Penjana Nama Kedai Runcit

Jana beribu idea nama kedai yang unik menggunakan Penjana Nama Kedai Runcit kami

1. Pilih kata kunci nama kedai runcit anda

Jana pilihan idea nama Kedai Runcit anda dengan menggunakan kata kunci yang bersesuaian dengan bisnes anda

2. Dapatkan nama Kedai Runcit anda

Seterusnya, pilih idea nama Kedai Runcit unik dari ratusan idea nama yang telah dijana dengan bantuan teknologi AI

3. Pilih Nama Kedai Runcit anda

Anda boleh berkongsi idea nama bisnes dengan rakan anda apabila anda menghantar senarai idea nama ke alamat emel mereka

Kedai Runcit Ah Seng. Kedai Runcit 24/7

Pasti nama kedai runcit di atas mengingatkan anda dengan salah satu kedai runcit yang berdekatan dengan kawasan perumahan anda bukan? Nama yang ringkas tetapi memberikan nostalgia yang bermakna.

Jika anda berada di laman ini, kami percaya anda juga berminat untuk membuka kedai runcit tetapi buntu mencari nama kedai yang sesuai. Oleh itu, kami ingin memperkenalkan kepada anda Penjana Nama Kedai Runcit kami.

Sebagai pengenalan ringkas, kita akan melihat bagaimana Penjana Nama Kedai Runcit boleh membantu anda mendapatkan nama kedai yang unik. Kami juga akan memberikan anda panduan untuk mendapatkan nama kedai yang senang untuk didaftarkan di SSM.

Teruskan membaca!

20 Nama Kedai Runcit

Di bawah ini kami telah sediakan 20 nama kedai runcit yang dijana menggunakan Penjana Nama Kedai Runcit kami. 

  • Runcit Carte
  • Runcit Captain
  • Runcit Factory
  • Runcit Answers
  • Runcit Champion
  • Kedai Everything
  • Kedai Daily
  • Kedai Limitless
  • Kedai H20
  • Kedai Orange
  • KedaiRuncit Jasmine
  • KedaiRuncit Lucky
  • KedaiRuncit Buds
  • KedaiRuncit Cantina
  • KedaiKuncit Coastal
  • Stor Bro
  • You Stor
  • Stor Gusto
  • Stor Galore
  • Stor Fresh

Untuk bahagian seterusnya ini, kami ingin anda perhatikan apakah kata kunci yang telah kami gunakan untuk menjana nama perniagaan di atas. Tidak pasti? Jangan risau, kami akan terangkan di bawah.

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Kedai Runcit?

Anda hanya perlu mengikuti tiga langkah utama yang disenaraikan di bawah untuk mendapatkan nama kedai yang anda impikan. Kami juga akan memperkenalkan dua lagi langkah tambahan, tetapi tidak wajib untuk anda ikuti. 

Pergi ke laman utama kami

Anda mungkin akan terlihat Penjana Nama Perniagaan daripada pesaing kami dalam internet yang menggunakan nama yang hampir sama dengan kami. Tetapi, jangan terpedaya. Untuk pengetahuan anda, laman utama kami adalah www.businessnamegenerator.com

Klik pautan di atas tadi. Dan anda akan dibawa terus ke laman utama kami. Jika anda berada di laman utama Penjana Nama Perniagaan kami, anda akan melihat senarai Penjana Nama Perniagaan untuk bisnes-bisnes yang lain, termasuklah Penjana Nama Kedai Runcit.

Secara umumnya, semua penjana ini menjana nama perniagaan yang unik untuk anda. Asalkan anda berada di laman utama kami, anda pasti dapat menjana nama kedai runcit yang sesuai dengan cita rasa anda.

Ingin tahu mengapa? Mari lihat langkah kedua pula.

Pilih kata kunci

Langkah kedua ini membolehkan anda menjana nama kedai runcit yang mempunyai sentuhan peribadi anda sendiri. Dengan kata lain, ini ialah langkah penting untuk mendapatkan nama kedai runcit yang terbaik.

Jika anda ingat, kami ada meminta anda untuk memerhatikan apakah kata kunci yang kami gunakan untuk menjana 20 nama kedai runcit di atas bukan? Kata kunci yang kami gunakan adalah seperti berikut:

  1. Kedai
  2. Runcit
  3. KedaiRuncit
  4. Stor

Anda bebas untuk menggunakan kata kunci yang anda rasakan sesuai dengan perniagaan anda. Sebagai contoh, anda juga boleh menggunakan kata kunci di bawah:

  1. Nama anda sendiri
  2. Nama tempat
  3. Segar

Pastikan juga kata kunci yang anda masukkan menepati ciri-ciri di bawah bagi membolehkan algoritma teknologi AI kami menjana nama yang terbaik untuk anda. Ciri-ciri tersebut adalah:

  1. Kata kunci yang anda pilih mestilah mengandungi lebih daripada tiga huruf
  2. Kata kunci yang anda pilih tidak merangkumi emotikon atau simbol
  3. Kata kunci yang anda pilih tidak merangkumi angka

Tekan butang jana

Setelah anda memilih kata kunci yang sesuai, pastikan anda memasukkan kata kunci tersebut di ruang jana yang ada di laman utama kami. Kemudian jangan lupa untuk menekan butang jana. 

Seterusnya, anda akan melihat beribu-ribu pilihan idea nama kedai yang dijana menggunakan kata kunci yang anda pilih. Setiap nama ini dijamin unik. Tetapi, kami juga faham bahawa anda mungkin rasa agak sukar untuk memilih nama terbaik dengan pilihan yang terlampau banyak ini.

Oleh itu, kami ingin memperkenalkan kepada anda dua lagi langkah tambahan yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan nama kedai runcit yang lebih terperinci.

Guna tapisan industri dan nama

Kedua-dua tapisan ini boleh didapati di bahagian kiri laman senarai idea nama perniagaan yang dijana. 

Tapisan industri membolehkan anda mendapatkan nama perniagaan yang lebih relevan kepada perkhidmatan serta produk yang anda tawarkan. Anda boleh memilih mana-mana 53 industri yang ada disenaraikan.

Antara industri yang anda boleh pilih adalah:

  1. Pertanian
  2. Kecantikan
  3. Manisan
  4. Makanan
  5. Kafe dan banyak lagi

Menariknya juga, anda boleh memilih lebih daripada satu industri yang ada disenaraikan. Sebagai contoh, untuk bisnes kedai runcit, anda boleh menandakan industri makanan, rumah dan juga manisan.

Untuk tapisan nama pula, anda boleh menentukan sama ada anda mahu nama perniagaan yang dijana tampil dengan ciri di bawah:

  1. Kata kunci yang digunakan berada di hadapan ataupun belakang perkataan yang dijana
  2. Nama perniagaan mempunyai karakter minimum 5
  3. Nama perniagaan berima
  4. Nama perniagaan anda dua perkataan atau satu perkataan

Setelah anda menentukan industri yang anda rasa bersesuaian dan juga tapisan nama yang anda ingin gunakan, jangan lupa untuk menekan butang gunakan, ataupun “apply”. Ini akan menjana kembali nama kedai runcit yang lebih relevan dan terperinci.

Semak ketersediaan domain

Jika anda ingin memperkenalkan perniagaan anda ke dunia digital, anda pasti mencari nama domain yang belum pernah digunakan. Dengan menggunakan Penjana Nama Kedai Runcit kami, anda boleh menyemak terus sama ada idea nama perniagaan yang anda pilih masih tersedia sebagai nama domain.

Tips Mendapatkan Nama Kedai Runcit yang Menarik

Anda sudah melihat bagaimana penjana nama kedai runcit kami menjana nama kedai yang unik. Sekarang, kami akan menyenaraikan 5 tips mudah yang anda boleh ikuti untuk mendapatkan ilham nama kedai yang menarik.

Guna nama yang ringkas

Jika anda perhatikan nama kedai runcit di kawasan kejiranan anda, pasti nama yang digunakan ringkas sahaja, bukan? Nama kedai yang ringkas lebih senang untuk disebut. Jika senang disebut, pasti senang untuk diingat.

Untuk nama kedai runcit, anda boleh menjadikan tips ini sebagai garis panduan utama dalam menamakan kedai runcit anda. Sebagai permulaan, anda boleh menggabungkan nama anda sendiri dan juga perkataan seperti kedai runcit. Sebagai contoh:

  • Nama anda + “Kedai runcit” = Kedai Runcit Ali

Ataupun, anda juga boleh menggabungkan perkataan kedai runcit dan nama jalan. Sebagai contoh:

  • “Kedai runcit” + Nama jalan = Kedai Runcit Ampang

Dengan cara ini, anda pasti dapat idea nama kedai runcit yang lebih ringkas dan juga mudah untuk disebut.

Nama yang bermakna

Menyebut mengenai nama yang ringkas, anda juga boleh menggunakan nama kedai yang ringkas tetapi bermakna. Ini bermakna, anda tidak perlu menggunakan nama sendiri ataupun nama jalan sebagai sebahagian daripada nama kedai runcit anda.

Tetapi anda boleh menggunakan perkataan yang ringkas tetapi bermakna. Baiklah, kita ambil Nike sebagai contoh. Walaupun jenama Nike dikenali sebagai jenama pakaian sukan, namun maksud di sebalik nama Nike tidak ada kaitan pun dengan sukan.

Sebaliknya, Nike membawa maksud tuhan kejayaan jika dalam bahasa Greek. Ini menunjukkan pengasas Nike menggunakan nama yang ringkas tetapi bermakna. 

Guna bahasa asing

Bercakap mengenai nama yang ringkas tetapi bermakna, kami ingin memperkenalkan tips seterusnya yang akan membantu anda untuk mendapatkan nama kedai yang bermakna. Tips tersebut adalah dengan menggunakan bahasa asing.

Seperti yang anda sedia maklum, banyak perkataan yang kita guna setiap hari ialah pinjaman daripada bahasa asing tetapi sudah dituturkan sebagai bahasa ibunda kita. Ini kerana, ada sesetengah perkataan membawa makna yang unik dan agak sukar untuk diterjemahkan.

Jika anda ingin menggunakan bahasa asing, anda boleh menggunakan bahasa seperti Greek, Latin ataupun apa bahasa sekali pun. Asalkan makna yang diterjemahkan nanti boleh memberi impak yang bermakna kepada perniagaan anda. 

Anda boleh menggunakan kamus dalam talian ataupun cuba taip “perkataan yang mempunyai maksud bermakna dalam bahasa asing” di ruangan cari pelayar anda.

Guna Penjana Nama Kedai Runcit

Jika anda tiada masa untuk mencari nama kedai runcit yang unik, kami sangat menggalakkan anda untuk menggunakan Penjana Nama Kedai Runcit kami. Anda hanya perlu memberikan kami lima minit ataupun kurang untuk menjana nama kedai runcit yang unik.

Anda sering kali melihat perkataan unik dalam panduan ini. Jika anda tertanya-tanya apakah keunikan yang kami maksudkan, kami akan terangkan di sini. Idea nama yang dijana menggunakan algoritma AI kami memberikan anda pilihan idea nama perniagaan yang unik.

Ini bermakna, kami boleh memberikan kepastian bahawa setiap idea nama kedai runcit yang disenaraikan tidak pernah didaftarkan di mana-mana tempat. Jika anda ingin menggunakan nama kedai sebagai nama syarikat, Penjana Nama Kedai Runcit kami ialah pilihan yang bijak.

Umpama menyelam sambil minum air, anda boleh menggunakan nama yang dijana sebagai nama kedai dan mendaftarkannya terus sebagai nama syarikat. Untuk pengetahuan anda, anda hanya boleh mendaftar nama syarikat yang tidak pernah diguna oleh orang lain.

Nama domain

Seiring dengan dunia digital, anda pasti tidak mahu ketinggalan dalam mengetengahkan perniagaan anda ke dunia digital. Oleh itu, anda perlu bijak memilih nama kedai yang boleh juga tersedia untuk didaftarkan.

Nama domain sangat penting terutamanya pada masa kini. Ini kerana, ia merupakan medium yang menghubungkan anda dengan pelanggan anda di seluruh dunia. Ya, walaupun anda hanya berniaga barangan runcit sahaja, tetapi jangan pandang sebelah mata terhadap pentingnya pemasaran digital.

Cuba lihat kedai serbaneka/runcit dari Korea yang bertapak di negara kita seperti CU Mart. Kedai sebegini mudah diketahui ramai apabila pemiliknya menggunakan kuasa internet untuk menarik hati pelanggan baru. Sebagai contoh, mereka memaparkan produk makanan Korea di laman web mereka.

4 Nama Kedai Runcit Terkenal

Seterusnya, mari lihat lima nama kedai runcit yang terkenal di Malaysia dan luar negara untuk memberi inspirasi kepada anda bagi mendapatkan nama perniagaan yang menarik.

Costco

Nama penuhnya ialah “Cost company”, menunjukkan bahawa ia merupakan perniagaan yang mengutamakan penjimatan wang pelanggannya. Seperti 7-Eleven, Costco menggunakan namanya untuk menyerlahkan ciri terbaiknya: harga murah.

Fikirkan nama yang menyampaikan nilai jenama anda. Memandangkan Costco menyasarkan untuk memberi ganjaran kepada kesetiaan pelanggan dengan diskaun dan harga yang berpatutan. Adakah anda juga akan menawarkan tawaran sebegini untuk pelanggan anda? 

Jika anda juga berfikir untuk menawarkan program seperti Costco, anda boleh menggunakan idea nama kedai yang sama untuk perniagaan anda. Mengapa tidak, bukan?

7-Eleven

Anda pasti pernah berkunjung ke 7-Eleven sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup anda, bukan? Dan pernahkah anda terfikir mengapa kedai yang anda kunjung dipanggil 7-Eleven? Mari lihat sejarah penubuhan 7-Eleven untuk memahami pemilihan nama kedai ini.

7- Eleven diasaskan di negara Amerika Syarikat pada tahun 1928. Pada awal penubuhan, 7-Eleven hanya menjual ais sahaja. Dan kedai ini hanya beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 11 malam sahaja. Memandangkan ia adalah antara satu-satunya kedai yang beroperasi pada jam tersebut, nama 7-Eleven digunakan.

Walaupun pada masa kini syarikat itu mempunyai cawangan yang dibuka 24 jam sehari, nama itu masih kekal. Ia direka semasa 7-Eleven melakukan sesuatu yang baharu dan segar. Apakah tawaran kedai runcit anda yang berbeza? Bolehkah anda mencipta nama yang menarik perhatian berdasarkan faktor ini?

Walmart

Rangkaian kedai runcit multinasional, Walmart telah menjadi asas industri runcit makanan sejak pertengahan abad kedua puluh. Walmart ditubuhkan pada tahun 1960 oleh Sam Walton.

Nama Walmart dipilih bersempena dengan nama pengasasnya. Tidak menggunakan nama penuh pengasas Walmart, tetapi sebahagian daripada nama keluarga beliau. Kemudian, nama tersebut digabungkan dengan perkataan “mart”.

Perkataan “mart” dipilih kerana ia membawa maksud pasar. Untuk lebih jelas lagi, mari lihat formula gabungan nama kedai ini di bawah.

“Wal” + “mart” = Walmart

Ringkas tetapi bermakna, bukan? Anda juga boleh menggunakan cara ini sebagai inspirasi mendapatkan nama kedai runcit yang ringkas. Tidak mustahil kedai runcit anda juga boleh menjadi rangkaian pasar raya multinasional juga.

CU Mart

Buat peminat K-drama atau pun K-pop, anda pasti pernah mendengar nama kedai serbaneka yang berasal dari Korea Selatan ini, bukan? Jika anda belum pernah berkunjung ke kedai ini yang ada di ibu negara, anda pasti pernah melihat CU Mart dalam drama-drama Korea.

Pernahkah anda tertanya mengapa perkataan CU Mart dipilih sedangkan rangkaian kedai serbaneka ini berasal dari Korea Selatan? Sebenarnya, huruf C dan U diambil daripada perkataan convenient store for U ataupun kedai serbaneka untuk anda. 

Memandangkan gabungan huruf CU kedengaran seperti perkataan see you, ini menguatkan lagi keputusan pengasasnya untuk menggunakan nama CU Mart sebagai nama kedai serbaneka ini.

Penjana Nama Kedai Runcit Pilihan yang Bijak

Sebagai kesimpulan kepada panduan ini, kami ingin menegaskan bahawa Penjana Nama Bisnes kami adalah pilihan yang bijak buat anda peniaga baru. Terutama sekali jika anda buntu mencari idea nama yang kreatif dan tidak mempunyai bajet yang tinggi untuk mengupah perunding jenama.

Soalan Lazim

Untuk mendapatkan nama kedai runcit yang menarik, anda boleh menggunakan Penjana Nama Kedai Runcit kami. Penjana nama bisnes kami ini dilengkapi oleh teknologi AI yang akan membantu menjana nama kedai runcit yang unik serta menarik.

Kriteria penting yang harus dimiliki oleh nama kedai runcit yang menarik ialah nama yang dipilih haruslah tidak pernah digunakan oleh kedai runcit atau kedai serbaneka lain. Nama yang dipilih mestilah unik dan tidak terlalu sukar untuk disebut.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki