum digunakan di media sosial. 

Besar kemungkinan anda akan menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran atau berinteraksi dengan pelanggan anda. 

Aktiviti pemasaran digital biasanya melibatkan handle media sosial. Nama Perusahaan IKS anda seharusnya tidak terlalu panjang sehingga melebihi had aksara untuk handle media sosial.

Sebagai contoh, Twitter mempunyai had 15 aksara untuk handle.

Tanda dagang

Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.

Pertama; jika anda menggunakan nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.

Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangkan bisnes kedai bunga anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama anda. Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama perniagaan  yang hampir sama.

Selain itu, nama Perusahaan IKS yang terlalu generik juga mungkin mengalami kesulitan untuk mendapatkan tanda dagang.

Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.

Maklum balas

Ada ketikanya anda rasakan nama pilihan anda cukup sempurna. Tetapi tidak semua orang senada dengan apa yang anda fikirkan dan memahami maksud yang sama untuk perkataan yang anda gunakan pada Perusahaan IKS anda.

Dapatkan maklum balas daripada seberapa ramai orang pendapat mereka tentang nama pilihan anda.

Antara soalan yang anda boleh tanyakan adalah: Adakah nama tersebut itu mudah diingat? Apa yang mereka fikirkan apabila pertama kali mendengar nama tersebut? Adakah nama sebegitu boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk membeli produk atau gunakan perkhidmatan anda?

Cuba lihat maklum balas dari perspektif pengguna atau pelanggan. Mungkin jawapan yang mereka berikan tidak seperti yang anda inginkan.

Kesimpulan

Proses mencari nama yang bagus, unik dan menarik untuk Perusahaan IKS memang agak sukar tetapi tidak mustahil dan amat berbaloi jika dapat mencari nama sebegitu.

Dengan pelbagai kemudahan latihan, pinjaman dan tunjuk ajar yang disediakan oleh kerajaan, nama Perusahaan IKS yang menarik adalah langkah pertama anda menuju kejayaan dalam perniagaan.

Selamat berjaya!

Soalan Lazim

Untuk sektor pembuatan, definisi IKS ialah entiti bisnes yang mencatatkan jualan kurang RM50 juta atau pekerja 200 orang. Bagi sektor perkhidmatan pula, jualan kurang daripada RM20 juta atau pekerja kurang daripada 75 orang.

Penjana Nama Perusahaan IKS mempunyai pilihan kategori untuk disesuaikan dengan perusahaan anda. Jadi, setiap nama yang dijana adalah unik dan boleh digunakan mengikut industri perusahaan IKS.

Memilih nama merupakan proses penting ketika anda ingin memulakan Perusahaan IKS anda kerana nama merupakan perkara pertama pelanggan akan lihat. Nama Perusahaan IKS yang berkualiti mampu menarik minat pelanggan untuk ketahui produk anda lebih lanjut.

Penulis

Hafizie Zack

Hafizie Zack

Peguam korporat dan seorang penulis dwibahasa untuk material perundangan, teknologi & kreatif. Berpengalaman selama sepuluh tahun di dalam penulisan. Teruja dengan idea meneroka rahsia di sebalik nama bisnes, seperti sebuah anagram yang hanya mampu diselesaikan oleh Indiana Jones.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki