Dalam usaha untuk membangunkan stor Shopify dan mereka laman web yang memudahkan pelanggan, anda tidak seharusnya mengambil jalan mudah untuk menamakan bisnes Shopify anda.
Dianggarkan hampir lebih 4,000 stor yang menggunakan platform shopify untuk bisnes e-dagang mereka, yang menjual pelbagai jenis barang untuk pengguna.
Artikel ini akan membantu proses pencarian nama bisnes anda secara sistematik dan juga bagaimana bantuan penjana nama boleh digunakan untuk mendapatkan nama yang unik serta menarik perhatian pengunjung bisnes.
Apakah Jenis Bisnes Boleh Dijalankan Menggunakan Shopify?
Sebenarnya terdapat pelbagai produk yang boleh dijual di Shopify. Bisnes Shopify anda tidak hanya sesuai untuk menawarkan barangan fizikal seperti alatan kosmetik, barangan dapur, gadjet sahaja.
Berikut adalah antara jenis bisnes yang boleh dijalankan menggunakan shopify:
- Kelas, webinar atau kursus dalam talian berbayar;
- Sewaan seperti alatan audio dan elektronik, patung mannequin, sukan;
- Sumbangan kebajikan;
- Produk digital yang boleh dimuat turun seperti e-buku, muzik dan juga e-kad ucapan;
- Tutorial atau kelas senaman; dan
- Temu janji untuk bisnes perkhidmatan seperti klinik mata dan gigi;
- Media dan komunikasi; dan
- Blog dan pelbagai jenis laman web berasaskan konten (integrasi bersama butang CTA (call to action) Shopify).
Contoh Nama Bisnes yang Menggunakan Platform Shopify
Machines
Penjual Berlesen Premium Produk Apple ini mempunyai hampir 50 premis di serata Malaysia dan menjadi pilihan rakyat Malaysia yang ingin membeli belah secara fizikal dan juga dalam talian.
MPHOnline
Di awal tahun 2000, MPH menjadi syarikat kedai buku pertama yang melancarkan laman web e-dagang ketika pembelian dalam talian tidak lagi semudah dan sebesar sekarang. Maksud MPH merupakan akronim untuk Methodist Publishing House dan kemudiannya ditukar kepada Malaya Publishing House Limited apabila disenaraikan sebagai syarikat awam pada tahun 1927.
FoodPanda
Nama besar di dalam industri penghantaran makanan dan barangan runcit di Malaysia dan digunakan oleh beribu pelanggan tempatan setiap hari. Platform ini diasaskan di Berlin, Jerman dan kini beroperasi di 40 negara dan mempunyai ibu pejabat serantau di Singapura.
Adakah Anda Perlukan Domain Sendiri untuk Bisnes Shopify?
Setiap kali anda membaca artikel tentang cara menamakan bisnes, domain merupakan antara perkara yang sangat dititikberatkan dan perlu dimiliki oleh sesuatu bisnes.
Namun, Shopify menyediakan subdomain untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka. Sebagai contoh, jika stor dalam talian anda bernama “XYZ Fashion”, domain anda akan menjadi xyzfashion.myshopify.com.
Benar, dari segi keperluan domain, Shopify memudahkan stor yang menggunakan platform mereka untuk website yang dibina.
Cuma, tidak kira apa jenis bisnes anda jalankan, bisnes dalam talian perlu mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan. Domain sendiri membuatkan pelanggan lebih yakin dengan bisnes anda dan juga kelihatan lebih profesional.
Antara kelebihan lain menggunakan domain sendiri untuk stor Shopify adalah:
- Domain yang lebih pendek;
- Lebih murah;
- Tidak mengundang perbezaan (negatif) berbanding stor dalam talian lain;
- Tidak terlalu ketara bahawa stor anda menggunakan platform Shopify;
- Sekiranya Shopify menutup akaun anda, anda akan kehilangan keseluruhan domain sekaligus; dan
- Domain yang panjang menyukarkan pelanggan mencari anda melalui enjin carian.
Jadi, walaupun domain tidak diperlukan untuk menjalankan bisnes menggunakan Shopify, kami sarankan anda mendaftarkan domain dengan nama bisnes sendiri.
Lagipun, besar kemungkinan kos untuk mendaftarkan domain jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos menggunakan subdomain Shopify.
Apa itu Penjana Nama Bisnes Shopify?
Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.
Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik.
Apakah Kelebihan Menggunakan Penjana Nama Bisnes Shopify?
Penjana Nama Bisnes Bisnes Shopify kami mempunyai keupayaan menjana ratusan nama unik sekali gus.
Jadi jika anda ingin dapatkan pilihan nama yang lebih meluas dan dijamin keunikannya, anda boleh cuba gunakan.
Secara alternatifnya, jika anda rasakan nama yang dijana kurang ideal dengan selera, anda masih lagi boleh menggunakan nama yang dijana sebagai inspirasi tambahan atau idea untuk mencetuskan kreativiti dalaman anda.
Secara mudahnya, tidak rugi mencuba Penjana Nama Bisnes Shopify kami ini. Kami senaraikan sebab-sebabnya:
Padanan mengikut logik
Penjana Nama Bisnes Shopify mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih.
Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rambang.
Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana nama memudahkan pencarian nama bisnes perkhidmatan anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produk yang dihasilkan atau khidmat yang ditawarkan.
Nama yang dijana oleh Penjana Nama Bisnes Shopify akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama ialah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua ialah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana Nama Bisnes Shopify kami boleh menjana perkataan yang mengandungi sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
Tiada pendaftaran diperlukan
Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan email sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut.
Jika anda memasukkan e-mel, besar kemungkinan peti masuk e-mel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.
Tidak leceh dan begitu mudah.
Itulah kelebihan Penjana Nama Bisnes Shopify kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.
Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Shopify kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekali gus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
Idea tanpa had
Memandangkan Penjana Nama Bisnes Shopify hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Shopify?
Selepas mengetahui apa itu Penjana Nama Bisnes Shopify dan ciri-ciri yang dimiliki, kini kami akan terangkan cara menggunakannya.
Secara idealnya, Penjana Nama Bisnes Shopify sememangnya mudah untuk dikendalikan dan berbaloi jika digunakan untuk proses pencarian nama.
Langkah pertama:
Masuk ke lama web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri berkaitan dengan produk yang anda hasilkan atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Sebagai contoh, pilih industri “fashion”, “fitness”, “health’, “sports” atau “yoga” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Anda boleh memilih lebih daripada satu jenis industri untuk setiap janaan.
Simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Secara ringkasnya, Penjana Nama Bisnes Shopify kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga:
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus-ratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
20 Idea Nama untuk Bisnes Shopify
Sebagai panduan, kami senaraikan 20 idea nama yang dijana menggunakan Penjana Bisnes Shopify.
Setiap nama yang dijana menggunakan kata kunci dan dipadankan dengan perkataan lain untuk membentuk satu frasa baru nama yang unik.
- Baju Cartel
- Denim Dreamy
- Denim Dynasty
- Makeup Melody
- Makeup Mate
- Cookie Catwalk
- Fabrik Floral
- Sports Brigrade
- Ornament Pixels
- Dungaree Tap
- Ticket Kart
- Cakes Wish
- Clothing Hitch
- SeramikMonster
- Seramik Momento
- Buku Ademia
- Buku Bugs
- Cantik Crafted
- Dapur Artisan
- Gadjet Guys
Tips Memilih Nama Bisnes Shopify
Mudah dan pendek
Nama yang mudah dan pendek memudahkan pelanggan untuk ingat dan menjadi pelanggan setia kepada stor anda.
Selain itu, nama yang pendek memudahkan pelanggan untuk mencari nama stor anda dalam talian. Jika nama stor Shopify anda sukar dieja, ada kemungkinan pelanggan akan tersalah taip atau eja. Lebih teruk lagi, mereka terus melayari laman web lain dan anda akan kehilangan trafik.
Panjang nama stor Shopify anda seharusnya dalam lingkungan 10-15 aksara, sama seperti had aksara maksimum untuk nama yang dijana oleh Penjana Nama Bisnes Shopify kami
Unik
Nama stor Shopify yang unik akan mendapat lebih perhatian pelanggan berbanding pesaing dalam pasaran lain.
Maksud unik ini tidaklah sampai kedengaran mengarut atau seakan meniru jenama lain. Pelanggan akan lebih cenderung memilih jenama yang lebih terkenal apabila anda menamakan dengan nama yang lebih kurang sama.
Gunakan kata kunci dengan bijak
Sekiranya sesuai, gunakan kata kunci sebagai sebahagian nama Bisnes Shopify anda. Kata kunci boleh menjelaskan apa yang ditawarkan atau skop perkhidmatan stor anda kepada pelanggan.
Selain itu, kata kunci juga memberi kelebihan dari segi elemen SEO dan Click Through Rate untuk carian. Ini kerana, apabila pelanggan membuat carian berdasarkan kata kunci mereka akan melayari laman web yang relevan dengan kata kunci.
Dalaman mengutamakan aspek SEO, cuba jangan namakan dengan nama yang terlalu generik atau umum. Cuba gabungkan kata kunci dengan perkataan lain.
Penjana Nama Bisnes Shopify kami menggabungkan kata kunci dengan perkataan lain untuk membentuk frasa nama yang unik dan menarik. Cara ini membolehkan anda mendapat peluang lebih tinggi untuk mendaftarkan nama domain.
Jika boleh, elakkan penggunaan nombor dan simbol
Terdapat kemungkinan besar anda menggunakan nombor atau simbol sengkang (dash/hypes) kerana sukar mendaftarkan nama domain.
Nombor membuatkan sesebuah nama mempunyai tarikh luput atau dikaitkan dengan sesuatu (walaupun tidak mempunyai maksud tertentu).
Lebih menarik lagi, di Malaysia nama domain yang diikuti dengan nombor digit biasanya dikaitkan dengan laman web perjudian dan nama sebegini juga seringkali terpalit dengan laman web penipuan atau scammer.
Bagaimanakah Cara untuk Pastikan Nama Bisnes Shopify Menarik?
Anda boleh cuba dapatkan maklum balas orang ramai terhadap nama yang telah disenarai pendek.
Walaupun anda mungkin rasakan satu atau dua nama yang disenarai pendek menjadi pilihan anda secara peribadi, maklum balas responden sangat penting kerana mereka memilih dari perspektif seorang pelanggan.
Antara soalan yang anda boleh tanyakan adalah:
- Adakah nama tersebut itu mudah diingat?
- Apa yang mereka fikirkan apabila pertama kali mendengar nama tersebut?
- Adakah nama sebegitu boleh memberi keyakinan kepada mereka membeli pakaian atau setidaknya berkunjung ke kedai anda?
Apakah yang Perlu Dipertimbangkan ketika Memilih Nama Bisnes Shopify
Proses memilih nama tidak hanya melibatkan perkara substantif seperti kualti nama sahaja tetapi juga melibatkan perkara-perkara yang melibatkan pihak ketiga atau ketersediaan nama di platform lain.
Analisis pesaing
Kenal pasti siapakah antara pesaing anda yang berjaya dan mengapa? Apakah yang disampaikan kepada pelanggan melalui nama mereka?
Ketika anda membuat analisa pesaing, anda akan dapat lebih banyak kata kunci dan idea terutamanya jika anda gunakan Penjana Nama Bisnes Shopify kami.
Ketersediaan domain
Domain sangat penting jika anda perlukan laman web untuk meningkatkan kesedaran jenama bisnes dan juga untuk pelanggan membeli secara dalam talian.
Pastikan nama domain sama dengan ejaan nama bisnes anda.
Semak bagaimana nama penuh bisnes anda dalam bentuk domain.
Who Represents? ialah sebuah platform data berbayar yang memberi maklumat wakil selebriti terkenal. Sekarang, lihat bagaimana platform tersebut dieja dalam domain: whorepresents.com.
Selain itu, nama yang sukar dan ejaan panjang boleh membuatkan pelanggan sukar mencari lama web anda. Contohnya, laman web ini.
Saluran media sosial
Cuba pastikan nama bisnes pakaian sukan yang anda pilih masih belum digunakan di media sosial, sama seperti domain anda.
Untuk tujuan kempen pemasaran dan penjenamaan, anda pasti mahukan keseragaman pada setiap saluran media sosial. Jadi semak sama ada nama pilihan anda boleh digunakan sebagai handle.
Jika tidak, anda terpaksa menggunakan nama handle media sosial yang berbeza dan boleh mengelirukan pelanggan. Lebih teruk lagi, anda terpaksa menggandakan usaha pemasaran kerana perlu membuat strategi nama yang berbeza disebabkan perbezaan handle bagi setiap media sosial.
Tanda dagang
Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.
Pertama; jika anda menggunakan nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.
Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangka bisnes anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama anda. Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama komersial yang hampir sama.
Selain itu, nama bisnes pakaian sukan yang terlalu generik juga mungkin mengalami kesulitan untuk mendapatkan tanda dagang.
Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.