Penjana Nama & Idea Nama Aplikasi Mudah Alih

Jana nama Aplikasi Mudah Alih di bawah.

Dunia internet serba pantas membuatkan banyak pihak berlumba-lumba membangunkan aplikasi mudah alih.

Malah syarikat perdagangan dan perniagaan biasanya menyediakan aplikasi mudah alih untuk membantu pelanggan mereka selain daripada laman web dan entiti fizikal tradisional.

Nama aplikasi mudah alih penting untuk menarik minat pengguna atau menambah prospek pelanggan.

Terdapat berpuluh atau mungkin ratusan aplikasi yang mungkin menawarkan perkhidmatan atau penyelesaian yang hampir serupa.

Nama aplikasi menggambarkan elemen menarik, memberi idea awal kepada pengguna tentang perkhidmatan ditawarkan, atau sekurang-kurangnya mendekatkan hubungan pelanggan dan perniagaan.

Sebagai contoh, Maybank menamakan Maybank2U manakala Hong Leong Bank menggunakan Hong Leong Connect untuk aplikasi mudah alih mereka.

Nama tersebut menggambarkan hubungan di antara pelanggan dan bank yang dekat dan menawarkan penyelesaian masalah pada bila-bila masa.

Tidak kira apa jenis aplikasi mudah alih yang anda bangunkan; sosial, komunikasi, permainan ataupun bantuan untuk tugasan harian, nama aplikasi memainkan peranan penting.

Persoalannya, bagaimanakah menghasilkan atau mencipta nama yang benar-benar berkualiti dan mempunyai nilai komersial?

Cara Menamakan Aplikasi Mudah Alih

Hai, nama saya Ashley. Saya seorang pakar dalam penjenamaan dan pemasaran.

Melalui artikel ini, saya akan membimbing anda bagaimana cara menamakan aplikasi mudah alih melalui empat langkah yang saya syorkan. 

Di bawah ini terdapat dua puluh contoh nama yang dijana melalui proses ini. Seterusnya, saya akan menunjukkan bagaimana cara saya mendapat nama-nama tersebut.

Sebagai permulaan, cubalah penjana nama aplikasi mudah alih kami di atas.

Jika anda ingin tahu langkah pertama dalam proses penamaan, teruskan membaca di bawah.

  1. Vividly
  2. Farmeron
  3. clock.me
  4. Pick Up
  5. Commutify
  6. Rentilo
  7. Vibez
  8. Suitify
  9. Harvester
  10. Abilogic
  11. Breathe In
  12. Acoustify
  13. Nirvanous
  14. loca.ly
  15. Obliq
  16. Peppo
  17. stream.me
  18. PURE
  19. Craftilo
  20. Cruzing

Empat Langkah Menamakan Aplikasi Mudah Alih

Empat langkah ini dapat membantu menamakan aplikasi mudah alih anda. Untuk contoh ini, saya telah menjana nama-nama untuk aplikasi mudah alih yang menyampaikan mesej inovatif, berkesan dan mudah. 

Berikut adalah setiap langkah yang saya ambil:

Pertama: Sumbang saran idea

Mulakan dengan sumbang saran apakah perkataan yang sesuai dengan nama perniagaan anda. Dalam idea nama saya, saya menggunakan perkataan seperti ”Vivid”, “Vibe”, “Commute” dan “Local”.

Walaupun perkataan-perkataan tersebut boleh dikaitkan dengan industri yang berbeza, apabila digunakan untuk aplikasi mudah alih, pengguna boleh menjangkakan jenis dan fungsi aplikasi yang ditawarkan. 

Sekiranya anda buntu untuk fikir perkataan yang boleh digunakan, anda juga boleh mencuba penjana nama aplikasi mudah alih kami di atas.

Idea nama selepas sumbang saran:

  • Vividly
  • Farmeron
  • clock.me
  • Pick Up
  • Commutify
  • Rentilo
  • Vibez
  • Suitify
  • Harvester
  • Abilogic
  • Breathe In
  • Acoustify
  • Nirvanous
  • loca.ly
  • Obliq
  • Peppo
  • stream.me
  • PURE
  • Craftilo
  • Cruzing

Kedua: Senarai pendek

Mulakan dengan sumbang saran apakah perkataan yang sesuai dengan nama perniagaan anda. Dalam idea nama saya, saya menggunakan perkataan seperti ”Vivid”, “Vibe”, “Commute” dan “Local”.

Walaupun perkataan tersebut boleh dikaitkan dengan industri yang berbeza, apabila digunakan untuk aplikasi mudah alih pengguna boleh menjangkakan jenis dan fungsi aplikasi yang ditawarkan. 

Sekiranya anda buntu untuk fikirkan perkataan sesuai, anda juga boleh mencuba penjana nama kami di atas.

Idea nama selepas sumbang saran:

  • Adakah nama ini ringkas dan senang diingat?
  • Adakah nama ini senang dibaca dan disebut dengan lantang?
  • Adakah nama ini berbeza dengan pesaing?
  • Adakah nama ini membawa maksud yang relevan?
  • Adakah nama ini mengelakkan kata atau klise yang terlalu banyak digunakan?

Senarai pendek saya:

  • Commutify
  • Farmeron
  • Craftilo
  • Vibez

Idea yang dibuang:

  • Vividly
  • clock.me
  • Suitify
  • Pick Up
  • Harvester
  • Abilogic
  • Breathe In
  • Acoustify
  • Nirvanous
  • loca.ly
  • Obliq
  • Peppo
  • stream.me
  • PURE
  • Craftilo
  • Cruzing

Ketiga: Dapatkan maklum balas

Sekarang anda sudah mempunyai 3-6 senarai nama hebat untuk aplikasi mudah alih.

Anda boleh mendapatkan maklum balas daripada bakal pengguna atau mereka yang terlibat di dalam industri ini (khalayak sasaran anda). 

Elakkan maklum balas daripada keluarga dan rakan. Mereka cenderung untuk memuji semua idea dan mereka bukan pelanggan.

Pastikan anda tanyakan soalan seperti:

  • Apa yang terlintas di fikiran anda ketika mendengar nama ini untuk kali pertama?
  • Bagaimana anda mengejanya?

Melalui maklum balas pelanggan anda, kini anda boleh bertanya kepada diri sendiri adakah nama ini masih relevan? Dan adakah ini mewakili perniagaan anda seperti yang anda inginkan?

Maklum balas pelanggan saya:

Commutify

Nama ini menyampaikan nilai satu aplikasi mudah alih yang kreatif dan berkesan untuk mencari pengangkutan awam.

Farmeron

Nama ini menyampaikan aplikasi mudah alih yang membantu menguruskan ladang organik.

Craftilo

Nama ini menyampaikan nilai sebuah aplikasi yang membantu pelanggannya mendapatkan pakaian mengikut kesesuaian permintaan.

Vibez

Nama ini seakan memberi info aplikasi mudah alih yang memfokuskan penyediaan bunyi yang baik kepada penggunanya melalui muzik yang dipilih dengan teliti.

Keempat: Semak ketersediaan nama

Sekarang, baiknya anda mempunyai sekurang-kurangnya tiga nama aplikasi mudah alih yang bagus dalam senarai anda, sekiranya nama anda telah diambil.

Anda boleh melakukan carian nama perniagaan dengan cepat online untuk mengetahui adakah nama anda tersedia di Malaysia, juga pastikan adakah nama tersebut juga tersedia untuk tanda dagang dan pendaftaran nama domain.

Analisis Nama Pesaing

Untuk membantu anda mendapat mencari idea nama perniagaan yang berpotensi, mari kita lihat tiga contoh aplikasi mudah alih yang berjaya.

Kita akan ketahui mengapa/bagaimana mereka memilih nama perniagaan mereka dan juga mengapa nama ini berfungsi untuk mereka.

Gameloft adalah perniagaan yang khusus dalam mengembangkan permainan mudah alih. Nama ini memberitahu pelanggan dengan mudah apakah perkhidmatan ditawarkan. Selain itu, nama syarikat ini sangat ‘berjenama’ dan senang diingat.

Zynga adalah salah satu syarikat pengembangan aplikasi yang paling popular di dunia. Ia dinamakan bersempena nama anjing CEO syarikat tersebut, Mark Pincus. Pada awalnya, syarikat ini dinamakan Presidio Media tetapi mereka mendapati jenama ini tidak cukup khas. Logo syarikat juga berunsurkan suatu tema kerana menggunakan bayangan anjing.

Caesars Entertainment aadalah sebuah syarikat yang pakar dalam membangunkan aplikasi berunsurkan kasino. Portfolio syarikat ini termasuklah membangunkan pelbagai permainan mudah alih dan aplikasi kasino. Nama ini dikaitkan dengan perjudian dan dalam konteks yang sama, jenama mereka sangat dikenali dan mudah diingat.

Lima Petua Menamakan Aplikasi Mudah Alih

Nama aplikasi mudah alih yang ideal mestilah ringkas, mudah diingat dan pada masa yang sama memberi sesuatu makna. Berikut adalah lima petua yang perlu diingat semasa mencipta nama perniagaan anda.

Pertama: Lakukan analisis pesaing

Dengan melakukan analisis pesaing sebagai langkah pertama anda akan menjimatkan banyak masa.

Anda dapat mengetahui nama apa yang harus dielakkan dan memahami mengapa dan bagaimana nama pesaing anda berfungsi untuk mereka akan membantu anda membentuk nama perniagaan anda sendiri.

Semasa menganalisis pesaing, pertimbangkan:

  • Nilai perniagaan atau produk apa yang mereka sampaikan dengan nama perniagaan mereka? Bagaimana ia berfungsi untuk mereka?
  • Adakah trend bagaimana perniagaan bidang ini menamakan diri mereka sendiri? Elakkan nama yang terdengar seperti “perniagaan yang sama lagi”.
  • Siapa yang terbaik? Mengapa ia berfungsi dan bagaimana saya dapat menghasilkan nama yang lebih baik?

Kedua: Fokus menamakan aplikasi bukan menghuraikan

Untuk menjimatkan masa, lakukan analisis pesaing sebagai langkah pertama . Anda dapat mengetahui apakah nama yang harus dielakkan dan memahami mengapa/bagaimana nama pesaing anda berfungsi untuk mereka.

Faktor ini akan membantu anda membentuk nama perniagaan anda sendiri. 

Mari kita contohi aplikasi mudah alih sebenar yang disebut “Tinder”.

Secara literal perkataan ‘tinder’ bermaksud bahan kering yang mudah terbakar.

Dalam konteks aplikasi mudah alih, nama ini cukup sempurna kerana ia adalah aplikasi berkenalan dan bercinta. Cinta boleh dikaitkan sebagai api. 

Ini adalah nama kreatif yang menyampaikan misi dan visi di sebalik aplikasi. Jenama nama ini sangat dikenali dan senang diingat.

Ketiga: Cara membuat nama yang mudah diingati

Menghasilkan nama aplikasi yang mudah diingat adalah langkah pertama untuk meresap masuk ke dalam ingatan pelanggan. Tugas ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. 

Nama aplikasi mudah alih anda harus bertujuan menarik minat dan pelanggan memberi perhatian tambahan terhadap produk anda berbanding pesaing.t

Beberapa petua mencipta nama yang berguna adalah:

  • Gunakan sebutan atau aliterasi berirama (Tik Tok, Subway Surfers);
  • Cuba gunakan perkataan yang tidak relevan ketika berada di luar konteks (FaceBook – Face melambangkan gambar orang itu dan Facebook adalah mengenai mempersembahkan sisi orang yang terbaik);
  • Nama yang pendek dan padat.

Keempat: Cuba beli nama perniagaan yang berjenama

Nama perniagaan berjenama adalah kata yang tidak bermaksud tetapi dibaca dan disebut dengan lantang.

Nama tersebut menggunakan peraturan huruf Vokal / Konsonan / Vokal kerana struktur ini biasanya pendek, menarik dan senang disebut dan diingat. Sebagai contoh, nama aplikasi mudah alih berjenama seperti:

  • Liponis Music
  • Xavius Tracker
  • Cabilo Surfing

Anda boleh mendapatkan senarai lengkap nama perniagaan berjenama di Domainify.com

Kelima: Elakkan menggabungkan perkataan hanya untuk membuat nama yang unik

Kesalahan lain yang biasanya dilakukan oleh pemilik perniagaan adalah membuat kombinasi kata yang janggal dan hambar setelah mengetahui bahawa idea nama perniagaan mereka sudah diambil.

Sebagai contoh, Ahmad ingin menamakan aplikasi mudah alihnya Subway Surfers namun mendapati nama tersebut sudah diambil.

Memandangkan dia sudah membuat keputusan untuk menggunakan nama ini untuk perniagaannya, dia cuba memilih nama yang hampir serupa seperti Surfway, Subwey Surfers atau Subvay Surfers.

Anda boleh melihat tindakan tersebut seakan terkebelakang kerana kerana idea-idea itu tidak menarik, hambar dan tidak mudah diingat.

Dalam situasi sebegini, kami mencadangkan bermula semula dan mencuba petua yang telah kami sebutkan sebelumnya.

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki