Seperti mana sebuah perkahwinan, nama bisnes keluarga sememangnya diharapkan berkekalan untuk meneruskan legasi dalam perniagaan.
Jika anda sedang mencari nama yang sesuai untuk bisnes keluarga anda, artikel ini sememangnya sesuai untuk dibaca.
Kami akan membimbing anda bagaimana mendapatkan nama bisnes keluarga yang unik dan menarik secara sistematik.
Selain itu, kami akan terangkan bagaimana teknologi dapat membantu menjana pilihan nama dengan pantas melalui Penjana Nama Bisnes Keluargai.
Kepentingan Nama dalam Bisnes Keluarga
Terdapat ribuan bisnes di luar sana, untuk pelanggan yang ingin mencuba sesuatu atau membuat carian, mereka hanya mempunyai beberapa saat untuk “terpikat” dengan nama bisnes anda apabila melakukan carian.
Dan bagi mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan atau membeli produk anda, nama boleh menjadi faktor penting untuk mereka sentiasa ingat bisnes anda.
Dalam kata lain, bagaimana mereka boleh menjadi pelanggan biasa kepada pelanggan tetap.
Titik hubungan pertama
Hampir kebanyakan masa, nama bisnes keluarga anda ialah titik pertama yang menghubungkan pelanggan dengan bisnes anda. Seterusnya, itulah tanggapan pertama yang akan dibuat oleh mereka.
Nama mewakili reputasi bisnes
Selain daripada logo, orang ramai mengenali bisnes keluarga anda melalui nama. Dengan hanya beberapa perkataan atau huruf, nama memberi identiti untuk bisnes keluarga anda.
Elemen penjenamaan bermula dengan nama
Nama bisnes anda akan digunakan sebagai konten utama untuk penjenamaan bisnes anda. Material pemasaran seperti logo, slogan malah tema warna korporat mempunyai kaitan dengan nama bisnes keluarga anda.
Jika skop bisnes keluarga yang ditawarkan ialah perkhidmatan, nama dan logo mungkin menjadi satu-satunya komponen awal untuk menjenamakan perniagaan anda supaya dikenali oleh orang ramai.
Nama bisnes yang tidak berkualiti boleh memberi kesan kepada prestasi
Ramai pemilik bisnes keluarga di luar sana yang tidak sedar bahawa nama bukan sahaja boleh membuatkan perniagaan berdaya saing, malah ia juga boleh menjadi halangan untuk membuatkan perniagaan berkembang.
Sebagai contoh, nama yang mengandungi perkataan lokaliti boleh menyebabkan pemasaran di peringkat yang lebih meluas agak sukar dilakukan.
Nama memberi kesan kepada kewujudan bisnes dalam talian
Tidak wujud dalam talian samalah seperti tidak pernah dilahirkan. Kepesatan dunia digital membuatkan kewujudan bisnes anda perlu diketahui oleh orang ramai.
Tidak keterlaluan dikatakan, setiap carian bisnes akan bermula daripada carian di internet. Jadi nama yang unik perlu memiliki ketersediaan domain dan mudah dicari secara digital.
Contoh Nama Bisnes Keluarga
Yeo’s Hiap Seng
Diasaskan oleh mendiang Yeo Kheng Lian pada 1901 di Tanah Besar China dengan membuka kilang soya di sana dan Hiap Seng bermaksud penyatuan.
Syarikat ini kemudian membuka kilang di Singapura dan terus mengukuhkan jenama di pasaran dengan menjual minuman soya botol dan makanan di dalam tin.
Selepas beberapa generasi menerajui syarikat, Yeo’s di senaraikan di bursa saham menjadi syarikat awam.
BOH
Pembuat teh hitam terbesar di Malaysia dan memiliki ladang teh terbesar di Malaysia. Syarikat teh ini diasaskan oleh John Russell pada 1920-an dan kini legasi beliau diteruskan oleh cucunya, Caroline Russel.
Mungkin tidak ramai yang tahu syarikat ini masih dimiliki oleh keluarga Russel dan 70 peratus daripada pengeluaran teh di Malaysia dihasilkan dari ladang teh mereka di Cameron Highlands.
Nama Boh diambil sempena Bukit Bohea (kini dikenali sebagai Bukit Wuyi) di Provinsi Fujian. Di kawasan inilah daun teh dipercayai ditemui sebagai minuman oleh Maharaja China suatu ketika dahulu dan bermaksud kegembiraan di dalam Bahasa Mandarin.
Kumpulan Naza
Bermula sebagai syarikat menjual kereta oleh pengasasnya, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.
Kini syarikat ini berdiri teguh sebagai konglomerat dan terlibat di dalam industri automotif, hartanah dan banyak lagi.
Bosch
Ditubuhkan pada 1886 oleh Robert Bosch. Syarikat ini mempunyai pengkhususan dan kepakaran dalam teknologi automatif, industri, barangan pengguna dan tenaga.
Syarikat ini masih dimiliki oleh keluarga Robert Bosch menerusi Yayasan Rober Bosch yang memegang pemilikan saham sebanyak 92%.
Apa itu Penjana Nama Bisnes Keluarga?
Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.
Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik.
Apakah Kelebihan Menggunakan Penjana Nama Bisnes Keluarga
Padanan mengikut logik
Penjana nama bisnes kami mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih.
Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rambang.
Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana nama memudahkan pencarian nama bisnes perkhidmatan anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produk yang dihasilkan atau khidmat yang ditawarkan.
Nama yang dijana oleh penjana nama bisnes kami akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana nama bisnes kami boleh menjana perkataan yang mengandungi sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
Tiada pendaftaran diperlukan
Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan email sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut.
Jika anda memasukkan emel, besar kemungkinan peti masuk emel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.
Tidak leceh dan begitu mudah.
Itulah kelebihan penjana nama bisnes kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.
Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Keluarga kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
Idea tanpa had
Memandangkan Penjana Nama Bisnes Keluarga hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Keluarga
Selepas mengetahui apa itu Penjana Nama Bisnes Keluarga dan ciri-ciri yang dimiliki, kini kami akan terangkan cara menggunakannya.
Secara idealnya, penjana nama bisnes kami ini sememangnya mudah untuk dikendalikan dan berbaloi jika digunakan untuk proses pencarian nama.
Langkah pertama:
Masuk ke lama web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri berkaitan dengan produk yang anda hasilkan atau perkhidmatan yang dijalankan oleh bisnes keluarga anda.
Sebagai contoh, pilih industri “cafe”, “fashion” atau “organic” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Anda boleh memilih lebih daripada satu jenis industri untuk setiap janaan.
Simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Secara ringkasnya, penjana nama bisnes kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
20 Idea Nama untuk Bisnes Keluarga
Sebagai panduan, kami telah menggunakan beberapa perkataan yang menggambarkan sebuah bisnes keluarga. Perkataan-perkataan ini adalah kata kunci untuk nama bisnes keluarga anda.
Kami telah masukkan “warisan”, “Ikatan”, “Ukhwah”, “Generasi”, “Saudara”, “Clan”, “Father”, “Ibu”, “Adik” serta “Harmony” ke dalam ruang carian dan beratus nama telah dijanakan.
Berikut adalah senarai nama yang dipilih sebagai idea untuk bisnes keluarga anda.
- Warisan Well
- Warisan Wizards
- Ikatan Ideal
- Ikatan Instant
- Ukhwah Uptown
- Generasi Gold
- Saudara Shout
- Home Honour
- Family Funnels
- Clan Champs
- Clan Conveyor
- Father Fancy
- Father Founder
- Ibu Inspired
- Ibu Ignition
- Sisters Solved
- Adik Adventure
- Harmoni Hop
- Harmoni Hope
- Generasi Glory
Bagaimana Memilih Nama Bisnes Keluarga
Mudah difahami pelanggan
Nama bisnes keluarga yang mudah difahami akan membantu pelanggan ingat dengan mudah.
Jika pelanggan sentiasa ingat nama bisnes anda, mereka akan lebih kerap mengunjungi premis.
Pendek
Untuk memudahkan pelanggan ingat, nama syarikat bisnes kelaurga anda perlu pendek. Nama yang ideal mengandungi dua hingga maksimum empat suku kata.
Pemasaran Word of Mouth begitu efektif jika anda memiliki nama yang pendek kerana pelanggan mudah ingat dan bercakap tentang perkhidmatan anda dan ini semestinya sesuatu yang sangat bagus untuk bisnes.
Ejaan yang mudah dieja dan disebut
Tidak salah jika anda ingin menyuntik elemen kreativiti pada ejaan nama untuk membuatkan nama kedengaran unik.
Namun, janganlah sampai mengelirukan pelanggan dengan nama yang sukar disebut atau dieja dengan mudah.
Gunakan nama sendiri
Cara ini adalah pendekatan paling tepat untuk memberitahu bisnes anda adalah bisnes keluarga kepada orang ramai.
Daripada gergasi teknologi Jerman seperti Bosch sehinggalah produk kicap tempatan, Tamin, penggunaan nama sendiri menerbitkan rasa keyakinan kepada pelanggan dan keunikan tersendiri.
Tonjolkan keunikan
Bisnes keluarga boleh terdiri daripaa pelbagai produk dan servis, daripada sebesar syarikat berteknologi tinggi sehinggalah kedai runcit mini.
Anda boleh letakkan unique selling points bisnes anda sebagai sebahagian nama bisnes keluarga anda atau gunakan sebagai konten untuk pemasaran bisnes.
Jadi, jika anda mempunyai resepi turun temurun, atau tradisi keluarga yang diamalkan sehingga kini, gunakan sebagai nama atau masukkan dalam pemasaran.
Selain daripada perkara yang disebutkan, anda juga boleh dapatkan jawapan untuk soalan berikut (sekiranya relevan):
- Bagaimanakah nama bisnes keluarga anda akan kelihatan pada logo atau material pemasaran lain?
- Apakah emosi yang anda boleh berikan kepada pelanggan melalui nama anda?
- Adakah bisnes anda mempunyai slogan untuk menyampaikan visi atau misi bisnes?
- Apakah produk khas yang ditawarkan untuk membuatkan bisnes keluarga menjadi unik?
- Apakah kepakaran yang dimiliki oleh bisnes keluarga anda?
Apakah yang Perlu Dipertimbangkan Ketika Memilih Nama Bisnes Keluarga?
Maklum balas
Ada ketikanya anda rasakan nama pilihan anda cukup sempurna. Tetapi tidak semua orang senada dengan apa yang anda fikirkan dan memahami maksud yang sama untuk kata kunci yang anda gunakan untuk nama syarikat anda.
Dapatkan maklum balas daripada seberapa ramai orang pendapat mereka tentang nama pilihan anda.
Antara soalan yang anda boleh tanyakan adalah:
- Adakah nama tersebut itu mudah diingat?
- Apa yang mereka fikirkan apabila pertama kali mendengar nama tersebut?
- Adakah mereka dapat agak barang yang dijual berdasarkan nama bisnes sahaja?
- Adakah nama sebegitu boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk menggunakan khidmat syarikat anda?
- Bagaimanakah mereka mengeja dengan hanya mendengar nama bisnes nama keluarga?
Ketersediaan domain
Tidak wujud secara digital boleh diibaratkan anda terjatuh ketika dalam perlumbaan marathon. Pesaing ada akan terus berlari meninggalkan anda.
Domain adalah segalanya. Pastikan nama domain anda sama dengan ejaan nama bisnes anda.
Semak bagaimana nama penuh syarikat anda dalam bentuk domain.
Who Represents? adalah sebuah platform data berbayar yang memberi makluamat wakil selebriti terkenal. Sekarang, lihat bagaimana platform tersebut dieja dalam domain: whorepresents.com.
Selain itu, nama yang sukar dan ejaan panjang boleh membuatkan pelanggan sukar mencari lama web anda. Contohnya, laman web ini.
Saluran media sosial
Pastikan nama bisnes keluarga yang anda pilih masih belum digunakan di media sosial.
Besar kemungkinan anda akan menggunakan media sosial untuk kempen pemasaran atau berinteraksi dengan pelanggan anda.
Aktiviti pemasaran digital biasanya melibatkan handle media sosial. Nama bisnes keluarga anda seharusnya tidak terlalu panjang sehingga melebihi had aksara untuk handle media sosial.
Sebagai contoh, Twitter mempunyai had 15 aksara untuk handle.
Tanda dagang
Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.
Pertama; jika anda menggunakan nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.
Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangka bisnes anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama anda. Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama perniagaan yang hampir sama.
Selain itu, nama bisnes keluarga yang terlalu generik juga mungkin mengalami kesulitan untuk mendapatkan tanda dagang.
Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.
Kesimpulan
Memilih nama bisnes keluarga tidaklah sesukar yang anda rasakan. Gunakan bantuan teknologi seperti Penjana Nama Bisnes Keluarga untuk mendapatkan nama bisnes keluarga yang berkualiti dan seterusnya legasi keluarga anda dapat diteruskan oleh generasi terkemudian.