Semua orang mempunyai komputer. Komputer merupakan alat teknologi penting pada masa ini…
Nanti dulu!
Ada kemungkinan anda rasa ayat pertama yang kami gunakan begitu membosankan bukan? Ayat tersebut tidak mampu membuatkan anda membaca perenggan seterusnya dalam artikel ini.
Kami akui perkara tersebut dan memang sengaja menulis begitu.
Mengapa?
Bayangkan susunan ayat tersebut adalah nama bisnes komputer anda.
Tidakkah anda rasa pelanggan juga akan hilang minat untuk mengetahui perkhidmatan yang anda tawarkan selepas mendengar atau membaca nama bisnes komputer yang membosankan sebegitu?
Industri Bisnes Komputer
Landskap cara interaksi sosial dan pekerjaan telah berubah sejak pandemik COVID-19 menggila.
Kini, istilah bekerja dari rumah bukan sesuatu yang canggung, begitu juga wujudnya konsep digital nomad dan juga perbincangan secara dalam talian. Institusi pendidikan, termasuk sekolah juga menjalankan aktiviti secara dalam talian.
Walaupun situasi global sudah beralih ke frasa endemik, masih banyak yang mengekalkan bekerja dari rumah, mungkin disebabkan isu keselesaan dan produktiviti atau keselamatan pekerja.
Walau apa pun yang berlaku, terdapat satu kesan langsung daripada perubahan ini; penggunaan komputer meningkat dengan sangat ketara.
Peningkatan bekerja atau belajar yang lari daripada cara tradisional ini seiiring dengan keperluan penyelenggaraan komputer.
Pengguna lebih memilih untuk membaiki atau menaik taraf komputer yang mereka ada berbanding membeli komputer baru yang sememangnya perlukan kos yang tinggi.
Dalam kata lain, segmen bisnes komputer kini lebih terbuka dan pelbagai, tidak lagi fokus kepada menjual komputer baru sahaja.
Jika anda merancang untuk meneroka segmen bisnes komputer, tidak kira sama ada khidmat sokongan teknikal, perisian, komputer baru atau yang lain, anda perlukan nama yang mampu menarik minat pelanggan.
Artikel ini akan memberikan tips untuk nama yang bagus untuk bisnes komputer anda.
Sesuatu yang kedengaran ironi jika anda terlibat dalam industri komputer, tetapi menolak penggunaan bantuan teknologi untuk mencari nama yang unik untuk bisnes komputer anda bukan?
Jadi kami juga akan terangkan bagaimana Penjana Nama boleh menambah kreativiti dan menjimatkan masa anda dalam pencarian idea dan nama bisnes komputer anda.
Kelebihan Menggunakan Penjana Nama Bisnes Komputer
Penjana Nama Bisnes Komputer kami merupakan alat bantuan yang anda perlukan untuk memudahkan.
Benar, terdapat banyak lagi pilihan di internet. Tetapi mengapa gunakan Penjana Nama Bisnes Komputer kami?
Algoritma di dalam sistem kami sentiasa di kemas kini dan pengumpulan data dalam pelbagai bahasa dilakukan setiap masa untuk menambah baik hasil janaan.
Selain itu, anda boleh dapatkan diskaun harga dengan rakan kongsi komersial kami jika anda berminat untuk dapatkan domain untuk nama yang dij
Cara menggunakan Penjana Nama Bisnes Komputer untuk Dapatkan Nama yang Menarik
Untuk dapatkan kelebihan yang ditawarkan oleh Penjana Nama Bisnes Komputer, anda hanya perlu lakukan langkah-langkah berikut:
Langkah pertama:
Masuk ke laman web Penjana Nama Bisnes Komputer
Terdapat lebih daripada 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Inggeris.
Anda berpelung untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami.
Anda boleh simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Selain itu, Penjana Nama kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
20 idea untuk nama Bisnes Komputer Menggunakan Penjana Nama
Bisnes Menjual Komputer
Bisnes menjual komputer adalah ‘permulaan’ kepada rantaian keseluruhan model bisnes yang berkaitan dengan teknologi komputer.
Suatu ketika dahulu, kedai atau stor yang menjual komputer juga menjual variasi produk lain seperti meja komputer, kerusi dan juga aksesori.
Namun, model bisnes untuk pasaran komputer telah berubah di mana stor atau kedai komputer kini hanya fokus untuk menjual set komputer sahaja.
Untuk sektor atau kedai khusus menjual komputer, nama perniagaan yang bagus sepatutnya menjelaskan produk utama yang dijual.
Berikut adalah nama yang dijana menggunakan Penjana Nama untuk segmen ini:
- Virus Goons
- Multimedia Target
- PC Accessories Addict
- PC System Link
- Disc Alchemy
Perkhidmatan servis komputer
Bisnes ini tidak memerlukan saiz stor yang besar atau lokasi kedai yang premium atau di kompleks membeli belah terkenal.
Sektor ini sememangnya menawarkan khidmat teknikal dan biasanya diperlukan selepas pasca pembelian komputer.
Besar kemungkinan pelanggan akan mencari perkhidmatan servis melalui enjin carian dan rata-rata nama bisnes servis menggunkaan perkataan “service” atau “repair” untuk nama mereka.
Berikut adalah nama yang dijana menggunakan Penjana Nama untuk segmen ini:
- PC Service Tech
- Solutions Impact
- Service Tonic
- Guerilla Service
- System Kingdom
Bisnes sewa komputer
Semakin banyak perniagaan yang memilih sewaan komputer (laptop) sebagai pelan perniagaan mereka.
Sewaan biasanya diberikan kepada pelanggan korporat yang menganjurkan kursus atau seminar yang memerlukan kelengkapan komputer.
Kebanyakan bisnes sewa komputer menggunakan perkataan “rental” atau “rent” pada nama mereka untuk memudahkan pelanggan mengenalpasti perkhidmatan mereka.
Berikut adalah nama yang dijana menggunakan Penjana Nama untuk segmen ini:
- Techie Rental
- Hardware Rental
- PC Day Rental
- Sewa PC Enigma
- IT Rent System
Kafe Internet
Suatu ketika dahulu, konsep kafe siber bagai cendawan tumbuh dan menawarkan harga servis serendah RM1 untuk menggunakan komputer di kafe.
Kini, konsep ini terkesan dengan kewujudan telefon pintar, wifi mudah alih dan juga harga laptop yang tidak lagi mahal seperti dahulu.
Kewujudan konsep ini walaupun relevan, tetapi telah diubah suai menjadi ruang kerja bersama (co-working space) dan juga gaming cyber cafe.
Jadi, kami rasa perlu untuk senaraikan segmen ini jika ada di antara anda yang berminat untuk menubuhkan bisnes komputer berkonsepkan kafe internet.
Berikut adalah nama yang dijana menggunakan Penjana Nama untuk segmen ini:
- Gamer Jam
- Worklance
- Office Awakin
- Officescape
- Cyber Mantra Cafe
7 Langkah Mendapatkan Nama Bisnes Komputer yang Menarik
1. Buat kajian mendalam tentang industri
Anda perlu tahu fokus segmen bisnes komputer yang anda.
Jika anda mempunyai pelan bisnes, lakukan kajian untuk dapatkan pelanggan sasaran, perkhidmatan yang ditawarkan, apakah perbezaan anda dengan pesaing.
Ketahui siapakah pelanggan sasaran anda. Apakah usul jualan unik (unique selling proposition) yang dapat pelanggan perolehi dengan anda berbanding pesaing?
Dengan membuat kajian menyeluruh, anda boleh mengenal pasti beberapa kata kunci yang relevan.
2. Kata kunci
Fikirkan tentang gaya dan segala yang berkaitan teknologi dan pengkomputeran.
Untuk proses mencari kata kunci ini, anda boleh merujuk thesaurus, kamus atau majalah berkaitan komputer.
Buat satu senarai perkataan yang relevan yang boleh menjadi kata kunci.
3. Analisis pesaing
Kenal pasti pesaing anda di dalam industri yang sama.
Lihat setiap jenama atau bisnes antarabangsa dan tempatan yang ada di pasaran. Untuk bisnes tempatan yang sama, fokus pada bisnes komputer yang berhampiran kawasan anda.
Senaraikan kelebihan dan kekurangan nama pesaing. Faktor-faktor ini boleh digunakan untuk mendapatkan nama yang unik berbanding pesaing anda.
5. Senarai pendek
Jika anda lakukan proses brainstorming bersama rakan-rakan, berikan mereka gambaran bisnes komputer anda.
Sebagai contoh, anda boleh beritahu mereka logo, konsep perkhidmatan atau nama yang dicadangkan akan digunakan dan muat di dalam logo tersebut.
Seterusnya, pilih nama yang sedap didengar dan mudah diingat dan dapat menarik perhatian pelanggan atau pengunjung.
Antara kriteria yang anda boleh gunakan untuk nama yang dipilih adalah:
- Mudah dan unik untuk membantu prospek pelanggan ingat nama anda;
- Konteks dan bahasa yang betul;
- Adakah nama tersebut kena konsep bisnes komputer anda anda?; dan
- Adakah nama tersebut kedengaran asli atau seakan terbitan nama bisnes komputer lain?
Jawapan bagi setiap soalan tersebut boleh dijadikan sebagai penyaring sama ada nama tersebut sesuai untuk disenarai pendek.
6. Dapatkan maklum balas
Senarai pendek akhir anda mungkin mengandungi dalam 4 hingga 7 nama.
Buat 3 kumpulan sasaran (responden) untuk dapatkan maklum balas:
- Mereka yang terlibat di dalam industri; dan
- Orang awam atau peminat barangan komputer.
Setelah anda berjaya kumpulkan maklum balas daripada responden, lihat dengan teliti apa pandangan mereka terhadap setiap nama yang disenarai pendek.
Anda boleh asingkan maklum balas mereka kepada negatif atau positif.
7. Semak ketersediaan
- Domain
Bisnes komputer anda perlu wujud di dalam dua dunia; secara fizikal dan juga digital.
Pastikan nama yang anda pilih mempunyai ketersediaan domain.
Istilah cybersquatting mungkin baru bagi anda, tetapi jangan terkejut kalau domain nama anda pilih sudah dimiliki orang lain walaupun mereka tidak menggunakannya.
Terdapat beberapa platform yang menyediakan semakan domain. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Komputer kami.
Anda boleh semak ketersediaan domain untuk nama yang dijana secara serta-merta. Jadi, proses pencarian anda boleh dilakukan dengan mudah dan lebih menyeluruh.
- Media Sosial
Media sosial penting untuk aktiviti pemasaran salon rambut anda.
Semak sama ada nama bisnes komputeryang anda pilih tidak wujud lagi di media sosial. Jika tidak ini boleh membantutkan pemasaran digital anda.
Pastikan ejaan dan bilangan aksara nama pilihan untuk bisnes komputer anda mengikut aturan yang ditetapkan oleh media sosial.
- Tanda Dagang
Untuk memastikan nama bisnes anda bebas daripada sebarang risiko tindakan undang-undang dari pihak ketiga, lakukan semakan Tanda Dagang.
Anda boleh semak maklumat tanda dagang dan carian ketersediaan di MyIPO.
5 Contoh Nama Bisnes Komputer di Malaysia Sebagai Sumber Idea & Inspirasi
1. Machines
Pengedar dan Penjual Berlesen barangan Apple yang terbesar di Malaysia.
Model perniagaan mereka bukan sahaja semua produk Apple, malah mereka mempunyai stor khas untuk khidmat membaikpulih pasca pembelian.
Ditubuhkan pada 2006, Machines kini mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.
Stor Machines sentiasa menjadi pilihan peminat tegar Apple dan juga mereka yang ingin dapatkan nasihat teknikal mengenai produk keluaran Apple.
2. All IT Hypermarket
Hasil daripada buah fikiran dua orang sahabat yang mempunyai pengalaman luas di dalam sektor komputer di Malaysia pada tahun 2003.
Stor komputer ini merupakan kedai komputer berkonsepkan pasar raya pertama dan terbesar di Malaysia.
Mereka menawarkan semua jenis jenama hardware dan software di bawah satu bumbung.
Selain daripada stor fizikal, All IT Hypermarket juga mengambil pendekatan agresif di dunia digital dengan bekerjasama dengan platform dagang lain di Malaysia dan juga memperkemaskan laman web sendiri untuk memudahkan pelanggan.
3. The Banana Gaming Empire
Jangan terkejut apabila berada di kedai komputer ini, soalan ditanya bukan “Apakah jenama komputer yang anda mahu?” tetapi “Bagaimana anda mahukan komputer anda?”
Sesuai dengan nama stor mereka, kedai komputer ini menawarkan konsep ubah suai atau custom made kepada pelanggan mereka.
Rata-rata pelanggan mereka menggunakan komputer untuk tujuan suntingan kreatif atau bermain game yang memerlukan spesifikasi dalam komputer tahap tinggi.
Buat mereka yang mengimpikan untuk membina komputer mengikut cita rasa sendiri, di sinilah tempat anda menunaikan impian emas anda itu.
4. FR Laptop Service
“Anda Tak Ada Masa Nak Hantar Laptop Untuk Repair?”. Itulah perkataan pertama yang akan muncul apabila anda melayari laman web FR Laptop Service.
Mereka menawarkan khidmat mengambil laptop yang rosak di rumah atau di pejabat anda.
Bukan itu sahaja, anda boleh menghantar semula (mereka juga boleh ambil) jika masalah yang sama berulang semasa dalam tempoh jaminan selepas dibaik pulih.
Nama yang digunakan benar-benar menjelaskan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.
Mereka menggabungkan nama perniagaan dengan perkataan generik.
5. TYFON TECH
Fokus utama produk yang ditawarkan oleh kedai komputer ini adalah menjual semula komputer yang telah dibaik pulih dan juga yang baru serta aksesori dan perkakas tambahan untuk komputer.
Selain itu, mereka juga menawarkan khidmat membaik pulih produk komputer dan juga khidmat penyelenggaraan berkala untuk syarikat yang berminat.
Konsep kepelbagaian model perniagaan TYFON TECH boleh dilihat dengan tawaran sewaan komputer (komputer riba dan desktop, skrin dan pencetak) yang digunakan untuk apa-apa majlis dan seminar.