Penjana Nama & Idea Syarikat Permainan Video

Jana nama untuk perniagaan permainan video di bawah.

Bagaimanakah Menamakan Perniagaan Permainan video

Hai semua, apa khabar?

Nama saya Ashley. Saya seorang pakar penjenamaan dan pemasaran. 

Saya akan membimbing anda menamakan perniagaan permainan video melalui empat langkah utama. 

Di bawah ini terdapat dua puluh contoh nama saya janakan sendiri sebagai permulaan dalam menghasilkan nama syarikat permainan. Saya akan tunjukkan bagaimana cara saya mendapat nama tersebut. 

Sebelum ketahui lebih mendalam, anda juga boleh mencuba penjana nama perniagaan permainan video kami di atas. 

Namun jika anda masih berminat untuk mempelajari cara menamakan perniagaan video dengan lebih terperinci, anda boleh teruskan membaca artikel ini.

  1. OneUp Gaming
  2. MiniBoss Gaming
  3. Chiptune Gaming
  4. Aimbot Gaming
  5. Game Armadillo
  6. Flicker Gaming
  7. Game Rumble
  8. Faceplant Gaming
  9. Going Gold Gaming
  10. RapidRaidGaming
  11. BetaBuff Gaming
  12. LudoPros
  13. Chipping Cheese Gaming
  14. Raging Rogue Gaming
  15. Egg Gaming
  16. Glitch And Grind
  17. GameCamp
  18. AggroTank Gaming
  19. Arcade Alpha Gaming
  20. CritClass Gaming

Empat Langkah Menamakan Perniagaan Permainan Video

Di dalam contoh-contoh yang saya berikan ini, saya cuba menjana nama untuk peniagaan permainan video yang dapat menarik perhatian peminat dan kedengaran berkaitan dengan dunia permainan video yang menyeronokkan.

Antara langkah-langkah yang saya ambil adalah:

Pertama: Sumbang saran idea

Mulakan dengan sumbang saran apakah perkataan yang sesuai dengan nama perniagaan anda.

Saya menggunakan perkataan seperti “Crit”, “Ludo”, “Tank” and “Flicker”. 

Sebilangan besar perkataan tersebut adalah istilah yang hanya dapat diketahui oleh pemain atau peminat permainan video. Namun, perkataan tersebut mungkin menarik perhatian meraka yang masih baru atau sedang ingin mencuba. 

Matlamat anda di sini adalah untuk membuat senarai perkataan atau nama yang terlintas dalam fikiran ketika memikirkan perniagaan anda.

Jika anda buntu (saya harap tidak!) dalam memikirkan nama secara spontan, anda boleh mencuba penjana nama syarikat permainan video kami.

Idea nama saya selepas sumbang saran:

  • OneUp Gaming
  • MiniBoss Gaming
  • Chiptune Gaming
  • Aimbot Gaming
  • Game Armadillo
  • Flicker Gaming
  • Game Rumble
  • Faceplant Gaming
  • Going Gold Gaming
  • RapidRaidGaming
  • BetaBuff Gaming
  • LudoPros
  • Chipping Cheese Gaming
  • Raging Rogue Gaming
  • Egg Gaming
  • Glitch And Grind
  • GameCamp
  • AggroTank Gaming
  • Arcade Alpha Gaming
  • CritClass Gaming

Kedua: Senarai pendek

Setelah membuat senarai nama, anda perlu analisis idea tersebut. Buang nama yang sukar diingat, dieja atau kedengaran lantang apabila diucapkan.

Simpan nama yang boleh dijenamakan, mudah diingat dan dapat sampaikan nilai, produk atau perkhidmatan jenama anda kepada pengguna sasaran.

Berikut adalah senarai semak ringkas yang anda boleh guna untuk menyemak idea dan memendekkan senarai nama:

  • Adakah nama ini ringkas dan senang diingat?
  • Adakah nama ini senang dibaca dan disebut dengan lantang?
  • Adakah nama ini berbeza dengan pesaing?
  • Adakah nama ini membawa maksud yang relevan?
  • Adakah nama ini mengelakkan kata atau klise yang terlalu banyak digunakan?

Senarai pendek saya:

  • Chipping Cheese Gaming
  • LudoPros
  • Game Armadillo
  • Chiptune Gaming

Idea yang dibuang:

  • OneUp Gaming
  • MiniBoss Gaming
  • Aimbot Gaming
  • Flicker Gaming
  • Game Rumble
  • Faceplant Gaming
  • Going Gold Gaming
  • RapidRaidGaming
  • BetaBuff Gaming
  • Raging Rogue Gaming
  • Egg Gaming
  • Glitch And Grind
  • GameCamp
  • AggroTank Gaming
  • Arcade Alpha Gaming
  • CritClass Gaming

Ketiga: Dapatkan maklum balas

Sekarang anda sudah mempunyai tiga hingga enam senarai nama syarikat permainan video yang sesuai.

Anda boleh mendapatkan maklum balas daripada bakal pelanggan atau orang yang terlibat di dalam industri ini (khalayak sasaran anda).

Elakkan maklum balas daripada keluarga dan rakan. Mereka cenderung untuk memuji semua idea anda dan mereka bukan pelanggan anda.

Pastikan anda tanyakan soalan seperti:

  • Apa yang terlintas di fikiran anda ketika mendengar nama ini untuk kali pertama?
  • Bagaimana anda mengejanya?

Dengan maklum balas pelanggan anda, kini anda boleh bertanya kepada diri sendiri adakah nama ini masih relevan? Dan adakah ini mewakili perniagaan anda seperti yang anda inginkan?

Maklum balas pelanggan saya:

Chiptune Gaming

Nama ini mengimbas nostalgia permainan video masa lalu untuk menarik perhatian para pemain retro.

Game Armadillo

Nama ini menunjukkan syarikat permainan yang menghasilkan produk yang terperinci dengan mengambil pendekatan secara perlahan dan stabil.

LudoPros

Ini adalah cara yang lebih menarik untuk menunjukkan bahawa mereka yang terlibat di dalam syarikat adalah profesional permainan video. (Ludologi bermaksud sesuatu kajian terhadap apa juga permainan).

Chipping Cheese Gaming

Nama ini adalah nama yang sesuai untuk logo yang hebat. Ia juga menggunakan slang dan permainanan kata yang pasti mudah dikenali ramai orang.

Keempat: Semak ketersediaan nama

Pada peringkat ini, anda seharusnya memiliki sekurang-kurangnya tiga nama syarikat yang dirasakan yang bagus (telah dianalisis) dalam senarai anda. Pastikan nama yang dipilih bebas daripada sebarang sekatan undang-undang dan domain masih tersedia. 

Bagaimanakah caranya?

Anda boleh melakukan carian nama perniagaan dengan cepat melalui dalam talian untuk mengetahui adakah nama anda tersedia (bebas Tanda Dagang) di Malaysia. Ini boleh diperolehi dengan membuat carian di MyIPO.

Sebagai tambahan, untuk media sosial anda perlu memastikan nama perniagaan media sosial masih mempunyai handle.

Perkara ini penting untuk tujuan pemasaran dan paling penting, supaya tidak terkeliru dengan perniagaan lain yang menggunakan nama hampir sama di platform media sosial lain.

Selain itu dapatkan kepastian adakah nama tersebut juga tersedia untuk pendaftaran nama domain.

Analisis Nama Pesaing

Untuk membantu anda mendapatkan idea nama perniagaan yang berpotensi, mari kita lihat tiga syarikat permainan video vintaj yang berjaya. 

Kita akan lakukan analisis ringkas mengapa/bagaimana mereka memilih nama perniagaan mereka dan mengapa nama ini berfungsi untuk mereka.

Blizzard ditubuhkan pada tahun 1991 dan studio ini pada awalnya dipanggil Silicon & Synapse. Dua tahun kemudian, ia menjadi Chaos Studios. Menurut pengasasnya, Silicon & Synapse kedengaran berserabut. Perubahan nama diperlukan. Mereka menemui perkataan Blizzard apabila melakukan carian perkataan dalam kamus. Sifat perkataan itu cukup generik dan mudah memberi makna kepada jenamanya.

Nintendo ada anggapan bahawa kata “Nintendo” bermaksud “tinggalkan nasib ke syurga.” Cukup menarik, namun tidak ada catatan sejarah yang dapat membuktikannya. Maksud nama ini lebih mendalam jika dilihat berdasarkan sejarah permainan tradisional dan tulisan kanji Jepun.

Riot Games yang pada awalnya diasaskan oleh pemaju permainan indie. Sesuai dengan penglibatan awal secara underground, nuasa nama Riot Games kena dengan tema syarikat mereka.

Lima Petua Menamakan Perniagaan Permainan Video Anda

Nama perniagaan yang ideal mestilah ringkas, mudah diingati dan pada masa yang sama menyampaikan makna.

Berikut adalah lima petua yang perlu diingat semasa memilih nama syarikat anda:

Pertama: Lakukan analisis pesaing

Anda dapat menjimatkan banyak masa dengan membuat analisis terhadap pesaing sebagai langkah pertama anda.

Melalui analisis tersebut, anda boleh tahu apakah nama yang harus dielakkan dan fahami mengapa/bagaimana nama pesaing anda berfungsi untuk mereka.

Semasa menganalisis, pertimbangkan perkara berikut:

  • Nilai perniagaan atau produk apa yang mereka sampaikan dengan nama perniagaan mereka? Bagaimana ia berfungsi untuk mereka?
  • Adakah trend bagaimana perniagaan bidang ini menamakan diri mereka sendiri? Elakkan nama yang terdengar seperti “perniagaan yang sama lagi”.
  • Siapa yang terbaik? Mengapa ia berfungsi dan bagaimana saya dapat menghasilkan nama yang lebih baik?

Kedua: Fokus menamakan perniagaan bukan menghuraikan

Kesalahan yang sering dilakukan oleh syarikat perniagaan video adalah menggambarkan nama perniagaan mereka secara literal, menggunakan istilah perniagaan permainan video yang sudah terlalu kerap digunakan seperti games, NPC atau istilah permainan video popular lain. 

Nama perniagaan yang lebih berkesan harus menyampaikan nilai produk pada tahap yang lebih mendalam. Anda juga boleh cuba namakan perniagaan anda dengan nama yang mempunyai kisah disebaliknya.

Mari kita contohi perniagaan permainan video sebenar yang disebut “Rockstar Games”.

Ini adalah nama yang akan membuatkan pelanggan berasa seronok.

Ketika anda bermain atau berbelanja di permainan video mereka, nama rockstar membuatkan anda seorang pemain bertaraf bintang rock. Secara semula jadi, pelanggan akan berasa diri mereka penting dan akan terus bermain.

Ketiga: Cara membuat nama yang mudah diingat

Langkah pertama untuk meresap masuk ke dalam ingatan pelanggan, anda perlu memilih nama yang mudah diingat. 

Tugas ini lebih mudah dibuat melalui percakapan daripada dilakukan. 

Tujuan nama perniagaan yang dipilih perlulah untuk menarik minat pelanggan dan seterusnya pelanggan akan memberi perhatian tambahan terhadap produk anda di kalangan pesaing.

Beberapa petua untuk mencipta nama yang mudah diingat:

  • Gunakan sebutan atau aliterasi berirama (Going Gold Gaming, Faceplant Gaming;
  • Cuba gunakan perkataan yang tidak relevan ketika berada di luar konteks (LudoPros – Ludo merujuk kepada ludologi, yang hanya berkaitan dengan permainan);
  • Nama yang pendek dan padat.

Keempat: Cuba beli nama perniagaan yang berjenama

Nama perniagaan berjenama adalah kata yang tidak bermaksud tetapi dibaca dan disebut dengan lantang.

Mereka sering menggunakan peraturan huruf Vokal / Konsonan / Vokal kerana struktur kata ini biasanya pendek, menarik dan senang disebut dan diingat. Sebagai contoh, nama aplikasi mudah alih berjenama seperti:

  • Medava Gaming
  • Zerus Gaming
  • Xerata Gaming

Anda boleh mendapatkan senarai lengkap nama perniagaan berjenama di Domainify.com

Kelima: Elakkan menggabungkan perkataan hanya untuk membuat nama yang unik

Kesalahan lain yang biasanya dilakukan oleh pemilik perniagaan adalah membuat kombinasi perkataan yang janggal dan hambar apabila mereka mengetahui bahawa idea nama perniagaan mereka sudah diambil.

Sebagai contoh, John ingin menamakan perniagaannya Gateway Gaming tetapi mendapat tahu ia sudah diambil.

Oleh sebab dia sudah membuat keputusan untuk menggunakan nama ini untuk perniagaannya, dia cuba memilih nama yang serupa seperti GatewayyGaming, GateGame atau GattewayGaming.

Anda boleh lihat secara luarannya, nama-nama terbitan yang dirancang kedengaran agak janggal dan tidak kena dengan perniagaan permainan video.

Nama tersebut tidak ubah sebagai nama ciptaan rawak yang tidak membawa sebarang makna, sukar diingat dan tidak menarik.

Jika anda mengalami situasi yang sama dengan John, kami mencadangkan bermula semula dan mencuba petua yang telah kami sebutkan sebelumnya.

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki