Bagaimana Menamakan Perniagaan Fotografi
Hai. Nama saya Ashley.
Saya seorang pakar dalam penjenamaan dan pemasaran. Menerusi artikel ini saya akan membimbing anda menamakan perniagaan fotografi dengan empat langkah utama.
Di bawah ini terdapat dua puluh contoh nama saya janakan sendiri sebagai langkah permulaan dalam menamakan sesebuah perniagaan fotografi.
Sebelum mulakan, anda juga boleh mencuba penjana nama perniagaan kami di atas.
Namun, jika anda ingin tahu langkah pertama dalam proses penamaan ini, teruskan membaca di bawah.
- Sensational Snaps
- Camera for Hire
- Pictures to Treasure
- Your Favourite Photos
- Portrait People
- Your Life in Our Lens
- We Focus on the Good Things
- The Smooth Shutter Service
- Fabulous Photos
- PhotoPro
- Making Memories
- Smile Seekers
- The Tripod God
- Snap Into Action
- Focussed on You
- Shutter Magic
- Lens Trends
- Photos for the Future
- Capture the Image
- More Than a Thousand Words
Empat Langkah Menamakan Perniagaan Fotografi
Proses empat langkah ini dapat membantu proses menamakan perniagaan fotografi.
Fokus saya adalah nama yang menggambarkan perkhidmatan terbaik secara peribadi (personalised) kepada pelanggan.
Berikut adalah langkah yang saya ambil untuk menjana nama-nama tersebut:
Pertama: Sumbang saran idea
Mulakan dengan sumbang saran. Apakah perkataan yang sesuai dengan nama perniagaan anda.
Dalam idea nama saya, saya menggunakan perkataan seperti “Focus”, “Lens”, “Tripod” dan “Shutter.
Walaupun perkatan ini boleh berkaitan dengan fotografi, ia juga boleh menunjukkan bahawa anda memiliki kepakaran dan juga terdapat peluang untuk menerbitkan beberapa nama menarik.
Selain itu, pelanggan juga boleh mengharapkan perkhidmatan yang terbaik berdasarkan perkataan tersebut.
Matlamat anda di sini adalah untuk membuat senarai perkataan atau nama yang terlintas dalam fikiran ketika memikirkan perniagaan anda.
Jika anda buntu (saya harap tidak!) dalam memikirkan nama secara spontan, anda boleh mencuba penjana nama perniagaan kami.
Berikut merupakan idea nama yang dapat saya fikirkan selepas sumbang saran:
- Sensational Snaps
- Camera for Hire
- Pictures to Treasure
- Your Favourite Photos
- Portrait People
- Your Life in Our Lens
- We Focus on the Good Things
- The Smooth Shutter Service
- Fabulous Photos
- PhotoPro
- Making Memories
- Smile Seekers
- The Tripod God
- Snap Into Action
- Focussed on You
- Shutter Magic
- Lens Trends
- Photos for the Future
- Capture the Image
- More Than a Thousand Words
Kedua: Senarai pendek
Setelah membuat senarai nama, anda perlu analisis idea tersebut. Buang nama yang sukar diingat, dieja atau kedengaran lantang apabila diucapkan. Simpan nama yang boleh dijenamakan, mudah diingat dan dapat sampaikan nilai, produk atau perkhidmatan jenama anda kepada khalayak sasaran.
Berikut adalah senarai semak ringkas yang anda boleh guna untuk menyemak idea dan memendekkan senarai nama:
- Adakah nama ini ringkas dan senang diingat?
- Adakah nama ini senang dibaca dan disebut dengan lantang?
- Adakah nama ini berbeza dengan pesaing?
- Adakah nama ini membawa maksud yang relevan?
- Adakah nama ini mengelakkan kata atau klise yang terlalu banyak digunakan?
Senarai pendek saya:
- Portrait People
- Your Life in Our Lens
- Smile Seekers
- Focussed on You
Idea yang dibuang:
- Sensational Snaps
- Camera for Hire
- Pictures to Treasure
- Your Favourite Photos
- We Focus on the Good Things
- The Smooth Shutter Service
- Fabulous Photos
- PhotoPro
- Making Memories
- The Tripod God
- Snap Into Action
- Shutter Magic
- Lens Trends
- Photos for the Future
- Capture the Image
- More Than a Thousand Words
Ketiga: Dapatkan maklum balas
Sekarang anda sudah mempunyai tiga hingga enam senarai nama fotografi yang dirasakan sesuai. Anda boleh mendapatkan maklum balas daripada bakal pelanggan atau mereka yang terlibat di dalam industri ini (khalayak sasaran anda).
Elakkan maklum balas daripada keluarga dan rakan. Mereka cenderung untuk memuji semua idea anda dan mereka bukan pelanggan anda.
Pastikan anda tanyakan soalan seperti:
- Apa yang terlintas di fikiran anda ketika mendengar nama ini untuk kali pertama?
- Bagaimana anda mengejanya?
Melalui maklum balas pelanggan anda, kini anda boleh bertanya kepada diri sendiri adakah nama ini masih relevan? Dan adakah ini mewakili perniagaan anda seperti yang anda inginkan?
Maklum balas pelanggan saya:
Portrait People
Nama ini membayangkan perkhidmatan yang mesra dan tertumpu kepada gambar hebat dengan sentuhan manusia.
Your Life in Our Lens
Nama ini menyampaikan idea bahawa syarikat mengambil gambar berdasarkan subjek individu dan tidak menganggap semua subjek adalah sama.
Smile Seekers
Nama ini menunjukkan bahawa jurugambar menangkap gambar ketika tersenyum yang sempurna seterusnya membuat pelanggan gembira apabila melihatnya.
Focussed on You
Nama ini menunjukkan usaha syarikat untuk menjadikan pelanggan sebagai fokus usaha dan juga gambar mereka.
Ketiga: Semak ketersediaan nama
Pada peringkat ini, anda seharusnya memiliki sekurang-kurangnya tiga nama perniagaan fotografi (telah dianalisis) dalam senarai anda.
Pastikan nama yang dipilih bebas dari sebarang sekatan undang-undang dan domain masih tersedia.
Bagaimana caranya?
Anda boleh melakukan carian nama perniagaan dengan cepat melalui dalam talian untuk mengetahui adakah nama anda tersedia (bebas Tanda Dagang) di Malaysia. Ini boleh diperolehi dengan membuat carian di MyIPO.
Sebagai tambahan, untuk media sosial anda perlu memastikan nama perniagaan di media sosial masih mempunyai handle.
Perkara ini penting untuk tujuan pemasaran dan paling penting, supaya tidak keliru dengan perniagaan lain menggunakan nama hampir sama di platform media sosial lain.
Selain itu dapatkan kepastian adakah nama tersebut juga tersedia untuk pendaftaran nama domain.
Analisis Nama Pesaing
Untuk membantu anda mencetuskan idea nama perniagaan yang berpotensi, mari kita lihat tiga perniagaan fotografi yang berjaya dan huraikan mengapa/bagaimana mereka memilih nama perniagaan mereka dan mengapa nama ini berfungsi untuk mereka.
Canon
Pada asalnya, syarikat fotografi terkenal ini bernama Seikikōgaku Kenkyūsho. Pada tahun 1935, syarikat ini menghasilkan kamera 35mm Jepun pertama bernama Kwanon. Berdasarkan prototaip terulung ini, nama syarikat kemudian ditukar menjadi Cannon Camera Co.
Polaroid
Diasaskan oleh Edwin Land, seorang individu yang berwawasan. Syarikat ini pada mulanya mengkhususkan pembuatan cermin mata hitam terpolarisasi. Mereka kemudian melakukan banyak eksperimen dalam polarisasi cahaya dan daripada sinilah nama tersebut muncul.
Nikon
Pada asalnya, jenama ini dipanggil Nippon Kogaku – Syarikat Optik Jepun. Salah satu produk paling terkenal syarikat ini adalah rangkaian lensa yang disebut Nikkor. Kamera bersaiz penuh pertama yang dihasilkan syarikat itu dipanggil Nikon. Oleh sebab kamera tersebut begitu berjaya, syarikat itu menukar namanya menjadi Nikon.
Lima Petua Menamakan Perniagaan Fotografi Anda
Nama perniagaan yang ideal mestilah ringkas, mudah diingati dan menyampaikan makna pada masa yang sama. Berikut adalah liman petua yang perlu diingat semasa membuat nama perniagaan anda.
Pertama: Lakukan analisis terhadap pesaing
Melakukan analisis pesaing sebagai langkah pertama akan menjimatkan banyak masa anda. Proses membentuk nama perniagaan sendiri dapat dimudahkan dengan mengetahui nama apa yang harus dielakkan dan memahami mengapa/bagaimana nama pesaing anda berfungsi untuk mereka.
Semasa menganalisis pesaing, pertimbangkan perkara berikut:
- Nilai perniagaan atau produk apa yang mereka sampaikan dengan nama perniagaan mereka? Bagaimana ia berfungsi untuk mereka?
- Adakah trend bagaimana perniagaan bidang ini menamakan diri mereka sendiri? Elakkan nama yang terdengar seperti “perniagaan yang sama lagi”.
- Siapa yang terbaik? Mengapa ia berfungsi dan bagaimana saya dapat menghasilkan nama yang lebih baik?
Kedua: Fokus menamakan perniagaan bukan menghuraikan
Kesalahan yang sering dilakukan oleh pemilik perniagaan fotografi adalah menggambarkan nama perniagaan mereka secara literal serta menggunakan istilah berkaitan fotografi yang sudah terlalu banyak digunakan seperti studio dan fotografi.
Nama perniagaan lebih berkesan seharusnya menyampaikan nilai produk kepada pelanggan pada tahap yang lebih mendalam. Sebagai cadangan, cuba namakan perniagaan anda dengan nama yang mempunyai kisah menarik disebaliknya.
Sebagai contoh, mari kita ambil sebuah perniagaan fotografi sebenar bernama “Headshot London”.
Secara literal, nama ini menyampaikan idea bahawa fotografi melibatkan bahagian kepala. Mereka seolah-olah sedang memberitahu kepakaran mereka. Pelanggan dapat membayangkan mereka mengambil gambar berkualiti tinggi dan memuaskan hati.
Ketiga: Cara membuat nama yang mudah diingat
Langkah pertama untuk meresap masuk ke dalam ingatan pelanggan, anda perlu memilih nama yang mudah diingat.
Tugas ini lebih mudah dibuat melalui percakapan daripada dilakukan.
Nama perniagaan yang dipilih perlulah untuk menarik minat pelanggan dan seterusnya pelanggan akan memberi perhatian tambahan terhadap produk anda di kalangan pesaing.
Beberapa petua untuk mencipta nama yang mudah diingat adalah:
- Gunakan sebutan atau aliterasi berirama (Perfect Portraits, Fine Focus);
- Cuba gunakan perkataan yang tidak relevan ketika berada di luar konteks (Lens/Lensa – ini adalah perkataan teknikal dalam fotografi tetapi kita juga boleh menggunakannya untuk ruangan atau skop);
- Nama yang pendek dan padat.
Keempat: Cuba beli nama perniagaan yang berjenama
Nama perniagaan berjenama adalah kata yang tidak bermaksud tetapi dibaca dan disebut dengan lantang.
Mereka sering menggunakan peraturan huruf Vokal / Konsonan / Vokal kerana struktur kata ini biasanya pendek, menarik dan senang disebut dan diingat.
Contoh nama aplikasi mudah alih berjenama:
- Fotoful
- PoPortaits
- Photolike
Anda boleh mendapatkan senarai lengkap nama perniagaan berjenama di Domainify.com
Kelima: Elakkan menggabungkan perkataan hanya untuk membuat nama yang unik
Kesalahan lain yang biasanya dilakukan oleh pemilik perniagaan adalah membuat kombinasi perkataan yang janggal dan hambar apabila mereka mengetahui bahawa idea nama perniagaan mereka sudah diambil.
Sebagai contoh, John ingin menamakan perniagaannya sebagai Family Photos namun mendapat tahu nama tersebut sudah diambil.
Oleh sebab dia sudah membuat keputusan untuk menggunakan nama ini, dia cuba memilih kombinasi nama yang lebih kurang serupa seperti PhotoFamily, FamPhotos atau FamilyPhotograph.
Anda boleh lihat secara luarannya, nama-nama terbitan yang dirancang kedengaran agak janggal dan tidak kena dengan perniagaan fotografi.
Nama tersebut tidak ubah sebagai nama rawak yang tidak membawa sebarang makna, sukar diingat dan tidak menarik.
Dalam situasi seperti ini, kami mencadangkan bermula semula dan mencuba petua yang telah kami sebutkan sebelumnya.
Idea Tambahan untuk Nama Perniagaan Fotografi
Berikut adalah senarai perkataan yang mengandungi elemen trend semasa, deskriptif dan perkataan yang sering berkaitan dengan fotografi.
Perkataan popular
Berikut adalah perkataan popular yang digunakan dalam seni fotografi.
- Digital
- Photography
- Centre
- City
- Club
- Direct
- Den
- Equipment
- Exchange
- Store
- Innovation
- Aperture
- One
- House
- Warehouse
- Story
- World
- Solution
- Gear
- Heaven
- Control
- Lens
- Collective
- Zone
- Wild
Gabungan perkataan
Saya telah menggabungkan kata-kata di atas bersama nama terbitan daripada hasil penjana kami.
- InstaAperture (Instant + Aperture)
- ShutterPics (Shutter + Pictures)
- PhotoFocus (Photography + Focus)
- ZoomPic
- LapseImagery
Fotografi dalam bahasa asing
Pertimbangkan untuk menggunakan kata-kata asing dalam nama perniagaan anda untuk memberi kesan jenama antarabangsa atau eksotik.
Bahasa Latin: Consequat
Bahasa Perancis: La photographie
Bahasa Sepanyol & Itali: Fotografía