Memilih nama bisnes bukanlah sesuatu perkara yang bolkeh dilakukan tanpa persediaan dan mengetahui kriteria yang perlu ada untuk nama tersebut.
Artikel ini akan membincangkan bagaimanakah penjana nama boleh membantu anda mendapatkan nama bisnes tekstil yang unik dan menarik.
Contoh Nama Bisnes Tekstil
Sebagai permulaan, kami kongsikan tiga contoh nama bisnes tekstil tempatan yang sememangnya dikenali ramai.
MK Curtain
Ditubuhkan pada tahun 2005 dengan hanya menyewa satu lot kedai kecil di Nilai bersama dua orang pekerja. Kini MK Curtain dikenali sebagai antara kedai menjual langsir terbesar di Malaysia.
Nama MK Curtain adalah bersempena awalan pengasasnya yang juga pasangan suami isteri, Khiu Fiu Siang dan Moon Sze Fui
Tekstil Bunga Raya
Sebelum nilai dikenali sebagai “Syurga kain dan tekstil”, Bandar Tangkak terlebih dahulu meyandang gelaran tersebut. Nama penuh untuk kedai ini adalah Perniagaan Tekstil Bunga Raya (Tangkak) Sdn Bhd dan seperti namanya, di asaskan di Bandar Tangkak.
Kamdar
Sebuah rangkaian kedai fabrik yang begitu popular di kalangan rakyat Malaysia. Nama Kamdar adalah bersempena nama pengasasnya, Harsukhlal Magandal Kamdar.
Tips untuk Nama Bisnes Tekstil
Terdapat cara untuk dapatkan nama kedai tekstil yang berkualiti. Objektif utama nama di dalam perniagaan adalah untuk memudahkan pelanggan ingat dan mampu menarik perhatian mereka.
Kami kongsikan tips berikut sebagai panduan:
Pendek dan mudah
Nama yang pendek dan mudah lebih senang diingat pelanggan. Walaupun anda mencipta perkataan sendiri, perkataan tersebut perlu pendek dan tidak sukar untuk disebut oleh mereka.
Unik
Nama yang unik akan mendapat lebih perhatian pelanggan berbanding pesaing di pasaran.
Maksud unik ini tidaklah sampai kedengaran mengarut atau seakan meniru. Pelanggan akan lebih cenderung memilih jenama yang lebih terkenal apabila anda menamakan dengan nama yang lebih kurang sama.
Ejaan dan sebutan yang mudah
Jika sukar dieja, ada kemungkinan pelanggan akan tersalah taip atau eja. Lebih teruk lagi, mereka terus melayari laman web lain/laman media sosial lain dan anda akan kehilangan trafik.
Nama yang sukar disebut sehingga berbelit lidah mengundang persepsi negatif, seterusnya pelanggan tidak akan mengambil serius terhadap bisnes anda.
Keaslian
Nama adalah identiti bisnes anda. Elemen keaslian penting untuk memberi keyakinan kepada pelanggan dan juga mengelakkan tanggapan nama anda seakan sama dengan pesaing. Tanggapan ini boleh menjurus satu perkara yang paling ditakuti oleh mana-mana pemilik bisnes; pelanggan mula meragui ketulenan dan kualiti produk yang dijual.
Jelas dan memudahkan pelanggan
Nama bisnes tekstil anda tidak semestinya mengandungi kata kunci, tetapi jangan sampai mengelirukan pengguna atau pelanggan. Nama yang berkualiti dapat menyampaikan jenis produk yang ditawarkan secara umum kepada pelanggan, atau sekurang-kurangnya logik dan dapat diagak oleh pelanggan apabila mereka pertama kali melihat atau mendengarnya.
Gunakan penjana nama
Penjana nama boleh membantu anda mendapatkan idea dan inspirasi, lebih-lebih lagi jika anda kebuntuan idea untuk mencari nama yang sesuai.
Jangan risau, kami akan membimbing anda mengetahui fungsi dan kelebihan penjana nama dengan lebih mendalam.
Apa itu Penjana Nama Bisnes Tekstil
Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.
Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik.
Apakah Kelebihan Menggunakan Penjana Nama Bisnes Tekstil
Menggunakan penjana nama dapat menggunakan sebenarnya dapat membuka lebih banyak jalan dan ruang kreativiti dalam proses pencarian nama bisnes.
Penjana Nama Bisnes Tekstil mempunyai keupayaan menjana ratusan nama unik secara serta-merta.
Secara alternatifnya, jika anda rasakan nama yang dijana kurang ideal, anda masih lagi boleh menggunakan nama yang dijana sebagai inspirasi tambahan atau idea untuk mencetuskan kreativiti dalaman anda.
Jadi tidak rugi mencuba dan kami senaraikan sebab-sebabnya:
Padanan mengikut logik
Penjana Nama Studio Tarian mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih.
Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rambang.
Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana Nama Studio Tarian memudahkan pencarian nama bisnes. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produk yang dihasilkan atau khidmat yang ditawarkan.
Nama yang dijana akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu atau dua perkataan untuk hasil janaan. Untuk dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
Tidak perlukan pendaftaran
Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan email sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut.
Jika anda memasukkan emel, besar kemungkinan peti masuk emel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.
Tidak leceh dan begitu mudah.
Itulah kelebihan penjana nama kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.
Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Studio Tarian kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
Idea tanpa had
Memandangkan ia hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Tekstil
Selepas mengetahui apa itu dan kelebihan Penjana Nama Bisnes Tekstil, kini kami akan terangkan cara menggunakannya.
Secara idealnya, ia sememangnya mudah untuk dikendalikan dan berbaloi jika digunakan untuk proses pencarian nama.
Langkah pertama:
Masuk ke lama web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri berkaitan dengan produk yang anda hasilkan atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Anda boleh memilih lebih daripada satu jenis industri untuk setiap janaan.
Sebagai contoh, pilih industri “technology” dan “events” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Secara ringkasnya, Penjana Nama Bisnes Tekstil kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima (untuk dua perkataan);
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga:
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
20 Idea Nama untuk Bisnes Tekstil
- Vanity Linen
- Tekstilaza
- Glimmer Tekstil
- Emporium Kain
- Tekstilster
- Willow Tekstil
- Linenzoid
- Kashmirdeck
- Pak Tenunan
- Tenun Trinity
- Tekstil Take
- Tekstil Tundra
- Tekstil Tape
- Kain Empire
- Kain Kaiser
- Friendly Fabrik
- Selembar Scoop
- Kashmir Kitty
- Kashmir Kronic
- Tenun Tune
Apakah Cara untuk Mendapatkan Nama Bisnes Tekstil
Kami telah pun kongsikan contoh nama kedai tekstil sebenar di pasaran tempatan dan juga idea nama yang kami jana menggunakan Penjana Nama Bisnes Tekstil. Kini mari kita lihat panduan untuk dapatkan nama kedai tekstil secara sistematik.
1. Produk
Terdapat banyak model perniagaan tentang pengkhususan produk yang digunapakai oleh kedai tekstil di Malaysia. Cuba kenalpasti apakah produk utama yang anda tawarkan kepada pelanggan.
Nama tekstil kedai anda perlu relevan dengan produk yang ditawarkan kepada pengguna, lebih-lebih lagi kedai kain anda berskala kecil dan tidak menjual pelbagai jenis tekstil.
2. Kenal pasti pelanggan sasaran
Memandangkan pasaran untuk industri tekstil sememangnya kompetitif, nama kedai anda perlu tampil lebih unik berbanding pesaing, atau dapat menarik perhatian pengguna sasaran dengan pantas.
Cuba kenal pasti demografi pengguna sasaran untuk memudahkan anda mendapat nama yang sesuai.
3. Brainstorming
Cuba lihat semula misi, visi, pelan bisnes atau unique selling preposition (USP) kedai tekstil anda. Kemudian, dapatkan senarai kata kunci yang relevan dengan perkara yang disebutkan atau boleh menggambarkan identiti kedai anda kepada pelanggan.
Kata kunci inilah yang akan membezakan kedai anda dengan pesaing di pasaran.
Gabungkan kata kunci ini dengan perkataan lain untuk membentuk satu frasa nama yang unik.
Bagaimanakah Saya Boleh Tahu Nama yang Dipilih Itu Menarik?
Anda boleh cuba dapatkan maklum balas orang ramai terhadap nama yang telah disenarai pendek.
Walaupun anda mungkin rasakan satu atau dua nama yang disenarai pendek menjadi pilihan anda secara peribadi, maklum balas responden sangat penting kerana mereka memilih dari perspektif seorang pelanggan.
Ada pelbagai medium untuk mendapatkan maklum balas orang ramai. Gunakan kemudahan di internet seperti media sosial dan juga Google form untuk mendapatkan bilangan responden yang lebih ramai dan pelbagai.
Antara soalan yang anda boleh tanyakan adalah:
- Adakah nama tersebut itu mudah diingat?
- Apa yang mereka fikirkan apabila pertama kali mendengar nama tersebut?
- Adakah nama sebegitu boleh memberi keyakinan kepada pelanggan terhadap kualiti produk anda tawarkan?
Apakah Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Nama Bisnes Tekstil?
Proses memilih nama tidak hanya melibatkan perkara substantif seperti kualiti nama sahaja tetapi juga melibatkan perkara-perkara yang melibatkan pihak ketiga atau ketersediaan nama di platform lain.
- Ketersediaan domain
Domain sangat penting jika anda perlukan laman web untuk meningkatkan kesedaran jenama bisnes dan juga untuk pelanggan membeli secara dalam talian.
Jika boleh, pastikan nama domain sama dengan ejaan nama bisnes anda. Selain itu, cuba semak bagaimana nama penuh bisnes anda dalam bentuk domain.
- Saluran media sosial
Cuba pastikan nama yang anda pilih masih belum digunakan di media sosial, sama seperti domain anda.
Untuk tujuan kempen pemasaran dan penjenamaan, anda pasti mahukan keseragaman pada setiap saluran media sosial. Jadi semak sama ada nama pilihan anda boleh digunakan sebagai handle.
Jika tidak, anda terpaksa menggunakan nama handle media sosial yang berbeza dan boleh mengelirukan pelanggan.
Lebih teruk lagi, anda terpaksa menggandakan usaha pemasaran (dan melibatkan kos tambahan) kerana perlu membuat strategi nama yang berbeza disebabkan perbezaan handle bagi setiap media sosial.
- Tanda dagang
Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.
Pertama; jika anda menggunakan nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.
Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangkan bisnes anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama/jenama anda.
Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama komersial yang hampir sama.
Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.
Idea untuk Jadikan Nama Bisnes Tekstil Lebih Menarik & Unik
Kreativiti dalam mencari nama yang unik dan menarik boleh diserlahkan melalui aspek linguistik; fonetik dan morfologi, atau faktor peribadi dan lain-lain.
Mari kita lihat bagaimana anda boleh dapatkan nama bisnes yang menarik.
Fonetik
Bunyi atau fonetik boleh membuatkan nama syarikat anda lebih menarik dan perkataan mempunyai fonetik yang unik memudahkan pelanggan untuk ingat.
- Asonasi
Asonasi adalah sesuatu ayat atau frasa yang mengandungi bunyi vokal yang sama. Prosa sebegini banyak ditemui di dalam sajak untuk kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Contoh: DropBox, YouTube, and FedEx
- Aliterasi
Jika asonansi mengandungi bunyi vokal berulang, aliterasi pula merupakan ulangan bunyi konsonan yang sama pada awal perkataan.
Contoh: Krispy Kreme, PayPal
- Konsonan
Ulangan pada hujung perkataan atau bunyi konsonan,
Contoh: Kit Kat, Coca Cola
- Buang huruf vokal pada perkataan
Cara kreatif ini boleh menarik perhatian pelanggan dan membuatkan nama bisnes anda menjadi lebih unik.
Pastikan ejaan yang baru itu mudah disebut dan tidak mengelirukan dan jangan membuang huruf vokal dengan banyak. Kami sarankan anda hanya membuang satu atau dua huruf sahaja.
Contoh: Flickr, Reddit, Scribd
Morfologi
Morfologi (Morphology) dari segi bahasanya bermaksud kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa.
Malah, perkataan ‘Morphology’ di dalam Bahasa Inggeris itu sendiri contoh sebuah Morfologi. Morph, bermaksud bentuk atau rupa dan -logy bermaksud bidang atau cabang pengajian.
- Portmanteau
Juga dikenali sebagai portmanteau. Anda boleh gunakan dua perkataan yang menggambarkan teknologi yang anda tawarkan dan gabungkan sebahagian perkataan.
Contoh: Garmin (gabungan nama pengasasnya, Gary Burrell dan Min. H. Kao)
- Gabungan perkataan
Sama seperti portmanteau, cuma kali ini anda tidak perlu mengambil sebahagian, tetapi keseluruhan perkataan yang digabungkan.
Contoh: Airtable, Productboard, Paywatch
Nama individu
Tidak salah menggunakan nama sendiri atau individu lain (lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kredibiliti sebagai seorang penari yang dikenali). Malah gergasi tekstil di Malaysia seperti MK Curtain dan Kamdar menggunakan nama pengasasnya sendiri.
Jika anda rasakan nama anda unik, pendekatan sebegini membuatkan nama kedai unik dan bersifat peribadi untuk menambat hati pelanggan serta juga lebih mudah untuk mendapatkan domain.
Toponimi
Toponimi bermaksud menggunakan nama kawasan, ciri geografi pada nama kedai tekstil anda. Ada banyak sebab untuk anda menggunakan toponimi sebagai identiti perniagaaan: nostalgia, keunikan tersendiri atau menunjukkan kualiti yang berbeza.
Tekstil Bunga Raya menggunakan tempat asal kedai tersebut untuk nama mereka. Jika anda perhatikan, banyak kedai tekstil di Nilai, Negeri Sembilan memasukkan perkataan “Nilai” untuk menarik perhatian pelanggan.
Onomatopoeia
Dari segi bahasa, onomatopoeia bermaksud perkataaan yang dibentuk daripada bunyi.
Sebagai contoh, dalam Bahasa Inggeris clap bermaksud tepukan dan perkataan ini berbunyi seperti orang yang sedang menepuk. Di dalam Bahasa Melayu pula, perkataan kuak, ngiau adalah contoh onomatopoeia