BoHo merupakan singkatan kepada perkataan Bohemian yang bermaksud seseorang yang tidak konvensional dari segi kehidupan sosialnya dan sering kali dikaitkan dengan ciri artis yang kreatif. Dan kini, perkataan ini lebih dikaitkan dengan trend fesyen hippies dari tahun 60an yang masih lagi segar hingga ke hari ini. Walaupun fesyen boho yang digayakan pada zaman kini tidak seratus peratus sama dengan zaman kemuncaknya, permintaan terhadap fesyen ini tetap hangat.
Menurut majalah fesyen Instyle, fesyen boho kini digabungkan dengan elemen chic bagi menepati cita rasa penggaya-penggaya fesyen zaman sekarang. Oleh itu, jika anda ingin memulakan bisnes fesyen atau barangan boho, anda perlu menggunakan nama yang tidak akan lapuk ditelan zaman. Di dalam artikel ini, kami akan membantu anda mendapatkan ilham nama bisnes boho yang menarik.
Ini kerana, dengan bantuan Penjana Nama Bisnes BoHo kami, anda akan dapat menjana ribuan idea nama bisnes yang unik tanpa sebarang bayaran. Ingin tahu lebih lanjut mengenai penjana nama bisnes terbaik kami? Teruskan membaca!
20 Idea Nama Bisnes BoHo
Untuk memberikan anda gambaran jelas mengenai pilihan idea nama bisnes boho yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes BoHo, kami telah menjana sendiri beberapa kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan ini. Hasil janaan tersebut telah menghasilkan ribuan pilihan idea nama bisnes BoHo. Antaranya ialah 20 idea nama bisnes di bawah ini:
- BoHo Society
- Madras BoHo
- Nifty Boho
- Lavish BoHo
- Stella Boho
- Boholytical
- Bohoaza
- Bohosy
- Bohonest
- BoHo Avenue
- BoHo Styled
- BoHoio
- Bohoify
- Lioness Boho
- Jade BoHo
- Posh Boho
- Curvaceous Boho
- Boho Groove
- Boho Corner
- Boho Parade
Bagaimana Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes BoHo?
Cara menggunakan Penjana Nama Bisnes BoHo kami tidak sukar. Anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah yang akan kami terangkan di bawah. Pada masa yang sama, pastikan anda menggunakan Penjana Nama Bisnes BoHo kami dan bukannya penjana nama perniagaan lain untuk menjana nama bisnes anda. Oleh itu, klik pautan ini bagi memastikan anda berada di laman Penjana Nama Bisnes yang betul.
Pilih kata kunci untuk dijana
Langkah pertama ini penting kerana ia menentukan idea nama bisnes boho yang akan dijana. Anda harus memilih kata kunci yang sesuai untuk andajana. Kata kunci ini dijana sebagai sebahagian daripada idea-idea nama bisnes boho anda. Sebelum anda memasukkan kata kunci untuk dijana, pastikan kata kunci yang anda ingin gunakan menepati ciri-ciri di bawah ini:
- Lebih daripada tiga huruf
- Tidak merangkumi angka
- Tidak merangkumi emoji
- Tidak merangkumi simbol aksara
Jika anda masih tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dengan perniagaan yang ingin anda mulakan, mari lihat senarai kata kunci di bawah:
- Fesyen
- Boho
- Chic
Anda boleh menjana lebih daripada satu kata kunci dalam satu masa. Pastikan setiap kata kunci yang anda ingin jana dijarakkan menggunakan koma. Jangan lupa menekan butang jana/mulakan bagi menjana idea nama bisnes boho anda.
Perincikan idea nama bisnes yang telah dijana
Untuk makluman, satu kata kunci boleh menjana sehingga ribuan idea nama. Walaupun idea nama bisnes yang dijana ada yang unik, tetapi anda masih lagi boleh memperincikan pilihan yang ada dengan mengaktifkan tetapan tapisan nama bisnes. Ini bagi memudahkan anda melakukan pemilihan idea nama bisnes yang terbaik untuk anda gunakan.
Jika anda perasan, terdapat ruangan tetapan nama bisnes dan industri di bahagian kiri laman tersebut. Kedua-dua tetapan tapisan ini akan membantu anda mendapatkan nama bisnes yang lebih unik dan relevan. Bagaimanakah tetapan ini boleh memperincikan idea nama bisnes anda?
Fungsi tetapan industri
Fungsi tetapan industri ini membenarkan anda untuk memilih industri yang bersesuaian dengan bisnes yang anda ingin jalankan. Anda boleh memilih mana-mana 50 lebih industri yang ada disenaraikan. Selain daripada itu juga, anda boleh menandakan lebih daripada satu industri yang ada dinyatakan.
Untuk Bisnes BoHo, anda boleh memilih industri fesyen, kreatif, seni dan mana-mana yang berkenaan. Jangan lupa untuk menekan butang guna setelah anda menandakan industri yang anda pilih.
Fungsi tetapan nama
Fungsi tetapan nama membolehkan anda untuk menetapkan bilangan perkataan, cara sebutan dan juga posisi kata kunci yang akan dijana bersama. Kami yakin tetapan nama bisnes ini akan memberikan anda peluang untuk memberikan sentuhan nama bisnes yang lebih peribadi. Ini kerana:
- Anda boleh menjana idea nama bisnes yang mempunyai satu atau dua perkataan
- Anda boleh menentukan bilangan karakter nama bisnes seminimum 5 atau lebih
- Anda boleh menetapkan kata kunci berada di depan atau selepas idea nama yang dijana bersama
- Anda boleh menetapkan idea nama yang dijana berima
Jangan lupa untuk menekan butang gunakan selepas anda memilih tetapan nama yang anda mahu gunakan.
Pilih idea nama bisnes
Kini, anda mempunyai pilihan idea nama Bisnes BoHo yang lebih relevan dan unik. Pilih satu idea nama yang anda ingin gunakan untuk dijadikan sebagai nama bisnes utama. Tetapi sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu pilihan, dan anda ingin mendapatkan pendapat rakan kongsi, anda boleh mengikuti langkah di bawah:
- Tekan butang bintang pada idea nama yang anda suka untuk disimpan di dalam senarai idea nama bisnes yang digemari
- Pergi ke bahagian idea nama yang disimpan yang berada di sebelah kiri laman idea nama yang dijana
- Masukkan alamat emel rakan anda untuk menghantar idea nama yang sudah disimpan
Semak ketersediaan domain
Langkah ini tidak wajib untuk dilakukan. Tetapi rugi jika anda tidak menggunakan kemudahan semakan nama domain kami. Ini kerana anda boleh menyemak nama bisnes yang telah anda pilih tersedia sebagai nama domain secara percuma.
Tambahan pula, untuk memastikan Bisnes BoHo anda mudah dikenali ramai, anda perlu mengetengahkan perniagaan anda di dalam pasaran digital. Dan memiliki laman perniagaan sendiri adalah langkah pertama yang anda harus lakukan. Untuk menyemak ketersediaan domain, sila ikuti langkah di bawah:
- Masukkan nama bisnes yang anda ingin semak di ruangan semak ketersediaan domain; atau
- Tekan kotak idea nama bisnes pilihan anda untuk melihat ketersediaan domain bagi nama tersebut
Anda boleh mendaftarkan terus domain pilihan anda dengan GoDaddy menerusi laman penjana nama bisnes kami.
Sebab Utama Untuk Menggunakan Penjana Nama Bisnes BoHo Kami
Untuk makluman anda, Penjana Nama Bisnes kami mendapat penarafan 4.7 bintang darpada lebih tiga juta pengguna kami di seluruh dunia. Kami yakin bahawa kebolehan menjana idea nama bisnes yang unik tanpa sebarang bayaran adalah antara faktor utama mengapa penjana nama perniagaan kami mendapat penarafan setinggi ini.
Namun begitu, kami juga percaya terdapak faktor-faktor lain mengapa Penjana Nama Bisnes kami lebih baik daripada pesaing-pesaing kami. Dan faktor-faktornya adalah seperti berikut:
Diterajui oleh teknologi AI
Berbeza dengan kebanyakkan penjana nama perniagaan lain yang ada di luar sana, Penjana Nama Bisnes BoHo kami dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan. Oleh itu, anda tidak perlu risau jika idea yang dijana kedengaran terlalu kekok dan seperti robot. Untuk makluman anda, teknologi AI bukanlah perkara baru di dalam dunia perniagaan.
Kami menggunakan teknologi ini untuk menjana nama bisnes kerana ia mampu membantu penjana kami untuk membuat keputusan menyerupai tindakan manusia. Ini kerana, setiap data yang anda masukkan serta pilihan idea nama yang anda suka dan tapisan industri yang anda pilih akan dikumpulkan oleh AI dengan pantas. Dengan cara ini, ia akan membantu penjana kami untuk mempelajari pilihan yang dilakukan oleh anda.
Secara tidak langsung, idea nama bisnes yang dijana akan lebih unik dan relevan.Dan anda pasti akan dapat memilih idea nama bisnes boho yang terbaik untuk digunakan sebagai inspirasi dan nama perniagaan utama anda.
Semakan domain percuma
Tidak sekadar menjana nama bisnes tanpa sebarang bayaran, anda juga boleh menyemak ketersediaan nama domain secara percuma. Selalunya, kemudahan sebegini memerlukan anda untuk mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu. Namun begitu, anda tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran hanya untuk menyemak ketersediaan nama domain.
Untuk pengetahuan anda juga, anda boleh mendaftar terus nama domain yang ingin anda gunakan dengan menekan pautan ke laman GoDaddy. Pendaftaran nama domain melalui laman GoDaddy tidak percuma. Tetapi, anda boleh menikmati diskaun potongan harga yang ditawarkan oleh pembekal ini dari masa ke semasa.
Dipercayai ramai
Penjana Nama Bisnes kami dipercayai ramai. Ini dapat dibuktikan dengan penarafan 4.7 bintang daripada 3 juta lebih pengguna kami di seluruh dunia. Ya, seramai 3 juta pengguna telah berjaya mendapatkan nama bisnes impian mereka bersama kami.
Selain daripada itu juga, Penjana Nama Bisnes kami menerima 4 juta kunjungan daripada pengguna serta perniaga baru setiap bulan. Pengguna-penguna penjana nama bisnes kami datang daripada pelbagai negara. Ini juga jelas membuktikan bahawa penjana nama perniagaan kami dipercayai di seluruh dunia.
Pelbagai bahasa
Anda pengetahuan, anda tidak hanya boleh menjana nama bisnes di dalam bahasa Malaysia dan Inggeris sahaja. Ini kerana, Penjana Nama Bisnes kami yang pintar ini menyokong lebih daripada lapan bahasa antarabangsa yang lain. Pada pendapat kami, jika anda ingin menubuhkan perniagaan di negara luar yang tidak menggunakan bahasa Inggeris, Penjana Nama Bisnes BoHo kami ini boleh membantu anda.
Antara bahasa yang anda boleh pilih adalah seperti berikut:
- Bahasa korea
- Bahasa Thai
- Bahasa Arab
- Bahasa Jerman
- Bahasa Sweden dan banyak lagi
Jika anda fasih di dalam bahasa-bahasa di atas, anda juga boleh membaca panduan untuk mendapatkan nama bisnes menarik yang ada disediakan di dalam bahasa yang anda ingin gunakan. Oleh itu, apa tunggu lagi, jom jana nama bisnes anda bersama Penjana Nama Bisnes kami.
Pilihan idea nama bisnes tanpa had
Satu kata kunci boleh menjana ribuan idea nama bisnes. Jika anda menggunakan penjana nama perniagaan pesaing kami, pilihan idea nama bisnes yang dijana hanyalah 20 sahaja. Perbezaan pilihan idea nama bisnes ini tidak hanya dapat dilihat daripada bilangan idea yang dijana.
Sebagai contoh, apabila anda menggunakan penjana nama bisnes kami, anda boleh menjana enam kata kunci sekali gus. Tetapi apabila anda menggunakan penjana nama perniagaan lain, anda hanya boleh menjana satu kata kunci sahaja. Anda juga tidak boleh menapis idea nama yang dijana kerana pilihan yang disediakan untuk anda terhad.
Oleh itu, apa tunggu lagi, pilih kata kunci yang terbaik dan jana idea nama bisnes boho untuk anda jadikan sebagai inspirasi. Ataupun, gunakan sahaja idea nama yang dijana sebagai nama perniagaan anda.
Tips Ringkas Untuk Mendapatkan Nama Bisnes Yang Unik
Nama bisnes melambangkan identiti perniagaan anda. Dengan erti kata lain, nama yang anda gunakan boleh diumpamakan seperti tanda nama yang anda pakai. Orang ramai hanya akan mengetahui nama anda setelah membaca tanda nama yang anda pasang di baju anda.
Sama juga dengan nama bisnes boho yang anda ingin gunakan. Pelanggan prospek anda tidak akan mengenali produk yang anda tawarkan jika nama perniagaan anda tidak relevan atau unik. Oleh itu, jom lihat tips-tips mudah untuk membantu anda mendapatkan nama bisnes yang terbaik.
Guna perkataan yang relevan dengan perniagaan anda
Anda mungkin merasakan nama bisnes perlu kedengaran unik dan menarik sehaja. Oleh itu, ramai yang salah anggap bahawa nama yang unik sudah memadai walaupun perkataan yang digunakan tidak ada kaitan dengan perniagaan yang mereka jalankan. Dari sudut bisnes, nama perniagaan yang unik haruslah melambangkan identiti perniagaan anda.
Jika nama yang digunakan tidak mencerminkan perniagaan, sudah tentu nama tersebut tidak relevan. Jadi, untuk memastikan nama bisnes bisnes boho anda relevan dan mudah difahami masyarakat setempat, anda boleh mengikuti langkah mudah di bawah:
- Catat perkataan yang melambangkan perniagaan fesyen anda
- Guna thesaurus di dalam talian untuk mendapatkan perkataan yang lebih unik
- Guna nama individu atau tempat terkenal yang dikaitkan dengan trend boho
Semak ketersediaan nama bisnes anda
Di Malaysia, jika anda ingin mendaftarkan nama perniagaan, anda harus memastikan nama bisnes yang ingin digunakan tidak pernah digunakan oleh perniagaan yang lain. Oleh itu, semak ketersediaan nama bisnes anda di laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Pastikan anda membuka akaun pengguna terlebih dahulu untuk menyemak ketersediaan nama bisnes yang ingin digunakan. Sekiranya nama bisnes yang anda ingin gunakan tersedia, anda boleh mendaftarkan terus nama tersebut di SSM. Tetapi, pastikan juga semua dokumen penting untuk mendaftar nama perniagaan sudah lengkap dan disediakan oleh anda.
Guna nama yang berima
Pernahkah anda terfikir mengapa lirik lagu lebih mudah dihafal jika dibandingkan dengan artikel di dalam surat kahabar? Ini kerana, lirik lagu yang berima mempunyai kualiti muzik secara semula jadi. Secara saintifiknya, minda kita lebih mudah mengingati perkataan yang berima.
Oleh itu, jika anda inginkan nama bisnes yang mudah tersemat di fikiran dan hati pelanggan, gunakan perkataan yang berima. Untuk inspirasi anda, anda boleh merujuk nama perniagaan terkenal yang berima di bawah sebagai panduan.
Antara nama perniagaan/jenama berima yang terkenal ialah:
- Slim Jims
- Krispy Kreme
- PayPal