Bisnes Creative design atau di dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai reka cipta kreatif merupakan bisnes yang dijangka akan terus berkembang di negara seperti Malaysia.
Tidak hanya itu, satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah laman web menunjukkan bahawa permintaan daripada industri terhadap graduan yang memiliki sijil dan kemahiran dalam bidang ini meningkat naik.
Bayangkan juga jika anda sememangnya sudah mahir dalam bidang reka cipta kreatif ini. Anda pasti mampu memulakan bisnes sendiri. Oleh sebab itulah kami menyediakan artikel ini untuk individu seperti anda.
Ini kerana, idea & penjana nama bisnes reka cipta kreatif kami boleh menjadi titik permulaan kemajuan bisnes anda. Ingin tahu bagaimana? Teruskan membaca bersama kami.
20 Idea Nama Bisnes Reka Cipta Kreatif
- Kreatif Atomic
- Kreatif Catalyst
- Kreatif Apex
- Kreatif Beast
- Kreatif Conscious
- Rekanetic
- Rekaprism
- Rekaocity
- Rekalytical
- Rekapad
- Pelan Blueprint
- Inova Active
- Omni Kreatif
- Argent Kreatif
- All-star Animasi
- Essence Animasi
- Think Animasi
- Atomic UIUX
- Magnolia Projek
- Browse Projek
Bagaimana Cara Menggunakan Idea & Penjana Nama Bisnes Reka Cipta Kreatif
Kami faham bahawa tidak semua orang mampu meluangkan masa yang lama untuk mendapatkan nama perniagaan yang sesuai.Oleh sebab itulah kami ingin berkongsi dengan anda cara-cara mudah untuk menggunakan penjana nama perniagaan kami.
Cara-cara tersebut adalah seperti berikut:
Pilih kata kunci
Cuba fikirkan satu atau dua kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan anda. Salah satu kata kunci yang anda boleh gunakan adalah nama anda sendiri. Sebagai contoh, jika nama anda Ahmad, idea pilihan nama yang dijana adalah seperti di bawah:
- Ahmad Artsy
- Ahmad Novus
- Ahmad Creation
Anda juga digalakkan untuk menggunakan kata kunci yang mencerminkan perniagaan anda. Untuk bisnes reka cipta kreatif, anda boleh menggunakan servis utama anda sebagai kata kunci.
Kata kunci yang anda boleh gunakan adalah seperti berikut:
- Iklan
- Grafik
- Reka
- Media
- Digital
Sebelum menjana nama perniagaan menggunakan idea & penjana nama penjana nama bisnes
Idea nama perniagaan yang dijana menggunakan salah satu kata kunci ini akan menghasilkan sebanyak 7,999 pilihan nama.
Kata kunci anda harus memiliki ciri-ciri ini:
- Lebih daripada tiga huruf; atau
- Tidak merangkumi nombor dan tanda baca; dan
- Tidak merangkumi emotikon.
Jika anda memasukkan kata kunci yang mempunyai 3 huruf sahaja, ataupun, kata kunci yang mempunyai angka, tanda baca atau emotikon, penjana nama perniagaan kami tidak dapat menjana idea untuk anda.
Dengan kata kunci yang betul anda boleh menjana 7,999 pilihan idea nama perniagaan. Anda hanya perlu memilih nama yang menepati cita rasa anda.
Guna tapisan industri
7,999 idea nama yang akan dijana menggunakan 1 kata kunci. Anda mungkin perlu mengambil sedikit masa untuk memilih nama yang paling sesuai. Tetapi, jangan risau kerana dengan menggunakan fungsi tapisan industri kami, anda akan dapat menjana nama perniagaan yang lebih terperinci.
Apakah tapisan industri yang kami maksudkan? Tapisan ataupun filter adalah fungsi yang anda boleh aktifkan sebelum menjana semula nama perniagaan anda.
Kemudian, di bawah senarai tapisan industri, anda akan melihat semua industri yang berkaitan dengan semua jenis perniagaan yang ada di dunia ini.
Antara 53 industri yang anda boleh pilih adalah seperti berikut:
- Pertanian
- Seni
- Kecantikan
- Pencuci mulut
- Kesihatan
- Kreatif
Untuk nama bisnes reka cipta kreatif anda, anda boleh menanda ‘kreatif’ sebagai pilihan industri anda. Untuk pengetahuan, anda boleh menandakan lebih daripada satu industri. Dengan cara ini, anda boleh mendapat pilihan nama perniagaan yang lebih tepat lagi.
Pastikan anda menekan butang “apply” pada bahagian bawah kotak tapisan industri.
Guna tapisan nama
Selain daripada menggunakan tapisan industri, anda juga boleh mengecilkan dan mengkhususkan lagi pencarian anda dengan mengaktifkan fungsi berikut:
Bilangan karakter
Anda boleh memilih berapa banyak karakter nama perniagaan yang anda mahu. Fungsi ini sesuai untuk anda yang mahukan nama perniagaan yang ringkas.
Anda boleh memilih untuk menetapkan bilangan karakter sebanyak 15 karakter ataupun kurang daripada itu.
Jumlah karakter paling minimum yang anda boleh tetapkan adalah sebanyak 5 karakter. Untuk lebih jelas lagi, kami akan menunjukkan contoh bagaimana nama perniagaan anda akan kelihatan jika menggunakan fungsi karakter ini.
Mari lihat bagaimana nama perniagaan kelihatan jika anda menggunakan ‘Java’ sebagai kata kunci dan menetapkan bilangan karakter seperti berikut:
10 karakter:
- Java Pivot
- Java Alpha
- Java Pixel
- Java Sky
- Java Command
5 karakter:
- Javax
- Javan
Bilangan ayat
Anda juga boleh memilih sama ada anda mahu nama perniagaan dalam satu atau dua ayat. Untuk mengaktifkan ciri ini, anda hanya perlu menandakan kotak semakan.
Mari lihat bagaimana idea nama perniagaan kelihatan dengan mengaktifkan ciri ini.
Satu ayat:
- Javadeck
- Javaex
- Javaya
- Javado
- Javaio
Dua ayat:
- Java Link
- Java Bot
- Java Agile
- Java Net
- Java Atlas
Kami pasti idea & Penjana Nama Bisnes Reka Cipta Kreatif boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang lebih tepat dan bersesuaian dengan identiti perniagaan anda.
Oleh itu, ada dua lagi ciri unik yang anda boleh tetapkan sebelum menjana idea nama perniagaan anda.
Posisi kata kunci
Ciri unik seterusnya adalah anda boleh menentukan sama ada posisi kata kunci berada di hadapan ataupun belakang idea nama yang dijana. Bagaimana idea nama perniagaan anda akan kelihatan jika ciri ini diaktifkan? Sila lihat contoh di bawah:
Kata kunci di hadapan:
- Java Link
- Java Bot
- Java Agile
- Java Net
- Java Atlas
Kata kunci di belakang:
- Cloud Java
- Info Java
- Solar Java
- Wise Java
- Module Java
Nama Berima
Jika anda mahukan nama perniagaan yang berima, anda boleh mengaktifkan toggle untuk mendapatkan nama bisnes yang berima.
Anda tidak diwajibkan untuk menggunakan ciri ini. Namun tidak salah sekiranya anda ingin menggunakannya.
Tambahan pula, nama yang dijana pasti akan tampak lebih menarik lagi. Bukan setakat itu, nama yang berima lebih mudah untuk diingat oleh para pelanggan atau pengguna khidmat anda.
5 Nama Perniagaan Reka Cipta Kreatif
Pentagram
Pentagram merupakan bisnes reka cipta bebas yang terbesar di dunia. Pentagram bertanggungjawab terhadap kejayaan pemasaran jenama-jenama ternama di dunia.
Sebelum kita melihat senarai rakan kongsi ternama Pentagram, mari lihat latar belakang penubuhan bisnes reka cipta ini supaya anda dapat menggunakannya sebagai ilham mencari nama perniagaan terbaik.
Untuk pengetahuan anda, Pentagram adalah satu-satunya studio reka cipta terbesar di dunia yang bekerjasama secara langsung bersama klien-klien mereka.
Ini bermakna mereka tidak menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menyiapkan projek yang ditugaskan kepada mereka. Tenaga kerja Pentagram juga terdiri daripada sepasukan individu yang berkaliber.
Maka tidak hairanlah Pentagram masih berdiri gah sehingga kini, walaupun sudah 5 dekad menjadi pusat rujukan kreatif.
Klien Pentagram datang daripada pelbagai bidang kepakaran seperti:
- Seni dan budaya
- Perbankan dan kewangan
- Sivik dan kemasyarakatan
- Reka cipta dan seni bina
- Pendidikan
- Hiburan dan banyak lagi
Landor & Fitch
Landor & Fitch secara umumnya merupakan penasihat jenama dan reka cipta. Sama seperti bisnes ternama yang ada di luar sana, nama Landor & Fitch diambil daripada nama pengasas bisnes ini sendiri, iaitu, Walter Landor dan juga Rodney Fitch.
Tetapi, anda pasti tertanya-tanya apakah yang membezakan bisnes reka cipta ini dengan bisnes yang sama di luar sana?
Pertama sekali, kedua-dua pengasas ini memiliki kemahiran yang berbeza tetapi unik kepada bidang reka cipta kreatif. Walter Landor mengetuai bahagian perundingan penjenamaan. Manakala Rodney Fitch menerajui bahagian reka cipta dan juga pengalaman penjenamaan.
Ingin lebih tahu lagi mengapa nama Lindor & Fitch sangat dikenali dalam dunia reka cipta kreatif? Pertama sekali, jawapannya terletak pada kepakaran tenaga kerja mereka. Tanpa perlu berkumpul di satu tempat, khidmat pekerja mereka boleh diakses di mana-mana sahaja.
Selain itu juga, mereka berjaya bekerjasama dengan banyak jenama dan juga acara terkemuka seperti berikut:
- Lancome
- KitKat
- Adidas
- Australian Open
- Etihad
- Stesen Angkasa Lepas Saudi dan banyak lagi.
The Chase Design
The Chase Design merupakan pembekal khidmat reka cipta kreatif yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang mengguna pakai kemahiran berikut:
- Reka bentuk laman web
- SEO (Pengoptimuman Pencarian Enjin)
- Penulisan iklan
- Pemasaran emel
- Media sosial
- Fotografi dan videografi
Anda pasti ingin tahu apakah maksud di sebalik nama The Chase Design, bukan? Walaupun sejarah pemilihan nama “The Chase Design” tidak dinyatakan di laman utama mereka, namun secara umumnya, anda dapat mengenal pasti identiti utama bisnes mereka.
Ini kerana, dengan menggunakan perkataan Design sebagai sebahagian daripada nama bisnes mereka, semua orang tahu bahawa mereka merupakan pembekal khidmat reka bentuk.
Jika anda ingin menamakan bisnes reka cipta kreatif, anda boleh menjadikan ini sebagai ilham dan juga panduan anda.
Anda juga boleh memasukkan perkataan ‘reka cipta’ sebagai kata kunci untuk dijana menggunakan idea & penjana nama bisnes reka cipta kreatif kami. Kami pasti anda akan mendapatkan nama bisnes yang lagi unik.
Meta Design
Meta Design merupakan perunding jenama kreatif yang ditubuhkan pada tahun 1979. Dengan memiliki pengalaman lebih daripada 40 tahun dalam industri reka cipta kreatif, Meta Design pasti sudah bekerjasama dengan banyak jenama-jenama gergasi yang disegani.
Oleh itu, kami ingin mendedahkan kepada anda bagaimana pilihan nama perniagaan yang tepat boleh membantu anda bertahan dalam dunia reka cipta kreatif yang sememangnya sengit ini.
Baiklah, mari lihat bagaimana nama ‘Meta Design’ menjadi satu cap dagangan yang mewakili bisnes reka cipta kreatif ini.
Jika kita lihat maksud meta, ayat ini membawa makna ‘sesuatu yang lebih tinggi’ atau ‘ urutan kedua’. Maksud ‘Meta’ dalam nama perniagaan ini pula sudah pasti merujuk kepada makna pertama ini.
Kemudian, design digunakan bagi menunjukkan bahawa perkhidmatan utama yang ditawarkan adalah reka cipta. Menarik, bukan?
Setakat ini, Meta Design menawarkan perkhidmatan seperti berikut:
- Strategi penjenamaan
- Penjenamaan
- Pengalaman penjenamaan
- Pengaktifan penjenamaan
Anda boleh lihat di sini bahawa penjenamaan adalah bidang pengkhususan Meta Design. Pejabat utama mereka boleh didapatkan di bandar-bandar metropolis dunia seperti Beijing, San Francisco, Berlin dan Zurich.
Studio Dumbar
Studio Dumbar merupakan satu lagi contoh perniagaan yang menggunakan nama pengasasnya sebagai nama perniagaan utama. Studio Dumbar yang ditubuhkan pada tahun 1977 oleh Gert Dumbar telah menerima banyak anugerah dan pengiktirafan.
Perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Studio Dumbar adalah seperti berikut:
- Strategi penjenamaan
- Identiti visual sepert
- Animasi
Selain daripada itu juga, perkhidmatan Studio Dumbar digunakan oleh syarikat- syarikat ternama di dunia, seperti:
- Philips
- Audi
- Twitch
- Patagonia
- eBay
Tahukah anda, Studio Dumbar dianggotai oleh 2,500 pakar digital yang berkhidmat untuk mereka tanpa ada batasan jarak dan waktu. Pakar digital ini juga bertanggung jawab terhadap penyediaan perkhidmatan teknologi dan pemasaran untuk klien mereka.
Bidang Reka Cipta Kreatif Untuk Diterokai
Penulisan iklan
Penulisan iklan atau lebih dikenali lagi sebagai copywriting merupakan perkhidmatan kreatif yang tidak akan lapuk ditelan zaman. Ini kerana, selagi ada produk untuk dijual, selagi itulah khidmat penulisan iklan diperlukan.
Reka bentuk laman web
Reka bentuk laman web merupakan salah satu bisnes reka cipta kreatif yang mendapat permintaan tinggi daripada perniagaan baru, terutamanya di Malaysia. Ingin tahu mengapa?
Pertama sekali, di Malaysia, terdapat jurang yang besar antara bilangan individu yang mahir dalam bidang ini dengan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan reka bentuk laman web.
Jika anda mempunyai kemahiran dalam bidang ini dan berminat untuk menjual perkhidmatan anda, anda boleh menggunakan idea & penjana nama bisnes reka cipta kreatif kami untuk menamakan bisnes anda.
Penjenamaan
Penjenamaan mungkin masih asing lagi bagi kebanyakkan pengasas bisnes reka cipta kreatif di Malaysia. Namun, kami yakin bahawa permintaan terhadap perkhidmatan ini akan melonjak naik tidak lama lagi.
Ingin tahu mengapa? Ini kerana, penjenamaan merupakan sebahagian daripada identiti terbesar sesebuah perniagaan. Oleh kerana, pemasaran serta jualan dalam talian merupakan fenomena yang tidak akan lenyap begitu sahaja, khidmat perunding penjenamaan sangat diperlukan.
Fotografi
Perkhidmatan fotografi juga sebahagian daripada bisnes reka cipta kreatif yang mampu menjana pendapatan yang lumayan. Kemahiran mengambil gambar ini tidak hanya tertumpu kepada teknik mengambil gambar semata-mata.
Anda pasti ingin tahu apa lagi kemahiran sampingan penting yang diperlukan oleh seseorang juru gambar, bukan? Kemahiran yang diperlukan adalah seperti di bawah:
- Mengedit gambar
- Pemasaran
- Komunikasi
Antara bidang fotografi yang mendapat permintaan tinggi adalah seperti berikut:
- Komersial
- Portrait
- Saintifik
- Produk
- Seni bina