Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif

Dapatkan idea nama agensi yang unik serta kreatif dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif kami

1. Pilih kata kunci nama bisnes agensi kreatif anda

Masukkan kata kunci yang boleh mencerminkan perkhidmatan anda untuk menjana idea nama Bisnes Agensi Kreatif terhebat

2. Dapatkan idea Nama Bisnes Agensi Kreatif anda

Guna pakai tetapan nama bisnes yang disediakan untuk menjana nama bisnes yang lebih khusus dan terperinci

3. Pilih Nama Bisnes Agensi Kreatif anda

Pilih idea nama bisnes yang mencerminkan perkhidmatan anda dalam Bisnes Agensi Kreatif

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”

Buat anda yang tidak tahu, itu adalah dialog di dalam iklan jenama Panadol yang popular di kaca televisyen dan media sosial di Malaysia. Dan jawapannya, YA.

Anda akan sakit kepala bila memikirkan nama yang sesuai untuk nama bisnes agensi kreatif anda.

Apa yang anda perlu lakukan adalah: cari nama yang menggambarkan kreativiti, menarik dan tidak mengarut dan dalam masa yang sama, unik di mata pelanggan.

Jangan risau, artikel ini akan memberi panduan lengkap dan langkah untuk mencari nama agensi kreatif, idea dan inspirasi tambahan serta bagaimana anda boleh serlahkan kreativiti dan luaskan pilihan dengan Penjana Nama Agensi Kreatif kami.

20 Idea Nama Bisnes Agensi Kreatif

Sebagai permulaan, kami telah menjana nama bisnes teh menggunakan Penjana Nama Bisnes Teh kami untuk memberi 20 idea untuk nama bisnes agensi kreatif yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda.

Untuk tujuan ini, kami memasukkan beberapa kata adjektif dan kata nama berkaitan dengan industri kreatif digabungkan dengan perkataan lain secara automatik. 

Semua janaan ini adalah melalui algoritma unik yang terdapat pada penjana nama kami.

  • Ruby Reka
  • Seni Savasana
  • Seni Studios
  • Studio Shock
  • Reka Ammo
  • Imej Creative
  • Piksel Palace
  • Aktif Creative
  • Corak Genius
  • Kreatif Chunky
  • Grafik Pink
  • Genius Geeks
  • Kreatif Pick
  • Artis Antsy
  • Rekawarna Dojo
  • Piksel Aztec
  • Seni Smurf
  • Kreatif kit
  • Kreatif Karma
  • Rekabentuk Dude

Mengapa Nama Penting untuk Bisnes Agensi Kreatif Anda?

Seperti satu peraturan yang tidak pernah ditulis, agensi kreatif menanggung satu beban perlu dipikul tanpa disedari: pelanggan menjangkakan rekaan (logo, simbol, tipografi, konsep visual) dan nama agensi anda perlu menarik.

Dalam pasaran industri yang sememangnya kompetitif, nama agensi reka anda boleh menjadi cara pertama pelanggan mengenali anda. 

Mungkin itulah satu-satunya peluang untuk anda memikat hati pelanggan untuk terus mendapatkan maklumat tentang perniagaan anda.

Nama agensi yang menarik, sama seperti logo, seakan memberi emosi kepada pelanggan. Di dalam pasaran kreatif yang sedia ada kompetitif, nama bisnes yang menarik dan unik boleh memberi kelebihan. 

Sekiranya seseorang pelanggan sedang membuat pilihan akhir antara dua agensi (kedua-duanya menawarkan skop kreativiti dan harga perkhidmatan yang lebih kurang sama), nama agensi kreatif itu sendiri mungkin menjadi penentu.

Mengapa Anda Patut Menggunakan Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif?

Padanan mengikut logik

Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih. 

Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rawak.

Janaan berdasarkan kata kunci

Penjana nama memudahkan pencarian nama agensi kreatif anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.

Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan rekaan, iklan atau dapat menggambarkan produk yang anda jual.

Nama yang dijana oleh Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan. 

Pilihan tambahan untuk hasil janaan

Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.

Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih. 

Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.

Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana nama bisnes kami boleh menjana perkataan yang mengandungi 15 aksara.

Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.

Tiada pendaftaran diperlukan

Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan emel sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut. 

Jika anda memasukkan emel, besar kemungkinan peti masuk emel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.

Tidak leceh dan mudah. Itulah kelebihan Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.

Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta

Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.

Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com

Idea tanpa had

Memandangkan Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif?

Sebagai panduan, kami senaraikan langkah mudah untuk mendapatkan nama bisnes anda dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif kami.

Langkah pertama:

Layari laman web penjana nama kami.

Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika anda ingin menggunakan selain daripada dua bahasa utama di Malaysia itu, anda juga boleh cuba menggunakan bahasa lain seperti Bahasa Turki, Bahasa Jerman, Bahasa Poland, Bahasa Denmark dan juga lain-lain.

Anda berpelung untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy  dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.

Langkah kedua:

Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.

Pilih industri berkaitan seperti “art”, ‘craft” , “media” atau apa sahaja industri yang anda inginkan pada bahagian kiri. 

Kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik. 

Anda boleh simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.

Selain itu, Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:

  • Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
  • Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima; dan
  • Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang  mempunyai domain tersedia.

Langkah ketiga

Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.

Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.

Mudah bukan?

Asas Menamakan Bisnes Agensi 

Ada dua perkara yang akan berlaku apabila seseorang pelanggan melihat atau mendengar nama bisnes agensi anda; sama ada mereka ingat atau lupa sahaja.

Secara umumnya, anda memang boleh menamakan apa sahaja untuk nama agensi kreatif anda. Lagipun, anda merupakan pemilik agensi tersebut.

Tetapi adakah nama agensi itu mampu menjadi sebuah ‘jenama’? Jenama inilah yang akan membina reputasi, digunakan sebagai medium pemasaran dan dikenali oleh khalayak ramai.

1. Pendek

Nama agensi kreatif yang pendek sangat membantu untuk tujuan pemasaran. Pelanggan lebih mudah ingat nama agensi anda.

Dalam satu kajian mendapati manusia mendengar sehingga 30,000 perkataan dalam sehari. Perkataan yang kompleks dan panjang agak sukar untuk membuatkan pelanggan memberi perhatian kepada anda, seterusnya melekat di kepala mereka.

Selain itu, dari sudut penggunaan nama yang pendek untuk domain, satu kertas kajian mendapati nama domain yang lebih pendek mencatatkan trafik yang lebih tinggi.

Kedua-dua kajian ini penting untuk kelangsungan bisnes anda, sama ada pemasaran digital atau konvensional. Jadi kami sarankan nama agensi anda perlulah pendek (dua perkataan, dua hingga empat suku kata sahaja).

2. Ejaan yang sukar

Nama yang pendek perlu disertai dengan ejaan yang senang, atau sekurang-kurang ejaan standard atau boleh diteka oleh pelanggan. 

Ejaan yang sukar membuatkan pelanggan sukar mencari anda secara dalam talian. Lebih teruk lagi, mereka memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pesaing yang lebih mudah dicari.

Memandangkan kedua-dua faktor ini menjadi asas dalam memilih nama bisnes, Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif kami direka untuk memenuhi kriteria tersebut.

Nama yang dijana oleh Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif boleh mengandungi sehingga 15 aksara, sama ada satu atau dua perkataan dan semua nama adalah unik.

Tips untuk Nama Agensi Kreatif 

Untuk mencari nama agensi kreatif yang unik dan menarik, kami akan menerangkan kepada anda struktur linguistik disebalik tips ini.

Kami membahagikan strategi ini kepada dua cara, yang pertama secara fonetik dan kedua melalui morfologi.

Fonetik

  • Asonasi

Asonasi adalah sesuatu ayat atau frasa yang mengandungi bunyi vokal yang sama. Prosa sebegini banyak ditemui di dalam sajak untuk kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Contoh: DropBox, YouTube, and FedEx

  • Aliterasi

Jika asonasi mengandungi bunyi vokal berulang, aliterasi pula merupakan ulangan bunyi konsonan yang sama pada awal perkataan. 

Contoh: Krispy Kreme, PayPal

  • Portmanteau

Juga dikenali sebagai portmanteau. Anda boleh gunakan dua perkataan yang menggambarkan bisnes teh anda dan gabungkan sebahagian perkataan.

Selain itu, jika nama pengasas agensi anda juga boleh menjadi lebih menarik jika digabung.

Contoh: Groupon, Lenovo, Verizon,

  • Gabungan perkataan 

Sama seperti portmanteau, cuma kali ini anda tidak perlu mengambil sebahagian, tetapi perkataan penuh yang digabungkan.

Contoh: Facebook, Snapchat

  • Perkataan untuk menggambarkan bisnes

Anda boleh gunakan perkataan lain sebagai simbol agensi kreatif anda.

Amazon memilih nama sungai untuk menggambarkan penghantaran barang dalam jumlah yang banyak melalui sungai sebagai pengangkutan.

  • Buang huruf vokal pada perkataan

Cara kreatif ini boleh menarik perhatian pelanggan dan membuatkan nama agensi kreatif anda menjadi unik.

Pastikan ejaan yang baru itu mudah disebut dan tidak mengelirukan dan jangan membuang huruf vokal dengan banyak. Kami sarankan anda hanya membuang satu atau dua huruf sahaja.

Contoh: Flickr, Reddit, Scribd

Morfologi

Morfolog (Morphology)i dari segi bahasanya bermaksud kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa.

Malah, perkataan ‘Morphology’ di dalam Bahasa Inggeris itu sendiri contoh sebuah Morfologi. Morph, bermaksud bentuk atau rupa dan -logy bermaksud bidang atau cabang pengajian.

  • Portmanteau

Juga dikenali sebagai portmanteau. Anda boleh gunakan dua perkataan yang menggambarkan bisnes teh anda dan gabungkan sebahagian perkataan.

Selain itu, jika nama pengasas agensi anda juga boleh menjadi lebih menarik jika digabung.

Contoh: Pinterest, Microsoft

  • Gabungan perkataan 

Sama seperti portmanteau, cuma kali ini anda tidak perlu mengambil sebahagian, tetapi perkataan penuh yang digabungkan.

Contoh: Foursquare, SlideShare

Langkah untuk Dapatkan Nama Bisnes Agensi Kreatif Unik & Menarik

1. Analisis pesaing

Dapatkan senarai pesaing anda dalam industri kreatif tempatan dan antarabangsa.

Lakukan analisis terhadap nama, konsep teras jenama atau perniagaan mereka.

Buat senarai kelebihan dan kekurangan nama pesaing. Faktor-faktor ini boleh digunakan untuk mendapatkan nama yang unik berbanding pesaing anda.

2. Senarai pendek kata kunci

Lakukan proses brainstorming bersama rakan-rakan atau rakan kongsi syarikat.

Cari kata kunci yang boleh dikaitkan dengan industri, kemahiran, teknologi atau rekaan kreatif.

Kata kunci ini boleh diperolehi dari sebarang sumber: carian internet, kandungan laman web, kamus, thesaurus atau sumber digital yang tersedia.

Gabungkan kata kunci dengan perkataan yang menggambarkan nilai atau kualiti agensi yang ingin dimaklumkan kepada pelanggan atau prospek.

Pilih nama yang sedap didengar dan mudah diingat dan dapat menarik perhatian pelanggan.

Antara kriteria yang anda boleh gunakan untuk nama yang dipilih adalah:

  • Mudah dan unik untuk membantu prospek pelanggan ingat nama anda;
  • Konteks dan bahasa yang betul. Pastikan nama tersebut tidak menyinggung mana-mana pihak, terutamanya jika anda gunakan bahasa asing;
  • Adakah nama itu mudah disebut;
  • Adakah nama tersebut kena dengan perkhidmatan ditawarkan?;
  • Adakah nama tersebut kedengaran asli atau seakan terbitan nama sedia ada?

Jawapan bagi setiap soalan tersebut boleh dijadikan sebagai penyaring sama ada nama tersebut sesuai untuk disenarai pendek.

3. Semak ketersediaan media sosial dan tanda dagang

Pertama sekali, semak nama yang disenarai pendek secara umum.

Cuba buat carian di enjian carian secara rambang, lihat sama ada nama agensi kreatif itu sudah wujud di dalam dunia digital.

Kedua, lakukan carian di platform media sosial. Taipkan nama anda di ruangan carian dan lihat hasil yang dipaparkan.

Ketiga, lakukan carian tanda dagang di MyIPO untuk memastikan nama tersebut bebas dari sebarang tanda dagang mana-mana pihak.

Jika tidak, anda mungkin menanggung risiko berdepan dengan tindakan undang-undang akibat penyalahgunaan tanda dagang yang telah didaftarkan.

Kesimpulan

Pada awal artikel ini, kami katakan mencari nama yang bagus, unik dan menarik untuk bisnes agensi kreatif memang sukar. 

Kini kami sambungkan ayat tersebut dengar menambah, memang sukar tetapi tidak mustahil jika kena dengan cara yang sistematik.

Anda boleh menggunakan tips dan langkah-langkah yang kami nyatakan untuk memberi definisi ‘kreativiti’ pada nama agensi kreatif anda. 

Soalan Lazim

Contoh agensi kreatif adalah Clover Creative, Ogilvy, BDBO. Setiap nama agensi kreatif ini mempunyai keunikan tersendiri. Anda juga boleh mendapatkan nama yang unik secara serta dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif kami.

Selain daripada cara konvensional, anda boleh gunakan Penjana Nama Bisnes Agensi Kreatif kami. Lebih banyak nama yang dijana secara automatik memberikan lebih banyak pilihan kepada anda.

Kreativiti dapat menarik minat pelanggan terhadap bisnes agensi kreatif anda. Selain itu, nama yang mudah dan unik dapat memudahkan pelanggan ingat nama bisnes agensi kreatif anda.

Penulis

Hafizie Zack

Hafizie Zack

Peguam korporat dan seorang penulis dwibahasa untuk material perundangan, teknologi & kreatif. Berpengalaman selama sepuluh tahun di dalam penulisan. Teruja dengan idea meneroka rahsia di sebalik nama bisnes, seperti sebuah anagram yang hanya mampu diselesaikan oleh Indiana Jones.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki