Tahukah anda industri barang kemas di Malaysia merupakan penyumbang kepada ekonomi negara kita? Pada tahun 2019, jumlah eksport emas Malaysia meningkat sebanyak 3.8% jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Dalam erti kata lain, negara meraih RM1.54 billion pada tahun tersebut.
Pandemik Covid-19 yang melanda negara tidak menghalang industri ini terus berkembang, walaupun lebih perlahan jika dibandingkan tahun-tahun sebelumnya. Ini membuktikan bahawa, perniagaan barang kemas seperti emas terutamanya dijamin menguntungkan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Tambahan pula, ramai rakyat Malaysia memilih emas sebagai tabung ataupun simpanan semasa waktu kecemasan.
Jika anda berminat untuk menjalankan perniagaan barang kemas, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian. Oleh kerana perniagaan ini boleh menjana untung yang banyak, ini bermakna, perniagaan sebegini tidak boleh lari daripada risiko yang tinggi. Oleh itu, sila ke bahagian seterusnya untuk melihat 5 garis panduan perniagaan barang kemas yang anda harus tahu.
5 Garis Panduan Untuk Memulakan Perniagaan Barang Kemas
Di bawah ini, kami telah menyenaraikan 5 garis panduan yang anda wajib tahu sebelum memulakan perniagaan barang kemas. Oleh itu, teruskan membaca bersama kami.
Mendaftarkan Perniagaan Anda
Garis panduan pertama ini sangat penting. Anda tidak dapat menjalankan perniagaan anda tanpa melakukan pendaftaran terlebih dahulu. Proses pertama yang anda akan lalui untuk mendaftar perniagaan anda adalah, mencari nama bisnes barang kemas yang sesuai.
Anda mungkin bertanya, bagaimanakah saya mendapatkan nama bisnes barang kemas yang terbaik? Anda hanya harus memastikan nama yang anda mahu gunakan belum pernah didaftar atau digunakan oleh orang lain. Jika anda merasa buntu untuk mencari idea nama bisnes yang bernas, jangan risau, Penjana Nama Bisnes barang Kemas kami boleh membantu anda.
Membuat Analisis Pasaran
Anda pasti tertanya-tanya mengapa perlu melakukan analisis pasaran sebelum memulakan bisnes barang kemas. Ini kerana, dengan melakukan analisis, anda boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas lagi mengenai segala faktor yang boleh menjejaskan perniagaan anda.
Perkara penting yang perlu ada di dalam senarai semak analisis pasaran adalah:
- Pesaing terdekat anda
- Permintaan dari prospek pelanggan
- Undang-undang mengenai perniagaan barang kemas
- Sasaran pasaran
- Segmen demografi
Mencari Pembekal yang Boleh Dipercayai
Pembekal merupakan pihak berkepentingan yang penting untuk perniagaan anda. Tanpa pembekal yang memahami kemahuan anda, anda tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda. Untuk itu, anda haruslah bertindak dengan lebih aktif dengan menyediakan ramalan jualan anda sekurang-kurangnya untuk setengah tahun jualan.
Mencari Tapak Kedai yang Strategik
Seterusnya, anda haruslah mencari tapak atau lokasi perniagaan yang strategik. Tanpa lokasi yang strategik, anda tidak dapat menjalankan perniagaan dengan lancar. Anda harus memastikan lokasi perniagaan anda berdekatan dengan tempat yang selalu dikunjungi ramai.
Antara lokasi perniagaan barang kemas yang strategik adalah seperti pusat membeli belah, berdekatan dengan bangunan kerajaan, dan tidak jauh di luar bandar. Anda boleh mencari lokasi yang strategik untuk perniagaan anda semasa melakukan analisis pasaran.
Memastikan Keselamatan Kedai Terjamin
Keselamatan adalah perkara paling penting yang anda harus ambil tahu jika anda ingin menjalankan perniagaan barang kemas. Barang kemas yang bernilai tinggi tidak hanya menjadi tarikan kepada peminat barang kemas, malah individu yang tidak bertanggungjawab juga.
Untuk memastikan keselamatan kedai anda terjamin, anda boleh melakukan 3 perkara ini:
- Menggunakan khidmat pengawal keselamatan
- Memasang kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam seminggu
- Memilih lokasi yang selamat, sebagai contoh, kawasan yang sering dironda oleh pasukan keselamatan
5 Nama Bisnes Barang Kemas Yang Terkenal
Cartier
Nama Cartier tidak asing lagi buat penggemar barang kemas. Barang kemas berjenama Cartier ini berasal dari negara yang melahirkan banyak jenama fesyen yang terkenal, iaitu Perancis. Jenama Cartier ini diasaskan oleh Louis-François Cartier pada tahun 1847.
Barang kemas Cartier sememangnya berprestij tinggi, kerana pada zaman dahulu, Louis-François Cartier mereka barang kemas untuk kerabat diraja Perancis. Pada tahun 2016, Cartier telah berjaya mendapatkan keuntungan sebanyak $6.10 billion. Antara barang kemas Cartier yang terkenal adalah Jam Tangan Santos de Cartier, Rantai Leher Bismarck Sapphire dan juga Koleksi New Jewelry yang keenam.
Pandora
Pandora merupakan jenama barang kemas mampu milik yang boleh didapati di Malaysia dan juga hampir di seluruh dunia. Kedai barang kemas ini diasaskan pada tahun 1982. Ianya ditubuhkan di negara Denmark oleh sepasang suami isteri yang bernama Per dan Winnie Enevoldsen.
Pasangan suami isteri ini sememangnya mempunyai kedai barang kemas sebelum Pandora ditubuhkan. Tetapi, tahukah anda bahawa kilang yang mengeluarkan barang kemas Pandora berada di Thailand? Ya, kilang ini dibuka pada tahun 2005 di Gemopolis, Thailand.
Tiffany and Co.
Tiffany and Co. terkenal dengan kotak biru ikonik mereka. Tiffany and Co. diasaskan oleh tukang emas yang bernama Charles Lewis Tiffany pada tahun 1837. Jenama barang kemas ini ditubuhkan di Brooklyn, Connecticut, di negara Amerika Syarikat.
Barang kemas Tiffany and Co. mula menempah nama dalam kalangan elit apabila pengasasnya memindahkan lokasi perniagaan mereka ke bandar New York. Filem yang dibintangi oleh Audrey Hepburn yang berjudul Breakfast at Tiffany juga telah mengangkat nama jenama barang kemas ini. Maka tidak hairanlah mengapa Tiffany and Co menjana $4.44 billion keuntungan pada tahun 2019.
Habib Jewel Malaysia
Habib Jewel Malaysia adalah nama bisnes barang kemas yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Anda boleh mendapatkan barang kemas keluaran Habib Jewel hampir di seluruh pusat membeli belah ternama di Malaysia. Barang kemas yang menjadi pilihan ramai di Habib Jewel adalah rantai emas.
Habib Jewel diasaskan oleh Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif pada di Pulau Pinang Malaysia. Barang kemas Habib sememangnya dikenali sejak tahun 1950-an lagi. Tetapi tahukah anda, barang kemas yang menjadi daya tarikan semasa awal penubuhan Habib Jewel adalah batu permata seperti berlian?
Wah Chan Gold & Jewelry
Wah Chan Gold & Jewelry juga merupakan kedai barang kemas yang mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Setakat ini, terdapat 50 lebih cawangan kedai emas Wah Chan Gold & Jewelry di bahagian semenanjung Malaysia. Namun begitu, kedai barang kemas ini belum melebarkan lagi sayap perniagaan mereka ke Sabah dan Sarawak.
Antara barang kemas yang eksklusif di Wah Chan Gold & Jewelry adalah seperti batu jed, mutiara, berlian, dan juga emas putih. Untuk pengetahuan anda, Wah Chan Gold & Jewelry mula beroperasi pada tahun 1955, di Pekan. Hari ini, kedai barang kemas ini diterajui oleh pakar-pakar barang kemas yang sememangnya berpengalaman dan juga sudah lama bersama dengan Wah Chan Gold & Jewelry.
5 Persamaan Nama Bisnes Di Atas
Kelima-lima nama bisnes di atas memiliki 5 persamaan yang nyata. Oleh itu, di bahagian ini, kita akan membincangkan persamaan tersebut, dan anda boleh menggunakannya sebagai garis panduan untuk menamakan bisnes barang kemas anda. Persamaan-persamaan tersebut adalah seperti berikut:
Diasaskan Oleh Pakar barang Kemas
Cartier, Pandora, Tiffany and Co., Habib Jewel dan juga Wah Chan Gold diasaskan oleh individu yang mempunyai pengetahuan mengenai batu permata. Ini membuktikan bahawa, jika anda ingin memulakan perniagaan barang kemas, anda perlulah mempunyai ilmu yang cukup mengenai emas, batu permata, jed dan lain-lain lagi.
Hal ini diperkatakan sedemikian kerana, dengan adanya ilmu dan pengalaman yang meluas mengenai apa pun bidang perniagaan yang anda ingin ceburi, anda akan lebih peka lagi terhadap sebarang risiko dan cabaran yang anda perlu lalui untuk menjayakan perniagaan anda. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk mempelajari apa yang anda minati dengan lebih mendalam.
Menggunakan Nama Pengasas
Jika anda perasan, hampir kelima-lima nama perniagaan barang kemas di atas menggunakan nama pengasasnya sendiri sebagai nama bisnes dan jenama mereka. Sebagai contoh, Cartier adalah nama keluarga Louis-François Cartier, dan Tiffany and Co. pula dinamakan sempena nama pengasasnya, Charles Lewis Tiffany dan rakan kongsinya.
Selain itu juga, kedua-dua kedai barang kemas kelahiran Malaysia, Habib Jewel dan Wah Chan Gold and Jewelry juga menggunakan nama pengasasnya sendiri. Oleh itu, anda boleh menjadikan ini sebagai idea nama bisnes barang kemas anda.
Anda juga boleh menggunakan Penjana Nama Bisnes Barang Kemas kami dan masukkan nama anda ke dalam kotak jana, dan anda akan mendapat ratusan pilihan idea nama yang menarik.
Nama Yang Ringkas
Nama-nama bisnes barang kemas yang dinyatakan di atas menggunakan nama yang mudah disebut dan diingati. Ini kerana mereka menggunakan nama mereka sendiri dan/atau digabungkan dengan perkataan ‘Jewelry’. Oleh sebab itulah nama yang ringkas lebih sesuai dijadikan nama bisnes barang kemas anda.
Selain daripada itu juga, walaupun nama bisnes yang ringkas sesuai untuk dijadikan nama perniagaan, anda juga perlu memastikan nama yang anda pilih boleh menerangkan identiti perniagaan anda. Jika tidak, ini akan menyukarkan anda memasarkan produk atau perniagaan anda.
Nama Bisnes Barang Kemas Yang Unik
Nama yang unik di sini bermaksud, nama perniagaan yang belum pernah lagi digunakan atau didaftarkan. Sebagai contoh, Cartier dan Tiffany and Co. yang ditubuhkan sebelum tahun 1900 mempunyai kelebihan di dalam menamakan perniagaan mereka. Hal ini diperkatakan sedemikian kerana, pada zaman tersebut, tidak banyak kedai barang kemas yang ada.
Namun begitu, walaupun anda memulakan perniagaan barang kemas pada abad ini, anda masih boleh mendapatkan nama perniagaan yang unik. Pertama, anda hanya perlu menyemak sama ada nama yang anda mahu gunakan sudah digunakan atau belum di laman rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ataupun, anda boleh menggunakan Penjana Nama Bisnes barang Kemas kami untuk mendapatkan idea nama yang unik.
Menggunakan Perkataan ‘Jewel’
Jewel di dalam bahasa Malaysia membawa maksud ‘barang kemas’. Dengan menggunakan perkataan ini sebagai sebahagian daripada nama perniagaan anda akan memudahkan prospek pelanggan anda memahami apakah identiti perniagaan anda. Selain itu juga, perkataan ini memberikan rima nama yang senang disebut dan diingati.
Jika anda pernah berkunjung ke mana-mana kedai barang kemas, anda pasti perasan kebanyakan mereka menggunakan perkataan seperti ‘kedai emas’, ‘goldsmith’ dan ‘jewelry’ sebagai sebahagian daripada nama perniagaan mereka bukan? Ini bagi menarik perhatian orang awam untuk berkunjung ke kedai mereka.
20 Idea Nama Bisnes Barang Kemas
Di bawah ini, kami telah menyenaraikan 20 idea nama bisnes barang kemas dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes barang Kemas kami.
- Jewelistic
- Jewel Flair
- Gems Luxe
- Gold Regency
- Intan Alley
- Intan Ritzy
- Mewah Gold
- Berlian Sultana
- Berlian Posh
- Mutiara Modish
- Intan Opulent
- TripleNine Series
- Emas Exquisite
- Jed Continental
- Zamrud Boss
- Permata Dynasty
- Permata Radiance
- Carat Boss
- Dania Diamond
- Aishah Lavish
Bagaimana Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Barang Kemas?
Baiklah, sekarang mari lihat bagaimanakah cara menggunakan Penjana Nama Bisnes Barang Kemas kami. Di bahagian ini, kami akan menerangkan langkah yang anda perlu ikuti satu per satu untuk mendapatkan pilihan idea nama bisnes yang pelbagai. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
- Pilih Penjana Nama Bisnes Barang Kemas di bahagian pilihan penjana
- Masukkan kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan anda
- Tekan butang jana
- Pilih industri yang sesuai dengan bisnes anda di bahagian Tapisan Industri.
- Pilih sama ada anda mahu nama bisnes anda digabungkan kepada satu ayat atau berasingan di bahagian Tapisan Nama.
- Atau, pilih sama ada anda mahu kata kunci yang anda masukkan diletakkan di hadapan atau belakang
- Tandakan kotak ‘Rhyming’ yang bermaksud seirama, jika anda mahukan nama bisnes yang seirama.
5 Tips Mendapatkan Nama Bisnes Barang Kemas Yang Unik
Untuk mendapatkan nama bisnes barang kemas yang unik, ikuti 5 tips berikut.
- Semak ketersediaan nama yang anda ingin gunakan
- Guna nama anda sendiri
- Guna perkataan yang mencerminkan perniagaan anda
- Guna nama yang mudah diingati dan mempunyai rima yang menarik
- Tidak meniru nama perniagaan yang sedia ada dan dikenali ramai
Kesimpulan
Di artikel ini, kita telah membincangkan apakah langkah yang anda harus lakukan untuk memulakan perniagaan barang kemas. Kami juga telah memperkenalkan kepada anda bagaimana Penjana Nama Bisnes Barang Kemas kami boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang unik.
Kemudian, kami juga telah memberi 5 contoh nama perniagaan barang kemas yang terkenal dan bagaimana anda boleh mendapatkan ilham nama perniagaan anda dari kelima-lima perniagaan tersebut.