Tips nak dapatkan nama perniagaan makanan jalanan yang lain daripada lain
Antara tips penting selalu dikongsikan dalam mencari nama perniagaan adalah guna perkataan yang mudah dan ejaan yang tidak sukar. Anda perlu ada strategi yang baik untuk mulakan pencarian. Teknologi penjanaan nama kami boleh membantu untuk langkah seterusnya. Semak tips tambahan berikut untuk dapatkan nama perniagaan makanan jalanan yang unik dan sedap.
Siapa pelanggan anda?
Kenali sasaran segmen pelanggan paling ramai. Jika lokasi gerai street food anda di kawasan pejabat dan komersial, gunakan perkataan yang menggambarkan servis pantas untuk pelanggan berehat seketika selepas bekerja.
Goda selera pelanggan
Makanan jalanan biasanya menjual hidangan khusus. War-warkan signature food gerai anda melalui nama yang relevan. Cara ini dapat menarik pelanggan untuk singgah di kedai anda jika itu makanan yang memang dicari. Mereka yang lalu-lalang pun akan turut singgah bila pelanggan sasaran berkerumun.
Belum digunakan
Biasanya terdapat beberapa kiosk makanan jalanan di sebuah tempat berdekatan. Jadi, pastikan nama yang anda gunakan masih belum diambil oleh pesaing lain. Walaupun anda menjual jenis makanan yang sama atau hampir sama, jangan sesekali menggunakan nama yang sama untuk elakkan pelanggan keliru.
Guna kelebihan sekeliling
Lokasi sangat memainkan peranan penting untuk makanan jalanan. Jika terdapat landmark atau kawasan tempat anda berniaga terkenal dengan sesuatu perkara, tidak salah untuk dimasukkan sebagai nama gerai anda. Di Malaysia, konsep street food itu sendiri dianggap gerai di jalan tumpuan.
Ubah perkataan dengan kreatif
Tunjukkan kepada pelanggan seni kulinari anda sama kreatif dengan nama gerai anda. Ubah suai perkataan biasa seperti “kunyah” menjadi “koonyah” atau “kopi” kepada “ngopi” untuk tampil berbeza dengan orang lain.
Gunakan akronim
Gunakan akronim untuk memendekkan nama perniagaan makanan jalanan yang panjang. “Nasi Lemak Skudai Utara” lebih mudah dikenali dan diingat sebagai “NLSU” atau “Nasi Lemak SU”. Selain akronim, gabungan perkataan juga boleh buat nama gerai anda tampak “sedap”.
Gayakan nama perniagaan makanan jalanan anda
Nama perniagaan street foods yang bagus memberi beberapa kelebihan kepada anda. Kesan utama nama tersebut adalah ia dapat menarik pelanggan dan lebih mudah tersebar melalui bualan orang ramai. Sebagai permulaan, kami telah janakan beberapa idea nama untuk dua jenis perniagaan makanan jalanan menggunakan penjana nama kami.
Nama perniagaan makanan jalanan stimbot
Anda sudah ada idea makanan yang ingin dijual, tetapi belum ada nama yang sesuai? Salah satu pendekatan yang boleh digunakan untuk cipta nama perniagaan makanan jalanan stimbot yang menarik adalah dengan memasukkan elemen kreatif dan perkataan yang membuat pelanggan terliur.
1. Cucukumi 2. Periuk Dahsyat 3. Sos Marvel 4. Asapower 5. Celur Lab 6. Cucukulo 7. Together Tau Foo 8. Cucuk Fiesta 9. Celur Scope 10. Secret Rebus | 11. Tau Fu Jet 12. Lidi Bite 13. Sos Zen 14. Lepak Mingle 15. Kerusi Vista 16. Kuah Spark 17. Koowah Tau Fu 18. Quah Lebih 19. Lidi Karnival 20. Lepak Damai |
Nama kiosk pelbagai makanan jalanan lain
Masukkan juga perkataan yang menggambarkan suasana atau perasaan apabila pelanggan menikmati hidangan street food. Lazimnya, makanan jalanan yang menjadi tempat pelanggan berborak sambil menikmati hidangan berada di kawasan tumpuan.
1. Chill Ceria 2. Selera Hangout 3. Bowl Besar 4. Stall Zing 5. Ngeteh Soul 6. Santai Serene 7. Sarang Santai 8. Mangkuk Corner 9. Trak Magik 10. Yum Yum Yolk | 11. Sedap Station 12. Makan Munch 13. Tepi Jalan Treat 14. Gerai Thrive 15. Segar Ngopi 16. Ngeteh Delight 17. Gerai Twist 18. Mangkuk Laris 19. Kopok Heaven 20. Makang Vibe |
Penjana Nama Perniagaan Lain yang Berkaitan
Penjana Nama Perniagaan Bakeri
Pilih nama bakeri yang memikat
Idea & Penjana Nama Syarikat Kosmetik
Cari nama kosmetik yang unik
Penjana Nama & Idea Perniagaan Kafe
Kreativiti dalam nama kafe
Penjana Nama Kumpulan Muzik
Dapatkan nama band muzik yang cool