Hai. Nama saya Ashley. Saya seorang pakar dalam penjenamaan dan pemasaran.
Saya akan membimbing anda untuk membentuk nama domain perniagaan atau laman web anda melalui beberapa petua.
Microsoft.com vs MikeRowSoft.com
Mike Row ialah seorang pereka laman web separuh masa. Sekitar 2013, dia mendaftarkan nama domain menggunakan nama sendiri dan menambah perkataan ‘soft’ di hujung. Nama domain didaftarkan? MikeRoweSoft.com
Microsoft? Anda tahu siapa mereka.
Apabila mendapat tahu nama domain tersebut telah didaftarkan, mereka mendakwa nama tersebut melanggar tanda dagang yang telah didaftarkan dan meminta Mike Row menggugurkan laman web tersebut.
Nama domain MikeRowSoft.com secara fonetiknya sama dan menimbulkan kekeliruan.
Kisah ini mendapat perhatian orang ramai dan hanya berakhir apabila Mike Row menerima pakej tawaran penyelesaian dan juga satu konsol X-Box dari Microsoft!
Apa yang saya ingin sampaikan melalui kisah ini, nama domain adalah begitu penting.
Jadi tidak kira tujuan anda mendaftarkan nama domain; perniagaan atau pun tujuan peribadi, anda perlu tahu cara yang betul untuk mencari nama domain sebelum didaftarkan.
Cara Memilih Nama Domain
Jadikan pendek dan mudah: Apabila seseorang mencari laman web anda, mereka perlu memasukkan nama di carian. Sekiranya tidak dapat mengeja, mereka tidak akan menemui anda dan itu masalah yang besar.
Begitu juga nama domain yang terlalu panjang, mereka mungkin tidak akan ingat semuanya. Kewujudan secara online akan menjadi sukar. Pastikan nama anda ringkas
Bagaimana nama anda apabila disebut: Adakah seseorang dapat mengeja dengan mereka mendengar nama sahaja. Adakah nama kelihatan janggal atau mungkin anda perlu jelaskan apa yang diucapkan?
Contohnya, sebuah kedai menjual barang Halloween mungkin bernama ‘WhichWitch.com’. Nama ini menarik, menyeronokkan dan mudah diingat. Tetapi apabila disebut, anda perlu menerangkan ejaan ‘which’ dan ‘witch’.
Gunakan kata kunci: Sekiranya anda tidak cenderung dengan URL berasaskan syarikat, seperti ‘syarikatsaya.com’, maka anda harus memilih sesuatu yang sesuai dengan industri anda.
Kata kunci yang relevan dengan industri akan membantu SEO seterusnya anda menghasilkan rank yang lebih baik dalam dalam carian organik.
Contohnya, jika anda terlibat dalam bidang pembinaan, anda mungkin akan memikirkan beberapa istilah seperti ‘constrution’, ‘bina’ atau ‘builder’.
Google Keyword Planner boleh membantu mencari idea kata kunci yang sesuai.
Elakkan nombor dan simbol: Terdapat beberapa sebab untuk mengelakkan simbol dan nombor. Salah satunya adalah bunyinya tidak sedap apabila disebut.
Bayangkan menyebut “MyConstruction, tanda sempang, enam puluh dua, nombor enam puluh dua, dot com.”
“MyConstruction.com” jauh lebih mudah untuk ditaip, dieja diingat.
Jadikan mudah diingat: Nama domain asli yang mudah diingati, unik akan membantu jenama anda.
Domain yang mudah diingat membuatkan carian di online lebih mudah, meningkatkan kesedaran jenama dan akhirnya akan menghasilkan lebih banyak perniagaan.
Periksa tanda dagangan: Pemilik tanda dagang secara sah boleh menuntut pemilik nama domain jika mereka berpendapat bahawa nama domain lain mendatangkan kekeliruan kepada tanda dagang mereka.
Tuntuan mereka lebih kuat di sisi undang-undang walaupun anda memiliki domain secara sah dan menggunakannya untuk tujuan perniagaan yang tidak berkaitan dengan tanda dagangan mereka.
Pendaftaran Domain: Apa Anda Perlu Tahu
Di bahagian ini, saya akan menjawab beberapa soalan umum yang mungkin anda ada semasa mendaftar atau membuat nama domain.
Bagaimana mencari domain tersedia
Sebelum anda mengambil keputusan akhir untuk sesuatu idea, periksa sama ada domain tersedia atau tidak.
Ini dapat dilakukan dengan mudah menggunakan perkhidmatan kami kami sediakan; hasilkan ribuan idea nama domain yang hebat dan periksa ketersediaannya.
Dengan menggunakan widget periksa domain pada halaman hasil carian, anda dapat melihat senarai domain peringkat tertinggi atau TLD (top level domain) yang masih lagi tidak diambil dan seterusnya daftarkan domain anda dengan mudah.
Carian nama domain akan menjadi lebih mudah dan berkesan, lebih-lebih lagi jika anda dapat mencari nama domain percuma.
Bagaimana jika domain anda telah diambil?
Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk masalah ini.
Pertama sekali, jika anda tidak pasti sepenuhnya sama ada menamakan perniagaan sama seperti nama domain atau sebaliknya, anda boleh menjadi lebih kreatif.
Cuba buat nama menjadi satu frasa dengan menambahkan awalan atau akhiran.
Anda boleh menambah ‘The’ atau ‘This is’ sebelum atau selepas nama. Katakan anda ingin mencuba nama ‘Book Worm’ untuk kedai buku anda.
Semakan pantas menggunakan pemeriksa domain kami menunjukkan semua TLD telah diambil. Namun, untuk ’The Book Worm’ masih lagi boleh digunakan.
Haruskah saya daftar domain sebagai ‘.com’?
Terdapat banyak TLD tersedia, jadi mengapa anda harus mendapatkan domain .com?
Bagi kebanyakan laman web, extension domain ‘.com’ adalah pilihan terbaik. Sekitar 75% domain mempunyai extension ‘.com’. Ini adalah extension domain paling mudah untuk diingat.
Selain itu, kebiasannya orang ramai akan meneka extension ‘.com‘ terlebih dahulu sekiranya mereka berusaha mencari laman web anda secara online.
Namun seperti yang dikatakan, oleh sebab extension ‘.com’ digunakan secara meluas, ada kemungkinan anda mungkin tidak dapat gunakan extension ini.
Sebilangan besar domain .com telah dituntut, jadi anda mungkin perlu berkompromi dengan nama domain anda, atau membayar sejumlah besar untuk membeli domain tersebut.
Terdapat banyak TLD lain yang boleh anda gunakan, masing-masing dengan makna umum mereka sendiri.
Cari senarai lengkap semua TLD di sini.
Senarai TLD selain ‘.com’
- .co : singkatan untuk syarikat, perdagangan, dan komuniti.
- .info : laman web maklumat.
- .net : teknikal, laman web infrastruktur Internet.
- .org : organisasi bukan komersial dan bukan untung.
- .biz : penggunaan perniagaan atau komersial, seperti laman web e-dagang.
- .me : blog, resume atau laman web peribadi.
Daftar domain yang relevan dengan negara anda
Perniagaan yang baru dimulakan perlu membina kehadiran di online secara serentak.
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, contohnya rangkaian kafe di luar negara,sudah pasti anda mahukan nama domain kedengaran seperti domain tempatan.
Meskipun model perniagaan anda bersifat global dan menyediakan perkhidmatan khusus untuk sesebuah negara, anda boleh menggunakan URL yang berbeza.
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan.
Gunakan kebolehpercayaan jenama perniagaan anda seperti Kodak. Anda boleh menambah extension berdasarkan lokasi misalnya, ‘.my’, untuk Malaysia untuk memberitahu bahawa ini adalah laman web Malaysia.
Anda juga boleh meneroka nama domain dalam bahasa tempatan dan memilih nama domain yang sesuai untuk perniagaan baru ini di luar negara.
Untuk membantu anda, cuba gunakan penjana nama domain kami yang berfungsi di dalam bahasa Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Portugis.
Penggunaan domain ‘.io’
Jika anda perasan, ada juga laman web yang menggunakan domain ‘.io’. Card.io, dan Branch.io adalah contoh syarikat yang menggunakan domain ini. Malah, Google sendiri mempunyai domain Google.io.
Persoalannya, mengapa ‘.io’?
Domain .io sama seperti .my dan .sg. IO merujuk kepada British Indian Ocean Territory atau Wilayah Lautan Hindi British. Domain ini sangat popular dikalangan perniagaan start-up atau SaaS terutamanya melibatkan teknologi.
Huruf IO secara tidak rasminya dianggap sebagai istilah input/output untuk program pengkomputeran. Ketersediaan domain ini lebih besar jika dibandingkan dengan generic TLD yang lain.
Dan paling penting, domain ini memang sudah dikenali sebagai konotasi kepada syarikat teknologi.
JIka perniagaan anda ada kena mengena dengan teknologi atau SaaS, anda mungkin boleh pertimbangkan idea domain ‘.io’ ini.
Haruskah saya daftar domain peribadi?
Nama domain peribadi sangat berguna jika ingin membina jenama peribadi anda.
Selain itu, laman web peribadi adalah tempat yang bagus untuk menempatkan resume online.
Ia juga berguna untuk menghantar dan menerima e-mel dari alamat e-mel peribadi serta menunjukkan profesionalisme.
Apabila menggunakan domain peribadi, anda boleh menggunakan nama penuh atau nama keluarga sahaja. Selain itu, bagi domain peribadi, anda harus menggunakan TLD ‘.me’.
Sekiranya nama anda sukar dieja, penggunaan nama keluarga mungkin lebih sesuai di sini. Domain yang ringkas akan membantu carian laman web online anda menjadi mudah.
Anda juga boleh menggunakan awalan, misalnya John Smith mungkin menggunakan JSmith.me, SmithJ.me atau JohnS.me.
Anda juga perlu pertimbangkan bagaimana alamat e-mel anda akan dipaparkan. Sebagai contoh, jika domain laman web adalah johnsmith.me, alamat e-mel akan menjadi [email protected]
Apakah maksud domain berjenama?
Domain berjenama bermaksud apabila anda mendengar atau melihat nama tersebut itu kedengaran dan kelihatan seperti jenama; mudah diingat, pendek, relevan dan menarik.
Ini antara sebab lain untuk mengelakkan tanda sempang dan nombor.
Berbanding dengan domain generik, nama berjenama lebih menonjol dalam sesuatu persaingan.
Nama generik mungkin diisi dengan kata kunci yang membantu SEO mereka, tetapi itu tidak membantu orang ramai untuk mengingatinya dan boleh merosakkan identiti jenama anda.
Salah satu cara untuk membuat nama domain berjenama adalah dengan membuat kata-kata asli yang bukan kata kamus, tetapi mudah dieja dan diucapkan. Contoh yang baik ialah Spotify.
Ini adalah gabungan perkataan ‘Spot’ dan ‘Identify’. Nama ini menarik, mudah diucapkan dan dieja, pendek dan mengandungi pelbagai makna yang relevan, seperti mengenal pasti muzik dengan segera.
Analisis Nama Domain
Berikut adalah beberapa contoh perniagaan sebenar dan bagaimana mereka menyusun nama domain mereka.
M&Ms:
Coklat M&Ms. Jenama ini memiliki simbol ‘&” dalam nama mereka. Untuk nama domain, mereka telah membuang simbol itu, dan dieja menjadi mms. Strategi ini berkesan kerana ‘mms’ mengingatkan suara yang dibuat seseorang ketika mereka makan sesuatu yang enak dan masih berkaitan dengan produk serta jenama mereka.
The Tree:
Ini adalah agensi pemasaran yang berpusat di London. Mereka tahu carian di internet ‘the tree’ agak sukar dan tidak boleh lari daripada hasil carian tentang pokok dan tumbuhan. Mereka menambah frasa menjadi thisisthetree.com
Adidas:
Adidas tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan URL yang paling relevan kerana nama mereka sangat asli. Lebih menarik lagi, mereka juga telah membeli addidas.com dan adiddas.com. Kedua-duanya mengalihkan ke adidas.de. Mereka sedar bahawa nama mereka tidak mudah dieja jadi mereka membeli domain dengan ejaan serupa. Ini juga menghalang pihak lain menubuhkan perniagaan dengan nama yang serupa.
Milka:
Milka adalah jenama antarabangsa dari Jerman untuk menangani pasaran antarabangsa yang mempunyai pelbagai domain. ‘.de’ adalah untuk laman web Jerman manakal ‘.com’ pula adalah laman web antarabangsa mereka.
Canon:
Canon melakukan sesuatu yang sedikit berbeza untuk URL mereka. Untuk laman web sesuatu negara mereka menggunakan sub-domain, contohnya my.canon untuk Malaysia dan sg.canon untuk Singapura. Laman web canon.com adalah laman web untuk global sahaja.
Lindt:
Lindt, seperti syarikat antarabangsa utama lain mempunyai banyak laman web. Laman webnya hampir sama tetapi dengan variasi produk dan jelas diterjemahkan ke dalam bahasa yang berkaitan. Contohnya, Lindt.com mengalihkan ke lindtusa.com untuk pasaran Amerika dan laman web Jerman mempunyai extension .de misalnya.
Perkara yang Perlu Diingat
Memilih nama domain anda bergantung pada beberapa perkara, sama ada domain peribadi atau domain perniagaan.
JIka perniagaan, apakah jenis perniagaan yang dijalankan? Adakah anda mempunyai perancangan mengembangkan perniagaan anda ke peringkat antarabangsa?
Domain anda boleh termasuk kata kunci untuk membantu SEO anda atau pendek dan berjenama seperti Spotify atau Kodak. Penting untuk mempertimbangkan TLD yang lain.
Anda boleh mendapat nama yang sesuai dengan perniagaan anda, seperti .net, atau relevan dengan lokasi, seperti, .co.uk, atau my.
Jangan mengeja perkataan yang sukar diucapkan. Lebih-lebih lagi perkataan itu tidak membawa apa-apa makna.
Teliti perkataan yang mungkin memberi makna berbeza dalam bentuk domain. Sebagai contoh, sebuah perniagaan seni mempunyai nama Speed of Art.
Tiada apa yang silap di sini. Tetapi apabila dimasukkan dalam bentuk nama domain, speedofart.com boleh menjadi makna yang sangat berbeza dan tidak ada kena mengena dengan seni!
Lakukan sedikit sumbang saran dan buat beberapa frasa yang menawan. Cuba bayangkan bagaimana anda akan menggambarkan jenama anda.
Anda juga disarankan melakukan eksperimen dengan Penjana Nama. Masukkan perkataan atau frasa puluhan cadangan menarik akan dihasilkan.
Periksa ketersediaan domain dengan pantas serta mudah (menggunakan widget pemeriksa domain di halaman hasil). Serlahkan kreativiti dan ciri inovatif dalam diri anda.