“Jika anda tidak faham bisnes anda dengan mendalam, anda akan gagal”- Jeff Bezos
Sebelum kami menulis artikel ini, kami telah melayari laman web Amazon.com dan memasukkan perkataan “Men’s running shirt” dalam carian kami.
Hasilnya?
Terdapat lebih 40 muka surat yang setiap satunya mengandungi hampir 30 penjual.
Jadi, bayangkan anda seorang penjual atau menjalankan bisnes di Amazon, bagaimana anda ingin menarik perhatian pembeli?
Bukan ingin menakut-nakutkan, cuma secara faktanya, terdapat lebih 1.9 juta penjual dan pemilik bisnes di Amazon. Untuk perbandingan, bilangan pemilik bisnes gergasi e-Dagang di rantau Asia Tenggara, Shopee memiliki hampir 11,000 penjual.
Jadi, bagi mereka yang berminat untuk menjadi penjual di Amazon anda memerlukan nama yang bagus untuk menarik pelanggan, menanam keyakinan kepada mereka untuk membeli produk dan juga nama yang mudah untuk diingat agar mereka membuat pembelian berulang.
Kami akan membantu anda mendapatkan nama bisnes di Amazon yang unik dan menarik dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes di Amazon kami.
Selain itu, kami juga akan kongsikan apakah tips untuk nama yang bagus serta cadangan idea nama yang sesuai untuk stor online anda.
Contoh Nama Bisnes di Amazon
Untuk membantu anda dapatkan inspirasi dan idea awal, kami senaraikan beberapa nama bisnes atau penjual di Amazon mengikut kategori.
Pakaian sukan
- Axcone Store
- C9 Champions Store
- MIJOBS
- Icon Sports
Lilin aroma
- Hour Loop
- SCENTORINI STORE
- Best of Yard
- Husband and Wife
Tenunan dan jahitan
- YITOHOP
- Mira Handcrafts
- Athena’s Element Store
- Selizo Store
Kelengkapan dapur
- Borje Store
- ToughBag
- Beyond Your Home
Komputer
- ExtremeOverstock
- STC Distributor
- Performance-Pcs
- eTECH
Kelengkapan outdoor
- Amazin Store
- Green Room Extreme Outdoors
- Movatik
- Basikal Addiction
Barangan elektronik pejabat
- Renewable Toner
- A-Z Wholesale Deal
- Super Image Office
- Colour Office Tech
Apakah Itu Penjana Nama Bisnes di Amazon?
Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.
Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik.
Mengapakah Anda Perlu Gunakan Penjana Nama Bisnes di Amazon?
Penjana nama mempunyai keupayaan menjana ratusan nama unik sekali gus.
Secara alternatifnya, jika anda rasakan nama yang dijana kurang ideal, anda masih lagi boleh gunakan sebagai inspirasi tambahan atau idea untuk mencetuskan kreativiti dalaman anda.
Jadi tidak rugi mencuba dan kami senaraikan sebab-sebabnya:
Padanan mengikut logik
Penjana Nama Bisnes di Amazon mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih.
Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rambang.
Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana Nama Bisnes di Amazon memudahkan pencarian nama bisnes. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produk yang dihasilkan atau khidmat yang ditawarkan.
Nama yang dijana akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama ialah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua ialah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu atau dua perkataan untuk hasil janaan. Untuk dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kata kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
Tidak perlukan pendaftaran
Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda mendaftarkan e-mel sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut.
Jika anda memasukkan e-mel, besar kemungkinan peti masuk e-mel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.
Tidak leceh dan begitu mudah.
Itulah kelebihan penjana nama kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.
Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes di Amazon kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekali gus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
Idea tanpa had
Memandangkan ia hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mungkin sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Penjana Nama Bisnes di Amazon?
Selepas mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Penjana Nama Bisnes di Amazon dan kelebihan yang ditawarkan, kini kami akan terangkan cara menggunakannya.
Secara idealnya, ia sememangnya mudah untuk dikendalikan dan berbaloi jika digunakan untuk proses pencarian nama.
