Penjana Nama Bisnes Pemasaran Digital

Dapatkan nama perniagaan yang mencuri hati pelanggan hanya apabila anda menggunakan Penjana Nama Bisnes Pemasaran Digital kami

1. Pilih kata kunci nama bisnes pemasaran digital anda

Mulakan proses menjana nama bisnes pemasaran digital dengan memasukkan kata kunci yang sesuai

2. Dapatkan idea Nama Bisnes Pemasaran Digital anda

Pilih idea Nama Bisnes Pemasaran Digital yang telah dijana untuk anda gunakan serta daftarkan

3. Pilih Nama Bisnes Pemasaran Digital anda

Jangan lupa untuk menyemak ketersediaan nama domain untuk nama bisnes yang anda ingin gunakan

Pemasaran digital adalah bisnes dalam talian yang menghubungkan perniagaan dengan pelanggan. Bisnes sebegini menghubungkan pelanggan dan peniaga menggunakan kaedah berikut:

  1. laman web e-dagang,
  2. media sosial,
  3. laman web syarikat.

Di Malaysia, kepakaran dalam bidang pemasaran digital sangat diperlukan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara, pendapatan e-dagang menunjukkan perkembangan positif apabila berjaya meraih RM801.2 bilion bagi fasa pertama hingga fasa ketiga 2021. Ini bersamaan dengan lonjatan 23.1% dari tahun sebelumnya.

Mengapa statistik begini penting bagi anda? Ini kerana, jika anda baru sahaja ingin menceburkan diri ke dalam dunia pemasaran digital, anda hanya perlu melakukan perkara ini:

  1. Berpengalaman dalam satu bidang pemasaran digital
  2. Cari nama perniagaan yang sesuai

Jika bisnes pemasaran digital adalah impian anda, kami sedia membantu anda. Oleh itu, mari lihat bagaimana penjana nama bisnes pemasaran digital kami boleh mengetengahkan perniagaan anda.

Apa Itu Penjana Nama Perniagaan

Penjana Nama Perniagaan mungkin masih asing lagi bagi perniagaan di Malaysia. Tetapi ramai pemilik perniagaan baru di seluruh dunia menggunakan perkhidmatan kami untuk mendapatkan nama perniagaan yang unik.

Ya, 3 juta pengguna telah berjaya mendapatkan nama perniagaan yang terbaik untuk mereka. Dan angka ini meningkat setiap hari. 

Ini kerana, hanya dengan menggunakan penjana nama perniagaan kami sahaja anda akan mendapatkan nama perniagaan yang tidak pernah didaftarkan. Oleh itu, mari lihat bagaimana anda juga boleh mendapatkan nama perniagaan terbaik bersama kami.

Teruskan membaca!

20 Nama Bisnes Pemasaran Digital

20 nama bisnes pemasaran digital di bawah dijana menggunakan penjana nama perniagaan kami.

  • Digital Commerce
  • Digital Bloom
  • Digital Chimp
  • Digital Eden
  • Digital Genie
  • Kreatif Alpha
  • Kreatif Concept
  • Kreatif Dept
  • Kreatif Goto
  • Kreatif Gurus
  • Iklan Alliance
  • Iklan Capital
  • Iklan Oasis
  • Iklan Guys
  • Iklan Proxy
  • SEO Haul
  • SEO Muse
  • SEO Mind
  • SEO Gen
  • SEO Scout

Bagaimana Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Pemasaran Digital

Mari lihat 5 langkah mudah untuk menjana nama perniagaan pemasaran digital anda di bawah:

Pilih bahasa

Platform penjana nama perniagaan kami membolehkan anda menjana nama perniagaan dalam 19 bahasa. Salah satunya adalah di dalam bahasa Malaysia.

Kami percaya fungsi ini sangat membantu perniagaan yang mahu melebarkan sayap perniagaan mereka lebih dari hanya satu negara. Tidak hanya itu, kami juga menyediakan pilihan bahasa yang paling banyak digunakan untuk tujuan perdagangan.

Dengan erti kata lain, bahasa-bahasa ini adalah lingua franca setiap negara tersebut. Antara pilihan bahasa yang anda boleh gunakan adalah:

  1. Korea
  2. Thai
  3. Sepanyol
  4. Portugis
  5. Arab
  6. Turki
  7. Itali
  8. Rusia
  9. Poland
  10. Denmark

Pilih sahaja bahasa yang anda mahu gunakan, kami pasti setiap nama perniagaan yang akan dijana juga unik.

Pilih kata kunci

Seterusnya, anda harus memilih kata kunci yang sesuai. Kata kunci merupakan elemen yang sangat penting untuk menjana nama perniagaan yang unik. Pemilihan kata kunci tersebut harus memiliki ciri-ciri berikut:

  1. Sekurang-kurangnya 3 huruf
  2. Berkaitan dengan perniagaan anda
  3. Bukan angka
  4. Bukan emotikon
  5. Bukan aksara

Dalam 20 senarai nama perniagaan bisnes pemasaran digital kami di atas, kami telah menggunakan 4 kata kunci. Kata-kata kunci tersebut adalah:

  1. Digital
  2. Kreatif
  3. Iklan 
  4. SEO

Selepas memilih kata kunci yang sesuai, anda perlu memasukkannya ke dalam ruangan jana. Kemudian, tekan butang jana dan anda akan melihat sekurang-kurangnya 7,000 pilihan nama perniagaan.

Tapis nama perniagaan

Bagaimana anda hendak memilih nama perniagaan yang paling berkenan di hati anda antara hampir 8000 nama perniagaan yang dijana? Ini pasti memakan masa yang agak lama, bukan?

Oleh itu, anda harus menggunakan industry filter atau penapis industri, dan juga penapis tetapan nama kami. 

Penapisan industri

Fungsi utama tapisan ini adalah untuk membantu para pengguna kami mendapatkan nama perniagaan yang bersesuaian dengan industri perniagaan mereka.

Sebagai contoh, untuk menjana 20 nama perniagaan di atas, kami telah memilih e-dagang dan juga pemasaran sebagai industri yang berkaitan dengan bisnes pemasaran digital.

Pilihan idea nama yang dijana selepas mengaktifkan tapisan ini berkurang kepada 1,075 sahaja. Ini bermakna pilihan yang ada juga menjadi lebih terperinci. 

Penapis tetapan nama

Seterusnya, anda juga boleh mengaktifkan fungsi penapis tetapan nama. Fungsi ini akan membenarkan anda mendapatkan nama perniagaan yang lebih unik lagi.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengaktifkan 4 ciri tetapan nama di bawah:

1. Bilangan karakter

  • Minima 5 karakter

2. Bilangan patah perkataan nama perniagaan

  • Satu atau dua perkataan

3. Posisi kata kunci

  • Sebelum atau selepas idea nama yang dijana bersama

4. Nama perniagaan berima

Jangan lupa untuk menekan butang apply atau butang gunakan untuk menjana idea nama perniagaan yang baharu dan lebih terperinci.

Pilih nama perniagaan anda

Langkah terakhir yang anda perlu lakukan adalah memilih nama perniagaan yang paling sesuai. Jika anda merasa rambang mata, anda boleh memilih 5 idea nama perniagaan yang telah dijana dan dapatkan pendapat rakan atau ahli keluarga anda.

Kemudian, anda juga boleh menyemak sama ada nama perniagaan yang anda minati boleh digunakan sebagai nama domain. Cuma tekan sahaja butang nama perniagaan yang dipilih. Selepas itu, anda akan dapat melihat sama ada nama tersebut tersedia untuk didaftarkan sebagai nama domain.

5 Keunikan Penjana Nama Bisnes

Percuma

Jika anda baru memulakan perniagaan, gunakanlah khidmat penjana nama kami bagi membantu anda mengurangkan kos untuk membayar perkhidmatan perunding penjenamaan.

Berbeza dengan penjana nama perniagaan yang ada di luar sana, kami memastikan anda sentiasa mendapat idea nama perniagaan yang pelbagai walaupun secara percuma.

Kami tidak akan meminta anda untuk berkongsi dengan kami maklumat perbankan anda. Kami juga tidak akan mengehadkan masa anda untuk mengakses penjana nama perniagaan kami.

Ini kerana, penjana nama perniagaan kami percuma untuk digunakan pada bila- bila masa sahaja. 

Tiada pendaftaran

Anda pasti pernah menggunakan platform penjana nama perniagaan yang memerlukan anda melakukan pendaftaran terlebih dahulu, bukan?

Kami yakin proses ini sangat melecehkan. Tambahan pula jika anda terpaksa memuat naik maklumat peribadi anda ke dalam internet.

Sebagai pengusaha baharu, anda pasti tahu bahawa masa itu emas. Kami faham bahawa tidak semua orang boleh meluangkan masa berjam-jam untuk mencari nama perniagaan yang sesuai. Tambahan pula jika ada cara lain yang lebih ringkas dan berkesan.

Oleh itu, jangan risau. Gunakan sahaja Penjana Nama Bisnes Pemasaran Digital kami untuk membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang terbaik dengan pantas.

19 bahasa 

Bisnes pemasaran digital sangat luas. Ini bermakna, anda juga pasti mahu bisnes anda menembusi pasaran antarabangsa.

Oleh itu, kami memastikan penjana nama perniagaan kami boleh digunakan tanpa ada batas bahasa. Seperti yang anda sedia maklum, kami menawarkan 19 bahasa antarabangsa yang boleh anda pilih.

Mari lihat lagi bahasa lain yang anda boleh pilih untuk menjana nama perniagaan di platform kami:

  1. Perancis
  2. Jerman
  3. Belanda
  4. Greek
  5. Norway
  6. Indonesia
  7. Sweden

Dipercayai 

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana penjana nama perniagaan kami boleh bertahan hingga ke hari ini walaupun percuma untuk digunakan. Ini kerana, kami mendapat sokongan dan tinjauan yang memberangsangkan dari pengguna di seluruh dunia.

Ya. 3 juta lebih pengguna di seluruh negara termasuk Malaysia mempercayai Penjana Nama Perniagaan kami. Selain itu, penjana nama perniagaan kami mendapat 4.7 bintang dari pengguna kami di seluruh dunia.

Ini tidak mustahil. Ini kerana, kami memastikan para pengguna kami dapat menjana nama perniagaan yang unik tanpa perlu terikat dengan masa dan juga wang.

Oleh itu, apa tunggu lagi, janalah nama bisnes yang anda impikan dengan menggunakan penjana kami pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Unik

Seperti yang anda sedia maklum, satu kata kunci yang dimasukkan ke dalam ruangan jana kami boleh menghasilkan lebih 7,000 idea nama perniagaan. Setiap nama yang dijana adalah unik.

Kami memastikan penjana nama kami unik dengan menjana hanya nama perniagaan yang belum pernah digunakan atau didaftarkan di mana-mana tempat. 

Selain daripada itu juga, nama perniagaan yang anda boleh pilih juga pasti lebih menyerlah kerana anda mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menetapkan nama perniagaan anda sendiri. Apakah yang kami maksudkan ini?

Jika anda rujuk semula bahagian cara menggunakan penjana nama perniagaan kami di atas, kami telah menerangkan bahawa anda boleh memilih untuk mendapatkan nama yang:

  • Berima, 
  • Satu atau dua perkataan sahaja, dan
  • Ringkas atau panjang dengan menggunakan tetapan bilangan karakter.

3 Contoh Bisnes Pemasaran Digital Terkemuka

Di bahagian ini, kami akan memperkenalkan 3 contoh perniagaan pemasaran digital yang terkenal di luar negara. 

WebFX

WebFX merupakan sebuah perniagaan yang menyediakan khidmat pemasaran digital melalui tiga medium utama:

  • Pembangunan web
  • Reka cipta laman web
  • Pemasaran dalam talian

WebFX bertapak di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Ditubuhkan oleh William dan Carrie Craig pada tahun 1997, nama perniagaan ini dikenali dengan nama lain, iaitu, WebpageFX.

Perniagaan ini melakukan penjenamaan semula pada tahun 2018. Sejak hari itu, nama perniagaan ini dikenali sebagai WebFX.

Kedua-dua nama ini mempunyai satu perbezaan yang ketara. Pada pemerhatian kami, penggunaan Webpage sebagai sebahagian daripada nama perniagaan ini tampak berlebihan. 

Dengan hanya menggunakan perkataan Web, nama perniagaan ini tampak menjadi lebih ringkas dan mudah untuk disebut.

Menariknya juga, penjenamaan semula nama perniagaan ini menjadi detik permulaan kegemilangan perniagaan ini. Ini kerana, hingga ke hari ini, WebFX berjaya meraih banyak anugerah yang mengiktiraf khidmat mereka dalam dunia pemasaran digital.

Conklin Media

Conklin Media merupakan sebuah syarikat pemasaran digital yang sangat terkemuka di Amerika Syarikat. Ini kerana, pada tahun 2021 sahaja, syarikat ini berjaya meraih 6 anugerah dalam industri pemasaran digital.

Conklin Media pernah bekerjasama dengan syarikat terkenal seperti Hershey, Toyota, Cesar Millan dan banyak lagi. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Conklin Medias adalah seperti berikut:

  1. Reka bentuk laman web
  2. Iklan berbayar Facebook dan Instagram
  3. Pengurusan PPC
  4. SEO

Nama perniagaan ini dinamakan sempena nama pengasasnya sendiri, iaitu Dave Conklin. Beliau menggunakan nama keluarganya sebagai sebahagian daripada nama perniagaan ini. Kemudian ‘Media’ digabungkan bersama nama beliau.

Gabungan dua perkataan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas lagi mengenai perkhidmatan yang ada ditawarkan oleh mereka.

Single Grain

Single Grain adalah salah satu syarikat pemasaran digital yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pemasaran digital sepenuh masa kepada para pelanggan mereka. Single Grain merupakan salah satu syarikat pemasaran yang juga diasaskan di USA.

Single Grain pernah bekerjasama dengan syarikat-syarikat ternama di dunia seperti Amazon Alexa, Lover.co, Nextiva dan banyak lagi.

Sebenarnya, Single Grain pada awalnya bukan sebuah syarikat pemasaran digital, tetapi sebuah syarikat yang berasaskan pendidikan. Namun, pada tahun 2014, Eric Siu membeli syarikat ini dengan harga $2 sahaja.

Walaupun Single Grain sudah berubah kepada syarikat pemasaran digital, namun nama perniagaan ini dikekalkan hingga ke hari ini. ‘Single Grain’ bermaksud sebutir benih.

Secara tidak langsung, nama perniagaan ini menjadi simbolik kepada sejarah perniagaan ini dalam dunia pemasaran digital. Ini kerana, daripada hanya sebuah syarikat yang dibeli dengan harga $2, nama Single Grain makin dikenali ramai di atas pencapaian mereka dalam industri pemasaran digital.

3 Ciri Nama Perniagaan yang Menarik

Ringkas

Nama perniagaan yang menarik selalunya ringkas sahaja. Nama yang ringkas juga senang untuk disebut dan diingat oleh orang awam.

Cuba lihat nama perniagaan pemasaran digital yang kami senaraikan di atas. Ketiga-tiga perniagaan ini tidak menggunakan nama yang terlampau panjang dan ejaan yang sukar untuk diingati.

Malah, pengasas-pengasas perniagaan tersebut memilih untuk menggunakan satu atau dua patah perkataan sahaja sebagai nama perniagaan mereka. 

Nama yang ringkas juga harus mempunyai makna yang melambangkan identiti perniagaan anda. Anda boleh menggunakan perkataan yang menunjukkan perkhidmatan ataupun produk utama yang anda tawarkan.

Oleh itu, dengan menggabungkan perkataan yang bermakna tetapi menjadikannya ringkas, anda akan menghasilkan nama perniagaan yang ringkas serta padat.

Asli

Nama perniagaan yang asli akan tampil lebih unik dan menarik. Ini kerana nama perniagaan yang dipilih belum pernah digunakan oleh mana-mana perusahaan di dunia ini.

Menggunakan nama yang asli juga penting kerana secara tidak langsung, anda boleh menggunakan nama perniagaan anda sebagai cap dagangan berdaftar. Sebagai contoh, banyak nama perniagaan di luar sana menggunakan strategi ini. Salah satu daripadanya adalah:

  • Adidas
  • Nike
  • McDonald

Oleh sebab itulah, jika anda menggunakan nama perniagaan orang lain, anda boleh dikenakan hukuman yang berat. Tambahan pula jika anda menggunakan nama perniagaan yang telah didaftarkan sebagai cap dagangan. 

Jika anda menggunakan penjana nama perniagaan kami, anda tidak akan menghadapi masalah ini kerana penjana nama perniagaan kami hanya menjana nama bisnes yang asli serta unik.

Soalan Lazim

Penjana nama bisnes pemasaran digital kami menjana nama perniagaan yang unik untuk anda. Nama perniagaan yang dijana untuk anda adalah berdasarkan kata yang anda masukkan. Oleh itu, anda akan mendapat nama perniagaan yang akan menepati cita rasa anda.

Nama terbaik untuk bisnes pemasaran digital haruslah unik dan menggambarkan perniagaan anda dengan jelas. Ini juga bermakna, nama perniagaan yang anda gunakan tidak boleh meniru nama perniagaan orang lain.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki