Anda seorang pemilik bisnes aksesori atau bercadang ingin menceburkan diri dalam perniagaan?
Artikel ini sememangnya sesuai untuk anda. Skop aksesori dalam panduan mencari nama yang unik dan menarik ini merangkumi aksesori untuk pakaian, fesyen, permata, telefon bimbit dan lain-lain lagi.
Kami akan memberikan panduan dalam mencari nama serta bagaimana Penjana Nama Bisnes Aksesori boleh membantu anda.
Mengapa anda perlu gunakan Penjana Nama Bisnes Aksesori?
Apakah yang dimaksudkan dengan Penjana Nama Bisnes Aksesori? Ia sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk menjana nama dalam masa yang singkat.
Kami nyatakan sebab mengapa anda perlu gunakan Penjana Nama Bisnes Aksesori:
Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana nama memudahkan pencarian nama bisnes aksesori anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan bisnes aksesori atau dapat menggambarkan produk yang anda jual.
Nama yang dijana oleh Penjana Nama Bisnes Aksesori akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama ialah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Sebagai contoh, untuk bisnes aksesori fesyen anda boleh pilih industri “Fashion”, “Art” dan “Creative”.
Pilihan kedua ialah ciri-ciri panjang perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana Nama Bisnes Aksesori kami boleh menjana perkataan sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
Selain TLD “.com”, anda juga boleh mendaftarkan domain menggunakan TLD lain seperti “.io”, “.net” dan lain-lain.
Idea tanpa had
Memandangkan Penjana Nama Bisnes hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes aksesori anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Aksesori?
Setelah mengetahui keistimewaan penjana nama kami dan kini kami akan kongsi cara menggunakan penjana nama bisnes tersebut. Secara umumnya, terdapat hanya terdapat dua langkah mudah yang perlu anda lakukan.
Langkah pertama: Layari laman web kami
Untuk menggunakan penjana nama, anda layari laman web penjana nama kami. Anda akan mendapati terdapat lebih daripada 15 bahasa ditawarkan.
Antara bahasa yang boleh dicuba adalah:
- Bahasa Jerman
- Bahasa Denmark
- Bahasa Greek
- Bahasa Belanda
- Bahasa Norway dan lain-lain.
Langkah kedua: Masukkan kata kunci
Di bahagian ruangan atas penjana nama kami, anda boleh masukkan kata kunci yang relevan dan menggambarkan identiti bisnes anda. Anda boleh memasukkan sehingga enam kata kunci pada satu-satu masa.
Kemudian, tekan butang “Jana”.
Terdapat satu ruangan tapisan atau filter pada bahagian kiri. DI bahagian inilah terdapat ciri-ciri khas penjana nama kami yang akan melancarkan proses penjanaan nama.
Sebagai panduan, anda boleh pilih industri relevan seperti kraf dan kreatif. Kata kunci tersebut akan digabungkan dengan algoritma dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Lihat senarai nama yang telah dijana dan sekiranya anda berminat dengan mana-mana nama yang disenaraikan, anda boleh simpan nama yang anda gemari dengan menekan simbol bintang.
20 Contoh Nama yang Dijana Menggunakan Penjana Nama Bisnes Aksesori
Bagi mereka yang masih tercari-cari atau buntu dalam memilih nama yang sesuai, kami boleh membantu proses pencarian anda.
Berikut adalah idea nama untuk agensi rekaan grafik anda yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Aksesori:
- Freya Permata
- Manik Embelish
- Rantai Adorment
- Fiesta Gaya
- Studio Speak
- Anggun Extra
- Elegan Embellish
- Electrifying Anggun
- Doodard Stail
- Anggun Ward
- Permata Perfect
- Anggun Anytime
- Manik Dovey
- Gaya Gaga
- Permata Places
- Permata Pod
- Gayalux
- Anggunify
- Anggunzoid
- Stailily
Idea & Inspirasi dalam Menamakan Bisnes Aksesori Anda
Akronim
Akronim bermaksud satu singkatan yang telah dibentuk oleh dengan menggunakan komponen-komponen satu frasa atau nama.
Banyak syarikat atau jenama terkenal menggunakan cara ini untuk mendapatkan nama yang menarik dan mudah diingat.
Contoh:
Fiat – Fabbrica Italiana Automobili Torino (Kilang Automatif Itali dari Turin)
UPS – United Postal Service
Nama pengasas
Anda boleh menggunakan nama sendiri sebagai sebahagian nama bisnes anda.
Secara substantifnya, nama sendiri sebagai atau sebahagian nama bisnes menyuntik elemen akauntabiliti kerana anda mempertaruhkan reputasi nama anda dalam dunia perniagaan.
Seperkara lagi, nama sendiri akan memberi kepercayaan kepada pelanggan kerana mereka tahu terdapat individu “sebenar” di sebalik bisnes aksesori tersebut.
Dari segi kebolehcarian, nama bisnes aksesori yang menggunakan nama sendiri mempunyai kelebihan dalam SEO kerana tidak ramai menggunakan nama tersebut–dengan syarat nama mempunyai unsur keunikan dan komersial.
Contoh:
A&W Root Beer – sempena nama pengasas bersama minuman popular ini, Roy Allen and Frank Wright
Honda – pengasas gergasi teknologi automotif ini bernama Soichiro Honda
Inspirasi dari benda sekeliling dan alam semula jadi
Setiap perkara di sekeliling anda boleh menjadi inspirasi untuk nama bisnes yang menarik dan bermakna.
Cuba lihat makna yang boleh dikaitkan dengan bisnes aksesori anda daripada alam sekitar atau benda yang biasa anda lihat hari-hari.
Contoh:
Amazon – Diambil sempena nama sungai terbesar di dunia dari segi isipadu , Amazon sebagai simbolik keupayaan Amazon.com menjana jualan besar melalui dalam talian.
Adobe – Sempena nama sebatang anak sungai yang mengalir di belakang rumah pengasas syarikat ini.
Gabungan nama apabila bergabung dengan syarikat lain
Sekiranya bisnes aksesori anda adalah satu gabungan atau anda mengambil alih bisnes sedia ada yang lain, cuba lihat gabungan kedua-dua nama.
Gabungan nama yang terhasil mungkin boleh menjadi satu nama yang unik dan menarik serta masih menerbit perasaan kepunyaan untuk anda.
Contoh:
Adecco – Syarikat penyelesaian Sumber Manusia (HR) ini adalah hasil daripada gabungan dua syarikat HR Switzerland Adia bersama Ecco dari Perancis.
BBVA – Peminat bola sepak La Liga mungkin mengenali Bank dari Sepanyol yang pernah menjadi penaja utama selama 8 musim. Nama penuh bank ini ialah Banco Bilbao Vizcaya Argentaria, berikutan penggabungan dua bank; Banco Bilbao Vizcaya dan Argentaria
Inspirasi daripada nama gelaran
Ketika zama kecil atau persekolahan, kebanyakan dalam kalangan kita mempunyai nama panggilan pendek atau nama gelaran
Jika anda rasakan nama samaran anda unik dan tidak membawa maksud yang tidak relevan dengan pemasaran bisnes (nama seperti “Badak” “Ikan” “Lalat” tidak sesuai untuk konteks ini!), anda boleh gunakan untuk bisnes aksesori anda.
Nama samaran anda mungkin boleh menyuntik elemen peribadi, sentimental dan unik dari segi penjenamaan.
Penulis mempunyai seorang rakan lelaki ketika di zaman universiti dipanggil “Manja (walaupun beliau seorang pemain ragbi yang hebat!) kerana beliau bercakap dalam penuh kesopanan dan lembut. Mungkin nama tersebut sesuai jika digunakan untuk bisnes aksesori!
Contoh:
Napster – Mendengar muzik tidak semudah sekarang jika tiada Napster, sebuah perkhidmatan muzik dalam talian yang tidak lagi beroperasi. Nama syarikat ini ialah nama gelaran pengasasnya ketika di sekolah.
Wendy’s – Rangkaian restoran makanan segera ini ialah nama panggilan untuk anak perempuan pengasasnya.
Deskriptif
Nama bersifat deskriptif boleh menjadi unik dan menarik jika diolah dengan suntikan kreativiti.
Pelanggan dapat memahami produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan dengan melihat kepada nama bisnes anda.
Selain itu, nama bisnes yang deskriptif tetapi pendek dapat disesuaikan dengan logo bisnes anda dengan mudah. memandangkan logo bisnes anda akan direka untuk menggambarkan produk utama atau jenis perniagaan anda.
Contoh:
7-11 – Pada awal kemunculannya, kedai ini beroperasi dari 7 pagi hingga 11 malam.
Capcom – Peminat tegar permainan video seperti siri Street Fighter dan Resident Evil pasti membesar dengan syarikat yang berasal dari Jepun ini. Nama Capcom sebenarnya ialah Capsule Computers dan dinamakan semula untuk lebih pendek.
Bahasa Asing
Penggunaan bahasa asing menjamin keunikan tersendiri pada bisnes aksesori anda.
Anda boleh memilih perkataan atau kata kunci berkaitan bisnes aksesori anda dan lihat maksud nama tersebut dalam bahasa asing.
Jika anda pernah mendengar perkataan dalam bahasa asing dan rasakan ada sesuatu pada perkataan tersebut dan boleh menarik perhatian pelanggan, anda boleh cuba gunakan untuk nama bisnes aksesori anda.
Namun pada masa yang sama pastikan perkataan dalam bahasa tersebut tidak membawa maksud negatif.
Secara peribadi, penulis merasakan penggunaan bahasa Perancis untuk bisnes aksesori boleh menyuntik elemen kemewahan dan elegan.
Contoh:
Audi – August Horch merupakan pengasas untuk sebuah syarikat automatif “Horch”. Maksud Horch dalam Bahasa Inggeris adalah Listen. Selepas meninggal syarikat tersebut beliau menubuhkan syarikat automatif yang baru.
Memandangkan “Horch” telah didaftarkan dan digunakan oleh syarikat terdahulu, Beliau menggunakan terjemahan “Horch” (Bahasa Jerman) atau Listen (Bahasa Inggeris) dalam Bahasa Latin, Audi.
Etsy – Pengasas platform edagang berpusat di Amerika ini buntu dalam mencari idea untuk nama platformnya.
Ketika sedang menonton sebuah filem klasik Itali, beliau mendengar perkataan “etsi” banyak kali disebut (dalam Bahasa Itali “eh sii” bermaksud “oh, ya”), dan apabila beliau membuat semakan lanjut, sebutan etsi juga bermaksud “apa akan jadi jika…” dalam Bahasa Perancis dan Latin.
Singkatan
Kebanyakan nama bisnes atau jenama yang berjaya dan terkenal tidak mempunyai nama yang begitu panjang.
Anda boleh menggunakan singkatan untuk perkara, pengalaman, perkataan atau lokasi yang memberi makna besar kepada anda.
Singkatan boleh membuatkan nama bisnes anda menjadi mudah dieja serta disebut dan seterusnya dapat membantu pelanggan ingat nama anda dengan mudah.
Contoh:
Kyocera – Ada kemungkinan mesin fotostat di pejabat anda atau pisau yang anda gunakan di dapur rumah anda dikeluarkan oleh jenama ini. Pada awal penubuhannya, syarikat ini merupakan syarikat pembuat bahan daripada seramik yang berasal dari Kyoto, Jepun. Kyocera? Ia ialah singkatan untuk Kyoto Ceramic.
Cisco – Konglomerat teknologi ini diasaskan pada tahun 1984 di bandar San Fancisco Amerika Syarikat. Cisco ialah singkatan untuk bandar tersebut.
Kreativiti dalam ejaan
Setiap bisnes ingin tampil sebagai perniagaan yang unik dan secara praktikalnya, keunikan ini dapat dimulakan dengan nama bisnes.
Anda boleh menggunakan kreativiti dalam ejaan pada nama bisnes aksesori anda. Apakah logik di sebalik ejaan yang dieja salah atau luar biasa dengan sengaja?
Jawapannya terletak dari segi psikologi.
Katakan anda membaca keseluruhan artikel ini, sekiranya terdpt perkataan yang salah dieja, sepertimana penulis perkataan terdpt berbanding terdapat dalam perenggan ini, ejaan tersebut pasti mendapat perhatian anda serta-merta bukan?
Secara lumrahnya, manusia lebih melihat atau mengingati perkara yang salah atau di luar dari kebiasaan. Jadi jenama atau nama bisnes aksesori yang sengaja dieja secara salah akan mencipta visual atau memori dalam minda pembaca atau pelanggan yang membolehkan mereka mengingati lebih mudah.
Cara ini dieksploitasikan oleh pembuat produk mainan kanak-kanak untuk mendapat perhatian ibu bapa. Ejaan yang salah akan menarik perhatian mereka dan mereka akan melihat lebih lanjut produk mainan jenama tersebut.
Selain itu, dari segi ketersediaan domain, peluang untuk mendapatkan domain dengan ejaan yang salah lebih tinggi berbanding ejaan yang betul atau lengkap.
Perkataan dengan ejaan yang betul sentiasa menjadi pilihan untuk didaftarkan sebagai domain. Gunakan kesempatan seperti membuang huruf vokal (tanpa menyukarkan sebutan nama) untuk mendapatkan domain dengan mudah.
Contoh:
Reddit – Laman web untuk perbincangan, berita sosial dan perbahasan yang mempunyai pengaruh besar di Amerika Syarikat sehinggakan mampu mempengaruhi pasaran Wall Street.
Play-Doh – Lebih dikenali sebagai plastisin oleh kanak-kanak yang membesar sebelum wujudnya teknologi seperti telefon pintar dan internet mudah alih. Ketika mula diperkenalkan di pasaran, permainan tanah liat ini diperkenalkan di konvensyen pendidikan di Amerika Syarikat dan telah membantu berjuta-juta kanak-kanak mencipta imaginisi dan membentuk kreativiti dalam diri mereka.
Kamus
Kamus, tesaurus atau bahan bertulis digital atau sebaliknya merupakan sumber terbaik untuk mencari kosa kata yang sesuai dengan bisnes aksesori anda.
Jika anda sudah mempunyai pelan bisnes, tugas mencari nama melalui kamus dan lain-lain menjadi lebih mudah.
Anda hanya perlu mencari makna atau perkataan yang berkaitan dengan konsep aksesori anda dan cuba tambahkan atau gabungkan dengan perkataan lain jika perkataan di dalam kamus tersebut bersifat terlalu generik.
Contoh
Twitter – Selepas mereka konsep untuk perkhidmatan rangkaian sosialnya, pengasas bersama Twitter tidak menggemari nama Twitch tetapi mahukan perkataan yang hampir sama maksudnya. Beliau merujuk kamus dan menjumpai perkataan Twitter, yang bermaksud “sumber maklumat yang tidak putus” atau “ciapan burung”.
Blizzard Entertainment – Syarikat permainan video yang telah mencipta World of Warcraft, Diablo dan Starcraft. Pada mulanya dikenali sebagai Silicon & Synapse dan mereka ingin membuat pembaharuan dengan menukar nama syarikat.
Apabila mendapati nama pilihan mereka, Chaos Studios telah digunakan oleh syarikat lain, mereka mencari perkataan yang sama konsep atau maksud dengan Chaos.
Kisah menarik, kepercayaan peribadi dan obsesi
Sifat semula jadi manusia mempunyai kegemaran tertentu, kepercayaan atau obsesi terhadap perkara atau benda yang berbeza bagi setiap individu.
Sebagai contoh, terdapat individu yang gemarkan warna merah sehinggakan kebanyakan pakaian atau kenderaan yang dipandu mesti berwarna atau bertemakan kemerahan.
Ada juga yang percaya sesebuah nombor memberi tuah kepada mereka. Perkara ini bukan mengejutkan. Malah masyarakat Cina percaya bahawa nombor lapan boleh memberikan kekayaan dan nasib yang baik.
Gunakan kepercayaan atau obsesi anda untuk mencipta keunikan tersendiri pada nama bisnes aksesori anda.
Contoh:
19 Entertainment – Syarikat pencari bakat yang ditubuhkan oleh Simon Fuller, orang yang sama mencipta pertandingan nyanyian realiti, American Idol dan sebelum itu, kumpulan pop British, Spice Girls.
“19” merupakan nama single penyanyi yang diuruskan oleh Simon Fuller yang berjaya mengungguli carta lagu di United Kingdom–kejayaan pertama Simon Fuller. Malah, selepas menjual syarikat tersebut beliau menubuhkan satu syarikat pencari bakat lain yang dinamakan XIX Entertainment (angka 19 dalam sistem angka Roman).