Tahukah anda sebab utama mengapa banyak perniagaan kosmetik baru gagal? Sebab utama kegagalan tersebut adalah, strategi pemasaran yang tidak berkesan. Strategi pemasaran utama yang sering kali terlepas pandang adalah, nama alat solek dan bisnes kosmetik yang tidak menarik.
Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan nama penjenamaan yang unik. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Alat Solek dan Kecantikan kami. Sebelum itu, mari lihat apakah 3 sebab utama mengapa penjenamaan itu penting.
Memperkenalkan Perniagaan Anda
Melalui penjenamaan, prospek pelanggan anda akan tahu mengenai produk serta perniagaan anda, tanpa anda perlu memperkenalkan lagi produk anda dengan lebih mendalam. Oleh sebab itulah, jika anda pengusaha bisnes alat solek dan kecantikan, anda perlu mencari nama bisnes yang sesuai, kerana nama tersebut turut boleh dijadikan jenama produk anda.
Membezakan Perniagaan Anda Dengan Yang Sedia Ada
Di benua Asia sahaja, terdapat lebih dari 800 pengasas produk kecantikan. Bayangkan jika anda menjual produk kecantikan tanpa menggunakan jenama atau nama bisnes yang betul. Ini pasti sukar bagi anda untuk memasarkan produk yang anda keluarkan.
Selain daripada itu juga, persaingan dengan pengeluar produk kosmetik yang sudah lama dikenali di pasaran juga tidak mudah tanpa ada penjenamaan yang betul. Hal ini diperkatakan sedemikian kerana, terdapat banyak produk yang sama di luar sana. Tetapi, apa yang membezakan produk tersebut hanyalah jenamanya sahaja.
Mendapatkan Kepercayaan Pihak Berkepentingan
Pihak berkepentingan di sini lebih dikenali lagi dengan panggilan Stakeholder. Selalunya, pihak berkepentingan terdiri daripada pekerja anda, pelabur syarikat, pembekal dan juga para pelanggan anda. Untuk menjalankan bisnes yang berjaya, anda harus mendapatkan kepercayaan pihak berkepentingan anda.
Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan sokongan kewangan daripada pelabur syarikat anda untuk menghasilkan sesuatu produk, anda terlebih dahulu perlu mempunyai nama untuk produk serta bisnes anda. Ini merupakan perkara pertama yang anda harus lakukan, terutamanya semasa membentangkan kertas cadangan kepada pelabur syarikat anda.
5 Nama Bisnes Kosmetik Yang Terkenal
Huda Beauty
Huda Beauty bukanlah nama asing lagi di dalam dunia kecantikan. Produk kecantikan Huda Beauty boleh didapatkan hampir di semua negara, terutamanya di benua Eropah, Amerika, Afrika dan juga Asia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh BBC, Huda Beauty berjaya meraih $200 juta keuntungan bersih pada tahun 2018.
Menariknya juga, nama yang digunakan oleh pengasas produk kecantikan ini sebagai nama bisnesnya adalah nama beliau sendiri. Nama sebenar beliau adalah, Huda Kattan, dan nama bisnesnya adalah gabungan nama pertama dan juga perkataan Beauty. Ini sekali lagi membuktikan bahawa, nama bisnes yang ringkas adalah lebih unik jika dibandingkan nama bisnes yang sukar disebut.
Sephora
Sephora bukan sahaja kedai menjual alatan kecantikan dan kosmetik dari pelbagai jenama. Tetapi, kedai kecantikan ini juga turut mengeluarkan produk kosmetik dan alat solek jenama Sephora sendiri. Tahukah anda, Sephora meraih keuntungan lebih dari $500 juta di Amerika Syarikat sahaja.
Seperti yang telah diperkatakan, Sephora juga mengeluarkan produk kecantikan mereka yang tersendiri. Alat solek jenama Sephora seperti gincu, berus alat solek, bedak dan banyak lagi dijual pada harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan alat solek jenama lain yang turut dijual di Sephora. Maka tidak hairanlah mengapa kedai kecantikan ini boleh bertahan hingga ke hari ini, walaupun ditubuhkan pada tahun 1970.
Tarte Cosmetics
Tarte Cosmetics merupakan syarikat perniagaan kecantikan yang berasal dari negara Amerika Syarikat. Syarikat kecantikan ini telah lama menempah nama di dunia kecantikan antarabangsa. Ditubuhkan pada tahun 2000, Tarte Cosmetic berjaya meraih keuntungan hingga mencecah $500 juta.
Di Malaysia, anda boleh mendapatkan produk kecantikan jenama ini di kedai kecantikan Sephora. Untuk pengetahuan anda, produk kecantikan keluaran jenama ini juga mesra alam sekitar. Syarikat kecantikan ini telah bekerjasama dengan Kerjasama Kelestarian Amazon dan juga terkenal kerana mengeluarkan produk kecantikan yang bebas kekejaman.
KVD Beauty
KVD Beauty merupakan sebuah syarikat pengeluar barangan kecantikan yang diasaskan oleh seorang tukang tatu profesional. Pengasas barangan kosmetik ini menggunakan namanya sendiri sebagai jenama dan nama bisnesnya, iaitu Kat Von D. Barangan mekap keluaran jenama ini bertemakan Gothic, justeru menjadikan ini sebagai tarikan utama barangan kosmetik beliau.
Untuk pengetahuan anda, jenama kecantikan ini telah melakukan penjenamaan semula pada tahun 2020. Penjenamaan semula ini terjadi apabila Kat Von D menjual sebahagian saham syarikat yang di bawah namanya. Selepas penjenamaan semula, jenama kosmetik ini dikenali sebagai KVD, yang diambil dari perkataan Kara, Veritas dan Decora, yang membawa maksud mulia, kebenaran dan kecantikan.
Fenty Beauty
Fenty Beauty merupakan syarikat kecantikan yang diasaskan oleh penyanyi pop terkenal dunia, Rihanna. Rihanna yang berasal dari Barbados ini mengasaskan produk kecantikannya di San Francisco, USA. Produk kecantikan Rihanna ini mula memasuki pasaran pada penghujung tahun 2017.
Hingga ke hari ini, barangan kosmetik Fenty Beauty boleh didapatkan di 17 negara, termasuklah Malaysia. Sama dengan barangan kosmetik yang terkenal di luar sana, pengasas. Fenty Beauty juga menggunakan namanya sendiri sebagai jenama serta nama perniagaannya. Ini membuktikan bahawa, nama bisnes yang ringkas lebih mudah dikenali dan dipasarkan.
5 Jenama Kosmetik Buatan Malaysia
Di bahagian ini, kita akan meneliti jenama kosmetik buatan Malaysia. Jenama-jenama kosmetik ini diasaskan oleh golongan wanita-wanita yang hebat serta memberi inspirasi kepada wanita yang ingin menceburkan diri di dalam dunia perniagaan.
SILKYGIRL
SILKYGIRL merupakan jenama produk kecantikan yang dikeluarkan oleh The Alliance Cosmetics Group pada tahun 2005. Produk kecantikan ini sememangnya terkenal di dalam kalangan remaja. Dengan memfokuskan sasaran pemasaran terhadap golongan muda, jenama produk ini berjaya berkembang hinggalah ke negara-negara di rantau Asia Tenggara dan juga Mongolia.
Selain daripada itu juga, SILKYGIRL turut memasarkan produk wangian untuk kaum wanita dan juga lelaki. SG Man adalah jenama barangan wangian lelaki yang turut sama di bawah naungan The Alliance Cosmetics Group.
SimplySiti
SimplySiti merupakan jenama produk kecantikan yang diasaskan oleh penyanyi nombor satu negara Malaysia, iaitu, Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin. Jenama produk kecantikan beliau mula menembusi pasaran Malaysia pada tahun 2010. Menariknya juga, Dato’ Siti Nurhaliza turut menggunakan nama beliau sebagai jenama produk beliau.
Pemilihan perkataan ‘Simply’ dan ‘Siti’ sangat menarik sekali, kerana gabungan perkataan ini menghasilkan rima ayat yang unik. ‘Simply’ membawa maksud ‘hanya’ jika diterjemahkan di dalam bahasa Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan gabungan nama ini merupakan salah satu strategi yang menarik untuk pemasaran.
Elianto
Elianto merupakan jenama produk kecantikan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Elianto dimiliki oleh syarikat Malaysia sendiri, yang dikenali sebagai Bonita Group of Companies. Walaupun diasaskan di Malaysia, produk kecantikan jenama Elianto ini tidak hanya dikilangkan serta diformulasi di Malaysia, malah di negara lain seperti Korea Selatan, Jerman, Taiwan, China, dan Itali.
Ini membuktikan bahawa produk kecantikan Elianto sangat berkualiti tinggi. Barangan kosmetiknya juga diformulasikan khusus untuk menepati cita rasa dan juga kulit orang Asia. Maka tidak hairanlah mengapa jenama kecantikan ini masih lagi bertahan hingga ke hari ini.
dUCK Cosmetic
Nama dUCK Cosmetic tidak asing lagi, terutamanya bagi mereka yang menggemari tudung keluaran jenama dUCK. Jenama kosmetik ini diasaskan oleh Vivy Sofinas Yusof dan suaminya Dato’ Fadzaruddin Shah Anuar. Produk kecantikan mereka boleh didapati pada harga serendah RM12.
Selain itu juga, dUCK Cosmetic juga turut berkolaborasi bersama dengan Baskin Robbins untuk mengeluarkan produk mandian. Mereka juga berkolaborasi dengan Disney untuk mengeluarkan produk alat solek bertemakan Winnie The Pooh. Maka tidak hairanlah kenapa produk kecantikan ini diterima dengan baik oleh pengguna dari pelbagai lapisan umur.
BeauTyra
BeauTyra merupakan salah satu jenama mekap yang dilahirkan dan diasaskan oleh rakyat Malaysia. Pengasas jenama kecantikan ini bernama Tyra Kamaruzzaman yang baru sahaja berusia 23 tahun. Walaupun masih muda, beliau mampu memasarkan produk kecantikannya di seluruh Malaysia.
Dengan berbekalkan misi untuk menyediakan alat solek yang mampu milik serta sesuai digunakan oleh semua jenis warna kulit, jenama kecantikan ini semakin dikenali dan diminati ramai. Penjenamaan yang unik dengan hanya menggunakan nama pengasas ini sendiri, kemudian digabungkan dengan perkataan ‘Beauty’ menjadikan jenama ini mudah diingati ramai.
Bagaimana Penjana Nama Bisnes Alat Solek dan Kecantikan Menjana Idea Nama
Pertama sekali, kami ingin memperkenalkan beberapa ciri unik Penjana Nama Bisnes Alat Solek dan Kecantikan kami. Kami percaya bahawa dengan memahami ciri-ciri yang dinyatakan di bawah, anda boleh mendapatkan idea nama bisnes yang lebih menarik lagi.
Tapisan Industri
Jika anda ingin mendapatkan hasil janaan yang lebih khusus, anda boleh menggunakan ciri ini. Anda hanya perlu memilih industri yang sesuai dengan bisnes anda. Dengan itu, anda akan dapat mendapat pilihan idea nama bisnes yang lebih sesuai dengan perniagaan anda.
Tapisan Nama
Di bawah tapisan nama ini, anda boleh memilih untuk mendapatkan nama yang mempunyai dua atau satu ayat. Seterusnya, anda boleh mengehadkan bilangan karakter nama anda kepada 15, maksimum. Selain itu juga, anda boleh memilih untuk meletakkan kata kunci yang anda mahu masukkan bersama idea nama yang dijana di depan ataupun di belakang.
Berima
Ciri ini turut boleh didapatkan di bawah tapisan nama. Ciri ini membolehkan anda menjana pilihan nama yang seirama dengan kata kunci yang anda masukkan. Oleh itu, anda boleh menjana nama bisnes yang menarik serta unik menggunakan ciri ini.
Semak Ketersediaan Domain
Ciri ini membolehkan anda untuk menyemak sama ada nama bisnes yang anda mahu gunakan masih tersedia untuk digunakan sebagai domain anda.
Secara amnya, untuk menjana nama bisnes alat solek dan kosmetik menggunakan Penjana Nama Bisnes Alat Solek dan Kecantikan, anda hanya perlu memasukkan kata kunci yang anda ingin sertakan. Kemudian, klik butang ‘jana’, dan dapatkan ratusan pilihan nama yang unik.
20 Idea Nama Yang Dijana Menggunakan Penjana Nama Bisnes Alat Solek dan Kecantikan Anda
- Cantik Dazzle
- Rosa Fab
- Rosatastic
- Lawazilla
- Rita Reset
- Seroja Skin
- Mawar Methodical
- Comel Daisy
- Waktu Foxy
- Emasiva
- Permata Delilah
- Jenny Siren
- Lisa Lustrous
- Mimi Blush
- Mimi Glam
- Sonia Element
- Dimata Dahlia
- Kasih Dona
- CintaBelle
- Madu Lola
Elakkan 5 Perkara Ini Semasa Menamakan Bisnes Kosmetik Anda
Meniru Nama Perniagaan Orang Lain
Kesalahan ini adalah kesalahan yang paling besar anda perlu elakkan. Mencuri nama perniagaan boleh menyebabkan anda disaman kerana anda mencuri harta intelektual orang lain. Ini pasti memberikan imej yang buruk kepada perniagaan anda.
Tidak Menggunakan Penjana Nama Bisnes Alat Solek dan Kecantikan
Kesalahan seterusnya ini boleh anda elakkan hanya dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Alat Solek dan Kecantikan kami. Dengan menggunakan penjana nama bisnes ini, anda pasti akan mendapat idea nama yang belum lagi digunakan oleh orang lain. Oleh itu, kami yakin anda pasti tidak akan menyesal apabila menggunakannya.
Tidak Mendapatkan Pendapat Pakar Perunding Perniagaan
Khidmat pakar perunding perniagaan sangat penting, terutamanya jika anda ingin mengembangkan perniagaan anda pada skala yang lebih besar lagi. Selain itu, pakar perunding perniagaan juga akan membantu anda mendapatkan nama bisnes yang sesuai dengan cita rasa anda. Namun begitu, anda harus membayar perkhidmatan mereka.
Tidak Melakukan Analisis Nama Pesaing
Melakukan analisis nama pesaing boleh membantu anda menjana idea yang bernas untuk nama bisnes alat solek anda. Anda boleh menyenaraikan nama pesaing yang dikenali ramai dan nama pesaing yang tidak seberapa popular. Dengan melakukan analisis sebegini, anda boleh meneliti sendiri apakah persamaan antara nama bisnes yang popular.
Tidak Terlibat Dalam Penamaan Bisnes Anda
Kesalahan terakhir ini adalah kesalahan yang paling serius sekali. Sebagai pengasas bisnes kosmetik, anda harus campur tangan semasa proses menamakan bisnes anda. Jika tidak, anda tidak dapat mendapatkan nama yang sesuai dengan identiti bisnes yang anda sendiri impikan.
Selain itu juga, kesalahan sebegini menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang ketua yang boleh dipercayai oleh rakan sepasukan anda. Oleh itu, anda harus menunjukkan sikap bertanggung jawab dengan berkongsi idea bersama mereka.