Penjana Nama Bisnes Kecerdasan Buatan

Dapatkan nama bisnes kepintaran buatan tanpa sebarang bayaran dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes AI kami

1. Pilih kata kunci nama bisnes AI anda

Jana nama Bisnes AI anda menggunakan kata kunci yang bersesuaian dengan perkhidmatan utama yang anda tawarkan

2. Dapatkan idea Nama Bisnes AI anda

Kini terpulang kepada anda untuk memilih idea nama Bisnes AI terbaik yang dijana sebagai nama perniagaan unggul anda

3. Pilih Nama Bisnes AI anda

Semak ketersediaan domain jika anda ingin menggunakan nama yang sama sebagai nama domain laman perniagaan anda

Untuk kekal relevan di dalam dunia perniagaan, anda perlu memastikan produk serta perkhidmatan yang anda tawarkan mendapat permintaan daripada pengguna di Malaysia dan juga luar negara. Salah satu bidang perniagaan yang diceburi oleh para pakar teknologi ialah bidang kecerdasan buatan, ataupun teknologi AI.

Untuk makluman anda, sebuah laporan surat khabar tempatan menyatakan bahawa bisnes perlu menggunakan teknologi AI untuk meningkatkan kecekapan bekerja. Ini bermakna, jika anda berminat untuk menyediakan perkhidmatan kecerdasan buatan, kami yakin perniagaan anda akan cepat berkembang.

Tetapi, usah terlalu teruja. Adakah anda sudah mempunyai nama bisnes kecerdasan buatan yang menarik untuk memikat hati pelanggan? Jika belum, kami di sini akan membantu anda mendapatkan nama bisnes yang unik. Ini kerana, kami akan memperkenalkan kepada anda Penjana Nama Bisnes Kecerdasan kami yang turut diterajui oleh teknologi AI.

Oleh itu, teruskan membaca!

20 Nama Bisnes Kecerdasan Buatan

Kami telah menjana nama memilih 20 idea nama bisnes kecerdasan buatan untuk anda rujuk di bawah. Untuk makluman, kami telah menggunakan empat kata kunci untuk menjana idea nama bisnes di bawah. Jom lihat senarai idea yang telah dijana di bawah.

  • Bantu Virtual
  • Loop Pintar
  • Autozilla
  • Autoadil
  • Tec Mimi
  • Savvy Mimi
  • Chroma Mimi
  • Dev Bot
  • Cookie Bot
  • Pixel Minda
  • Flash Tekno
  • Smart Tekno
  • Novus Bantu
  • Aim Bantu
  • Titan Pintar
  • Push Pintar
  • Giga Auto
  • Novus Auto
  • Able Jojo
  • Chip Jojo

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Kecerdasan Buatan?

Anda pasti ingin tahu bagaimana kami boleh menjana 20 nama bisnes kecerdasan buatan di atas, bukan? Baiklah, sila ikuti 5 langkah di bawah untuk mendapatkan nama perniagaan yang anda idamkan

Lawati laman utama

Pertama sekali, anda perlu melawati laman utama kami di www.businessnamegenarator.com. Tekan sahaja pautan yang kami sediakan ini bagi memastikan anda berada di laman penjana nama bisnes yang betul.

Di bahagian tengah laman utama Penjana Nama Perniagaan kami, anda akan melihat ruangan untuk anda memasukkan kata kunci dan juga butang jana.  

Anda juga boleh merujuk blog-blog lain melalui pautan yang ada disediakan untuk mendapatkan inspirasi nama perniagaan yang menarik. Menariknya juga, anda boleh merujuk panduan yang disediakan oleh pakar kami di dalam pelbagai bahasa.

Pilih bahasa

Setelah berada di laman utama kami, anda perlu memilih bahasa yang anda ingin gunakan untuk menjana nama perniagaan anda. Setakat ini, anda boleh memilih mana-mana 19 bahasa yang ada disediakan di laman kami untuk menjana nama perniagaan yang anda inginkan.

Antara bahasa yang tersedia adalah:

  • Bahasa Korea
  • Bahasa Sweden
  • Bahasa Norway
  • Bahasa Thai
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Portugis
  • Bahasa Sepanyol

Seperti yang anda sedia maklum, salah satu bahasa yang turut disediakan adalah bahasa Malaysia. Penjana Nama Bisnes Kecerdasan Buatan kami boleh menjana nama perniagaan di dalam bahasa Malaysia.

Ini kerana, penjana nama perniagaan kami dilengkapi dengan teknologi AI yang sangat canggih.

Pilih kata kunci

Langkah seterusnya adalah, pilih kata kunci di dalam bahasa yang anda sudah tetapkan. Sebaik-baiknya, anda harus memastikan kata kunci yang anda pilih memiliki ciri-ciri ini:

  • Lebih daripada 3 abjad
  • Tidak merangkumi angka
  • Tidak merangkumi simbol
  • Tidak merangkumi emoji

Jika anda rujuk kembali 20 nama bisnes kepintaran buatan di atas, kami telah menggunakan beberapa kata kunci. Antara kata kunci yang digunakan adalah seperti berikut:

  • Bantu
  • Jojo
  • Auto
  • Pintar

Hasil idea nama bisnes kecerdasan buatan yang dijana agak banyak. Apa yang pasti, setiap nama perniagaan yang dijana ini dijamin unik dan menarik.

Tetapi, kami faham jika anda berpendapat bahawa pilihan idea nama yang dijana agak banyak. Oleh itu, anda perlu mengikuti langkah di bawah ini untuk mendapatkan nama perniagaan yang lebih terperinci.

Kecilkan pencarian nama

Untuk mendapatkan pilihan nama bisnes yang lebih terperinci, anda perlulah menggunakan fungsi tapisan nama perniagaan kami. Fungsi tapisan ini terbahagi kepada dua:

Tapisan industri

Anda boleh memilih mana-mana industri yang berkaitan dengan perniagaan anda. Untuk bisnes kepintaran buatan, anda boleh memilih industri perkhidmatan, teknologi, eDagang dan mana-mana yang berkaitan.

Tapisan nama     

Untuk tapisan nama pula, anda akan menetapkan sama ada anda mahukan nama bisnes kepintaran buatan perunding memiliki ciri-ciri ini:

  • Bilangan karakter minimum 5 atau lebih daripada 15
  • Kata kunci dijana sebelum atau selepas idea nama 
  • Nama bisnes kepintaran buatan anda satu atau dua perkataan
  • Nama bisnes yang berima

Pilih semula nama 

Setelah menjana nama bisnes kepintaran buatan yang lebih terperinci, anda hanya perlu memilih nama yang bersesuaian dengan industri perkhidmatan anda. Kami yakin anda akan mendapat nama bisnes kepintaran buatan yang terbaik.

Tambahan pula, Penjana Nama Bisnes Kecerdasan Buatan kami sememangnya mampu menjana nama bisnes kepintaran buatan yang unik dan tidak pernah digunakan di mana-mana. Oleh itu, kami yakin anda tidak akan menghadapi masalah semasa mendaftarkan nama bisnes kepintaran buatan anda.

5 Kelebihan Menggunakan Penjana Nama Kami

Jika anda masih berfikir untuk menggunakan Penjana Nama Bisnes Kecerdasan Buatan kami, 5 kelebihan di bawah pasti dapat meyakinkan anda. 

Percuma  

Kenapa perlu membelanjakan ratusan atau ribuan ringgit untuk mendapatkan nasihat perunding nama perniagaan jika anda boleh mendapatkan nama bisnes kepintaran buatan anda secara percuma bersama kami? Ya, anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk menggunakan penjana nama kami.

Ini juga bermakna, anda tidak perlu memasukkan sebarang maklumat perbankan anda ke dalam laman web kami. Oleh itu, anda tidak perlu merasa terikat sekiranya anda sudah mendapatkan nama bisnes kepintaran buatan yang anda impikan dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Kecerdasan Buatan kami.

Tiada Pendaftaran

Tiada pembayaran bermakna tiada pendaftaran. Kami memastikan bahawa anda boleh menggunakan penjana nama kami tanpa perlu melakukan sebarang proses pendaftaran yang melecehkan. Jika anda pengusaha baru, anda juga pasti tahu bahawa masa itu emas, bukan?

Oleh itu, kami memastikan bahawa penjana nama kami boleh digunakan dan juga diakses di mana-mana sahaja. Anda hanya memerlukan jaringan internet dan juga komputer atau peranti yang boleh mengakses laman utama kami.

Terbukti selamat

Keselamatan adalah ciri utama yang ditekankan oleh kami. Anda tidak perlu risau akan masalah seperti penggodaman data. Ini kerana, penjana nama kami menggunakan teknologi penyulitan yang paling canggih.

Tidak hanya itu juga, memandangkan anda tidak perlu berkongsi atau memuat naik maklumat peribadi anda, anda tidak perlu risau akan masalah seperti pencurian data peribadi. Tambahan pula, kami akan meminta kebenaran daripada anda untuk menggunakan kuki terlebih dahulu.

Nama perniagaan unik

Nama perniagaan serta bisnes kepintaran buatan perunding yang akan dijana menggunakan penjana nama kami dijamin unik. Jika tidak, mana mungkin 3 juta lebih pengguna kami di seluruh dunia percaya bahawa penjana nama perniagaan kami telah membantu mereka mendapatkan nama perniagaan yang terbaik.

Ini jelas terbukti melalui penarafan 4.7 bintang yang diberikan oleh mereka. Oleh itu, anda juga tidak harus ketinggalan untuk menggunakan penjana kami bagi mendapatkan nama bisnes kepintaran buatan yang terbaik.

Semakan nama domain

Untuk pengetahuan anda, anda boleh menyemak secara langsung ketersediaan nama domain di laman penjana nama perniagaan kami. Sebagai contoh, jika anda berminat untuk menggunakan nama yang telah dijana menggunakan penjana kami, anda boleh menyemak sama ada nama tersebut boleh digunakan sebagai nama domain.

Tips Mendapatkan Nama Bisnes yang Menarik

Untuk mendapatkan nama bisnes yang menarik, terutamanya untuk bisnes Kecerdasan buatan, anda boleh menggunakan 5 tips di bawah:

Gunakan nama anda sendiri

Mengapa tidak? Jika anda sememangnya berpengalaman dan orang awam sudah mengetahui hasil tangan anda, gunakan nama anda sebagai nama perniagaan anda.

Anda boleh menggabungkan nama anda dengan perkataan lain yang akan menampilkan lagi nama bisnes anda. Selain itu juga, banyak perniagaan terkenal di dunia ini menggunakan nama pengasas mereka sebagai nama bisnes dan jenama.

Gunakan nama tempat

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan nama tempat di mana perniagaan anda ditubuhkan. Ini akan menjadi kelebihan kepada perniagaan anda.

Ini kerana, secara tidak langsung, orang awam pasti dapat mengenalpasti lokasi perniagaan anda. Tambahan pula, anda mungkin akan mudah mendapat sambutan dari orang awam kerana anda mewakili kawasan mereka.

Semak ketersediaan nama

Pastikan anda menyemak terlebih dahulu sama ada nama perniagaan yang anda pilih pernah digunakan oleh mana- mana pihak ataupun perniagaan yang serupa dengan anda. Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk menyemak ketersediaan nama.

Antaranya adalah:

  • Pergi ke laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Taipkan nama yang anda pilih di Google
  • Dan banyak lagi

Guna penjana nama bisnes reka cipta dalaman kami

Mengapa tidak? Penjana nama perniagaan kami boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan secara percuma dan unik!

Dapatkan pendapat rakan

Anda boleh meminta pendapat rakan kongsi, sahabat dan juga ahli keluarga anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah, senaraikan idea nama perniagaan yang anda telah fikirkan. Kemudian, anda boleh meminta maklum balas dari rakan-rakan anda.

Kesimpulan

Di dalam artikel ini, kami telah menerangkan kepada anda bagaimana anda boleh menjana nama bisnes menggunakan Penjana Nama Bisnes Kecerdasan Buatan kami. Kami percaya bahawa langkah yang disenaraikan mudah untuk anda ikuti.

Selain daripada itu juga, penjana nama perniagaan kami adalah pilihan yang terbaik untuk perniaga baru seperti anda kerana anda boleh menjana nama perniagaan yang unik secara percuma.

Sebelum itu, mari lihat 5 contoh nama perniagaan terkenal di bawah dan bagaimana anda boleh menjadikannya sebagai inspirasi anda.

5 Nama Bisnes yang Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI)

Mari lihat bagaimana 5 bisnes yang menggunakan AI mendapat nama perniagaan mereka. 

Turnitin

Turnitin adalah sebuah penyemak plagarisme di dalam talian.yang diasaskan pada tahun 1998. Penyemak plagarisme ini dikendalikan oleh sebuah syarikat dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Turnitin, LLC.

Turnitin sememangnya sangat popular dalam kalangan pelajar universiti dan juga para pensyarah. Ini kerana, sejak awal penubuhannya, Turnitin dilesenkan ke kebanyakkan pusat pendidikan awam dan swasta di Amerika Syarikat.

Kini, Turnitin boleh digunakan di mana-mana sahaja anda berada. Anda boleh mengakses perisian Turnitin melalui laman utama mereka. Hingga ke hari ini, Turnitin digunakan oleh 30 juta pelajar dari 15,000 institut di seluruh dunia.

Anda pasti ingin tahu mengapa penyemak plagiarisme di dalam talian yang menggunakan teknologi AI ini dipanggil Turnitin, bukan? Cuba perhatikan perkataan “Turnitin”. Jika dijarakkan, perkataan ini akan berbunyi sebegini: “Turn it in”.

Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, “ Turn it in” membawa maksud “Hantar kerja/tugasan”. Oleh itu, penggunaan nama “Turnitin” sangat sesuai memandangkan perisian ini sememangnya digunakan oleh pelajar sebelum mereka menghantar tugasan mereka.

Quillbot

Quillbot adalah contoh perisian yang turut menggunakan teknologi AI. Sama seperti Turnitin, Quillbot juga sangat terkenal dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia. Ini kerana, perisian ini memiliki ciri- ciri ini:

  • Penyemak tatabahasa 
  • Penyusunan semula ayat
  • Ringkasan
  • Penjana rujukan
  • Penyemak plagiarisme

Quillbot diasaskan pada tahun 2017. Tiga individu yang bertanggungjawab terhadap pembikinan perisian semakan tatabahasa dalam talian ini adalah Anil Jason, David Silin dan Rohan Gupta. 

Mereka bertigalah yang memulakan idea untuk menyediakan teknologi Kecerdasan buatan di dalam dunia akademik. Anda juga pasti ingin tahu dengan lebih mendalam lagi bagaimana nama “Quillbot” dipilih, bukan?

Untuk pengetahuan anda, nama “Quill” dipilih kerana perkataan ini membawa makna bahawa pen bulu yang digunakan untuk menulis. Manakala “bot” pula digunakan untuk menggambarkan mereka menggunakan teknologi AI. 

Jika anda perasan, logo yang digunakan mereka juga adalah pen bulu dan robot.

Google Nest

Google Nest adalah rangkaian produk rumah pintar yang merangkumi pembesar suara pintar, pengesan asap, kamera, loceng rumah, dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, Google Nest diasaskan pada tahun 2010.

Pengasas utama Google Nest adalah Tony Fadell dan juga Matt Rogers. Tetapi tahukah anda, Google Nest pernah dikenali dengan nama Nest Lab? Ini kerana, sebelum diserahkan kepada Alphabet, Google Nest pernah menjadi sebuah identiti perniagaan bebas.

Setelah diserahkan kepada Alphabet, barulah nama perniagaan ini diubah. Tetapi, mengapa nama “Google Nest” dipilih? Untuk pengetahuan anda, nama ini dipilih kerana perniagaan ini diambil alih oleh Google.

Ya, Alphabet adalah sebahagian daripada syarikat Google. Manakala “Nest” pula digunakan kerana perkataan ini membawa maksud “sarang”. Penggunaan perkataan ini sememangnya bersesuaian dengan produk rumah pintar yang dikeluarkan oleh perniagaan ini.

DeepMind Technologies

DeepMind adalah sebuah perniagaan yang menggunakan teknologi Kecerdasan buatan (AI) yang diasaskan di negara United Kingdom pada tahun 2010. Perniagaan AI ini ditubuhkan oleh Demis Hassabis, Shane Legg dan juga Mustafa Suleyman.

Untuk pengetahuan anda, syarikat Google telah mengambil alih DeepMind Technologies pada tahun  2014. Antara teknologi yang dihasilkan menggunakan AI oleh DeepMind adalah teknologi jaringan neural yang boleh mempelajari cara untuk bermain permainan video menyerupai manusia.

Antara produk terkenal DeepMind adalah AlphaGo, AlphaStar, Alpha Fold dan Alpha Zero. Anda pasti ingin tahu mengapa “DeepMind Technologies” dipilih sebagai nama perniagaan ini, bukan?

Melalui pemerhatian kami, nama “DeepMind Technologies” dipilih kerana nama ini selaras dan seiring dengan sasaran masa panjang perniagaan ini. Sasaran tersebut adalah untuk menyelesaikan Kecerdasan, membangunkan lebih banyak sistem yang boleh menyelesaikan masalah yang dikenali sebagai AI.

Untuk merealisasikan sasaran jangka panjang ini, para saintis di DeepMind Technologies perlu mengkaji dan memahami bagaimana teknologi ini boleh menyerupai cara pemikiran manusia. Oleh sebab itulah nama “ DeepMind Technologies” dipilih.

Alexa

Alexa atau turut dikenali sebagai Amazon Alexa dibangunkan dengan lebih baik dari pendahulunya yang dikenali sebagai Ivona. Alexa mula dikomersialkan pada tahun 2014 setelah pemilik awalnya menyerahkannya kepada Amazon.

Alexa dicipta dengan berinspirasikan suara komputer dan sistem perbualan di dalam drama siri fiksyen sains terkenal iaitu, Star Trek. Tetapi, sejarah nama Alexa lebih menarik untuk anda ketahui. 

Nama “Alexa” dipilih oleh para pembangun Amazon. Sebenarnya, mereka berpendapat bahawa dengan adanya konsonan “X” di dalam nama ini, ini akan menjadikan nama Alexa lebih mudah dikenali.

Selain daripada itu juga, mereka juga para pembangun Amazon juga berpendapat bahawa nama ini hampir sama bunyinya dengan Library of Alexandria. Perpustakaan ini merupakan salah satu perpustakaan terbesar di dunia purba yang terletak di Alexandria, Mesir.

Soalan Lazim

Jika anda memulakan perniagaan menggunakan teknologi Kecerdasan buatan atau dikenali sebagai AI, anda perlu mengenal pasti apakah produk ataupun perkhidmatan utama yang anda tawarkan. Jika anda merasa buntu, anda boleh menggunakan Penjana Nama Bisnes Kecerdasan Buatan kami.

Antara contoh terkenal perniagaan yang beroperasi menggunakan teknologi AI adalah Grammarly, Quillbot, Alexa dan lain-lain lagi.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki