Rekaan grafik merupakan cabang seni kreatif yang sememangnya sentiasa mendapat permintaan.
Pelanggan yang memerlukan khidmat pereka grafik secara individu atau bisnes rekaan grafik skala besar boleh terdiri daripada bisnes kerajaan, syarikat korporat, bisnes pengiklanan, syarikat perhubungan awam dan lain-lain.
Setiap kempen pemasaran, pengiklanan atau penerbitan seperti profil korporat atau laporan tahunan memerlukan perkhidmatan rekaan grafik.
Dalam panduan ini kami membantu anda mencari idea secara sistematik serta menerangkan penggunaan platform janaan nama automatik, iaitu Penjana Nama Bisnes Reka Bentuk Grafik kami.
Teruskan membaca.
Mengapa Nama Bisnes Rekaan Grafik yang Menarik Penting?
Jika anda bercadang memulakan langkah dalam industri seni kreatif rekaan grafik, ada sesuatu yang anda perlu tahu.
Seperti satu peraturan yang tidak pernah ditulis, bisnes rekaan grafik menanggung satu beban perlu dipikul tanpa disedari: pelanggan menjangkakan rekaan (logo, simbol, tipografi, konsep visual) dan nama anda perlu kreatif dan menarik.
Dalam pasaran industri yang sememangnya kompetitif, nama bisnes reka anda boleh menjadi cara pertama pelanggan mengenali anda.
Mungkin itulah satu-satunya peluang untuk anda memikat hati pelanggan untuk terus mendapatkan maklumat tentang perniagaan anda.
20 Idea Nama Bisnes Rekaan Grafik
Bagi mereka yang masih tercari-cari atau buntu dalam memilih nama yang sesuai, kami boleh membantu proses pencarian anda.
Dengan menggunakan penjana nama kami, anda boleh menjana ratusan nama unik sebagai idea dan inspirasi tambahan.
Sebagai tambahan, jika anda rasakan nama yang dijana sesuai, anda boleh terus menggunakan nama tersebut secara percuma.
Berikut adalah idea nama untuk bisnes rekaan grafik anda yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Reka Bentuk Grafik:
- Sketch Core
- Pixel Prominent
- Pixel Pros
- Design Dandy
- Studio Speak
- Visual Virtuoso
- Studio Scoot
- Pixel Peapod
- Studio Symmetry
- Sketch Shock
- Sketchzoid
- Pixelzen
- Dash Studio
- Minotour Pixel
- Speedy Sketch
- Boho Design
- Sketch Tribal
- Visual Helios
- Visual Perfect
- Graphic Guru
Cara menggunakan Penjana Nama Bisnes Reka Bentuk Grafik
Selain daripada janaan nama yang unik, carian nama melalui Penjana Nama Bisnes Reka Bentuk Grafik kami juga mudah dilakukan.
Sebagai panduan, kami kongsikan langkah-langkah terperinci bagaimana menggunakan Penjana Nama Bisnes Reka Bentuk Grafik.
Langkah pertama:
Masuk ke laman web penjana nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia seperti Bahasa Jerman, Perancis dan Sepanyol.
Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri “servis”, “seni” atau “kreatif” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Anda boleh simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Selain itu, penjana nama kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus-ratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
Mudah bukan?
Dapatkan inspirasi dan bantuan Penjana Nama Bisnes Reka Bentuk Grafik secara percuma.
6 Langkah Sistematik untuk Dapatkan Nama Bisnes Rekaan Grafik
Seperti yang telah kami katakan, memilih nama untuk bisnes rekaan grafik adalah langkah penting untuk memulakan pelayaran perniagaan anda merentasi dunia rekaan grafik yang kompetitif.
Secara asasnya, hampir semua syarikat atau bisnes menawarkan perkhidmatan asas seperti rekaan grafik, huruf, tona warna untuk kempen pemasaran dan juga pengiklanan pelanggan.
Terdapat kebarangkalian besar seseorang pelanggan menggunakan enjin carian untuk mencari bisnes rekaan grafik, dan dari situlah logik penggunaan nama yang menarik dan unik mampu memikat hati pelanggan.
Nama yang sukar disebut atau tidak menarik mungkin tidak dapat membuatkan pelanggan merasa ingin tahu lebih mendalam terhadap servis yang anda tawarkan.
Malah, sekiranya anda mengiklankan perkhidmatan di enjin carian menggunakan Google Ads, pelanggan tidak berminat untuk klik iklan tersebut dan anda kehilangan potensi click through rate.
Kombinasi nama menarik dan juga visual yang hebat sememangnya penting. Berikut adalah langkah yang boleh anda lakukan untuk mencapai objektif sebegitu:
1. Buat kajian mendalam tentang bisnes anda dan industri
Sebelum pergi lebih jauh, anda perlu tahu segalanya tentang bisnes anda sendiri: apakah perkhidmatan yang anda tawarkan secara khusus? apakah identiti atau personaliti bisnes anda? Apakah pengalaman yang anda tawarkan kepada pelanggan?
Tuliskan manfaat utama perkhidmatan yang anda sediakan dan juga apakah yang membuatkan bisnes rekaan grafik anda unik.
Untuk segmen industri, anda perlu tahu gambaran besar industri rekaan grafik dari segi pasaran dan permintaan. Selain itu, anda perlu kenal pasti siapakah pelanggan sasaran anda.
Dengan membuat kajian menyeluruh, anda boleh mengenal pasti beberapa kata kunci yang relevan.
2. Brainstorming untuk cari kata kunci
Proses mencari kata kunci yang bagus dan berkesan boleh dimulakan dengan merujuk thesaurus, kamus atau majalah atau penulisan digital yang berkaitan dengan industri rekaan grafik.
Melalui pengetahuan mendalam terhadap bisnes dan industri seperti langkah sebelum ini, anda boleh senaraikan adjektif yang dapat menggambarkan strategi bisnes atau keunikan perkhidmatan bisnes anda.
Secara tipikalnya, kata kunci untuk bisnes rekaan grafik terbahagi kepada dua:
- Kata kunci khusus – perkataan khusus yang membantu sesebuah bisnes rekaan grafik menonjol atau berbeza dengan pesaing yang lain.
- Kata kunci generik – perkataan umum atau istilah yang biasa digunakan dalam industri untuk membantu pelanggan mengenal pasti produk atau perkhidmatan ditawarkan oleh bisnes rekaan grafik tersebut.
Proses brainstorming lebih bagus dilakukan secara berkumpulan. Dapatkan bantuan rakan kreatif atau rakan kongsi.
Beritahu mereka (peserta brainstorming) tentang manfaat dan keunikan perkhidmatan anda, identiti dan juga konsep bisnes rekaan grafik anda.
Kemudian, tanyakan kepada mereka apakah yang boleh diimaginasikan atau digambarkan di fikiran mereka berkenaan dengan perkhidmatan dan identiti bisnes anda.
Anda boleh tetapkan beberapa peraturan awal seperti berikut:
- Idea yang berkaitan dengan rekaan grafik;
- Perkataan yang dicipta sendiri tetapi menarik dan mudah disebut boleh digunakan; dan
- Nama yang tidak hampir sama dari segi ejaan atau sebutan dengan nama bisnes rekaan grafik lain atau syarikat serta jenama terkenal sedia ada.
Kunci utama untuk proses brainstorming ini adalah memberi kebebasan (dengan sedikit peraturan umum) untuk menghasilkan senarai kata kunci yang boleh memberi idea dan inspirasi jika digabungkan dengan perkataan lain.
3. Analisis pesaing
Kenal pasti pesaing anda dalam industri yang sama.
Lihat setiap bisnes atau syarikat rekaan grafik antarabangsa dan tempatan yang ada di pasaran. Ketahui bagaimana bisnes rekaan grafik yang berjaya memilih nama mereka dan apakah maksud tersirat dan tersurat nama tersebut.
Senaraikan kelebihan dan kekurangan nama pesaing. Faktor-faktor ini boleh digunakan untuk mendapatkan nama yang unik berbanding pesaing anda.
4. Senarai pendek
Setelah melalui proses brainstorming, buat satu senarai pendek untuk kata idea dan nama bisnes rekaan grafik anda.
Pilih nama yang sedap, boleh menggambarkan kreativiti perkhidmatan dan dalam masa yang sama mampu menarik perhatian pelanggan.
Antara kriteria yang anda boleh gunakan untuk nama yang dipilih adalah:
- Mudah dan unik untuk membantu prospek pelanggan ingat nama anda;
- Adakah nama tersebut kena konsep rekaan grafik anda?;
- Adakah nama tersebut kedengaran asli atau seakan terbitan nama bisnes rekaan grafik lain?
Jawapan bagi setiap soalan tersebut boleh dijadikan sebagai penyaring sama ada nama tersebut sesuai untuk disenarai pendek.
Proses ini lebih mudah dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Reka Bentuk Grafik kami.
Anda boleh masukkan kata kunci ke dalam ruangan dan jana nama serta-merta.
Penjana nama ini akan memaparkan beratus pilihan nama untuk anda pilih. Jika perlu, pilih pilihan tambahan yang disediakan (contoh: bilangan suku kata dan had aksara) mengikut kesesuaian.
Pilih sekurang-kurangnya lima nama untuk disenarai pendek.
5. Dapatkan maklum balas
Nama yang mudah dan menarik lebih mudah melekat di ingatan pelanggan.
Seterusnya, nama yang mudah diingat oleh pelanggan mempunyai faktor kebolehpasaran yang tinggi dan boleh membuatkan pelanggan berminat menggunakan perkhidmatan anda.
Jadi untuk ketahui sama ada nama yang dipilih untuk bisnes rekaan grafik anda mendapat reaksi positif daripada orang luar, anda perlu dapatkan maklum balas mereka.
Salah satu cara paling mudah tetapi berkesan adalah dengan menyebut nama yang disenarai pendek kepada rakan-rakan. Perhatikan reaksi mereka kerana ia boleh menjadi penanda aras sama ada nama tersebut menarik dan kedengaran positif.
Selain itu, anda juga boleh tanyakan kepada orang ramai soalan seperti:
- Antara nama yang disenarai pendek, yang manakah dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk menggunakan perkhidmatan anda?; dan
- Nama yang manakah membuatkan mereka berminat untuk tahu lebih lanjut?
Melalui maklum balas, anda akan dapat kenal pasti nama mana yang tidak seseuai setelah disenarai pendek.
6. Semak ketersediaan
- Domain
Tahukah anda, selepas penstrukturan korporat Google menjadi anak syarikat sebuah syarikat induk dinamakan Alphabet Inc?
Dan tahukah anda lagi, domain untuk Alphabet inc bukan Aplhabetinc.com atau Alphabet.com? Mengapa?
Alphabet.com merupakan domain yang dimiliki oleh anak syarikat gergasi automotif iaitu BMW.
Alphabet Inc ditubuhkan kira-kira pada tahun 2015, dan ketika penubuhannya domain dengan ejaan yang sama telah dimiliki oleh pihak lain.
Jadi, pastikan nama yang anda pilih mempunyai ketersediaan domain (ejaan yang sama).
Istilah cybersquatting mungkin baru bagi anda, tetapi jangan terkejut kalau domain nama anda pilih sudah dimiliki orang lain walaupun mereka tidak menggunakannya.
Terdapat beberapa platform yang menyediakan semakan domain. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Reka Bentuk Grafik.
Anda boleh semak ketersediaan domain untuk nama yang dijana secara serta-merta. Jadi, proses pencarian anda boleh dilakukan dengan mudah dan lebih menyeluruh.
- Media Sosial
Media sosial penting untuk aktiviti pemasaran bisnes anda.
Semak sama ada nama bisnes yang anda pilih tidak wujud lagi di media sosial. Jika tidak ini boleh membantutkan pemasaran digital anda.
Pastikan ejaan dan bilangan aksara nama pilihan untuk bisnes rekaan grafik anda mengikut aturan yang ditetapkan oleh media sosial.
- Tanda Dagang
Untuk memastikan nama bisnes anda bebas daripada sebarang risiko tindakan undang-undang dari pihak ketiga, lakukan semakan Tanda Dagang.
Anda boleh semak maklumat tanda dagang dan carian ketersediaan di MyIPO.
5 Contoh Nama Bisnes Rekaan Grafik
Untuk memberikan anda inspirasi tambahan, kami senaraikan beberapa contoh bisnes rekaan grafik tempatan dan antarabangsa tersohor.
Pentamex
Kami mulakan dengan yang terbesar dan terkenal di dunia.
Bisnes ini ditubuhkan di London pada 1972 oleh lima orang pereka yang berkongsi erti seni rekaan yang sama. Maksud Pentagram mewakili setiap satu pengasas bisnes ini.
Kini, bisnes ini beroperasi di San Francisco, London, Berlin, Texas dan beribu pejabat di New York.
Bisnes ini mengamalkan konsep hierarki mendatar untuk kesemua rakan kongsinya yang berjumlah 24 orang.
Sebagai bisnes rekaan grafik terkenal di dunia, tidak hairanlah projek rekaan mereka melibatkan pelanggan seperti Apple, Rolls-Royce, Saks Fifth Avenue, Starbuck dan banyak lagi gergasi korporat.
Landor
Nama bisnes ini diambil sempena nama pengasasnya, Walter Landor.
Ditubuhkan pada tahun 1941 dengan beroperasi dari dalam bilik tidurnya, rekaan grafik Landor terus mendapat perhatian dan kini–selepas 27 kematiannya–Landor beroperasi di lebih 25 bandar di seluruh dunia.
Skop perkhidmatan Landor juga lebih meluas dengan menawarkan perunding jenama dan projek penjenamaan berskala besar.
Antara pelanggan mereka yang terkenal adalah BMW, British Airways, FedEx, Kellogg’s, Kraft, P&G, PepsiCo, Volkswagen.
Spring Design
Diasaskan di Malaysia oleh dua rakan yang berkongsi minat terhadap seni kreativiti.Selain daripada rekaan grafik, Spring Design juga menawarkan khidmat rekaan logo, penjenamaan korporat, pemasaran di media sosial dan penerbitan lain.
Antara senarai pelanggan mereka adalah syarikat minuman dan makanan, pengeluar bahan kimia, restoran terkenal, perniagaan berlian dan banyak lagi.
Superunion
Meskipun ditubuhkan pada 2018, sejarah bisnes ini sebenarnya boleh dikatakan bermula kira-kira pada tahun 1976.
Selepas beberapa kali peralihan pemilikan korporat, lima bisnes rekaan dan kreatif bergabung dan lahirlah nama Superunion.
Clientele bisnes yang berpusat di London dan beroperasi di 14 cawangan di seluruh dunia ini bukan calang-calang.
British Airway, Porsche, Ferrari dan ratusan lagi gergasi korporat daripada pelbagai bidang pernah bekerjasama dengan bisnes ini untuk projek kreatif dan pemasaran mereka.