Apabila bercakap tentang industri kecil atau pendapatan sampingan, perniagaan lilin adalah salah satu pilihan peniaga di luar sana.
Dengan modal permulaan yang agak rendah dan ruang inventori yang diperlukan tidak begitu besar, perniagaan ini boleh dimulakan dari rumah.
Kerana itu, tidak kira anda seorang suri rumah, pekerja tetap atau pun masih belajar di universiti, anda boleh mengambil peluang ini.
Permintaan yang menggalakkan menyebabkan banyak perniagaan yang menawarkan produk lilin berlumba-lumba untuk kekal relevan di pasaran.
Tambahan pula, kewujudan media sosial menjadi platform paling mudah untuk mengiklankan perniagaan lilin mereka.
Pasaran sedia ada yang begitu kompetitif memberikan satu persoalan penting kepada anda yang ingin menceburi perniagaan sebegini;
Apakah nama perniagaan lilin yang menarik & unik dan dalam masa yang sama memberikan rasa ‘asli’, penuh makna dan akan membantu jenama produk anda?
Penjana nama perniagaan lilin boleh merungkai persoalan anda dengan pantas dan mudah.
Anda tidak perlu memiliki kemahiran teknikal khusus untuk menggunakan penjana nama; hanya perlu masukkan beberapa kata kunci yang relevan sahaja.
20 Idea & Nama untuk Perniagaan Lilin
Sebagai panduan kami telah menggunakan penjana nama perniagaan lilin untuk menjana 20 nama yang menarik sebagai inspirasi kepada anda atau, anda boleh cuba sendiri penjana nama.
Untuk menggunakan penjana nama perniagaan lilin, anda perlu memilih dan memasukkan kata kunci terlebih dahulu.
Kata kunci yang kami gunakan adalah;
Lilin, Aroma, Harum, Semerbak, Scented, Candle, Wangi
Nama yang dijana:
- Salve Scented
- Candlearc
- Strange Candle
- Zen Lilin
- Madam Lilin
- Mash Candle
- Aromaiva
- Harumology
- Wangiporium
- Harumify
- Lilinytical
- Harumella
- Harumlance
- Wangiomatic
- Lilin Loki
- Aroma Akimbo
- Lilin Luxe
- Lilin Livid
- Aroma Andromeda
- Lilin Lobby
Anda boleh gunakan berberapa kali penjana nama perniagaan lilin untuk dapatkan nama yang benar-benar sedap didengar dan menarik.
Cuba beberapa kata kunci yang berbeza untuk menjana lebih banyak variasi nama cadangan.
Anda boleh gunakan campuran kata kunci Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Contoh Nama perniagaan Lilin di Pasaran
Selain daripada menggunakan penjana nama perniagaan lilin, anda juga boleh menganalisis dan mengambil contoh bagaimana jenama lain menamakan perniagaan lilin mereka.
Kami berikan beberapa contoh untuk membantu anda:
Borneo Candle Studio
Pengasas perniagaan ini masing-masing berasal dari Sarawak dan negara Brunei.
Nama perniagaan ini mudah diingati.
Tambahan pula, terdapat elemen lokaliti dalam nama mereka. Dan mereka secara terang-terangan berbangga menyatakan kesemua produk mereka dihasilkan di Borneo.
Lilin+Co
Nama perniagaan ini cukup jelas dan nyata kepada pelanggan atau orang ramai; mereka menjual lilin.
Lilin+Co (disebut sebagai Lilin and Co) menggunakan dan merebut peluang menggunakan perkataan lilin sebagai domain dan nama perniagaan.
Dengan memegang mantra “Malaysians for Malaysians”, nama perniagaan ini memiliki unsur-unsur tempatan dan semestinya mudah diingati oleh orang ramai.
Nama yang mudah dan pendek ini sememangnya sesuai digunakan untuk kempen pengiklanan di media sosial.
Handlavet
Contoh paling sesuai untuk menunjukkan bagaimana bahasa asing digunakan sebagai jenama perniagaan lilin di Malaysia.
Mereka begitu berani dan yakin menggunakan Bahasa Denmark sebagai jenama dan signature perniagaan.
