Langkah-langkah memilih nama untuk syarikat berkaitan pengurusan acara
Setiap perniagaan perlu dimulakan dengan lakaran strategi yang menyeluruh. Ini termasuklah strategi untuk menamakan sesebuah perniagaan di peringkat asas lagi. Kami sediakan enam langkah yang boleh digunakan untuk memilih nama perniagaan pengurusan acara anda.
Objektif jelas
Pastikan anda jelas dengan arah perniagaan anda. Sama ada anda mahu mulakan perniagaan pengurusan acara jenis korporat sahaja atau perniagaan menguruskan pelbagai acara seperti acara langsung di TV dan konsert bintang KPOP, objektif perniagaan perlu jelas dari awal agar nama yang dipilih boleh mencerminkan jenis perniagaan pengurusan acara yang ingin dijalankan.
Mudah disebut
Guna nama yang mudah disebut kerana bakal pelanggan anda yang memerlukan bantuan pengurusan acara selalunya menghadapi kekangan masa untuk perkara luar dari kepakaran mereka. Jadi pilih nama yang mudah disebut dan diingati.
Nama yang mudah dijadikan logo
Jika sudah ada nama yang sesuai dan mudah diingat, anda juga perlu memikirkan bagaimana nama tersebut boleh dijadikan asas kepada logo syarikat anda. Jadi pastikan anda fikirkan idea bagaimana nama itu boleh diterjemahkan secara visual untuk tujuan pemasaran.
Domain masih sah
Penjana Nama Syarikat Pengurusan Acara BNG yang serba lengkap membolehkan anda semak sama ada domain untuk nama yang dipilih masih sah untuk digunakan. Jadi sambil-sambil anda mencari idea dengan penjana kami, semak terus kesahihan doman tersebut sebelum membuat keputusan muktamad.
Rangsang sensori pelanggan
Gunakan perkataan yang merangsang sensori bakal pelanggan. Penggunaan perkataan yang boleh mencetuskan idea “pengurusan acara” itu sendiri di minda pelanggan. Jadi, mereka dapat mendekati khidmat anda dengan lebih mudah dan organik. Lihat sahaja syarikat pengurusan acara terkenal tempatan, DoReMi.
Nama selari dengan slogan syarikat
Bagi mereka yang ingin sertakan slogan pada nama syarikat, pastikan nama yang dicipta harmoni dengan slogan yang anda sedang fikirkan. Anda tak mahu cipta sesuatu yang janggal dengan nama yang tidak sesuai dengan slogan yang tidak munasabah.
Idea nama organisasi pengurusan acara tanpa sempadan
Industri pengurusan acara amat luas. Sama ada anda mahu kecilkan skop perniagaan anda ke arah pengurusan acara yang tertentu sahaja atau pengurusan pelbagai acara, tempatan mahupun antarabangsa, kami ada alat janaan nama perniagaan yang serba lengkap untuk bimbing anda secara efektif.
Nama syarikat pengurusan acara korporat
Berikut adalah senarai nama untuk syarikat pengurusan acara korporat yang kami telah janakan dengan Penjana Nama Syarikat Pengurusan Acara BNG. Tetapan filter kami membenarkan anda perincikan skop pencarian sehingga anda berjaya dapat nama yang diinginkan.
1. Event Prestij 2. Gala Gusto 3. Acara Vibe 4. Acara Fest 5. Estetika Budaya 6. Sambut 7. Gemilang Soiree 8. Sorotan Majestik 9. Event Fiesta 10. Festi Flick | 11. Masa Eksklusif 12. Gala Gaya 13. Seminar Cekap 14. Korporat Luxe 15. Konsert Zing 16. Korporat Bakti 17. Event Maju 18. Korporapture Emas 19. Petang MajuPR 20. Pesona Twilight |
Syarikat pengurusan pementasan acara
Untuk syarikat pengurusan pementasan acara, sama ada acara maya atau fizikal, Penjana Nama Syarikat Pengurusan Acara BNG boleh menyediakan beribu opsyen untuk anda dalam hanya beberapa langkah mudah. Mulakan dengan memilih jenis Wizard View kami, sama ada Basic Wizard atau Advance Wizard.
1. Kreatif Gelombang 2. Ritma Maju 3. Energi Musik 4. Konserto Murni 5. Sorak KPOP 6. Gempak Konsert 7. Karisma Konsert 8. Debak 9. Kreatif Dendang 10. Dekorasi | 11. Bakawali 12. Semarak 13. The Konvokesyen Lab 14. GoKonsya 15. ASEAN Gemala 16. ASEAN Gemawan 17. Anugerah Luminara 18. Ekspo Gemastra 19. Ekspo Ceritera 20. Seloka Pentas |
Penjana Nama Perniagaan Lain yang Berkaitan
Penjana Nama & Idea Syarikat Pengurusan Acara
Jana nama syarikat acara yang unik.
Idea & Penjana Nama Perniagaan Pertanian
Cari nama perniagaan pertanian berkredibiliti.
Idea & Penjana Nama Syarikat Kosmetik
Kreativiti pada nama syarikat kosmetik.
Idea & Panduan Penjana Nama Syarikat Pembinaan
Nama syarikat pembinaan yang profesional.