Dengan segala hormatnya, Kami tidak bersetuju dengan sebuah tajuk lagu malar segar nyanyian Papa Rock atau Ramli Sarip.
Kami tidak katakan karya tersebut tidak berkualiti. Pernyataan sebegitu agak canggung, tidak tepat dan mungkin boleh dianggap dangkal.
Tetapi istilah Bukan Kerna Nama memang tidak sesuai diguna pakai dalam dunia perniagaan.
Nama bisnes merupakan asas kepada penubuhan syarikat dan boleh memberi kesan kepada hala tuju bisnes dalam persaingan, kebolehan menarik minat pelabur dan pelanggan serta nilai korporat dalam jangka masa panjang.
Bisnes kewangan atau perbankan memerlukan nama yang profesional dan meyakinkan. Kelab malam boleh menarik perhatian pengunjung dengan nama yang ceria dan menggambarkan rasa keseronokan.
Jadi, kami mulakan artikel ini dengan mengatakan dalam dunia perniagaan–termasuk bisnes agensi–nama memainkan peranan penting.
Kepentingan Nama untuk Agensi
Nama mewakili reputasi agensi
Selain daripada logo, orang ramai mengenali agensi anda melalui nama. Dengan hanya beberapa perkataan atau huruf, nama memberi identiti untuk agensi anda.
Elemen penjenamaan bermula dengan nama
Bisnes agensi biasanya akan membuat pengiklanan agresif sebagai strategi pemasaran mereka.
Memandangkan agensi merupakan bisnes yang menawarkan perkhidmatan, nama dan logo mungkin menjadi satu-satunya komponen untuk menjenamakan perniagaan anda supaya dikenali oleh orang ramai.
Nama agensi yang tidak berkualiti boleh memberi kesan kepada prestasi
Ramai pemilik agensi atau peniaga di luar sana yang tidak sedar bahawa nama bukan sahaja boleh membuatkan perniagaan berdaya saing, malah ia juga boleh menjadi halangan untuk membuatkan perniagaan berkembang.
Sebagai contoh, nama yang mengandungi perkataan lokaliti boleh menyebabkan pemasaran di peringkat yang lebih meluas agak sukar dilakukan.
Nama memberi kesan kepada kewujudan agensi ada dalam talian
Tidak wujud dalam talian samalah seperti tidak pernah dilahirkan. Kepesatan dunia digital membuatkan kewujudan agensi anda perlu diketahui oleh orang ramai.
Tidak keterlaluan untuk dinafikan, setiap carian agensi akan bermula daripada carian di internet. Jadi nama yang unik perlu memiliki ketersediaan domain dan mudah dicari secara digital.
Penjana Nama Bisnes Agensi
Penjana nama kami ialah sebuah alatan dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk menjana nama dalam masa yang singkat.
Proses memilih nama agensi anda lebih mudah, pantas lebih banyak nama boleh digunakan sebagai idea dan inspirasi untuk anda.
Ciri-ciri khas Penjana namai kami adalah seperti berikut:
Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana nama memudahkan pencarian nama bisnes agensi anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan agensi atau dapat menggambarkan produk yang anda jual.
Nama yang dijana akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama ialah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua ialah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana nama kami boleh menjana perkataan yang mengandungi 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Agensi kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekali gus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
Idea tanpa had
Memandangkan Penjana Nama Bisnes Agensi hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Agensi
Sebagai panduan, kami kongsikan langkah-langkah terperinci bagaimana menggunakannya.
Langkah pertama:
Masuk ke laman web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, Bahasa Sweden dan Bahasa Itali.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri berkaitan seperti “ecommerce”, fashion” atau apa sahaja industri yang anda inginkan pada bahagian kiri.
Kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Anda boleh simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Selain itu, Penjana Nama Bisnes Agensi kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus-ratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
Mudah bukan?
Dapatkan inspirasi dan bantuan Penjana Nama Bisnes Agensi kami ini secara percuma.
24 Idea Nama untuk Agensi
Agensi Insuran
- Agensi Insurance
- Indemnify Aid
- Cover Comfort
- Honest Hubble
Agensi Pekerjaan
- Agensi Jobsnest
- Kerja Engineered
- Agensi Kerja Spire
- Kerja Pinnacle
Agensi Pengiklanan
- Grafik Propel
- Grafik Hover
- Superb Billbord
- Iklan Amplify
Agensi Pelancongan
- Eksekutif Season
- Santai Travel
- Travel Cuti
- Riang Flex
Agensi Modeling/Peragaan
- Modeling Express
- Lotus Model
- Catwalk CEO
- Runway Radar
Agensi Hartanah
- Estet Core
- Agensi Estate Scout
- Rumah Hunters
- Inap Loaded
Contoh Nama Agensi Sebagai Inspirasi
Untuk membantu anda mendapatkan idea, kami senaraikan beberapa agensi dalam pelbagai industri seperti berikut:
Hays
Sebuah agensi pekerjaan dan sumber manusia global dan juga beroperasi di Malaysia sejak tahun 2012.
Sejarah penubuhan agensi ini bermula sejak 1867 dan diasaskan oleh Alexander Hay. Mereka mempunyai penasihat kerjaya mengikut industri dan membekal tenaga kerja dalam pelbagai bidang: perakaunan dan kewangan, perbankan, pembinaan, teknologi kewangan, teknologi maklumat, undang-undang, pemasaran dan banyak lagi.
Selain daripada pencarian pekerjaan, agensi ini menawarkan produk tambahan lain seperti Panduan Gaji untuk Asia, Jurnal, indeks kemahiran global dan laporan tentang sumber manusia di Malaysia.
The Traveler
Mula beroperasi pada tahun 2008, agensi pelancongan ini menawarkan pakej penginapan dan pelancongan pulau dan bandar domestik. Antara tema pelancongan yang disediakan oleh agensi ini ialah percutian singkat dan percutian bersama keluarga di tengah bandar.
Selain daripada pelancongan, syarikat ini juga menawarkan khidmat menguruskan acara berkaitan perniagaan seperti: mesyuarat, acara secara maya dan juga teambuilding untuk syarikat.
Tidak hanya menyasarkan pelanggan individu, syarikat ini juga menawarkan pakej pelancongan korporat dengan harga yang menarik.
The Model Lab KL
Sebuah agensi peragaan tempatan yang ditubuhkan oleh peminat tegar fesyen dan industri peragaan, Ayyman Rahim.
Agensi ini mengumpulkan model-model tempatan di bawah satu bumbung dan menguruskan kerjaya mereka dengan teratur, beretika dan profesional.
Agensi ini telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat daripada pelbagai latar belakang industri seperti Huawei, M.A.C. Cosmetics dan banyak lagi.
Antara nama besar dalam dunia peragaan yang diwakili oleh mereka adalah Tengku Azura.
Henry Butcher Malaysia
Bermula sebagai agensi hartanah di Malaysia pada 1987 dengan menggunakan lesen daripada Henry Butcher & Co, United Kingdom.
Kini agensi ini mengukuhkan tempat di dalam industri dan dikenali sebagai perunding aset. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah nasihat terhadap penjualan dan lelongan hartanah peribadi dan komersial.
Selain daripada penjualan hartanah, mereka juga menawarkan khidmat pengurusan sewaan. Agensi ini akan menguruskan kutipan sewa, sebarang isu atau berkenaan premis sewaan dan juga laporan bulanan terhadap hartanah tersebut.
Tips untuk Nama Agensi yang Unik
Pendek
Nama yang pendek memudahkan untuk pelanggan ingat nama agensi anda.
Kemungkinan besar anda akan menggunakan perkataan seperti “agensi’, ‘real estate” “travel and tours” dan beberapa lagi sebagai sebahagian daripada nama agensi anda.
Jadi jika nama yang anda pilih sudah panjang dan ditambah pula dengan perkataan yang biasa, nama penuh agensi anda mungkin sukar diingat.
Selain itu, lebih ramai orang menggunakan telefon bimbit untuk mencari maklumat, jadi lebih sedikit mereka perlu taip mereka akan lebih selesa. Ini boleh memberi pengalaman pelanggan yang baik kepada prospek.
Kreativiti boleh membuat nama unik
Serlahkan kreativiti anda untuk dapatkan nama yang menarik melalui ejaan atau perkataan. Lebih satu pertiga nama jenama terkenal menggunakan nama ciptaan atau akronim.
Namun, anda perlu berhati-hati supaya tidak membuatkan perkataan ciptaan atau ejaan anda tidak terlalu kreatif sehingga sukar difahami atau disebut.
Nama kreatif akan membuatkan agensi anda unik dan lebih mudah anda mendapatkan domain untuk agensi anda.
Ciri deskriptif sangat membantu pelanggan kenali agensi anda
Memandangkan pasaran sememangnya kompetitif, anda perlu pastikan pelanggan memiliki idea tentang apakah perkhidmatan yang agensi anda tawarkan melalui nama agensi. Anda tidak perlukan ilmu pengetahuan dalam perubatan untuk tahu KPJ Healthcare ialah sebuah rangkaian hospital.
Tetapi, jangan mengambil keseluruhan perkataan deskriptif untuk nama agensi anda.
Sebab utama ialah nama yang terlalu generik sukar untuk didaftarkan tanda dagang.
Selain itu, nama yang yang terlalu deskriptif contohnya, Agensi Insurans KL, kedengaran membosankan dan lari dari tujuan asal, iaitu unik dan mudah dikenali.
Elakkan nama sempena trend
Tidak dinafikan nama yang mengikut trend lebih mudah dikenali dan mendapat perhatian orang ramai.
Cuma, anda pasti mahu perhatian yang diberikan bukan bersifat sementara, betul?
Trend akan sentiasa bertukar.
Dan ada kemungkinan nama (mengandungi trend) yang anda gunakan nampak seperti ketinggalan zaman walaupun organisasi anda baru menginjak ke usia 5 tahun.
Semak ketersediaan tanda dagang
Tidak kira sama ada nama anda diperoleh melalui Penjana Nama Bisnes Agensi atau proses tradisional, membuat semakan tanda dagang ialah tindakan bijak.
Carian tanda dagang di Malaysia boleh dilakukan di MYIPO.
Anda dapat mengelak potensi tindakan undang-undang terhadap pelanggaran harta intelek daripada pemilik berdaftar sesebuah nama dengan membuat semakan sebegitu.
Selain itu, semakan awal boleh mengelakkan anda terpaksa menyusun semula strategi pemasaran digital atau konvensional agensi anda akibat nama tersebut tidak boleh digunakan lagi.
Semak ketersediaan domain
Jangan pandang mudah perkara ini. Ada ketikanya, sesuatu nama menjadi milik orang lain walaupun mereka langsung tidak menggunakannya.
Gergasi media sosial Facebook sendiri menggunakan domain TheFacebook.com ketika mula-mula bertapak di dunia digital kerana nama domain nama telah Facebook dimiliki; perkara yang dikesali oleh pengasasnya.
Pastikan domain untuk nama anda tersedia dalam ejaan yang anda inginkan.
Jika anda gunakan Penjana Nama Bisnes Agensi kami, anda boleh dapatkan ketersediaan domain nama tersebut serta-merta.
Sekiranya nama tersebut telah dimiliki, anda boleh mengenal pasti pemilik dan cuba beli nama tersebut jika anda benar-benar ingin gunakannya.
Lihat nama agensi dalam domain
Selain memiliki nama domain yang sama dengan nama agensi, anda perlu tahu bagaimana ejaan penuh dalam bentuk domain.
Sebagai contoh, Who Represents ialah sebuah agensi yang mewakili selebriti dan orang kenamaan. Nama tersebut sememangnya mudah, jelas, unik dan cukup sesuai untuk agensi sebegitu.
Namun, jika anda lihat domain mereka www.whorepresents.com, seperti ada sesuatu yang tidak kena!
Tips Menjenamakan Agensi Selepas Memilih Nama
Memang benar sesebuah agensi perlu menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan menjalankan perniagaan secara beretika.
Tetapi sering kali kita terlupa bahawa agensi ialah satu jenama dan perkhidmatan adalah produk yang anda tawarkan. Dalam kata lain, agensi perlu mempunyai standard penjenamaan dan komunikasi bersama pelanggan.
Kami kongsikan dengan anda, tips yang berguna untuk memastikan agensi anda kekal sebagai sebuah jenama di mata pelanggan.
Visual
Perkasakan jenama agensi anda dengan visual penjenamaan kepada pelanggan.
Logo agensi anda boleh membuatkan pelanggan dapat mengenal pasti anda dengan mudah dan tahu identiti agensi anda.
SEO
SEO merupakan faktor penting pelanggan tahu tentang kewujudan anda apabila membuat carian di enjin carian.
Ketika kami menulis artikel ini, kami telah memasukkan carian “ejen insurans di KL” di Google. Untuk muka surat pertama (SERP), hanya ada satu sahaja agensi insurans yang disenaraikan untuk hasil carian.
Walaupun enjin carian direka untuk membantu pengguna dan bukan nama agensi anda, secara mudahnya tanpa populariti di enjin carian nama agensi anda akan tenggelam.
Pemasaran agresif
Kami bukan bercerita tentang iklan billboard gergasi di sepanjang lebuh raya.
Sentiasa rebut peluang untuk memasarkan agensi anda terutamanya dalam dunia digital. Jika anda berpeluang untuk menjadi sebahagian topik podcast, blog atau artikel, jangan sia-siakan. Lebih kerap lebih bagus.
Pemasaran bukan secara langsung ini boleh memberi kesan kepada persepsi pelanggan. Persepsi positif boleh dibina melalui kebolehlihatan, kepercayaan dan informasi yang berulang.
Anda boleh menulis kandungan yang berkaitan dengan industri anda, artikel tentang pelancongan, insurans dan banyak lagi.
Media Sosial
War-warkan kewujudan agensi anda di media sosial. Cipta halaman untuk agensi anda dan mulakan rancangan pemasaran di sana.
Tidak kira sama ada anda ingin membuat hantaran secara berkala, hantaran langsung atau iklan, media sosial ialah medium paling pantas untuk berinteraksi dengan pelanggan dan mengukuhkan penjenamaan agensi anda.
Pautkan iklan dan hantaran dengan laman web anda.
Antara media sosial popular yang boleh diguna adalah:
Facebook & Instagram: Kedua-duanya memiliki lebih satu billion pengguna buat masa kini. Dengan menggunakan FB Ads anda boleh menetapkan sasaran segmen secara spesifik–seperti demografi atau lokasi tertentu.
Twitter ads: Terdapat beberapa pilihan kempen pengiklanan di platform ini yang boleh membantu anda, lebih-lebih lagi jika anda masih baru di dalam industri.
LinkedIn ads: Platform ini memberi peluang kepada mereka yang masih baru di dalam industri untuk berhubung dengan profesional yang mempunyai kepentingan yang sama. Agensi seperti sumber manusia, modeling dan hartanah boleh memaksimumkan strategi pemasaran fokus kepada kumpulan profesional tertentu.
Pemasaran konten
Kami percaya jika anda sebuah agensi insuran,terdapat banyak polisi insurans yang berbeza tersedia untuk bakal pemegang polisi atau mereka yang berminat tetapi tidak pernah memiliki insuran.
Sampaikan produk insurans anda dalam bentuk konten, atau lebih tepat lagi giatkan usaha pemasaran konten kepada pelanggan anda. Nyatakan, terangkan dan jelaskan apakah konsep, syarat, kelebihan dan segalanya tentang produk anda kepada orang ramai.
Antara strategi pemasaran konten yang boleh dicuba adalah:
Penulisan blog
Jika anda tidak mempunyai kepakaran, ada ramai penulis berbakat di luar sana (termasuk saya!) yang bersedia untuk menulis tentang produk anda dalam bentuk yang mudah difahami dan menarik pelanggan.
Lebih banyak kandungan blog tentang industri anda, persepsi pelanggan adalah anda seorang pakar di dalam industri. Penulisan blog juga boleh menggalakkan SEO anda serta mendedahkan kewujudan agensi anda kepada orang ramai.
Newsletter
Pemasaran melalui e-mel yang klasik ini boleh memberitahu pembaca tentang berita terkini tentang industri,promosi, produk atau acara berkaitan industri pada masa akan datang.
Kesimpulan
Mencari nama agensi yang unik dan menarik agak sukar dan perlu dilakukan dengan teliti, tapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil.
Dengan berpandukan tips dan langkah sistematik yang kami berikan, anda boleh terokai pelbagai cara kreatif untuk menjadikan nama anda lebih menonjol berbanding agensi lain atau gunakan Penjana Nama Bisnes Agensi kami untuk ketersediaan domain serta-merta.
Jika di permulaan artikel kami tidak bersetuju bukan kerana nama, namun dalam mencari nama agensi, kami senada dengan nasihat jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang!