Hobi sememangnya berpotensi untuk dijadikan bisnes yang mendapat permintaan tinggi atau sekurang-kurangnya, sebagai sumber pendapatan sampingan.
Kartun pokemon itu sendiri bermula daripada hobi penciptanya yang gemar mengumpul binatang di zaman kanak-kanak.
Artikel ini menerangkan panduan untuk memilih nama crochet bagi mereka yang ingin turut serta menjalankan bisnes crochet tidak kira secara online atau stor secara fizikal.
Selain daripada tips memilih nama yang unik dan menarik, kami juga akan menunjukkan anda cara alternatif yang lebih menyeluruh termasuk keupayaan menyemak ketersediaan domain, iaitu dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Crochet.
Pokemon! Gotta catch em all!
Apa itu Crochet?
Krosye… Krusye… Jarum kait…Kait Jarum Satu…Hook… ialah panggilan dalam kalangan masyarakat tempatan untuk Crochet.
Istilah crochet ini diambil daripada bahasa Perancis yang bermaksud penyangkut (hook) kecil.
Seni crochet ini merupakan satu proses menghasilkan tekstil dengan menggunakan hook (biasanya dipanggil jarum yang mempunyai penyangkut di hujungnya) dan disulami dengan yarn (sejenis benang) atau material lain.
Crocheter pula merujuk kepada pengait atau penjahit tekstil crochet.
Untuk pasaran domestik, semakin ramai crocheter yang menjual hasil tekstil crochet dalam bentuk beg tangan, barangan hiasan, pakaian bayi, pelbagai jenis topi dan banyak lagi secara online.
Antara platform popular bisnes crochet ini ialah media sosial seperti Facebook (FB) atau Instagram (IG) atau platform e-Dagang seperti etsy.
Perkara yang Perlu Dipertimbangkan ketika Memilih Nama Bisnes Crochet
Pelanggan sasaran
Pelanggan boleh diibaratkan sebagai udara untuk bisnes crochet anda bernafas.
Nama yang sesuai ialah nama yang boleh menarik perhatian pelanggan.
Jadi anda perlu tahu siapakah pelanggan sasaran anda untuk mencapai objektif dan strategi pemasaran bisnes crochet anda.
Demografi dan jenis pelanggan sasaran juga faktor penting dalam pemilihan perkataan untuk nama bisnes crochet anda.
Sebagai contoh, adakah anda ingin gunakan perkataan yang hanya difahami oleh peminat seni mengait, atau lebih spesifik lagi, peminat jahitan crochet? atau perkataan berkaitan seni yang lebih umum?
Sering kali pemilik bisnes membuat kesilapan memilih nama hanya kerana kedengaran menarik tanpa mengambil kira pelanggan sasaran. Hasilnya, anda terpaksa menerangkan panjang lebar tentang produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.
Kata Kunci
Kata kunci ialah perkataan utama yang anda gunakan untuk menarik pelanggan sasaran anda dan juga memberi idea apa yang bisnes crochet anda tawarkan kepada mereka.
Anda perlu mencari kata kunci yang relevan dengan produk atau bisnes crochet. Selain itu, fikirkan cara bagaimana anda boleh menerangkan tentang bisnes anda melalui kata kunci tertentu.
Kata kunci boleh terdiri daripada kata kerja, kata nama mahupun adjektif.
Jangan gunakan kata kunci yang bersifat terlalu teknikal atau jargon serta boleh mengandungi lebih dari satu maksud atau membawa erti negatif.
Sebagai contoh, jarum hook memang relevan untuk bisnes crochet anda, tetapi jika anda memilih “hooker” sebagai kata kunci, ia kedengaran negatif dan boleh mengelirukan pelanggan.
Ketersediaan Domain dan Saluran Media Sosial
Domain adalah segalanya. Anda perlu domain yang sama ejaan dengan bisnes crochet anda di platform digital lain.
Besar kemungkinan anda memulakan bisnes crochet anda secara kecil-kecilan dan memerlukan platform online untuk beroperasi.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa agak jarang atau janggal jika sebuah bisnes tidak wujud dalam platform digital pada hari ini.
Jika konsep domain kedengaran canggung atau diluar kemampuan kos operasi bisnes crochet anda, sekurang-kurangnya anda perlu memiliki akaun halaman Facebook atau Instagram (IG).
“Ada FB?” , “Apa nama FB?”, “Nak tengok barang di IG boleh?”. Soalan sebegitu sering dilontarkan kembali apabila anda memberitahu seseorang tentang kewujudan bisnes anda.
Jenis produk
Tetapkan atau kenal pasti apakah produk utama di dalam bisnes crochet anda. Adakah anda menjual barang-barang atau alat mengait sahaja? Atau anda mempunyai kepakaran dan ingin menganjurkan kelas crochet kepada peminat crochet di luar sana.
Dari segi style pula, adakah anda mempunyai style tertentu untuk lebih menonjol berbanding crochet lain? Atau anda menjual segala jenis produk crochet tanpa pengkhususan?.
Antara style yang boleh dipertimbangkan adalah:
- Amigurumi Crochet
- Bosnian Crochet
- Broomstick Crochet
- Finger Crochet
- Hairpin Crochet
- Micro Crochet
- Overlay Crochet
- Tapestry Crochet
- Tunisian Crochet
Sepanjang carian kami yang kami lakukan, terdapat lebih 50 style untuk crochet.
Mungkin anda boleh cipta style tersendiri dan namakan “Malaysian Style Crochet”? Mana tahu tuah menyebelahi anda.
Bantuan Teknologi
Proses mencari atau memilih nama bisnes crochet lebih mudah dilakukan melalui teknologi yang boleh menjana nama secara automatik.
Kreativiti dan inspirasi tidak hanya datang daripada fikiran kita sendiri. Alat teknologi juga mempunyai algoritma yang boleh menyuntik elemen kreatif atau paling tidak, memberi inspirasi tambahan kepada anda.
Jika anda masih mencari nama, pertimbangkan penggunaan Penjana Nama Bisnes Crochet kami untuk idea nama bisnes crochet yang lebih menarik dan unik.
Apa itu Penjana Nama Bisnes Crochet?
Penjana Nama Bisnes Crochet kami adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk menjana nama dalam masa yang singkat.
Proses memilih nama bisnes crochet anda lebih mudah, pantas dan lebih banyak nama boleh digunakan sebagai idea dan inspirasi untuk anda.
Ciri-ciri khas Penjana Nama Bisnes Crochet kami adalah seperti berikut:
Janaan berdasarkan kata kunci
Untuk memastikan nama bisnes anda relevan , Penjana nama memudahkan pencarian nama bisnes crochet anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan crochet atau dapat menggambarkan produk yang anda jual.
Nama yang dijana oleh Penjana Nama Bisnes Crochet akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci. Pilihan ini direka bagi mendapatkan nama yang lebih terperinci dan relevan dengan industri anda.
Pilihan mengikut industri
Terdapat lebih daripada 20 industri untuk anda pilih. Sebagai contoh, untuk bisnes crochet, anda boleh memilih industri kreatif dan kraf. Jadi nama bisnes crochet anda akan lebih tepat dan mudah difahami oleh pelanggan sasaran.
Pilihan ciri-ciri perkataan
Anda mempunyai kebebasan untuk menentukan ciri-ciri nama yang dijana oleh penjana nama kami.
Pertama sekali, anda boleh tentukan bilangan aksara untuk senarai nama yang dijana. Memandangkan antara petua utama nama yang berkualiti adalah pendek, anda boleh memilih bilangan aksara kurang daripada 15 sebagai kriteria utama nama yang dijana.
Selain itu, anda juga boleh memilih sama ada satu atau dua perkataan. Sekiranya anda lebih menggemari dua perkataan, terdapat satu lagi pilihan tambahan iaitu sama ada pasangan perkataan itu berima atau sebaliknya.
Penjana nama bisnes kami juga boleh menetapkan kedudukan kata kunci yang anda masukkan. Sebagai contoh, untuk nama janaan yang mengandungi dua perkataan, kata kunci boleh diletakkan pada sebelum atau selepas perkataan yang dipadankan.
Semak ketersediaan domain serta-merta
Kebiasaannya, selepas memilih nama bisnes menggunakan penjana nama lain yang terdapat dalam talian, anda terpaksa melakukan carian ketersediaan domain secara berasingan.
Bayangkan setelah penat lelah mencari nama kemudian anda mendapati domain untuk nama tersebut telah dimiliki.
Perkara ini tidak akan berlaku dengan penjana nama kami kerana setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Crochet kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Pencarian tanpa had
Tidak kira berapa kali anda menggunakan penjana nama kami, anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Jadi, anda mempunyai masa dan ruang yang tidak terhad untuk mendapatkan nama yang paling sesuai untuk bisnes anda.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Crochet?
Setelah mengetahui keistimewaan penjana nama kami dan kini kami akan kongsi cara menggunakan penjana nama bisnes tersebut. Secara umumnya, terdapat hanya terdapat dua langkah mudah yang perlu anda lakukan.
Langkah pertama: Layari laman web kami
Untuk menggunakan penjana nama, anda layari laman web penjana nama kami. Anda akan mendapati terdapat lebih daripada 15 bahasa ditawarkan. Antara bahasa yang boleh dicuba adalah:
- Bahasa Perancis
- Bahasa Turki
- Bahasa Korea
- Bahasa Belanda
- Bahasa Norway dan lain-lain.
Langkah kedua: Masukkan kata kunci
Di bahagian ruangan atas penjana nama kami, anda boleh masukkan kata kunci yang relevan dan menggambarkan identiti bisnes anda. Anda boleh memasukkan sehingga enam kata kunci pada satu-satu masa.
Kemudian, tekan butang “Jana”.
Terdapat satu ruangan tapisan atau filter pada bahagian kiri. DI bahagian inilah terdapat ciri-ciri khas penjana nama kami yang akan melancarkan proses penjanaan nama.
Sebagai panduan, anda boleh pilih industri relevan seperti kraf dan kreatif. Kata kunci tersebut akan digabungkan dengan algoritma dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Lihat senarai nama yang telah dijana dan sekiranya anda berminat dengan mana-mana nama yang disenaraikan, anda boleh simpan nama yang anda gemari. Anda masih boleh membuat carian baru menggunakan kata kunci yang lain.
Nama yang disimpan boleh digunakan untuk senarai pendek anda.
20 Idea untuk Nama Bisnes Crochet
Untuk memberi anda idea dan inspirasi tambahan, kami telah senaraikan 20 nama untuk bisnes crochet anda menggunakan Penjana Nama Bisnes kami.
- Krosye Curl
- Sit & Jahit
- Crocheting Claw
- Crochet Soft
- Jarum Namaste
- Jahit Kepler
- Jarum Kait Karuna
- Hook Habit
- Crochet Pop
- Benang Maker
- Krosye Fathom
- Jahit Anggora
- Crochet Maker
- Creative Suburbia
- Needlework Candid
- Crochet Tour
- Jarum Kait Retro
- Krusye Doodle
- Kreatif Caliber
- Jarum Tribal
Kriteria untuk Nama Bisnes Crochet yang Bagus
Tujuan utama nama bisnes adalah sebagai identiti dan untuk menarik minat pelanggan.
Selain minat pelanggan, anda perlu memudahkan pelanggan mencari anda secara digital. Untuk memudahkan mereka, nama bisnes anda perlu mengandungi elemen SEO yang baik.
Gabungkan kedua-dua faktor ini untuk memastikan nama bisnes anda tidak tenggelam di lautan pasaran yang sedia ada kompetitif, dan juga pelanggan sentiasa ingat nama bisnes crochet anda.
- Pendek untuk memudahkan pelanggan ingat nama anda.
- Relevan untuk pelanggan yang disasarkan. Jika anda ingin menarik perhatian pelanggan dalam skala besar, besar kemungkinan anda akan nama yang generik, hasilnya nama bisnes crochet anda tidak mempunyai ciri yang unik.
- Senang dieja, disebut dan difahami. Nama yang kreatif tidak bermakna jika sukar dicari di media sosial dan juga enjin carian. Nama yang sukar dieja boleh mengelirukan pelanggan dan mematikan minat pelanggan terhadap bisnes atau produk anda. CrochetForYou dan Crochet4You nampak sama, tetapi memberi kesan yang sangat berbeza dalam enjin carian.
- Berbeza daripada pesaing. Untuk lebih menonjol di mata dan ingatan pelanggan, nama bisnes crochet anda tidak harus atau seakan sama dengan pesaing sedia ada yang lain.
Contoh Nama Bisnes Crochet sebagai Inspirasi
Produk yang dihasilkan melalui seni crochet bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Barangkali anda sendiri pernah melihat produk ini tetapi tidak mengetahui secara khusus bagaimana produk sebegitu dihasilkan.
Sebagai panduan, kami telah senaraikan beberapa bisnes crochet sedia ada di pasaran. Ada boleh lihat bagaimana pemilik bisnes crochet ini menamakan bisnes mereka dan lihat apakah kualiti tersendiri yang dimiliki oleh mereka.
1. Pinkyfrog Shop
Mereka memperkenalkan diri sebagai Pinkyfrog: Kedai benang crochet dan knit di Johor. Kedai ini membuatkan peminat crochet mempunyai akses untuk mendapatkan barangan mengait mereka.
Antara produk yang dijual adalah yarn dan hook (jarum) berkualiti dan mampu milik. Selain daripada jualan secara walk-in, mereka menawarkan pembelian secara dalam talian.
Dengan rangkaian kelengkapan untuk kraf crochet yang pelbagai, tidak hairanlah Pinkyfrog menjadi nama pertama yang dicari oleh pencinta seni kraf di luar sana.
2. MAMA’s Crochet House
Sentuhan kreatif pemilik bisnes ini pernah mendapat liputan media massa tempatan. Boleh dihubungi menerusi laman FB dan juga IG, antara produk yang mendapat sambutan ialah kopiah dan patung untuk kanak-kanak.
Selain itu, crocheter ini juga menerima tempahan secara terus jika pembeli inginkan customized product.
3. Bovey’s Handmade
Sekiranya anda berkesempatan melayari laman web Bovey’s Handmade, anda pasti terpesona dengan produk comel yang dipaparkan.
Antara produk crochet yang ditawarkan adalah kasut atau but untuk bayi, beg syiling, baju si comel, beg tangan wanita, topi dan bekas air.
Apa yang menarik, pemilik Bovey’s Handmade seakan memahami cita rasa pembeli dengan menghasilkan produk dengan rona warna benang crochet yang begitu menarik.
Mereka juga memiliki stor di platform eDagang seperti Shopee dan Lazada selain daripada media sosial, FB dan IG. Pelanggan juga boleh membuat custom order dengan menghubungi Bovey’s Handmade.
4. Mell Crochet
Snow White? Minions? Cinderella?
Bayangkan hanya dari sebatang hook dan yarn sahaja, crocheter ini mampu menyiapkan patung comel untuk hiasan dan hadiah.
Anda pasti kagum dengan kreativiti, ketekunan crochet ini menghasilkan produk crochet yang memberi makna baru untuk seni kreatif. Semua produk yang dihasilkan dijual secara dalam talian dan penghantaran di seluruh dunia.
Kesimpulan
Memilih nama yang benar-benar sesuai untuk bisnes crochet anda. Ambil sedikit masa untuk mendapatkan nama yang unik dan menarik.
Kami percaya, jika anda mampu menghasilkan produk seni yang menarik, mencari nama untuk bisnes crochet anda bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anda!
Selamat berjaya!