Langkah pertama:
Pertama sekali, anda perlu melayari laman web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia contohnya Bahasa Melayu, Bahasa Poland, Jerman, Perancis dan Bahasa Korea.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci dalam ruangan jana. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri berkaitan dengan produk yang anda hasilkan atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Anda boleh memilih lebih daripada satu jenis industri untuk setiap janaan.
Sebagai contoh, pilih industri “e-commerce” dan/atau barang yang anda jual di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Secara ringkasnya, Penjana Nama Penjana Nama Bisnes di Amazon kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima (untuk dua perkataan);
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga:
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus-ratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
20 Idea untuk Nama Bisnes di Amazon
Berikut ialah nama yang dijana daripada Penjana Nama Bisnes di Amazon kami.
Anda boleh jadikan senarai nama di bawah sebagai idea atau inspirasi awal dalam mencari nama yang unik dan menarik untuk stor anda.
- Treasure Electro
- Emas Glam
- Trade Eletrikal
- Legion Gadjet
- Anggun Glam
- Cleopatra Glamor
- Buku Suburbia
- Mainan Joyful
- Naskah Splendid
- Gadjet Pop
- Sabun Thunder
- Hobi Perfect
- Gadjet Guys
- Kamera Pirt
- Mainan Omega
- Baju Influx
- Bukupedia
- Stailology
- Stailhut
- Warna Prism
Tips untuk Nama Bisnes di Amazon
Tahukah anda kerajaan Malaysia melalui agensi MATRADE menawarkan insentif berjumlah RM5,000.00 kepada SME di Malaysia untuk menjalankan perniagaan di Amazon?
Dengan bantuan dan galakan daripadai pihak kerajaan dan digabungkan dengan nama bisnes yang bagus, kami rasakan anda berpeluang cerah untuk berjaya menjalankan perniagaan secara digital.
Kini kami akan kongsikan apakah kriteria yang boleh anda pertimbangkan untuk nama bisnes anda.
Unik tetapi tidak terlalu khusus
Anda mungkin beranggapan nama yang lebih khusus dengan produk akan membuatkan nama bisnes di Amazon anda lebih unik di mata pelanggan.
Katakan bisnes anda hanya menjual kad memori komputer, anda disarankan menggunakan perkataan berkaitan yang lebih luas seperti “ ABC Tech” berbanding “ABC Memory Card”.
Nama yang terlalu spesifik mungkin memberi kesan jika anda ingin mempelbagaikan produk di stor Amazon anda. Ini bermakna, jika anda ingin menambah aksesori komputer lain di stor anda, nama “ABC Tech” cukup memberitahu anda menjual segala jenis produk teknologi atau komputer di stor Amazon anda.
Mudah untuk pelanggan ingat
Jika anda perasan, kebanyakan nama syarikat atau jenama popular memiliki suku kata yang pendek atau lebih dikenali dengan singkatan.
Malah, kebanyakan nama kementerian kerajaan negara kita lebih dikenali dengan singkatan. MOSTI, KDN malah jawatan Menteri Pertahanan kadang-kala dipanggil MenHan juga disingkatkan lagi untuk meningkat kebolehbacaan.
Secara saintifiknya, perkara seperti nama hanya boleh diingat oleh manusia dalam masa yang singkat kecuali kita ingin mengingatinya secara sedar dan aktif. Nama yang mudah membantu manusia
Jangan guna lokasi pada nama
Sepertimana pengkhususan produk, penggunaan lokasi pada nama boleh membantutkan pemasaran dan kelangsungan bisnes di Amazon anda.
Amazon.com itu sendiri sebuah pasaran global dan prospek pelanggan anda terdiri dari seluruh dunia. Nama yang menggunakan lokasi bukan sahaja tidak ada kena mengena dengan produk yang dijual, malah boleh mengelirukan pelanggan.
Perlu kedengaran profesional dan tidak negatif
Kadang-kala nama bisnes di Amazon yang tidak serius boleh membuatkan pembeli tidak yakin dengan kredibiliti anda.
Sebagai contoh, jika anda menjual barang kemas atau kelengkapan dapur yang berkualiti tinggi, persepsi pelanggan mungkin berubah jika nama anda mengarut dan tidak menggambarkan kualiti barang yang dijual.
Tidak terlalu sofistikated
Nombor, simbol, tanda baca dan huruf konsonan yang terlalu banyak boleh menjejaskan kebolehbacaan perkataan atau nama bisnes anda.
Pastikan anda tidak melanggar Polisi Nama Amazon dan membuatkan nama bisnes di Amazon anda sukar dibaca oleh pembeli.
Bagaimanakah untuk Mengetahui Nama yang Anda Pilih Menarik?
Apabila anda telah mempunyai senarai akhir nama yang dipilih untuk bisnes di Amazon, anda boleh cuba lakukan perkara berikut untuk menguji sama ada nama tersebut kedengaran menarik atau boleh membuatkan pengunjung di Amazon berminat untuk mengetahui apakah produk yang anda jual.
Cuba sebutan
Sebut setiap nama pilihan dengan kuat. Mengapa? Kadang-kala nama akan kedengaran berbeza apabila anda menyebut dengan kuat dan boleh mempengaruhi emosi pelanggan dalam membuat keputusan. Di dalam bidang linguistik, keadaan ini dipanggil sound symbolism.
Dapatkan maklum balas
Cuba tanyakan pendapat rakan atau kenalan anda tentang nama yang telah dipilih. Jika anda perlukan skop responden yang lebih meluas, anda boleh gunakan media sosial untuk membuat tinjauan maklum balas mereka.
Bandingkan dengan pesaing
Cuba buat semakan beberapa nama pesaing yang menjual produk yang hampir sama dengan bisnes anda di Amazon, terutamanya mereka yang mempunyai jumlah jualan yang besar. Jadikan nama mereka sebagai pilihan alternatif untuk mendapatkan inspirasi dan idea. Fikirkan apa kelebihan nama mereka dan lihat jika terdapat elemen yang anda ingin gunakan untuk nama bisnes anda.
Tips untuk Tingkatkan Jualan di Amazon
Sekiranya anda sudah mendapatkan nama yang sesuai dan stor Amazon anda sudah mula beroperasi, anda boleh menggunakan tips yang kami kongsikan ini untuk meningkatkan jualan untuk jangka masa panjang.
Dapatkan lebih banyak review
Review yang positif sangat membantu keterlihatan produk anda dan menanam kepercayaan pelanggan. Review membantu pelanggan membuat keputusan tentang perkhidmatan yang anda tawarkan. Antara cara untuk mendapatkan review yang tepat dan jujur daripada pelanggan adalah:
- E-mell pelanggan selepas produk dihantar dan diterima untuk mengingatkan mereka menulis review;
- Sertakan nota pada bungkusan untuk menulis review;
- Peringatan melalui media sosial.
- Beri perhatian pada penyenaraian produk
Untuk menyenaraikan produk di Amazon, ada “seni penulisan” yang anda perlu tahu dan praktikkan. Terdapat pelbagai tips untuk menyenaraikan produk yang memberi kesan kepada SEO seperti bullet, isi kandungan dan lain-lain.
Khidmat pelanggan yang terbaik
Tiada yang lebih menggembirakan pelanggan apabila setiap pertanyaan mereka dijawab dengan tepat dan berinformasi. Selain daripada review yang diberikan pelanggan, potensi pelanggan menjadi pelanggan berulang lebih tinggi jika anda menyediakan khidmat pelanggan yang terbaik.
Dapatkan Buy Box
82% jualan di Amazon diperoleh melalui Buy Box. Jumlah ini menggambarkan kepentingan Buy Box kepada penjual. Ketika pelanggan memilih untuk “Add to Cart” sesuatu produk, mereka akan membeli secara terus daripada penjual yang memiliki Buy Box pada ketika itu tanpa mengetahui identiti penjual. Buy Box hanya boleh ditawarkan kepada penjual yang mempunyai reputasi tinggi dan diberikan mengikut algoritma berkomputer.
Mudahkan pengurusan penghantaran dengan FBA
FBA, atau Fulfillment by Amazon ialah cara untuk memastikan penghantaran produk dilakukan secara efektif. Konsepnya adalah, anda jual, pihak Amazon akan menghantar kepada pelanggan. Objektif utama ialah anda boleh fokus untuk menjual produk dan menyerahkan urusan penghantaran dan penyimpanan kepada Amazon.