Bagaimana nak mulakan?
Sebelum membuat carian dalam Pangkalan Data Nama Bisnes, anda boleh menjimatkan masa dengan memastikan nama bisnes anda unik dan berbeza daripada entiti bisnes lain di dalam pangkalan data nama bisnes Malaysia.
Kami sarankan anda menyimpan beberapa idea nama sekiranya terdapat salah satu daripadanya tidak tersedia.
Anda juga boleh memuat turun panduan entiti nama perniagaan Malaysia penuh di sini
Jana Idea Nama Bisnes
Cara terbaik untuk periksa ketersediaan nama adalah dengan membuat permohonan carian nama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Untuk semakan awal, anda boleh menyemak di MYDATA SSM.
Permohonan kelulusan carian nama biasanya akan mengambil masa 1-2 hari untuk diproses.
Setelah mendapat kelulusan untuk ketersediaan dan penggunaan nama, anda mempunyai tempoh masa selama tiga (3) bulan untuk melengkapkan pendaftaran kepada SSM.
Sekiranya anda tidak berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, nama bisnes anda yang telah diluluskan akan dibuka semula kepada orang awam untuk tempahan.
Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Laman web: ssm.com.my
Telefon: 03-7721 4000
Fax: 03-7721 4001
Emel: [email protected]
Masa beroperasi: 8 AM – 5 PM, Isnin – Jumaat
Daftar Bisnes/Laman Web
Jangan membuat kesilapan tidak memeriksa sama ada nama domain tersedia untuk bisnes anda.
Apa yang anda ingin elakkan adalah selepas pendaftaran nama bisnes, anda mendapati bahawa pesaing perniagaan mempunyai pun laman web dengan nama bisnes anda!
Gunakan pemeriksa domain kami di bawah untuk memeriksa secara terus ketersediaan domain.
Selain itu, pastikan nama yang dipilih sesuai apabila dieja dalam bentuk domain.
Bisnes perkhidmatan carian terapi dengan nama Therapist Finder memang tiada masalah. Namun, jika laman web anda berdieja therapistfinder.com, itu cari nahas namanya.