Penjana Nama Bisnes Kripto & Idea

Penjana Nama Bisnes Kripto kami boleh membantu anda mendapatkan bisnes kripto yang menarik. Jom cuba jana sekarang!

1. Pilih kata kunci nama bisnes kripto anda

Jana nama bisnes kripto anda yang terbaik dengan menggunakan kata kunci pilihan anda sendiri

2. Dapatkan nama Bisnes Kripto kami

Teliti senarai idea nama Bisnes Kripto yang telah dijana untuk anda pilih sebagai nama perniagaan wang kripto anda

3. Pilih Nama Bisnes Kripto anda

Kongsi idea nama dengan rakan kongsi anda dengan menekan butang bintang dan hantar senarai idea ke alamat emel mereka

Pelaburan Kripto bukan sesuatu yang baharu di Malaysia.

Walaupun di Malaysia, mata wang kripto tidak diperakui sebagai legal tender yang sah, rata-rata rakyat Malaysia tahu tentang mata wang kripto atau blockchain walaupun mereka bukan seorang pelabur dalam industri tersebut.

Malah, satu transaksi hartanah di Malaysia pernah menggunakan Bitcoin sebagai cara pembayaran antara penjual dan pembeli pada 2018.

Bercakap mengenai bisnes atau industri kripto, istilah ini boleh merujuk kepada mata wang kripto, platform pertukaran (exchange platform), syarikat blockchain dan lain-lain.

Walaupun artikel ini memberi fokus kepada nama mata wang kripto, tetapi segala perkara yang berkaitan dengan dunia digital bisnes kripto boleh menggunakan kaedah sistematik dan juga penggunaan Penjana Nama Bisnes Kripto yang diterangkan di sini.

Suasana pelaburan aset digital mungkin agak kelam setakat pertengahan tahun 2022.

Namun, daripada perspektif yang berbeza inilah saat yang sesuai untuk memulakan bisnes kripto memandangkan Bitcoin dan altcoin telah menjunam sehingga 70% berbanding tahun 2020 ketika harga mata wang kripto berada di puncak.

Ketidakstabilan tinggi mata wang kripto ini didorong oleh ketiadaan aset dasar (underlying asset) dan ditentukan oleh spekulasi yang datang daripada pelabur sendiri.

Meskipun turun naik harga yang tidak menentu (boleh berubah dalam masa 24 jam atau lebih kurang daripada itu!), itu adalah aspek teknikal di luar kepakaran kami.

Apa yang kami tahu, mata wang kripto atau aset digital secara umumnya, akan kekal dan inilah masanya untuk anda tubuhkan bisnes kripto atau mata wang kripto sendiri.

Dan untuk memulakannya, anda memerlukan nama yang unik dan menarik. Di situlah letaknya kepakaran kami.

Ayuh mulakan langkah pertama anda dengan mencari nama bisnes kripto yang sesuai dan kami akan terangkan mengapa Penjana Nama kripto kami begitu relevan untuk anda. 

Bagaimana memilih nama mata wang kripto atau blockchain?

Mata wang kripto adalah sebuah mata wang digital, yang menggunakan teknologi blockchain untuk rekod transaksi. 

Cabaran utama dalam memilih nama mata wang kripto adalah bagaimana anda boleh menanam keyakinan kepada pelabur melalui nama.

Bitcoin dan Ethereum mungkin dikenali oleh orang ramai walaupun mereka bukan seorang pelabur. Ada kemungkinan didorong oleh faktor kewujudan sebagai antara mata wang kripto pertama di pasaran.

Sementara itu, nama Luckyblock dan Nervous Network mungkin kedengaran agak asing di kalangan pelabur apatah lagi masyarakat umum.

Persoalannya, mengapa terdapat mata wang kripto yang berjaya dan terkenal berbanding yang lain?

Antara sebab utama adalah mata wang kripto yang popular mempunyai nama yang mudah untuk diingat dan juga sejarah tersendiri yang mendapat perhatian para pelabur.

Untuk membantu anda mencari nama mata wang kripto atau bisnes blockchain terbaik, artikel ini akan memberi panduan cara mendapatkan nama yang berkualiti.

Kami juga telah menyenaraikan 20 nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Kripto kami sebagai idea, inspirasi atau cadangan untuk pilihan sedia ada anda.

5 Contoh Nama Mata Wang Kripto Sebenar 

Sebelum kita membincangkan cara mendapatkan nama, anda boleh lihat nama mata wang kripto terawal dan juga platform atau syarikat blockchain yang berkaitan.

Bitcoin

Juga dikenali dengan simbol (₿), dicipta secara kriptik oleh sekumpulan orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Satoshi Nakamoto dan dianggap sebagai mata wang digital tidak berpusat yang pertama di pasaran.

Pernahkah anda dengar Bitcoin Maximalist?

Istilah ini merujuk kepada golongan yang percaya bahawa hanya Bitcoin sahaja aset digital yang akan diperlukan pada masa hadapan. Mereka juga rasakan semua mata wang kripto lain mempunyai darjat yang lebih rendah daripada Bitcoin.

Ethereum

Ethereum atau ETH, dalam bahasa mudahnya merupakan sistem blok rantai (blockchain) di internet di mana pelabur boleh membuat transaksi perdagangan.

Mata wang kripto Ether menggunakan sistem Ethereum untuk memastikan setiap pihak dalam transaksi mendapat apa yang mereka janjikan dengan selamat tanpa penglibatan pihak ketika atau badan berpusat.

Nama Ethereum ini dinamakan sempena Eter, bahan yang tidak boleh dilihat dan tidak stabil yang dikatakan memenuhi segenap sudut dunia ini.

Dogecoin

Bermula dengan satu gurauan pada 2013, mata wang ini dinamakan sempena meme seekor anjing baka Shiba Inu. Daripada fiksyen menjadi sebuah kejutan realiti dalam dunia mata wang kripto, apabila Dogecoin tersenarai dalam 10 mata wang kripto paling bernilai di dunia.

Tahukah anda manusia terkaya di dunia, Elon Musk sendiri memiliki sejumlah mata wang Dogecoin dan ini adalah antara sebab harga Dogecoin terus meningkat pada suatu ketika dahulu.

Binance Coin

Binance Coin atau BNB pada mulanya tersedia pada blok rantai Ethereum dan kemudiannya di blok rantai sendiri, iaitu Binance. Dilancarkan melalui initial coin offering (ICO).

Dentacoin

Satu-satunya mata wang kripto untuk industri pergigian. Dentacoin mempunyai objektif untuk menambah baik industri pergigian dan menjadikan rawatan pergigian sebagai satu keperluan yang boleh dinikmati oleh semua penduduk di muka bumi ini. 

Jika mata wang yang anda cipta menjadi yang pertama dalam sesebuah industri, anda boleh menamakan mata wang kripto anda dengan nama deskriptif dan mendapat kejayaan yang lebih pantas, seperti mana yang dilakukan oleh Dentacoin.

4 Contoh Nama Platform Pertukaran & Syarikat Blockchain

Luno

Luno mempunyai misi untuk memberitahu rakyat Malaysia tentang peluang untuk pertumbuhan kewangan yang lebih baik.

Platform pertukaran ini mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan mempunyai hampir 700,000 pemegang akaun di Malaysia.

Sinegy

Ditubuhkan pada 2017 oleh sekumpulan individu yang terdiri daripada pakar kewangan dan dunia digital. 

Satu-satunya syarikat tempatan yang diberikan lesen bersyarat sebagai platform pertukaran oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Circle

Sebuah platform untuk memindahkan wang secara dalam talian dan juga mata wang kripto. Apa yang membezakan platform ini dengan platform lain, termasuk bank komersial adalah, pemindahan wang dalam mata wang berbeza tidak dikenakan komisyen tukaran wang asing. Ia dapat dilakukan dengan mudah melalui mesej di telefon bimbit anda.

Perkataan circle bermaksud jaringan aliran wang berbentuk bulatan antara seorang individu dengan individu yang lain.

CoinMe

Bayangkan anda boleh menukar mata wang kripto kepada tunai di mesin ATM. Itulah yang ditawarkan oleh platform pertukaran ini.

CoinMe telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat di dunia untuk pelaburan tunai untuk membeli dan menukarkan wang kripto.

Nama CoinMe begitu pendek dan mudah. Perkataan “Coin” mudah difahami oleh mereka yang terlibat dalam industri aset digital. 

Kami berharap anda mendapat inspirasi, idea atau gambaran kasar melalui nama-nama bisnes kripto yang kami senaraikan secara ringkas ini.

Untuk langkah seterusnya, kita akan pelajari cara menggunakan Penjana Nama Mata Wang Kripto untuk dapatkan nama yang unik dan dapat menarik minat pelabur atau pengguna.

Cara menggunakan Penjana Nama Bisnes Kripto untuk Nama Mata Wang Kripto yang Unik & Menarik

Jika anda buntu atau ketandusan idea mencari nama mata wang kripto baharu atau bisnes blockchain anda yang unik, kami boleh membantu anda menjana beratus-ratus nama cadangan secara automatik.

Penjana Nama Bisnes Kripto kami adalah antara yang terbaik dan boleh digunakan secara percuma!

Untuk dapatkan kelebihan yang ditawarkan oleh Penjana Nama Bisnes Komputer, anda hanya perlu lakukan langkah-langkah berikut:

Langkah pertama:

Masuk ke laman web Penjana Nama nama kami.

Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu seperti Bahasa Greek, Thailand dan Jerman.

Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy  dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.

Langkah kedua:

Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.

Kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma dalam sistem enjin carian kami  secara automatik.

Anda boleh simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baharu.

Selain itu, Penjana Nama kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:

  • Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
  • Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
  • Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang  mempunyai domain tersedia.

Langkah ketiga

Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus-ratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.

Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.

Mudah bukan?

Dapatkan inspirasi dan bantuan Penjana Nama Bisnes Kripto kami secara percuma. Kami gunakan langkah-langkah yang disebutkan di atas untuk menjana 20 idea nama mata wang kripto sebagai panduan.

20 Idea Nama untuk Bisnes Kripto Anda

  • Trade Delta
  • Coin Signal
  • Asset Solar
  • Coinaza
  • Coinella
  • Assetzoid
  • Traden
  • Digitdo
  • Chalk Cypher
  • Contour Coin
  • Caramel Coin
  • Achelois Asset
  • Rescue Rocket
  • Taper Trade
  • Capital Chai
  • Digit Disk
  • Trade Taurus
  • Coin Cubs
  • Coin Clash
  • Asset Assist

Tips dalam Memilih Nama Mata Wang Kripto

Anda mungkin sudah biasa mendengar senarai nama-nama mata wang tersedia di platform pertukaran.

Selain itu, berdasarkan contoh nama mata wang kripto yang kami berikan, anda mungkin tahu kisah bagaimana sesebuah mata wang kripto atau syarikat blockchain mendapat nama.

Gunakan contoh nama sebagai inspirasi dan gabungkan dengan kreativiti dalam diri anda serta imaginasi yang tinggi.

Minat dan hobi boleh menjadi inspirasi untuk nama

Adakah hobi anda mendaki atau anda berminat dalam dunia komik? Jangan terkejut jika kedua-dua perkara ini boleh menjadi relevan untuk nama. Dogecoin sendiri bermula sebagai cubaan gurauan dua orang pengasasnya den

Kisah menarik di sebalik mata wang kripto anda

Lihat bagaimana Ethereum mendapat namanya. Imbas kembali nostalgia hidup anda. Mungkin ada kisah menarik yang memberi kesan kepada di sebalik sesebuah nama. Dalam dunia teknologi kewangan, apa-apa sahaja boleh menjadi relevan.

Fokus kepada industri

Dentacoin dicipta khusus untuk industri pergigian. Anda mungkin boleh menggunakan nama industri untuk nama mata wang kripto. Jika anda seorang peguam dan berminat dalam mata wang kripto, mungkin anda boleh namakan Lexcoin (lex bermaksud undang-undang dalam bahasa Latin).

Manusia secara lumrahnya lebih selesa berada dalam kalangan atau dalam kumpulan yang mempunyai minat atau industri yang sama. 

Jadi nama mata wang kripto atau aplikasi perdagangan kripto yang menggunakan nama industri mungkin memberi keselesaan dan hubungkait antara sesama ahli komuniti.

Perkataan “coin” memudahkan dan menjelaskan segalanya

Jika anda ketandusan idea mencari perkataan untuk dipadankan, sentiasa gunakan perkataan “coin”. Contohnya ABC Coin atau DEF Coin.

Perkataan “coin” dapat menarik minat pelabur dengan pantas dan melenyapkan persepsi negatif kerana maksud nama mata wang tersebut disampaikan dengan jelas.

Mudah dan pendek

Tiada gunanya kalau nama yang panjang tetapi sukar diingat oleh bakal pelabur bukan?

Terdapat hampir berbelas ribu mata wang kripto dipasaran, nama yang panjang membuatkan nama mata wang kripto atau platform blockchain anda tenggelam.

Jadi, proses pencarian anda boleh dilakukan dengan mudah dan lebih menyeluruh.

Semak ketersediaan 

  • Domain

Bisnes komputer anda perlu wujud dalam dua dunia; secara fizikal dan juga digital.

Pastikan nama yang anda pilih mempunyai ketersediaan domain. 

Istilah cybersquatting mungkin baharu bagi anda, tetapi jangan terkejut kalau domain nama anda pilih sudah dimiliki orang lain walaupun mereka tidak menggunakannya.

Terdapat beberapa platform yang menyediakan semakan domain. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Komputer kami.

Anda boleh semak ketersediaan domain untuk nama yang dijana secara serta-merta. Jadi, proses pencarian anda boleh dilakukan dengan mudah dan lebih menyeluruh.

  • Media Sosial

Media sosial penting untuk aktiviti bisnes kripto anda dan juga pemasaran mata wang kripto.

Ini adalah cara anda berinteraksi secara langsung dengan pelabur di luar sana.

Semak sama ada nama bisnes dan mata wang kripto yang anda pilih tidak wujud lagi di media sosial. Jika tidak ini boleh membantutkan pemasaran digital anda.

Nama yang sama atau seakan sama bukan sahaja boleh mengelirukan pelanggan, malah ada kemungkinan mereka meragui perkhidmatan anda sebelum cuba menggunakannya.

Soalan Lazim

Cari nama yang mudah dan tidak begitu sukar untuk dieja dan disebut. Anda juga boleh gunakan jenis industri jika mata wang kripto anda khusus untuk kumpulan tertentu supaya lebih mudah dikenali.

Ya. Nama yang dijana oleh Penjana Nama adalah unik dan boleh digunakan secara percuma. Anda hanya perlu semak ketersediaan domain untuk nama tersebut, yang boleh dilakukan secara serta-merta.

Nama yang unik dan menarik akan menarik minat pelabur. Gunakan bantuan teknologi, iaitu dengan Penjana Nama kami untuk memudahkan proses ini. Selain itu, anda juga boleh menggunakan slogan yang menarik untuk lebih menonjol berbanding pesaing.

Penulis

Hafizie Zack

Hafizie Zack

Peguam korporat dan seorang penulis dwibahasa untuk material perundangan, teknologi & kreatif. Berpengalaman selama sepuluh tahun di dalam penulisan. Teruja dengan idea meneroka rahsia di sebalik nama bisnes, seperti sebuah anagram yang hanya mampu diselesaikan oleh Indiana Jones.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki