Jika diperhatikan, hampir kebanyakan nama wain terkenal di dunia menggunakan nama pemilik/pengasas bisnes wain atau pun nama tempat asal wain tersebut dihasilkan.
Dan jika diperhatikan lebih lanjut, jenama wain yang popular ini menggunakan perkataan atau tempat dalam bahasa Itali atau Perancis. Untuk rakyat Malaysia yang tidak begitu fasih kedua-dua bahasa ini, hampir pasti berbelit lidah untuk menyebutnya.
Persoalannya, mengapa nama-nama sebegitu masih dapat diingat pelanggan malah disebut dengan tepat walaupun mereka bukan penutur asli untuk bahasa yang digunakan sebagai jenama tersebut?
Artikel ini akan membincangkan bagaimana anda boleh memilih nama yang bagus untuk bisnes wain anda menggunakan penjana nama.
Permintaan Wain di Malaysia
Minuman wain lebih dilihat sebagai satu gaya hidup dan dari segi permintaan, agak jauh lebih rendah daripada minuman beralkohol lain seperti bir. Faktor ini ditambah dengan cuaca dan iklim di Malaysia yang tidak begitu sesuai untuk penanaman anggur atau vineyard.
Namun terdapat kemungkinan permintaan terhadap wain akan meningkat dan dengan permintaan yang lebih kecil, pasaran wain boleh dikatakan sebagai bisnes niche.
Selain daripada pembekal atau pengimport wain untuk pasaran tempatan, cabang bisnes berkaitan wain juga melibatkan produk label putih atau white label. Produk wain akan dibotolkan dan dijenamakan semula dengan nama produk/bisnes untuk dijual semula di pasaran tempatan.
Walau apa jenis bisnes berkaitan wain yang anda ceburi, semuanya mempunyai satu persamaan–anda memerlukan nama yang mampu menarik dan memberi keyakinan kepada pelanggan.
Mengapa Nama Penting untuk Bisnes Wain
Memang benar, terdapat banyak faktor dipertimbangkan pelanggan sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli wain.
Pelanggan akan membandingkan harga, kualiti, rasa, reputasi malah sumber ladang anggur untuk menghasilkan wain.
Tetapi, nama bisnes berupaya mempengaruhi emosi dan pertimbangan pelanggan. Ciri-ciri nama yang mudah boleh membuatkan pelanggan selesa dan seakan memahami kualiti produk yang ditawarkan.
Apabila sesorang pelanggan mendengar sebutan sesebuah nama bisnes, mereka boleh membuat tanggapan awal terhadap kualiti atau rasa wain sebelum mencubanya.
Satu kajian mendapati nama bisnes mempunyai hanya kurang daripada tujuh saat untuk menarik perhatian pelanggan untuk mendalami produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesuatu jenama.
Contoh Nama Bisnes Wain
Sebagai permulaan, mari kita lihat beberapa nama bisnes wain sedia ada di pasaran untuk mendapatkan gambaran awal dan inspirasi.
Straits Wine Company
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2006 di Singapura dan merupakan pengedar, pengimport dan penjual wain di Malaysia dan Singapura. Mereka juga menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan wain yang lain seperti, perunding konsep wainmajlis korporat dan persendirian dan perancang bilik simpanan wain.
“Straits” merupakan perkataan sinonim yang digunakan oleh syarikat di Singapura atau syarikat lama di Negeri-Negeri Selat ketika zaman kolonial British di Malaya.
Wine Talk
Wine Talk merupakan stor online yang menjual pelbagai seleksi wain yang diimport untuk peminat wain di Malaysia. Selain daripada wain, mereka juga menjual minuman beralkohol lain seperti wiski dan gin.
Terdapat pakej wain dalam bentuk hadiah bagi mereka yang inginkan kelainan dan juga penghantaran pada hari yang sama.
Domaine de la Romanée-Conti
Lebih dikenali sebagai “DRC” di antara peminat tegar wain di seluruh dunia. Nama
Tips dalam Menamakan Bisnes Wain
Untuk mendapatkan nama bisnes wain yang menarik dan unik, kami kongsikan beberapa kriteria ringkas yang sesuai dijadikan panduan untuk nama bisnes anda.
- Cuba elakkan nama yang sukar dieja: ini membolehkan nama bisnes anda lebih mudah untuk diingat oleh pelanggan. Sekurang-kurangnya apabila seseorang pelanggan ingin memilih wain dipasaran, mereka akan teringat kewujudan jenama anda.
- Nama bisnes anda mestilah kedengaran global untuk menembusi pasaran antarabangsa di kemudian hari. Jadi, cuba pilih nama yang boleh dibaca secara universal.
- Elakkan memilih nama yang seakan sama dengan jenama yang sedia ada di pasaran. Pendekatan sebegini boleh membuatkan pelanggan meragui kualiti produk anda dan pada masa yang sama tidak menonjolkan keunikan tersendiri.
- Melainkan bisnes wain anda mempunyai ladang anggur (vineyard) sendiri, elakkan mengunakan lokaliti yang spesifik pada nama bisnes yang boleh menjadi faktor penghalang untuk bisnes terus berkembang.
- Pilih nama yang sesuai dalam bentuk visual. Nama yang terlalu panjang sukar disesuaikan dengan logo dan digunakan untuk material pemasaran.
- Pertimbangkan penggunaan penjana nama. Luaskan potensi kreativiti anda dengan bantuan penjana nama yang mampu menjana lebih banyak nama cadangan dengan pantas berdasarkan kata kunci.
Apa itu Penjana Nama
Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.
Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik.
Apakah Keistimewaan Penjana Nama Bisnes Wain Berbanding Penjana Nama Lain?
Penjana nama mempunyai keupayaan menjana ratusan nama unik sekali gus.
Secara alternatifnya, jika anda rasakan nama yang dijana kurang ideal, anda masih lagi boleh gunakan sebagai inspirasi tambahan atau idea untuk mencetuskan kreativiti dalaman anda.
Jadi tidak rugi mencuba dan kami senaraikan sebab-sebabnya:
- Padanan mengikut logik
Penjana Nama Bisnes Wain mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih.
Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rambang.
- Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana Nama Bisnes Wain memudahkan pencarian nama bisnes. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produk yang dihasilkan atau khidmat yang ditawarkan.
Nama yang dijana akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
- Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu atau dua perkataan untuk hasil janaan. Untuk dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
- Tidak perlukan pendaftaran
Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan email sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut.
Jika anda memasukkan emel, besar kemungkinan peti masuk emel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.
Tidak leceh dan begitu mudah.
Itulah kelebihan penjana nama kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.
- Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan penjana nama kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
- Idea tanpa had
Memandangkan ia hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Wain
Selepas mengetahui apa itu dan kelebihan penjana nama kami, kini kami akan terangkan cara menggunakannya.
Secara praktikal, Penjana Nama Bisnes Wain sememangnya mudah untuk dikendalikan dan berbaloi jika digunakan untuk proses pencarian nama.
Langkah pertama:
Masuk ke laman web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, contohnya seperti Bahasa Perancis, Jerman dan Belanda.
Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri berkaitan dengan produk yang anda hasilkan atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Anda boleh memilih lebih daripada satu jenis industri untuk setiap janaan.
Sebagai contoh, pilih industri “food”, “cafe” atau “marketing” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Secara ringkasnya, Penjana Nama Bisnes Wain kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima (untuk dua perkataan);
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga:
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
20 Idea Nama untuk Penjana Nama Bisnes Wain
Untuk memberikan gambaran praktikal, kami telah menggunakan Penjana Nama Bisnes Wain dan menjana beberapa idea nama yang sesuai.
- Anggur Victory
- Anggur Mega
- Wain Rooster
- Khamar Wind
- Khamar Iconic
- Wain Popplin
- Wain Tropical
- Wain Awaken
- Anggur Lakeside
- Wain Grain
- Anggur Boy
- Wain Torque
- Anggur Antlantik
- Anggur Artic
- Wain Weight
- Khamar Kitty
- Wain Wholesome
- Anggur Augur
- Wainporium
- Waintastic
Apakah Perkara yang Perlu Dipertimbangkan semasa Memilih Nama Bisnes Wain
Walaupun anda telah mempunyai beberapa nama yang telah disenarai pendek dan juga mendapat maklum balas positif daripada orang ramai, itu tidak bermakna anda “berhak” secara automatik untuk menggunakan nama tersebut.
Ada kemungkinan nama-nama tersebut telah dimiliki oleh pihak lain walaupun mereka tidak menggunakan secara aktif, atau hanya memilikinya secara suka-suka.
Sangat penting untuk anda pastikan nama tersebut boleh digunakan tanpa sebarang halangan serta-merta ataupun masalah yang akan timbul dikemudian hari.
Bagaimana caranya?
- Ketersediaan domain
Seperti kami katakan, ada pemilik domain yang langsung tidak berniat untuk menggunakan domain yang mereka miliki dan mereka ini dikenali sebagai cybersquatting.
Bayangkan jika anda sudah memilih nama dan membuat pendaftaran perniagaan dan merangka strategi pemasaran, namun mendapati domain anda sebenarnya telah dimiliki oleh pihak lain.
Ini semestinya mendatangkan kerugian besar kepada bisnes anda.
Sekiranya anda mendapati domain untuk nama pilihan telah diambil pihak lain, gugurkan nama tersebut daripada senarai akhir anda.
Salah satu kelebihan menggunakan Penjana Nama Bisnes Wain kami adalah anda boleh menyemak ketersediaan domain nama yang dijana secara serta-merta.
- Saluran media sosial
Media sosial antara platform paling “ampuh” sebagai pemasaran digital dan ruang untuk berinteraksi dengan pelanggan anda.
Jika anda mempunyai perancangan untuk menggunakan beberapa platform media sosial, anda pasti mahukan keseragaman pada setiap saluran.
Jadi cuba semak sama ada nama pilihan anda masih boleh digunakan sebagai handle dan hashtags.
Jika tidak, anda terpaksa menggunakan nama handles dan hashtags media sosial yang berbeza dan boleh mengelirukan pelanggan.
Lebih teruk lagi, anda terpaksa menggandakan usaha pemasaran (dan melibatkan kos tambahan) kerana perlu membuat strategi nama yang berbeza disebabkan perbezaan tersebut.
- Tanda dagang
Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.
Pertama; jika anda menggunakan perkataan/nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.
Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangkan bisnes anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama/jenama anda.
Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama komersial yang hampir sama.
Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.
Apakah Kesilapan yang Perlu Dielakkan untuk Nama Bisnes Wain
Kesimpulan
Memilih nama bisnes mungkin tidak semudah yang anda sangkakan. Namun ia tidak mustahil, lebih-lebih lagi jika dilakukan dengan cara yang betul. Gunakan tips-tips yang kami telah kongsikan serta ambil contoh nama bisnes wain sedia ada di pasaran sebagai inspirasi. Letakkan sedikit kepercayaan kepada bantuan Penjana Nama Bisnes Wain kami untuk dapatkan nama yang unik dan menarik.
Semoga berjaya.