Handvalet bermaksud handmade atau dalam Bahasa Melayu, dibuat sendiri.
Nama ini, selain mudah disebut dan diingati, menyuntik elemen kepercayaan dan keperibadian kepada pengguna; semua produk mereka dibuat sendiri untuk pelanggan.
Jangan hadkan kreativiti dan pengetahuan linguistik anda dalam memilih nama; anda boleh memilih bahasa asing untuk kelihatan lebih menarik dan unik.
Kandle Kandle
Antara pelopor industri perniagaan wangian lilin di Malaysia, nama ini menunjukkan bagaimana kreativiti dilakukan dengan cara yang betul.
Mereka mengubah ejaan perkataan asal candle, namun bunyinya tetap sama.
Nama ini pendek dan mudah diingati.
Niche perniagaan juga jelas; pelanggan boleh mendapat idea apakah produk yang ditawarkan oleh mereka dengan hanya melihat pada nama sahaja.
Bagaimana memilih nama untuk perniagaan lilin
Anda sudah lihat beberapa nama jenama atau perniagaan lilin dalam industri tempatan.
Pada saat ini, jika anda rasa kusut atau ketandusan idea untuk memilih nama, tidak mengapa.
Lihat bagaimana caranya untuk memilih nama perniagaan lilin anda.
1. Sasaran pelanggan
Anda mesti kenal pasti siapa pelanggan sasaran anda kerana ini boleh mempengaruhi nama yang dipilih.
Adakah anda sasarkan pengguna generasi muda yang mencari wangian lilin?
Atau pengguna berumur
Lebih jelas sasaran pelanggan anda, lebih jelas imej untuk nama perniagaan lilin anda.
Sebagai contoh, penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya mungkin menjejaskan sasaran untuk segmen pelanggan Melayu.
Selain itu, anda perlu tahu identiti produk anda. Contohnya, adakah produk anda mesra terhadap alam sekitar, tidak toksik atau pun menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Faktor-faktor yang disebutkan boleh menjadi kata kunci dan mungkin juga boleh memberi inspirasi kepada pilihan nama anda.
2. Kata kunci
Fikirkan kata kunci atau perkataan yang relevan dengan perniagaan lilin anda.
Buat satu senarai kata kunci untuk digunakan di penjana nama atau sebagai kata asas yang mesti ada dalam nama jika anda memilih untuk mencari secara manual.
Bagaimana anda mencari kata kunci yang relevan dengan perniagaan lilin anda?
Ada pelbagai cara. Jangan risau.
Anda boleh gunakan enjin carian seperti Google untuk melihat trend semasa atau perkataan yang popular dalam kalangan pengguna.
Untuk carian kata kunci lebih terperinci, keyword.io dan Ubersuggest adalah contoh tools percuma untuk mencari kata kunci.
Atau, anda boleh juga menggunakan kata kerja atau adjektif (dalam Bahasa Melayu atau Inggeris) sebagai kata kunci.
Dalam contoh yang kami berikan ketika menggunakan penjana nama, untuk nama perniagaan lilin, antara kata kunci yang kami gunakan adalah:
- Harum;
- Wangi;
- Aroma; dan
- Lilin.
Anda tidak perlu memikirkan terlalu banyak kata kunci. 6 hingga 10 kata kunci sudah cukup untuk memberi idea dan inspirasi nama yang bagus.
3. Gunakan penjana nama
Penjana nama akan memudahkan proses mencari nama yang menarik.
Beratus nama akan dijana setelah anda memasukkan kata kunci. Sekurang-kurangnya anda boleh mendapat inspirasi daripada nama yang telah dijana.
Selain daripada janaan automatik, terdapat berapa pilihan dalam filter untuk memudahkan anda;
- Sama ada satu atau dua perkataan;
- Kedudukan kata kunci iaitu sebelum atau selepas; dan
- Sama ada anda inginkan kata berima atau sebaliknya
Apa yang anda perlu lakukan, masukkan beberapa kata kunci di ruangan carian dan klik butang “Start”.
Penjana nama boleh menjana beribu nama secara automatik. Anda mungkin sukar untuk memilih satu nama sahaja.
Anda boleh simpan nama-nama yang anda gemarkan dan masukkan kata kunci lain atau terus melihat senarai nama yang dijana.
Melalui cara ini, anda boleh membuat senarai panjang (untuk permulaan) sebelum memilih nama-nama yang dianggap terbaik untuk senarai pendek.
4. Dapatkan maklum balas
Dapatkan maklum balas dan seterusnya, dapatkan maklum balas.
Mengapa kami mengulanginya? Kerana maklum balas terhadap nama perniagaan lilin anda amat penting, lebih-lebih lagi jika anda baru memulakan perniagaan ini.
Apabila anda ada beberapa nama yang telah dipilih (senarai pendek akhir), anda boleh bertanya kepada rakan-rakan, ataupun mereka yang berpengalaman di dalam industri.
Tanyakan soalan-soalan; contohnya:
- Apakah yang terlintas di fikiran mereka apabila pertama kali mendengarnya?
- Adakah nama tersebut seakan sama dengan jenama atau syarikat lain?
- Adakah nama tersebut mudah disebut dan boleh menarik perhatian mereka?
Sekiranya anda ingin luaskan skop responden, anda boleh cuba dapatkan maklum balas secara online.
5. Semak ketersediaan nama
5.1 Media sosial
Platform media sosial merupakan antara medium pengiklanan yang digunakan oleh pemilik perniagaan atau syarikat.
Maklumlah, kalau anda tidak wujud dalam media sosial atau digital, perniagaan anda seperti tidak wujud di dunia nyata.
Ada kemungkinan besar strategi pemasaran anda pada peringkat awal, adalah melalui media sosial dengan intensif.
Untuk mengelakkan kekeliruan, anda boleh menyemak ketersediaan nama di media sosial melalui namechk.
5.2 Domain
Walaupun anda baru sahaja bermula, anda mungkin ingin menumpukan perhatian pada pengiklanan di media sosial.
Namun, sangat penting untuk anda semak nama perniagaan lilin anda tersedia untuk nama domain.
Oleh kerana wujudnya cybersquatting, domain anda mungkin sudah dimiliki, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan perkataan yang biasa didengar seperti candle dan lilin.
Nama domain seharusnya sama atau hampir sama dengan nama perniagaan lilin anda.
Penjana nama perniagaan lilin kami menawarkan semakan ketersediaan domain serta merta.
Anda boleh lihat sama ada domain untuk nama yang dijana sudah dimiliki atau boleh didaftar secara percuma.
5.3 Tanda dagang
Jika anda benar-benar serius untuk mempunyai perancangan untuk mengembangkan perniagaan kelak, anda seharusnya membuat semakan tanda dagang di MyIPO.
Carian ini mungkin mengambil masa dua hingga tiga hari bekerja.
Selain daripada memastikan tiada nama yang hampir sama dengan jenama yang telah berdaftar, ini juga boleh mengelakkan daripada permohonan anda untuk mendaftarkan nama perniagaan atau jenama lilin anda ditolak.
Cara Menggunakan Penjana Nama Perniagaan Lilin
Sebelum ini, kami ada menyentuh secara ringkas tentang penjana nama.
Kali ini, kami akan terangkan bagaimana cara gunakannya kerana mungkin ada dalam kalangan anda yang baru terfikir cara sebegini.
Penjana nama mempunyai algoritma yang menghasilkan nama janaan yang unik dan kreatif.
1. Pilih bahasa
Penjana nama tersedia dalam lebih daripada 10 jenis bahasa.
Jika anda inginkan nama dalam Bahasa Melayu, sila pilih tetapan bahasa di bahagian atas di halaman utama.
2. Masukkan kata kunci di ruangan carian
Seperti yang diterangkan sebelum ini, anda perlu mempunyai kata kunci untuk nama perniagaan lilin anda.
Kini, hanya perlu masukkan senarai kata kunci yang relevan.
Anda boleh masukkan seberapa banyak kata kunci sekali gus. Anda boleh simpan nama yang dijana yang anda rasakan sesuai untuk senarai anda.
3. Pilihan tambahan
Selain daripada kata kunci, terdapat pilihan tambahan yang boleh membantu anda mendapatkan nama yang lebih kreatif.
Anda boleh tentukan bilangan aksara, posisi kata kunci dan juga jika anda inginkan alterasi berima.
4. Semak domain serta-merta
Satu lagi kelebihan menggunakan penjana yang mungkin tidak diketahui pengguna adalah, anda boleh menyemak ketersediaan domain nama yang telah dijana.
Selepas menekan butang “Jana” atau “Generate” pada ruangan carian, ratusan nama akan dipaparkan.
Jika anda klik pada nama yang dijana, akan keluar ketersediaan domain untuk nama tersebut.
Idea untuk Nama Perniagaan Lilin yang Nampak ‘Menarik’
Dengan wujudnya pelbagai perniagaan lilin yang lain dan pasaran yang kompetitif, apakah caranya untuk kelihatan berbeza daripada pesaing?
1. Pendek
Ada satu teka-teki untuk anda.
Apakah benda yang semakin tua, menjadi semakin pendek?
Jawapannya adalah lilin!
Fikirkan beberapa nama perniagaan yang berjaya (Apple, Google, Tesla). Nama-nama perniagaan tersebut memiliki persamaan; pendek dan mudah untuk ditulis.
Nama yang panjang membuatkan ia sukar ditulis apatah lagi untuk diingat.
Selain itu, ada kemungkinan nama yang panjang membuat anda sukar untuk mereka logo perniagaan.
2. Mesej yang jelas
Nama anda mesti menyampaikan mesej yang jelas dan unik kepada pelanggan. Kualiti ini akan membuatkan anda berbeza daripada pesaing yang lain.
Sebagai contoh, anda boleh nyatakan lilin anda dihasilkan secara mesra alam atau memberi ketenangan kepada pengguna.
3. Mudah
Sifir bahawa perkara yang mudah sememangnya digemari manusia terpakai dalam proses mencari nama yang sesuai.
Secara lumrahnya, nama yang terlalu kompleks atau sofistikated mungkin memberi perasaan ragu-ragu kepada pengguna.
Mereka hanya ingin mencari lilin yang sesuai dengan kemahuan mereka, nama-nama yang panjang serta terlalu sukar disebut seakan memberikan satu beban yang tidak rela dipikul oleh mereka.
Nama yang terlalu panjang mungkin memberi masalah untuk dimuat atau disesuaikan ke logo perniagaan anda.
Selain itu, perlu diingat platform media sosial seperti Twitter mempunyai had untuk aksara. Ini boleh membantutkan proses pemasaran digital anda.
4. Imaginasi dan kreativiti
Terdapat kelonggaran dalam menamakan perniagaan lilin.
Anda boleh membiarkan kreativiti dan imaginasi anda berfungsi sepenuhnya.
Selagi mana nama yang dipilih mudah disebut dan dibaca serta pendek, jangan bataskan kreativiti anda.
5. Sifat lakonik
Maksud lakonik atau laconic adalah gaya bahasa menggunakan kata singkat tetapi maksud yang luas dan tepat.
Nama yang singkat memberi persepsi yang bagus kepada pelanggan. Nama yang panjang agak sukar dihafal.
6. Bahasa asing yang memberi nilai positif
Semak perkataan dalam bahasa asing yang relevan dengan perniagaan anda.
Tanyalah kepada kanak-kanak, adakah mereka menggemari coklat Kinder Bueno?
Tahukah anda Kinder bermaksud kanak-kanak dan Bueno bermaksud gembira di dalam bahasa Sepanyol?
Dan…coklat ini berasal dari Itali!
Kesimpulan
Penerangan panjang lebar ini bukanlah bertujuan untuk membebankan anda jauh sekali membuatkan anda berputus asa.
Memilih nama perniagaan, secara khususnya nama perniagaan lilin boleh menjadi bahagian paling menyeronokkan ketika memulakan perniagaan anda.
Sebelum anda membuat keputusan untuk sesebuah nama sebagai nama perniagaan lilin anda, semak peruntukan undang-undang dan ketersediaannya.
Oh, jangan lupa, pastikan nama yang dipilih menggambarkan imej yang ingin dicapai dan sasaran jangka panjang perniagaan lilin anda.
Semoga nama perniagaan anda ‘seharum’ wangian lilin anda.
Selamat mencuba.