Jadikan nama restoran lebih menarik
Pilihan nama yang serba luas dan mudah untuk dipilih, seluas menu dan sepantas servis di restoran anda, ialah langkah efektif yang hanya penjana nama kami dapat tawarkan. Selepas opsyen dijana, gunakan kriteria dibawah untuk kecilkan lagi skop pemilihan nama restoran sehingga jumpa nama yang anda inginkan.
Guna bahasa asing
Bahasa asing akan menaikkan rasa ingin tahu dalam diri pelanggan. Sudah terlalu banyak restoran yang hanya menggunakan perkataan bahasa Melayu atau Inggeris di Malaysia. Apa kata anda cuba tampil dengan kelainan dan globalkan nama restoran anda dengan bahasa asing yang lain. Tak cuba, tak tahu. C’est la vie.
Fonetik
Serlahkan kreativiti anda dengan pilihan nama restoran yang bunyinya rangup atau berima untuk mengawal degup selera pelanggan. Inilah masa yang sesuai untuk selitkan teknikaliti bahasa seperti asonansi dan aliterasi untuk cipta nama restoran berfonetik indah. Contoh yang popular dipasaran adalah Coca-Cola, Krispe Kreme dan Dunkin Donut.
Mudah diingat
Dalam mencari nama restoran yang menarik, ingat, cari yang ringkas. Sebaik-baiknya satu atau dua perkataan. Selain daripada lokasi, nama restoran yang strategik juga mempengaruhi kejayaan restoran anda.
Pemasaran
Pemasaran tidak hanya terhad pada iklan atau material promosi fizikal semata era digital ini. Pastikan nama restoran yang anda pilih tidak terlalu panjang. Sesuai untuk media sosial seperti Twitter dan Facebook yang mempunyai had aksara tertentu. Jika tidak, anda terpaksa menggunakan singkatan untuk promosi digital anda.
Mudah disebut
Tidak salah untuk kreatif dalam memilih nama. Tapi, janganlah sampai terlalu sukar untuk disebut sehingga mengelirukan kualiti restoran sebelum pelanggan menjengah ke pintu masuk. Sebutan memainkan peranan penting terutamanya untuk promosi lisan. Booster sebegini merangsang promosi mulut ke mulut, daripada satu pelanggan kepada pelanggan yang lain.
Bertema
Gunakan elemen konsep atau tema tertentu sebagai satu kelebihan dalam mereka nama restoran anda. Dengan menonjolkan identiti khusus, nama restoran anda akan kelihatan berbeza berbanding restoran lain. Selain itu, ia memberi gambaran awal kepada pelanggan jenis hidangan yang tersedia di restoran anda.
Antara idea menarik untuk nama restoran
Nama restoran yang menarik dan kreatif boleh menjadi pembuka selera terbaik kepada pelanggan. Tidak kira jenis hidangan atau konsep, jangan sesekali ambil mudah tentang nama restoran anda. Rambangkan mata dengan idea nama kreatif hasil penjana kami.
Nama restoran lauk-pauk
Jika anda inginkan nama yang kedengaran estetik dan mengimbau keaslian dalam masakan, pertimbangkan nama-nama yang kami jana di bawah.
1. Lauk Quest 2. Pinggan Fusion 3. Pinggan Epic 4. Pingganroo 5. Kulinarix 6. Sedapalate 7. Dapurika 8. Dapur Deluxe 9. Dapur Chronicle 10. MakanRise | 11. Pinggan Lagoon 12. Kari Luminary 13. Kari Pulse 14. Sup Galaxy 15. Nyonya Bite 16. Makan Mania 17. Yummy Lemak 18. Sambal Savour 19. Heritage Makan 20. Gulai Haven |
Nama restoran makanan segera
Gunakan elemen kreatif untuk memikat pelanggan seterusnya dengan keseronokkan dan keunikan dalam nama restoran makanan segera anda. Masukkan sekali perkataan signature menu hidangan yang ditawarkan.
1. Beger Blitz 2. Ayam Ripple 3. Ayam Solace 4. Ayam Fusion 5. Piza Delight 6. Apam Charm 7. Sosejas 8. Sosej Mingle 9. Radiant Nuget 10. Nova Nuget | 11. Tahu kernel 12. Beger Glow 13. Beger Luna 14. Ayumz 15. Ayamore 16. Gempak Piza 17. Sentosa Piza 18. Sosej Avalon 19. Kentang Sonic 20. Kentang Land |
Penjana Nama Perniagaan Lain yang Berkaitan
Penjana Nama Kedai
Dapatkan nama kedai yang catchy
Penjana Nama Jenama Pakaian & Fesyen
Jana jenama fesyen yang stail
Idea & Penjana Nama Bisnes Kek
Pilih nama bisnes kek yang kreatif
Penjana Nama Perniagaan Makanan Jalanan
Inspirasi nama perniagaan makanan jalanan