Tips memilih nama kedai
Nama kedai anda mestilah kedengaran dan kelihatan lebih menarik berbanding ribuan nama kedai pesaing lain, tidak kira apa juga jenis kedai yang anda usahakan. Cuma, bagaimana nak memilih nama kedai yang boleh laku keras?
Ringkas dan mudah
Nama yang mudah disebut dan ringkas lebih mudah kekal dalam fikiran pelanggan. Elakkan nama kedai dengan ejaan yang berbelit. Nama yang sukar boleh mengelirukan pelanggan, terutamanya yang baru pertama kali mengenali kewujudan kedai anda.
Tonjolkan identiti tersendiri
Nama kedai seharusnya menggambarkan produk yang dijual. Gabungkan perkataan pilihan dengan identiti perniagaan anda seperti “Organik” untuk memberikan idea kepada pelanggan yang kedai anda ada menjual produk organik.
Unik
Ciri-ciri keunikan pada nama kedai membezakan perniagaan anda dengan pesaing lain, terutamanya kedai yang menjual produk yang sama atau hampir sama. Tujuan nama unik digunakan adalah untuk “menggoda” pelanggan ketika pertama kali mendengar atau melihat nama di papan tanda kedai anda.
Kreatif
Sekiranya digunakan dengan betul dan tidak berlebihan, kreativiti pada nama dapat menjadi pencetus tarikan tambahan bagi kedai anda. Cara kreatif seperti mashups dan puns dapat menyuntik elemen keseronokan pada nama tersebut.
Visual
Aspek visual perniagaan anda tidak hanya terletak pada papan tanda semata. “Lukiskan” nama kedai menggunakan perkataan yang menggambarkan apa yang anda tawarkan. Sebagai contoh, tambahan adjektif seperti “Harum” menggambarkan keharuman pewangi yang dijual.
Masih sah
Selain daripada nama yang seakan sama dengan pesaing, pastikan nama yang dipilih masih sah, iaitu yang belum didaftarkan tanda dagang yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta. Pelanggan bukan sahaja akan keliru, malah anda juga berpotensi berdepan tindakan undang-undang.
Idea untuk nama kedai yang menarik
Terdapat ribuan kedai yang menawarkan produk atau barang yang hampir sama, jadi nama kedai yang unik, pendek dan yang menggambarkan produk yang dijual menjadi faktor penentu kedai anda lebih dikenali. Penjana nama kedai kami mampu menjana pelbagai nama menarik untuk anda pilih.
Nama kedai bunga
Kedai bunga merupakan antara kedai yang biasa ditemui di kawasan komersial atau taman perumahan di Malaysia. Jadi, untuk bersaing dalam pasaran, pemilihan nama yang sesuai amat penting.
1. Bungavia 2. Mekar Luxe 3. Mekar Ethereal 4. Kuntum Petal 5. Anggun Puspa 6. Kuntum Jingga 7. Cahaya Seri 8. Flora Murni 9. Pohon Indah 10. Kebun Seri | 11. Flora Majestic 12. Mutiara Bonzai 13. Harmoni Hijau 14. Kuntumi 15. Melur Vista 16. Harum Velvet 17. Ros Zenith 18. Ros Lumina 19. Kelopak Loom 20. BungaQuik |
Nama kedai runcit
Kedai runcit boleh dikatakan menjual “semua jenis barang keperluan harian.” Tarik perhatian pembeli yang belum lagi menjadi pelanggan tetap anda dengan nama kedai yang jelas dan bersesuaian dengan produk runcit anda.
1. Serba Sleek 2. Runcit Blitz 3. Runcit Dash 4. Dapureon 5. Dapurada 6. Dapur Nest 7. Sayur Season 8. Sayurika 9. Sayurina 10. Pasarable | 11. Pasar Bakti 12. Pasar Berkah 13. Pasar Pulse 14. Murah Vibe 15. Murahvista 16. Mutiara Mini 17. Mini Mulia 18. Aneka Bahagia 19. Aneka Gembira 20. Ceria Aneka |
Penjana Nama Perniagaan Lain yang Berkaitan
Penjana Nama Jenama Pakaian & Fesyen
Pakai jenama fesyen yang elegan
Penjana Nama & Idea Perniagaan Kafe
Jana nama kedai kafe trendy
Idea & Penjana Nama Syarikat Kosmetik
Pilih nama kosmetik yang cantik
Idea & Penjana Nama Bisnes Kek
Namakan bisnes kek dengan kreatif