Penjana Nama Bisnes Futuristik

Dapatkan nama bisnes yang kedengaran ‘futuristik untuk Bisnes Futuristik anda hari ini. Tekan butang jana sekarang!

1. Pilih kata kunci nama bisnes futuristik anda

Cari satu kata kunci yang anda ingin jana untuk mendapatkan Nama Bisnes Futuristik anda

2. Dapatkan idea Nama Bisnes Futuristik anda

Idea nama bisnes yang dijana ada beratus-ratus, jadi aktifkan butang tapisan nama untuk perincikan idea nama

3. Pilih Nama Bisnes Futuristik anda

Pilih satu idea nama terbaik yang anda ingin gunakan dan daftarkan sebagai nama Bisnes Futuristik anda yang menarik

Contoh Bidang Teknologi Futuristik

Robotik

Kajian terhadap impak kecerdasan buatan terhadap robot buatan manusia melalui kejuruteraan, analitik, pengkomputeran, elektonik, mekanikal dan juga sains biometrik

Contoh syarikat: iRobot, Rockwell Automation, Robotprenuer (syarikat Malaysia)

Pengkomputeran Cloud, Business intelligence, Data skala besar

Infrastruktur dari segi prosedur dan teknikal untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data yang dihasilkan melalui aktiviti sesebuah entiti. Ini termasuklah perlombongan dara, tanda aras prestasi, analisis dan analitik deskriptif.

Contoh syarikat: NTT Data (syarikat Malaysia). Crest Business Solutions, GoPomelo

Pencetakan 3D

Teknologi pembuatan (melalui bahan tambahan atau additive) melalui lapisan demi lapisan yang menghasilkan objek fizikal daripada rekaan digital.

Sebagai info tambahan, teknologi 3D telah membantu sektor perubatan mencetak peralatan perlindungan diri (PPE) yang mengalami kekurangan drastik ketika waktu kemuncak wabak COVID-19 termasuk di Malaysia.

Contoh syarikat: 3D Gens (syarikat Malaysia), Inventadore (syarikat Malaysia)

Biometrik

Teknologi bimoterik merujuk kepada ukuran biologikal atau ciri-ciri fizikal yang boleh digunapakai untuk mengenalpasti individu. Ini termasuklah pemetaan cap jari, pengenalpasti wajah, imbasan retina dan juga DNA yang diaplikasi untuk tujuan  dokumentasi dan keselamatan.

Sebagai selingan, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan (MyKad) yang mengandungi foto dan data biometrik cap jari di dalam cip yang tertanam di dalam kad.

Contoh syarikat: Neural (syarikat Malaysia), Datasonic (syarikat Malaysia), NEC (Nippon Electric Company)

Dron

Lebih dikenali sebagai pesawat tanpa pemandu (UAV) di dalam teknologi sistem tanpa pemandu. Digunakan secara komersial untuk fotografi, perubatan, pertanian, pemantauan, penghantaran barang, sains dan juga pemeriksaan bangunan. Selain itu, terdapat pembuatan khusus untuk sektor ketenteraan yang diaplikasi untuk serangan, tinjauan, latihan dan logistik.

Contoh syarikat: DJI Tech (pembuat dron dari negara China yang mengusasi lebih 70% pasaran global), Terra Drone Technology (syarikat Malaysia), Aerodyne (syarikat Malaysia)

Automasi Industri

Aplikasi kejuruteraan, robotik, teknologi maklumat penyelesaian perisian peringkat industri. Teknologi ini merangkumi sistem kawalan untuk operasi peralatan seperti jentera, mesin pembuatan, teknologi perkilangan dan pelbagai segmen teknologi pekilangan yang lain.

Contoh syarikat: Siemens, Omron, Mitsubishi Elecrtric, DNC Automation (syarikat Malaysia), Elcomp (syarikat Malaysia)

Internet of Things (IoT).

Teknologi yang melibatkan keupayaan objek (things) menghantar/mengumpulkan data menggunakan peranti melalui internet untuk memberi nilai atau dapatan yang boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti kehidupan.

Sabagai info, Pelan Hala tuju IoT Kebangsaan menyasarkan sektor IoT akan menyumbangkan sejumlah RM40 billion pada tahun 2025 untuk negara.

Contoh syarikat:  Xperanti (syarikat Malaysia), HEXA IoT (syarikat Malaysia), Cisco, Verizon

Tips untuk Nama Bisnes Futuristik

Sebagai permulaan, kami kongsikan tips asas untuk nama bisnes futuristik anda.

Pendek

Nama yang mudah dan pendek memudahkan pelanggan untuk ingat. 

Panjang nama kedai  anda seharusnya dalam lingkungan 10-15 aksara, sama seperti had aksara maksimum untuk nama yang dijana oleh Penjana Nama Bisnes Futuristik kami.

Ejaan dan sebutan yang mudah

Jika sukar dieja, ada kemungkinan pelanggan akan tersalah taip atau eja. Lebih teruk lagi, mereka terus melayari laman web lain/laman media sosial lain dan anda akan kehilangan trafik.

Nama yang sukar disebut sehingga berbelit lidah mengundang persepsi negatif, seterusnya pelanggan tidak akan mengambil serius terhadap bisnes anda.

Unik

Nama kedai yang unik akan mendapat lebih perhatian pelanggan berbanding pesaing di dalam pasaran.

Maksud unik ini tidaklah sampai kedengaran mengarut atau seakan meniru. Nama yang hampir sama seakan memberitahu tiada apa yang istmewa tentang penyelsaian teknologi yang anda tawarkan berbanding pesaing sedia ada yang lebih terkenal.

Jangka masa panjang

Teknologi akan berkembang seiring dengan masa. Ada kemungkinan anda beralih ke teknologi baru seterusnya menawarkan perkhidmatan atau produk yang lebih kontemporari di pasaran.

Jadi, jika anda namakan bisnes anda sempena produk sulung anda, anda mungkin terpaksa menukar nama bisnes apabila produk tersebut menjadi “lapuk” untuk jangka masa panjang. 

Gunakan Penjana Nama 

Anda mampu mencipta teknologi futuristik yang tak tercapai dek akal normal manusia biasa, berikan sedikit kepercayaan kepada teknologi yang sangat mudah iaitu penjana nama. 

Penjana nama boleh membantu anda mendapatkan idea dan inspirasi, lebih-lebih lagi jika anda kebuntuan idea untuk mencari nama yang sesuai.

Apa itu Penjana Nama Bisnes Futuristik

Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.

Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik.

Apakah Kelebihan Penjana Nama Bisnes Futuristik

Penjana Nama Bisnes Futuristik kami mempunyai keupayaan menjana ratusan nama unik sekali gus. 

Secara alternatifnya, jika anda rasakan nama yang dijana kurang ideal dengan selera, anda masih lagi boleh menggunakan nama yang dijana sebagai inspirasi tambahan atau idea untuk mencetuskan kreativiti dalaman anda.

Tidak rugi mencuba Penjana Nama Bisnes Futuristik kami ini. Kami senaraikan sebab-sebabnya:

Padanan mengikut logik

Penjana Nama Bisnes Futuristik mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih. 

Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rambang.

Janaan berdasarkan kata kunci

Penjana Nama Bisnes Futuristik  memudahkan pencarian nama bisnes perkhidmatan anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.

Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produk yang dihasilkan atau khidmat yang ditawarkan.

Nama yang dijana akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan. 

Pilihan tambahan untuk hasil janaan

Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.

Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih. 

Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.

Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana Nama Bisnes Futuristik kami boleh menjana perkataan yang mengandungi sehingga 15 aksara.

Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.

Tiada pendaftaran diperlukan

Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan email sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut. 

Jika anda memasukkan emel, besar kemungkinan peti masuk emel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.

Namun untuk Penjana Nama Bisnes Futuristik kami ttiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan.

Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta

Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Futuristik kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.

Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com

Idea tanpa had

Memandangkan Penjana Nama Bisnes Futuristik hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.

Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Futuristik

Selepas mengetahui apa itu dan kelebihan Penjana Nama Bisnes Futuristik, kini kami akan terangkan cara menggunakannya.

Langkah pertama:

Masuk ke lama web Penjana Nama nama kami.

Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy  dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.

Langkah kedua:

Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.

Pilih industri berkaitan dengan produk yang anda hasilkan atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Anda boleh memilih lebih daripada satu jenis industri untuk setiap janaan.

Sebagai contoh, pilih industri “food” dan “events” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik. 

Simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.

Secara ringkasnya, Penjana Nama Bisnes Futuristik kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:

  • Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
  • Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima (untuk dua perkataan);
  • Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang  mempunyai domain tersedia.

Langkah ketiga:

Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.

Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.

20 Idea Nama untuk Bisnes Futuristik

Sebagai panduan, kami senaraikan 20 idea untuk beberapa contoh bisnes futuristik yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Futuristik. 

Setiap nama yang dijana menggunakan kata kunci dan dipadankan dengan perkataan lain untuk membentuk satu frasa baru untuk nama yang unik.

A. Robotik

  • Robotikfly
  • Robotikscape
  • Ark Robotik
  • Intrepid Robo

B.  Business Intelligence, Cloud dan Data 

  • Dynamite Data
  • Data Drape
  • Consult Cloud
  • Bright Biz Byte

C. Pencetakan 3D

  • Dreams 3D
  • Dome 3D Print
  • Preview Press
  • Paws Press

D. Biometric

  • Bit Biotech
  • Beyond Bio
  • Safe biometrics 
  • Biom-safe

E. Drone

  • Ademia Aero
  • Doctor Dron
  • Dron Deck
  • Aero Awakin

Apakah Cara untuk Mencari Nama Bisnes Futuristik?

Kami kongsikan cara untuk mencari nama bisnes futuristik dengan menggunakan langkah sistematik seperti di bawah ini:

Langkah 1: Lakukan kajian menyeluruh 

Cuba lihat pelan perniagaan, misi dan visi bisnes. Kenal pasti siapakah pelanggan sasaran anda? Apakah penyelesaian melalui teknologi yang anda tawarkan? Bagaimanakah cara bisnes anda beroperasi.

Kajian sebegini boleh memberi anda idea untuk mencari perkataan, frasa atau konsep asas yang sesuai dengan bisnes anda.

Langkah 2: Brainstorm untuk kembangkan idea

Untuk langkah ini, anda boleh kembangkan perkataan asas yang anda catatkan untuk menunjukkan identiti bisnes anda.

Fikirkan apa sahaja kata kerja, adjektif atau perasaan yang boleh dikaitkan dengan teknologi masa hadapan atau cabang futuristik yang anda tawarkan. Anda juga boleh cuba gunakan perkataan yang memberi maksud kualiti makanan seperti lazat, sedap, organik. 

Sebagai contoh, jika anda tawarkan teknologi tenaga yang boleh diperbaharui, anda boleh kembangkan dengan mencatat perkataan yang boleh membawa maksud “renewable” seperti “green” atau “infinite”

Jangan risau, tiada idea yang kelihatan mengarut pada tahap kerana objektif utama adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin kata kunci yang relevan tanpa perlu berfikir secara kritis terhadap idea-idea yang diperolehi.

Langkah 3: Padankan nama

Daripada senarai kata kunci yang diperolehi melalui langkah sebeum ini, cuba padankan kata kunci tersebut dengan perkataan yang anda ingin gunakan untuk menunjukkan kualiti, identiti, simbol keunikan, emosi yang ingin disampaikan kepada pelanggan. 

Jika anda ingin menggunakan satu perkataan sahaja–bukan perkataan yang dicipta sendiri–sebaiknya anda tambahkan awalan atau akhiran kerana satu perkataan sahaja sememangnya sukar untuk mendapatkan domain. 

Langkah 4: Analisis pesaing 

Cuba buat kajian terhadap bisnes yang sudah lama dan lebih terkenal di pasaran dan lihat mengapa nama pesaing anda berjaya mendapat perhatian pelanggan. 

Sebagai panduan, anda boleh membuat carian di enjin carian untuk lihat syarikat atau bisnes yang aktif di dalam industri. Perhatikan nama-nama syarikat yang menarik minat anda dan catatkan. 

Cuba perhalusi “rahsia” di sebalik nama mereka dengan tanyakan diri anda soalan-soalan, contohnya  seperti berikut:

  • Adakah terdapat cirii-ciri tententu pada nama tersebut yang menarik minat anda berbanding yang lain?
  • Berdasarkan carian yang anda lakukan, apakah nama-nama yang anda rasakan tidak berkualiti dan mengapa?

Jawapan yang lebih terperinci boleh membantu anda mengenal pasti kelemahan pilihan nama sedia ada anda.

Langkah 5: Semak dan saring idea

Selepas membuat membuat padanan nama atau tambahan perkataan bagi nama yang mengandungi satu perkataan sahaja,  lakukan analisis setiap nama yang disenaraikan. 

Gunakan tips yang kami berikan sebelum ini, buang nama yang sukar diingat, disebut atau kedengaran pelik apabila disebut dengan kuat. 

Simpan nama yang kedengaran menarik, mudah diingat dan boleh menyampai sesuatu maksud atau nilai disebalik nama kepada pelanggan anda.

Sebagai panduan lanjut, kami sediakan beberapa contoh soalan yang boleh dijadikan sebagai penanda aras:

  • Adakah nama tersebut ringkas dan mudah diingat?
  • Adakah nama tersebut relevan untuk jangka masa panjang?
  • Adakah ejaan nama tersebut mudah dieja dan disebut?
  • Adakah nama tersebut berbeza daripada syarikat teknologi futuristik yang lain?
  • Adakah maksud nama tersebut relevan untuk teknologi yang anda tawarkan?
  • Adakah nama tersebut boleh memberi konotasi atau emosi negatif kepada pelanggan?

Bagaimana untuk Tahu Nama Bisnes Futuristik Itu Menarik?

Anda boleh cuba dapatkan maklum balas orang ramai terhadap nama yang telah disenarai pendek.

Walaupun anda mungkin rasakan satu atau dua nama yang disenarai pendek menjadi pilihan anda secara peribadi, maklum balas responden sangat penting kerana mereka memilih dari perspektif seorang pelanggan atau pelabur.

Ada pelbagai medium untuk mendapatkan maklum balas orang ramai. Gunakan kemudahan di internet seperti media sosial dan juga Google form untuk mendapatkan bilangan responden yang lebih ramai dan pelbagai.

Kalau boleh, sediakan demografi seperti umur dan jantina yang boleh digunakan sebagai metrik dalam menentukan minat atau pendapat responden anda mengikut kumpulan tertentu.

Antara soalan yang anda boleh tanyakan adalah: 

  • Adakah nama tersebut itu mudah diingat? 
  • Apa yang mereka fikirkan apabila pertama kali mendengar nama tersebut? 
  • Adakah nama sebegitu boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk menggunakan perkhidmatan anda?

Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Nama Bisnes Futuristik

Proses memilih nama tidak hanya melibatkan perkara substantif seperti kualiti nama sahaja tetapi juga melibatkan perkara-perkara yang melibatkan pihak ketiga atau ketersediaan nama di platform lain.

Ketersediaan domain

Domain sangat penting jika anda perlukan laman web untuk meningkatkan kesedaran jenama bisnes, maklumat bisnes dan juga untuk interaksi bersama pelanggan atau pelabur.

Jika boleh, pastikan nama domain sama dengan ejaan nama bisnes anda.  Selain itu, cuba semak bagaimana nama penuh bisnes anda dalam bentuk domain. 

Anda tidak semestinya perlu menggunakan top-level domain “.com”. Gunakan kelebihan anda sebagai bisnes teknologi dengan pilihan lain seperti berikut:

  • .io
  • .net
  • .tech
  • .dev

Saluran media sosial

Cuba pastikan nama bisnes yang anda pilih masih belum digunakan di media sosial, sama seperti domain anda.

Untuk tujuan kempen pemasaran dan penjenamaan, anda pasti mahukan keseragaman pada setiap saluran media sosial. Jadi semak sama ada nama pilihan anda boleh digunakan sebagai handle.

Jika tidak, anda terpaksa menggunakan nama handle media sosial yang berbeza dan boleh mengelirukan pelanggan. 

Lebih teruk lagi, anda terpaksa menggandakan usaha pemasaran (dan melibatkan kos tambahan) kerana perlu membuat strategi nama yang berbeza disebabkan perbezaan handle bagi setiap media sosial.

Tanda dagang

Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.

Pertama; jika anda menggunakan nama bisnes yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.

Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangkan bisnes anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama/jenama anda. 

Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama komersial yang hampir sama.

Soalan Lazim

Tiada sebarang bayaran diperlukan dan anda juga tidak perlu membuat pendaftaran emel sebelum, apabila atau selepas menggunakan Penjana Nama Bisnes Futuristik. Jadi, anda hanya perlu masukkan kata kunci dan ratusan nama janaan sedia untuk digunakan atau sebagai inspirasi tambahan.

Penjana Nama Bisnes Futuristik kami menggabungkan keupayaan menjana nama dan juga pilihan untuk membuat semakan domain secara serta merta. Selain itu, untuk menggunakan Penjana Nama Bisnes Futuristik, anda tidak perlu daftarkan emel dan seterusnya peti masuk emel anda tidak akan dibanjiri newsletter pada setiap masa.

Anda boleh cuba cipta perkataan sendiri yang boleh menggambarkan jenis bisnes futuristik yang anda tawarkan. Selain itu, cuba lihat apakah unique selling points dalam bisnes anda dan gunakannya sebagai sebahagian nama bisnes atau syarikat anda.

Penulis

Hafizie Zack

Hafizie Zack

Peguam korporat dan seorang penulis dwibahasa untuk material perundangan, teknologi & kreatif. Berpengalaman selama sepuluh tahun di dalam penulisan. Teruja dengan idea meneroka rahsia di sebalik nama bisnes, seperti sebuah anagram yang hanya mampu diselesaikan oleh Indiana Jones.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki