Adakah anda berminat untuk membuka kedai pencetakan baju? Atau anda juga berminat untuk memulakan perniagaan menjual t-shirt?
Ingin tahu lebih lanjut mengenai nama perniagaan baju yang unik, dan bagaimana anda boleh mendapatkan inspirasi nama perniagaan baju yang menarik, teruskan membaca Idea dan Panduan Penjana Nama Bisnes T-shirt kami.
Sebelum itu, mari lihat 20 idea nama perniagaan baju yang dijana melalui Penjana Nama Bisnes T-shirt kami.
20 Idea Nama perniagaan baju
- BajuDeck
- Cetak Zone
- Muzik Heritage
- Cetak Mink
- Jersi Society
- Jersi Posh
- Jersi Body
- Tee Label
- Tee Brand
- Baju Index
- Axis Baju
- Studio Baju
- City Jersi
- Blueprint Jersi
- Golden Jersi
- Future Jersi
- Agents Jersi
- Attic Jersi
- Camo Jersi
- Finds Jersi
5 Sebab Mengapa Penjana Nama Perniagaan Kami Terbaik
Anda pasti tertanya-tanya mengapa anda harus menggunakan Penjana Nama Perniagaan T-shirt kami, bukan? Baiklah, di sini kami akan berkongsi dengan anda 5 sebab tersebut.
Dipercayai
Tahukah anda, Penjana Nama Perniagaan kami telah membantu lebih dari 3 juta pengguna di seluruh dunia mendapatkan nama perniagaan yang terbaik untuk perniagaan mereka. Ini tidak menghairankan, kerana kami menggunakan teknologi AI yang sememangya trend masa kini.
Tidak hanya itu, laman penjana nama perniagaan kami menerima 4 juta kunjungan setiap bulan. Jika anda membaca artikel ini sekarang, anda mungkin di antara pengunjung laman penjana nama kami.
Tetapi, mengapa hanya perlu melihat dan membaca sahaja, sedangkan anda juga boleh menjadi sebahagian daripada 3 juta pengguna yang telah berjaya mencipta nama perniagaan mereka?
Oleh itu, masukkan sahaja satu kata kunci ke ruangan yang disediakan, dan tekan jana.
Selamat untuk digunakan
Penjana Nama Perniagaan T-shirt kami selamat untuk digunakan. Anda mesti masih tertanya-tanya bagaimana kami memastikan keselamatan pengguna sedangkan, anda tidak perlu membayar satu sen pun, bukan?
Baiklah. Cuba lihat di bahagian ruangan untuk memasukkan alamat web di atas, anda pasti dapat melihat simbol kunci mangga. Ini membuktikan bahawa kami menggunakan teknologi penyulitan untuk melindungi privasi anda.
Selain itu juga, kami sangat menghormati privasi para pengguna laman sesawang kami. Oleh sebab itulah, kami akan meminta kebenaran anda terlebih dahulu untuk membenarkan laman kami menggunakan kuki.
Jika anda tidak mahu berkongsi sebarang maklumat maklumat mengenai apa yang anda lakukan di laman kami, anda boleh sahaja tidak menekan butang “Benarkan” semasa mesej kuki terpapar di skrin anda.
2 dalam 1
Anda pasti ingin tahu apakah 2 dalam 1 yang kami maksudkan di sini. Semasa anda menekan butang ‘Jana’, anda juga boleh menyemak ketersediaan nama domain sekali gus!
Selalunya, penjana nama perniagaan yang lain tidak akan menyediakan kemudahan semakan domain seperti yang kami sediakan untuk anda. Jika ada, anda pasti harus melakukan pendaftaran atau pembayaran terlebih dahulu.
Jika anda ingin menggunakan kelebihan ini, pastikan anda mengaktifkan butang semak ketersediaan domain. Butang ini berada di bawah butang jana.
Sebaik sahaja idea nama perniagaan dijana, anda boleh memilih mana-mana nama perniagaan yang anda minati. Kemudian klik nama perniagaan pilihan anda untuk menyemak ketersediaan domain.
Seterusnya, anda boleh mendaftar nama domain pilihan anda sekaligus melalui pautan yang terpapar di skrin anda.
Percuma
Memulakan perniagaan pasti memakan kos yang besar. Tidak kiralah dari segi masa dan wang. Jika anda baru di dalam dunia perniagaan, jangan risau penjana nama bisnes t-shirt kami percuma untuk digunakan.
Selain daripada produk utama perniagaan, nama perniagaan penting bagi menonjolkan lagi perniagaan anda. Sekali lagi, kenapa perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mengupah penasihat perniagaan jika penjana nama bisnes t-shirt kami percuma.
Pantas untuk digunakan
Masa itu emas. Oleh itu, kami memastikan anda tidak perlu menghabiskan masa yang lama di laman penjana nama perniagaan kami untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik untuk bisnes anda.
Kami pasti dalam masa kurang dari 10 minit, anda pasti boleh mendapatkan pilihan yang paling tepat untuk nama perniagaan anda. Apa yang anda harus lakukan adalah seperti berikut:
- Pilih kata kunci
- Gunakan fungsi tapisan untuk industri
- Pilih sama ada anda mahu nama perniagaan anda berima, dua atau satu perkataan dan juga, kata kunci di depan atau belakang idea nama perniagaan yang dijana.
Senarai Semak Untuk Nama Perniagaan yang Terbaik
Dengan berpandukan senarai semak yang kami senaraikan di bawah, anda boleh mendapatkan idea dan juga nama perniagaan pertanian yang paling unik.
Sila rujuk senarai di bawah ini:
Kenal pasti tarikan utama perniagaan anda
Cuba tanya diri anda sendiri, apakah yang membezakan bisnes T-shirt anda dengan bisnes T-shirt yang ada di luar sana? Ingat, keunikan merupakan kunci perniagaan yang berjaya.
Kami faham bahawa agak sukar untuk mengenal pasti apakah tarikan utama perniagaan anda sekiranya anda baru di fasa merancang perniagaan. Oleh itu, anda boleh merujuk senarai di bawah ini sebagai panduan anda.
- Adakah anda menyediakan khidmat pencetakan baju?
- Adakah T-shirt yang dijual berjenama?
- Apakah material utama T-shirt yang dijual?
- Berapa jamkah kedai anda beroperasi seminggu?
Dengan mengenal pasti tarikan utama perniagaan anda, anda akan lebih mudah untuk menyenaraikan idea nama perniagaan anda. Sebagai contoh, jika tarikan utama bisnes anda adalah T-shirt berjenama, anda boleh menamakan perniagaan anda ‘Kedai T-shirt Berjenama’.
Maklum balas
Peringkat maklum balas boleh membantu anda mendapatkan idea nama perniagaan yang lebih relevan lagi. Dengan berpandukan senarai idea nama perniagaan yang anda telah sediakan, anda boleh mengedar salinan idea yang telah dikategorikan tersebut kepada individu-individu di bawah:
- Ahli keluarga anda
- Sahabat baik anda
- Perunding perniagaan
- Pasukan pemasaran anda
Seterusnya, anda juga boleh meletakkan ruangan kosong di dalam salinan idea nama perniagaan sebelum diedarkan kepada individu yang berkenaan. Ruangan ini bertujuan untuk digunakan oleh rakan anda mencatatkan nama mana yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai nama perniagaan anda.
Secara tidak langsung, langkah ini juga dapat membantu anda mendapatkan undian nama perniagaan dari setiap individu yang anda telah pilih. Seterusnya, pilihlah nama perniagaan yang mendapat undian terbanyak.
Ketersediaan nama
Seterusnya, anda perlu menyemak sama ada nama perniagaan yang dipilih secara ramai tadi sudah digunakan atau belum. Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk menyemak ketersediaan nama perniagaan anda.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Semak nama perniagaan anda di www.ssm-einfo.com jika nama perniagaan anda sama dengan nama syarikat anda;
- Taipkan nama perniagaan anda di ruangan cari Google dan lihat jika nama tersebut ada di dalam senarai hasil carian;
- Gunakan laman ASIC jika anda berminat untuk mengembangkan perniagaan anda di Australia.
Nama perniagaan adalah cap dagangan. Itulah sebab mengapa nama perniagaan harus unik. Jika anda masih lagi belum dapat mencari nama perniagaan yang terbaik, perenggan di bawah ditulis khas untuk anda.
Guna Penjana Nama Bisnes T-shirt kami
Penjana Nama Bisnes T-shirt kami direka khas untuk anda yang mempunyai masalah seperti berikut:
- Tiada masa untuk mencari idea nama yang unik; atau
- Tiada bajet untuk mengupah perunding perniagaan; atau
- Nama perniagaan yang anda mahukan sudah digunakan oleh orang lain; dan
- Anda juga memerlukan nama domain.
Jika anda mengalami salah satu daripada masalah di atas, gunalah penjana nama bisnes T-shirt kami. Kami yakin anda pasti dapat menjana pilihan idea nama yang terbaik untuk perniagaan anda.
Walaupun kami sudah menyatakan kelebihan utama yang anda dapat nikmati apabila menggunakan penjana nama perniagaan kami, kami tetap ingin menegaskan bahawa Penjana Nama Bisnes kami adalah pilihan utama 3 juta pengguna di seluruh dunia.
Ini kerana:
- Percuma untuk digunakan;
- Pantas di dalam penjanaan nama perniagaan; dan
- Selamat
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes T-shirt?
Cara menggunakan Penjana Nama Perniagaan kami ini sangat mudah. Sila ikuti 5 langkah di bawah ini:
- Lawati laman utama kami
- Masukan kata kunci
- Tekan jana
- Guna tapisan industri dan nama
- Pilih idea nama perniagaan anda
5 Contoh Nama Perniagaan Terkenal
Forever 21
Forever 21 merupakan contoh perniagaan baju, t-shirt dan pakaian fesyen untuk lelaki dan wanita. Tahukah anda, nama perniagaan ini pernah dikenali sebagai Fashion 21?
Bayangkan jika nama perniagaan ini masih dikenali sebagai Fashion 21, pasti perniagaan ini tidak sama seperti sekarang. Ini menunjukkan bahawa nama perniagaan yang unik memberi impak yang besar kepada masa depan perniagaan anda.
Penubuhan Forever 21 pada tahun 1984 diterajui oleh sepasang suami isteri yang berasal dari negara Korea Selatan. Mereka berdua berhijrah ke negara Amerika Syarikat dan menubuhkan kedai pakaian di negeri barat USA, iaitu Los Angeles.
Bermula dari situ, perniagaan pakaian ini berkembang di seluruh negara Amerika Syarikat dan juga ke negara-negara lain termasuk Malaysia.
Adidas
Adidas merupakan jenama alatan dan baju sukan yang terkenal di seluruh dunia. Nama Adidas terus diangkat lagi dengan kolaborasi yang dijalankan bersama pasukan bola sepak ternama dunia seperti Manchester United, Arsenal, Bayern Munich dan banyak lagi.
Adidas merupakan contoh nama perniagaan yang menggunakan nama pengasasnya. Jika anda ingin mencari idea yang terbaik untuk nama perniagaan anda, anda boleh mengikut langkah pengasas Adidas.
Mengapa tidak? Pada tahun 2022, Adidas meraih keuntungan sebanyak lebih kurang $89,182 juta. Keuntungan ini hasil daripada 339 buah kedai Adidas di seluruh dunia.
UberPrints
UberPrints merupakan perniagaan cetakan baju T-shirt yang ditubuhkan pada 2005. Perniagaan ini diasaskan di Georgia, USA. Melalui pemerhatian kami, nama UberPrints sebagai nama perniagaan percetakan baju sememangnya menarik.
Ingin tahu mengapa? Menurut laman web UberPrints, mereka mengutamakan kelainan dan pembaharuan di dalam dunia percetakan.
Ini sememangnya sesuai dengan pilihan nama yang digunakan. Uber di dalam bahasa Malaysia bermaksud ‘menandakan contoh individu atau perkara yang teragung’, manakala Prints pula bermaksud cetakan.
Jika anda ingin menamakan perniagaan T-shirt anda, anda boleh menggunakan ayat yang membawa maksud positif. Ini juga bagus untuk perniagaan anda memandangkan nama ini pasti dapat menampilkan imej perniagaan anda yang terbaik.
Nike
Nike merupakan jenama pakaian sukan terkenal di dunia. Bagaimana nama Nike boleh melonjak naik sememangnya sangat mengagumkan. Tetapi anda pasti rasa ingin tahu bagaimana ‘Nike’ dipilih sebagai nama perniagaan ini.
Perkataan ‘Nike’ sebenarnya berasal dari bahasa Greek. Secara lebih jelas, Nike adalah nama seorang dewi kemenangan bangsa Greek.
Seperti yang telah kami nyatakan di atas, sebarang perkataan yang mempunyai makna positif, pasti sesuai untuk dijadikan nama perniagaan.
Mari lihat secara ringkas pencapaian Nike dari awal penubuhannya hingga ke hari ini.
- Untung bersih sebanyak RM80 bilion pada tahun 2021
- 1048 cawangan Nike di seluruh dunia
- 73,300 pekerja
- Penaja utama kebanyakan sukan dan pasukan ternama dunia
Lacoste`
Lacoste adalah jenama fesyen yang diasaskan di negara Perancis. Logo ikonik Lacoste yang menyerupai seekor buaya ini sememangnya sudah dikenali ramai sejak tahun 1933 lagi.
Tetapi, tahukah anda Lacoste diasaskan oleh seorang pemain tenis dan juga seorang usahawan perusahaan pakaian kait. Kerjasama di antara dua individu ini telah melahirkan rangkaian pakaian sukan dan harian yang mampu milik.
Nama perniagaan ini sebenarnya diambil dari nama keluarga seorang pengasas jenama ini sendiri, iaitu René Lacoste. Secara tidak langsung, cara ini dapat mempromosikan produk mereka. Ingin tahu mengapa?
Dengan menggunakan nama keluarga beliau dan juga reputasi beliau sebagai pemain tenis terkemuka, René dan rakan kongsinya mampu membina jenama yang disegani ramai.
3 Ciri Utama Nama Perniagaan yang Terkenal
Baiklah, di sini kita akan membincangkan 3 ciri utama mengapa nama perniagaan di atas sangat menyerlah.
3 ciri tersebut adalah:
Menggunakan nama sendiri
Lacoste dan Adidas adalah contoh perniagaan pakaian yang menggunakan nama pengasasnya sebagai nama perniagaan mereka. Melalui penelitian kami, cara ini merupakan strategi pemasaran yang berkesan.
Anda pasti tertanya-tanya bagaimana, bukan? Selalunya, individu yang mempunyai imej yang baik serta pernah memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara boleh menggunakan nama mereka sebagai nama perniagaan.
Pengguna selalunya lebih tertarik kepada nama perniagaan yang dikenali ramai. Imej pengasas perniagaan yang positif juga bonus kepada perniagaan tersebut untuk lebih maju ke hadapan.
Maksud nama yang baik
Forever 21 dan juga Nike adalah contoh nama perniagaan yang membawa maksud yang baik. Nama Forever 21 kerana nama tersebut melambangkan masa muda atau fesyen terkini.
Maka tidak hairanlah mengapa Forever 21 merupakan destinasi utama para remaja mendapatkan pakaian yang trendi.
Nike pula nama Dewi Kemenangan bangsa Greek. Kami pasti tiada nama lain yang lebih sesuai digunakan oleh perniagaan alatan sukan melainkan nama ‘Nike’.
Pemilihan nama ini juga sesuai dengan motto Nike iaitu, Just Do It, yang bermaksud: Lakukan sahaja.
Nama yang singkat
Perasankah anda, semua nama perniagaan terkenal di atas tidak melebihi dari 2 patah perkataan? Melalui pemerhatian kami, nama yang ringkas tetapi unik lebih mudah untuk diingat.