Anda mempunyai idea hebat dan pelan perniagaan yang menyeluruh untuk mendapatkan siri pembiayaan? Anda mempunyai solusi melalui teknologi tentang masalah yang dihadapi orang ramai pada hari ini? Nampaknya startup anda sudah bersedia untuk…
Nanti dulu.
Bagaimana pula dengan nama startup? Adakah anda sudah mempunyai nama yang unik dan menarik untuk menarik perhatian pengguna?
Adakah anda yakin nama tersebut dapat memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur dalam siri pembiayaan startup anda? Penjenamaan semula memerlukan kos yang tinggi dan semestinya tidak ingin didengari oleh pelabur anda dalam frasa permulaan ini.
Kami akan memudahkan perjalanan startup anda dengan memberi panduan untuk nama startup yang unik dan menarik perhatian pengguna dan meyakinkan pelabur.
Selain itu, seperti anda juga yang menggunakan teknologi untuk merealisasikan idea, kami akan menerangkan apa itu Penjana Nama Bisnes Startup dan bagaimana teknologi mudah ini mampu membantu anda mendapatkan nama yang unik dan menarik!
20 Idea Nama untuk Bisnes Startup
Kami berikan 20 senarai idea untuk nama startup yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Startup kami.
Setiap nama yang dijana menggunakan kata-kunci dan dipadankan dengan perkataan lain untuk membentuk satu frasa baru untuk nama yang unik.
- Hub Handbook (direktori)
- Bayar Bronco (teknologi kewangan)
- Tani Target (pemasaran pertanian)
- Plan Penny (teknologi kewangan)
- Ringgit Right (teknologi kewangan)
- Chat Clip (komunikasi)
- Kamera Klik (perisian)
- Mesin Parade (teknologi AI)
- Mesin Boss (teknologi AI)
- Park Delights (sistem parkir kereta)
- Terbang Vendor (tempahan tiket kapal terbang)
- Sihat Shift (kesihatan)
- Sihat Simply (kesihatan)
- Bengkel Bounty (direktori)
- Bijak Cove (pendidikan)
- Duit Post (kewangan)
- Produktif Kings (produktiviti)
- Simpan Block (SaaS-penyimpanan)
- Akaun Pal (SaaS-perakaunan)
- Tengok Crib (hiburan)
Apa Itu Penjana Nama Bisnes Startup?
Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.
Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik.
Mengapa Anda Perlu Menggunakan Penjana Nama Bisnes Startup
Apakah Perbezaan Penjana Nama Bisnes Startup dengan yang Lain?
Penjana Nama Bisnes Startup mempunyai keupayaan menjana ratusan nama unik sekali gus. Jadi jika anda ingin dapatkan pilihan nama yang lebih meluas dan dijamin keunikannya, anda boleh cuba gunakanya.
Secara alternatifnya, jika anda rasakan nama yang dijana kurang ideal dengan selera anda, anda masih lagi boleh menggunakan nama yang dijana sebagai inspirasi tambahan atau idea untuk mencetuskan kreativiti dalaman anda.
Secara mudahnya, tidak rugi mencuba Penjana Nama Bisnes Startup kami ini. Berikut adalah ciri-ciri istimewa dan mengapa ia berbeza dengan Penjana Nama lain di pasaran:
Padanan mengikut logik
Penjana Nama Bisnes Startup mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih.
Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rambang.
Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana nama memudahkan pencarian nama bisnes perkhidmatan anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produk yang dihasilkan atau khidmat yang ditawarkan.
Nama yang dijana oleh Penjana Nama Bisnes Startup akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana Nama Bisnes Startup kami boleh menjana perkataan yang mengandungi sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
Tiada pendaftaran diperlukan
Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan email sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut.
Jika anda memasukkan emel, besar kemungkinan peti masuk emel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.
Tidak leceh dan begitu mudah.
Itulah kelebihan Penjana Nama Bisnes Startup kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.
Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Startup kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
Idea tanpa had
Memandangkan Penjana Nama Bisnes Startup hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Startup
Selepas mengetahui apa itu Penjana Nama Bisnes Startup dan ciri-ciri yang dimiliki, kini kami akan terangkan cara menggunakannya.
Secara idealnya, Penjana Nama Bisnes Startup sememangnya mudah untuk dikendalikan dan berbaloi jika digunakan untuk proses pencarian nama.
Langkah pertama:
Masuk ke lama web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri berkaitan dengan produk yang anda hasilkan atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Sebagai contoh, pilih industri “tech”, “ecommerce” atau “education” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Anda boleh memilih lebih daripada satu jenis industri untuk setiap janaan.
Simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Secara ringkasnya, Penjana Nama Bisnes Startup kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
Tips untuk Nama Startup
Pendek
Nama yang pendek membuatkan pelanggan mudah menyebutnya. Apabila mudah disebut, nama startup anda akan mudah diingat. Dan apabila mudah diingat, anda boleh mendapatkan lebih ramai pelanggan setia.
Terdapat satu kajian yang dijalankan oleh sebuah broker insurans di UK dan mereka mendapati secara purata, bilangan aksara untuk nama syarikat di sana ialah sebanyak 22 aksara sahaja (termasuk perkataan wajib seperti Ltd, LLC atau Limited).
Mudah dieja
Bayangkan anda juga seorang pengguna, sudah tentu ejaan yang sukar membuatkan ada berasa terganggu, bukan?
Selain itu, apabila pengguna terdengar nama startup melalui radio atau televisyen mahupun dalam perbualan dan kemudiannya melakukan carian secara dalam talian, kemungkinan besar sukar untuk mencari startup anda kerana mereka tidak tahu ejaan yang sebetulnya.
Jadi, nama startup anda perlu dieja sebagaimana bunyi nama tersebut.
Sebagai contoh, Gr8t mungkin sukar dieja berbanding ejaan penuh Great.
Utamakan keaslian
Ambil contoh mudah. Katakan startup anda mempunyai idea untuk perisian (SaaS) untuk produktiviti seperti Microsoft Office, jadi anda mengambil jalan mudah untuk menamakan startup sebagai OfficeHelp.
Pendekatan sebegini akan merugikan anda kerana kemungkinan besar pelanggan anda akan lupa nama startup untuk tempoh yang akan datang.
Dari segi psikologi, pengguna yang mencari produk atau sesuatu secara dalam talian akan lebih tertarik dengan nama yang lebih menarik dan lebih terkenal untuk carian dalam kategori yang sama.
Ambil kira logo bisnes startup anda
Nama bisnes startup (SaaS, aplikasi dan lain-lain) akan digunakan untuk semua segmen pemasaran anda. Jadi, sentiasa pertimbangkan kesesuaian logo semasa memilih nama.
Nama yang terlalu panjang mungkin sukar disesuaikan dengan logo dan pelanggan akan lebih mengingati nama bisnes startup anda jika logo anda menarik dan kena dengan perkataan nama bisnes startup anda.
Ini kerana pelanggan lebih mudah memproses visual lebih pantas berbanding dalam bentuk perkataan.
Sebagai contoh, Logo Mcdonald’s dengan mudah dikenali dengan golden arches atau gerbang emas pada huruf M mereka.
Perkara Perlu Dipertimbangkan ketika Memilih Nama
Proses memilih nama tidak hanya melibatkan perkara substantif seperti kualiti nama sahaja tetapi juga melibatkan perkara-perkara yang melibatkan pihak ketiga atau ketersediaan nama di platform lain.
Analisis pesaing
Kenal pasti siapakah antara pesaing anda yang berjaya dan mengapa? Apakah yang disampaikan kepada pelanggan melalui nama mereka?
Ketika anda membuat analisa pesaing, anda akan dapat lebih banyak kata kunci dan idea terutamanya jika anda gunakan Penjana Nama Bisnes Startup kami.
Maklum balas
Ada ketikanya anda rasakan nama pilihan anda cukup sempurna. Tetapi tidak semua orang senada dengan apa yang anda fikirkan dan memahami maksud yang sama untuk kata kunci yang anda gunakan untuk nama startup anda.
Dapatkan maklum balas daripada seberapa ramai orang pendapat mereka tentang nama pilihan anda.
Antara soalan yang anda boleh tanyakan adalah:
- Adakah nama tersebut itu mudah diingat?
- Apa yang mereka fikirkan apabila pertama kali mendengar nama tersebut?
- Adakah nama sebegitu boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk menggunakan perkhidmatan anda?
Ketersediaan domain
Tidak wujud secara digital boleh diibaratkan anda terjatuh ketika dalam perlumbaan maraton. Pesaing ada akan terus berlari meninggalkan anda.
Domain adalah segalanya. Pastikan nama domain anda sama dengan ejaan nama startup anda.
Semak bagaimana nama penuh startup anda dalam bentuk domain.
Who Represents? adalah sebuah platform data berbayar yang memberi maklumat wakil selebriti terkenal. Sekarang, lihat bagaimana platform tersebut dieja dalam domain: whorepresents.com.
Selain itu, nama yang sukar dan ejaan panjang boleh membuatkan pelanggan sukar mencari lama web anda. Contohnya, laman web ini.
Saluran media sosial
Cuba pastikan nama startup yang anda pilih masih belum digunakan di media sosial, sama seperti domain anda.
Untuk tujuan kempen pemasaran dan penjenamaan, anda pasti mahukan keseragaman pada setiap saluran media sosial. Jadi semak sama ada nama startup anda boleh digunakan sebagai handle.
Jika tidak, anda terpaksa menggunakan nama handle media sosial yang berbeza dan boleh mengelirukan pelanggan. Lebih teruk lagi, anda terpaksa menggandakan usaha pemasaran kerana perlu membuat strategi nama yang berbeza disebabkan perbezaan handle bagi setiap media sosial.
Tanda dagang
Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.
Pertama; jika anda menggunakan nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.
Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangkan bisnes anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama anda. Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama komersial yang hampir sama.
Selain itu, nama startup yang terlalu generik juga mungkin mengalami kesulitan untuk mendapatkan tanda dagang.
Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.
Idea untuk Jadikan Nama Startup Lebih Menarik
Untuk mencari nama yang unik dan menarik, kami akan menerangkan kepada anda struktur linguistik di sebalik tips ini.
Kami membahagikan strategi ini kepada tiga cara, yang pertama secara fonetik, kedua melalui morfologi dan cara ketiga melalui elemen peribadi dan lain-lain.
Fonetik
Bunyi atau fonetik boleh membuatkan nama restoran piza lebih menarik dan perkataan yang mempunyai fonetik yang unik boleh memudahkan pelanggan untuk ingat.
- Asonasi
Asonasi adalah sesuatu ayat atau frasa yang mengandungi bunyi vokal yang sama. Prosa sebegini banyak ditemui di dalam sajak untuk kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Contoh: DropBox, YouTube, and FedEx
- Aliterasi
Jika asonansi mengandungi bunyi vokal berulang, aliterasi pula merupakan ulangan bunyi konsonan yang sama pada awal perkataan.
Contoh: Krispy Kreme, PayPal
- Konsonan
Ulangan pada hujung perkataan atau bunyi konsonan,
Contoh: Kit Kat, Coca Cola
- Buang huruf vokal pada perkataan
Cara kreatif ini boleh menarik perhatian pelanggan dan membuatkan nama restoran piza anda menjadi lebih unik.
Pastikan ejaan yang baru itu mudah disebut dan tidak mengelirukan dan jangan membuang huruf vokal dengan banyak. Kami sarankan anda hanya membuang satu atau dua huruf sahaja.
Contoh: Flickr, Reddit, Scribd
Morfologi
Morfologi (Morphology) dari segi bahasanya bermaksud kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa.
Malah, perkataan ‘Morphology’ di dalam Bahasa Inggeris itu sendiri contoh sebuah Morfologi. Morph, bermaksud bentuk atau rupa dan -logy bermaksud bidang atau cabang pengajian.
- Portmanteau
Juga dikenali sebagai portmanteau. Anda boleh gunakan dua perkataan yang menggambarkan teknologi yang anda tawarkan dan gabungkan sebahagian perkataan.
Contoh: Garmin (gabungan nama pengasasnya, Gary Burrell dan Min. H. Kao)
- Gabungan perkataan
Sama seperti portmanteau, cuma kali ini anda tidak perlu mengambil sebahagian, tetapi perkataan penuh yang digabungkan.
Contoh: Airtable, Productboard, Paywatch
Peribadi dan lain-lain
Gunakan kelebihan pada nama anda sendiri atau keadaan persekitaran anda untuk mendapatkan nama yang unik.
- Nama individu
Tidak salah menggunakan nama sendiri atau individu lain untuk produk atau startup anda. Jika anda rasakan nama anda unik atau menggunakan nama yang mempunyai kisah menarik di sebaliknya, nama startup sebegini akan kedengaran unik dan mungkin mudah untuk mendapatkan domain.
Sebagai contoh, Albert merupakan nama startup kemudahan teknologi kewangan secara peribadi kepada pengguna.
- Onomatopeia
Dari segi bahasa, onomatopeia bermaksud perkataan yang dibentuk daripada bunyi.
Sebagai contoh, dalam Bahasa Inggeris clap bermaksud tepukan dan perkataan ini berbunyi seperti orang yang sedang menepuk. Di dalam Bahasa Melayu pula, perkatan kuak, ngiau adalah contoh onomatopeia.
- Cipta perkataan sendiri yang relevan dengan startup
Perkataan yang dicipta sendiri dan mempunyai ciri pendek dan mudah dieja boleh membuatkan nama startup anda unik berbanding pesaing.
Perkataan yang dicipta itu mestilah mengikut konteks yang relevan dengan startup anda.
Contoh: SoCar, Google