Lauwiliwilinukunuku’oioi.
Anda cuba menyebut perkataan itu bukan? Itu adalah nama sejenis minuman koktel.
Bayangkan anda menggunakan nama yang panjang dan kompleks sebegitu untuk jenama minuman dan dipasarkan di Malaysia.
Jika anda sudah mempunyai formula atau resepi minuman agung sekalipun, anda perlu yakinkan pengguna melalui nama produk ‘sebelum’ mereka minum minuman anda.
Bagaimana caranya?
Ada Apa Dengan Nama?
Dalam tidak semena-mena nama Timah pernah menjadi tumpuan.
Sebuah syarikat pengeluar wiski menggunakan nama “Timah” untuk jenama yang akan diperkenalkan di pasaran tempatan.
Sudah tentu nama tersebut mendapat bantahan nasional, kerana dianggap menghina nama perempuan Melayu dan juga nama tokoh wanita dalam sejarah Islam.
Tetapi, dengar dahulu hujah daripada pengeluar tersebut.
Perkataan Timah merupakan terjemahan Bahasa Inggeris untuk Tin (bijih timah), sejenis mineral yang tiada kaitan langsung dengan individu.
Mineral Timah melambangkan logo jenama tersebut, Captain Tristam Speedy.
Beliau seorang pegawai kolonial British yang menggalakkan perlombongan bijih Timah di Tanah Melayu.
Hujah dari kedua-dua pihak masing-masing mempunyai merit. Apa yang pasti, sesebuah nama boleh memberi tafsiran berbeza..
Jadi bagaimana cara anda memilih jenama minuman yang bagus, sedap dan dalam masa yang sama tidak akan mencetus kontroversi seperti mana yang terjadi pada Timah?
Persoalan tentang “Ada Apa Dengan Cinta” dan “Ada Apa Dengan Nama” mempunyai satu jawapan yang sama; kesetiaan!
5 Perkara yang Anda Wajib Tahu Sebelum Namakan Minuman Anda
1. Mesej yang ada pada nama
Jenama minuman yang bagus dan memiliki ciri-ciri ‘penjenamaan’ perlu mengandungi mesej kepada pengguna.
Minuman adalah perkara yang sensitif dan anda perlu yakinkan pengguna melalui nama.
Nama minuman seolah-olah berkomunikasi dengan pengguna dan memberitahu apakah jenis minuman yang ditawarkan.
Katakan anda seorang pembeli/pengguna, jika kami tawarkan Bib-label Lihiated Lemon-Lime Soda kepada anda, adakah anda ragu?
Bagaimana pula jika kami gunakan nama terkini minuman berkarbonat tersebut; 7Up. Kini anda lebih yakin bukan?
2. Elakkan memilih nama yang sukar dieja atau disebut
Untuk membuatkan pengguna sentiasa ingat nama minuman anda, nama yang dipilih perlu mudah dieja dan disebut.
Ejaan atau sebutan yang mudah boleh mengelakkan nama minuman anda dieja secara online atau offline.
Anda pasti tidak mahu terpaksa menukar nama apabila sudah masuk di pasaran kerana maklum balas negatif terhadap nama minuman anda.
3. Fikirkan pengguna sasaran
Ciri unik memang menjadi pilihan utama dalam memilih atau menamakan produk anda.
4. Gunakan penjana nama
Segalanya lebih mudah dengan satu senarai pendek yang boleh disaring.
Penjana Nama Jenama Minuman kami menawarkan kelebihan untuk menjana ribuan nama untuk minuman anda.
Jika nama minuman yang dijana tidak menarik, tidak apa kerana ada kemungkinan anda tidak dapat buat keputusan kerana pilihan yang terlalu banyak.
Sekurang-kurangnya anda boleh dapatkan inspirasi daripada nama yang dijana dari penjana nama.
Tambahan pula, hasil nama yang dicadangkan berkait rapat dengan kata kunci perniagaan atau jenis produk minuman.
Ada satu lagi kelebihan menggunakan penjana minuman yang tidak ramai yang tahu;
Walaupun nama minuman yang anda cipta dirasakan bagus dan akan mudah dikenali pelanggan, anda perlu mengambil kira faktor SEO (Search Engine Optimization).
Nama yang mesra SEO membuatkan carian internet lebih mudah.
Nama yang dijana oleh Penjana Nama Jenama Minuman kami mengambil kira kedua-dua persepsi manusia (pengguna) dan juga algoritma bot enjin carian (contohnya Google).
Keterlihatan produk anda lebih jelas kepada pelanggan sedia ada dan menambah prospek dengan menggunakan nama yang mesra SEO.
5. Ketersedian domain
Jika anda mempunyai sasaran untuk menembusi pasaran antarabangsa, anda perlu mendapatkan “.com” sebagai TLD (top-level domain).
Pastikan nama minuman anda boleh didaftar sekurang-kurangnya domain yang mempunyai ejaan yang lengkap.
Penjana Nama Jenama Minuman kami mempunyai kemudahan untuk memeriksa ketersediaan nama secara terus.
Ini bermaksud, anda boleh semak sama ada domain untuk sesuatu nama masih tersedia atau sudah dimiliki.
Mengapa ejaan dalam domain amat penting?
Kami nyatakan sebabnya melalui kisah benar ini;
“Experts Exchange” merupakan laman web forum untuk perbincangan berkenaan teknologi maklumat.
Mereka terpaksa menukar domain “expertsexchange.com” kepada “expert-exchange.com” bagi mengelakkan kekeliruan.
Selain itu, pastikan nama minuman anda sesuai digunakan untuk pemasaran di media sosial.
Media sosial seperti Twitter mempunyai handle sebagai nama pengguna.
Had aksara untuk handle adalah hanya 15 sahaja. Jadi pastikan nama anda tidak terlalu panjang.
Facebook pula mempunyai hashtag untuk kempen pemasaran anda.
Pastikan ejaan nama anda tidak menimbulkan kekeliruan pada masa akan datang.
Bagaimanakah cara gunakan Penjana Nama Jenama Minuman?
Sebagai sebuah start-up anda perlu memikirkan segala-galanya daripada pemasaran, resepi minuman, pengedaran dan banyak lagi.
Jimatkan masa untuk mencari nama yang bagus. Anda boleh menggunakan usaha, tenaga dan masa yang anda untuk cabang lain dalam perniagaan anda.
Perlu diingat, sesebuah start-up perlu mencari keuntungan atau sedikit pulangan untuk menampung kos operasi.
Semakin lambat produk memasuki pasaran, semakin banyak kos akan ditanggung dan kehilangan jualan yang dijangkakan.
Dengan menggunakan Penjana Nama Jenama Minuman ada hanya perlu masukkan kata kunci minuman anda pada ruang untuk jana ribuan nama pada masa yang singkat.
Paling penting, tiada sebarang bayaran digunakan untuk menjana seberapa banyak nama minuman yang anda mahukan.
Anda boleh menyimpan carian terdahulu dan untuk lebih memudahkan anda, anda boleh memilih industri yang relevan untuk mendapatkan senarai nama yang sesuai.
Mencari idea menggunakan Penjana Nama Jenama Minuman kami juga boleh disesuaikan mengikut citarasa anda sendiri.
Terdapat pilihan bilangan aksara, nama minuman mengandungi sama ada dua atau tiga perkataan, kedudukan kata kunci dan juga pilihan perkataan berima (rhyming words).
Mungkin, dengan menggunakan penjana nama kreativiti anda lebih terserlah untuk mendapatkan nama minuman yang bagus.
20 Idea nama untuk minuman
Apabila kata kunci atau perkataan yang relevan dimasukkan, dalam masa beberapa saat sahaja pelbagai nama minuman dijana.
Berikut adalah 20 nama minuman yang dijana dan dipilih daripada ratusan nama dengan menggunakan kata kunci:
- Jus
- Sirap
- Oren
- Isotonik
- Minuman
Nama dijana:
- Sirap Royal
- Oren Rhea
- Isotonik Buzz
- Sirap Horizon
- Isotonik Punch
- Sirap Splash
- Minum Mad
- Oren Okra
- Sirap Saver
- Minum Meadow
- Isotonik Mountain
- Oren Cloud
- Sirap Shore
- Isotonik Ambient
- Pinnacle Thirsty
- Sirap First
- Sirap Shoots
- Minum Midnight
- Jus Journey
- Oren Owl
Batas Kreativiti: Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?
Tidak salah jika ingin menggunakan salah satu bahasa atau campuran kedua-duanya.
Haus Boom telah membuktikannya asalkan nama tersebut mempunyai maksud, dekat dengan pengguna (mudah disebut dan dieja).
Bagi penggunaan Bahasa Inggeris, anda mungkin akan menggunakan perkataan dalam kamus.
Cara ini datang dengan kaveat di mana, kebanyakan perkataan dalam kamus sudah dimiliki untuk domain;
Ini disebabkan oleh kewujudan cybersquatting yang boleh menyebabkan anda terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan domain.
Apa yang penting, nama minuman anda tidak membuatkan pengguna berasa ragu-ragu dan dapat menarik minat pengguna untuk mencuba.
Elakkan kreativiti yang melampau sehingga mengubah ejaan menjadi begitu sukar dieja dan disebut.
Walaupun anda telah mempunyai beberapa nama yang telah disenarai pendek dan juga mendapat maklum balas positif daripada orang ramai, itu tidak bermakna anda “berhak” secara automatik untuk menggunakan nama tersebut.
Ada kemungkinan nama-nama tersebut telah dimiliki oleh pihak lain walaupun mereka tidak menggunakan secara aktif, atau hanya memilikinya secara suka-suka.
Sangat penting untuk anda pastikan nama tersebut boleh digunakan tanpa sebarang halangan serta-merta ataupun masalah yang akan timbul dikemudian hari.
Bagaimana caranya?
Ketersediaan domain
Seperti kami katakan, ada pemilik domain yang langsung tidak berniat untuk menggunakan domain yang mereka miliki dan mereka ini dikenali sebagai cybersquatting.
Bayangkan jika anda sudah memilih nama dan membuat pendaftaran perniagaan, mengeluarkan modal untuk papan tanda dan sebagainya, kemudian mendapati domain anda sebenarnya telah dimiliki oleh pihak lain.
Ini semestinya mendatangkan kerugian besar kepada bisnes anda.
Sekiranya anda mendapati domain untuk nama pilihan telah diambil pihak lain, gugurkan nama tersebut daripada senarai akhir anda.
Salah satu kelebihan menggunakan Penjana Nama Kedai Manik kami adalah anda boleh menyemak ketersediaan domain nama yang dijana secara serta-merta.
Saluran media sosial
Media sosial antara platform paling “ampuh” sebagai pemasaran digital dan ruang untuk berinteraksi dengan pelanggan anda.
Jika anda mempunyai perancangan untuk menggunakan beberapa platform media sosial, anda pasti mahukan keseragaman pada setiap saluran.
Jadi cuba semak sama ada nama pilihan anda masih boleh digunakan sebagai handle dan hashtags.
Jika tidak, anda terpaksa menggunakan nama handles dan hashtags media sosial yang berbeza dan boleh mengelirukan pelanggan.
Lebih teruk lagi, anda terpaksa menggandakan usaha pemasaran (dan melibatkan kos tambahan) kerana perlu membuat strategi nama yang berbeza disebabkan perbezaan tersebut.
Tanda dagang
Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.
Pertama; jika anda menggunakan perkataan/nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.
Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangkan bisnes anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama/jenama anda.
Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama komersial yang hampir sama.
Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.
Apakah Kesilapan yang Perlu Dielakkan?
Dalam keghairahan mencari atau memilih nama, anda perlu tahu apa yang perlu dielakkan. Kami kongsikan beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan ketika proses pencarian nama jenama minuman.
Jangan jadi terlalu kreatif
Kreativiti memang penting. Namun, anda perlu ingat nama minuman mestilah kedengaran tidak terlalu pelik sehingga membuatkan pengguna keliru.
Letakkan diri anda seperti seperti seorang pengguna yang ingin memilih minuman.
Nama minuman yang bagus dapat memberitahu rasa atau perisa minuman tanpa perlu diminum.
Nama seakan sama dengan pesaing di pasaran
Nama yang seakan sama boleh berlaku apabila anda gagal membuat analisis terhadap pesaing sedia ada atau anda mengambil jalan mudah untuk meniru nama pesaing di dalam industri yang sama dan lebih berjaya.
Ada kemungkinan pelanggan akan keliru dengan nama anda dan mula meragui kualiti minuman. Tiada siapa yang mahukan jenama minuman mereka sentiasa menjadi minuman alternatif kepada jenama utama di pasaran.
Tidak membuat semakan Tanda Dagang
Agak mustahil untuk mencari nama yang memberi kesan positif dalam semua bahasa di dalam dunia ini.
Analisis nama minuman sedia ada di pasaran
Peruntukan masa untuk mengkaji dan melihat trend nama pilihan pengguna.
Perlu diingat bahawa segmen pasaran sangat besar dan ini termasuklah pengguna dalam kategori mereka yang masih lepasan belajar dan
Hasil analisis terhadap nama pesaing membuka peluang kepada anda untuk mencipta kelainan tersendiri.
Aqua Panna
Air mineral ini berasal dari Itali. Perkataan Panna merujuk kepada Villa Panna, sebuah kawasan berbukit di wilayah Tuscany, Itali.
Di situlah punca air bawah tanah mineral yang kemudiannya dibotolkan dan kini menjadi antara pembekal air mineral terbesar di dunia.
Aqua Panna dalam bahasa Itali bermaksud ‘air dari wilayah Villa Pana’.
Haus Boom
Terdapat elemen kreativiti untuk nama ini.
Haus bermaksud dahaga dalam Bahasa Melayu. Sebutannya pula seakan seperti “house” dalam Bahasa Inggeris.
Minuman ini menawarkan jus sparkling yang bertenaga kepada pengguna. Di sinilah letaknya maksud “Boom”.
Nama minuman ini mempunyai mesej yang jelas dan mudah diingati.
Minuman ini dipasarkan secara dibotolkan; nama yang unik dan kelainan tersendiri membuatkan jenama minuman ini berbeza daripada pesaing lain.
100PLUS
Minuman isotonik ini begitu popular di Singapura dan Malaysia.
Maksud sebenar “100” adalah air ini dicipta dan diperkenalkan pada tahun 1983, genap 100 tahun penubuhan pembuatnya, Fraser & Neave (lebih dikenali sebagai F&N) di Asia.
Manakala PLUS pula merujuk kepada walaupun sudah melepasi 100 tahun, F&N akan terus memenuhi kehendak pengguna setia mereka.
MILO
Minuman coklat yang sinonim dengan aktiviti kecergasan ini ada kisah menarik di sebalik namanya.
Milo of Croton ialah seorang ahli gusti zaman Yunani kuno yang mempunyai kekuatan luar biasa.
Tidak hairanlah nama Milo diambil bersempena mesej kekuatan dan kosa kata yang mudah disebut tidak kira dari mana anda datang.
Sebagai fakta selingan, rakyat Malaysia merupakan pengguna terbesar di dunia minuman yang berasal dari Australia ini.
Syabas Malaysia!
Kesimpulan
Memilih satu nama terbaik sebagai jenama minuman mungkin kedengaran sukar. Namun, anda boleh menggunakan beberapa contoh jenama minuman dan juga kriteria nama yang perlu ada yang telah kami kongsikan. Anda juga boleh mendapatkan bantuan Penjana Nama Jenama Minuman untuk menghasilkan idea atau inspirasi tambahan.
Semoga pencarian mencari nama jenama yang berkualiti dan mampu membuatkan pelanggan berasa “dahaga” apabila mendengar nama minuman anda berjaya!