Tips buat nama perniagaan butik lebih menarik
Nama perniagaan penting untuk nilai komersial, harta intelek dan juga identiti jenama butik anda kepada pelanggan. Namun, tugas mencari nama paling sesuai bukan boleh dilakukan secara sambil lewa. Gunakan tips yang kami kongsikan ini untuk memilih nama yang paling tepat daripada senarai nama yang dijana oleh penjana nama kami.
Terbitkan eksklusif melalui nama
Gunakan perkataan yang dapat menerbitkan rasa eksklusif kepada pelanggan. Pelanggan butik anda boleh datang daripada pelbagai segmen. Jadi, tarik perhatian pelanggan dengan nama yang kedengaran mewah, rare, berprestij seperti “Premium” dan “Elit”.
Rangsang sensori pelanggan
Nama juga boleh berfungsi untuk merangsang perasaan pelanggan. Perkataan seperti “Sensasi”, “Sentuhan” atau “Harum” mampu membuatkan pelanggan rasa selesa dan tertarik untuk segera melangkah masuk ke butik anda.
Elakkan cliche
Jauhkan nama yang cliche. Istilah yang sudah terlalu banyak digunakan dalam perniagaan butik seperti “Fesyen” dan “Trendy” tidak akan memberi kelainan pada nama butik anda untuk bersaing. Sekali pandang atau dengar, pelanggan mungkin jadi bosan dan menganggap butik anda tidak menawarkan pakaian atau aksesori yang terbaru di pasaran.
Tonjolkan keunikan pada nama
Jika butik anda mempunyai unique selling proposition (USP) tersendiri, nyatakan secara jelas melalui nama butik. Butik yang menawarkan fesyen tailor-made atau produk yang dibuat dari bahan tertentu mempunyai segmen peminat setia tersendiri. Cara ini akan membuatkan nama butik anda premium dan lebih mudah dikenali.
Inspirasi dari mitos atau karakter terkenal
Guna nama lagenda seperti “Cleopatra”,”Athena”, “Medusa” untuk menambah elemen misteri disebalik variasi fesyen yang ditawarkan. Jangan terkejut, ramai yang sukakan elemen sebegitu. Baik pelanggan tempatan, mahupun antarabangsa.
Variasi maksud perkataan
Lakukan kajian tambahan untuk mencari variasi perkataan yang membawa maksud yang diinginkan. Kata kunci yang dicari untuk butik biasanya melambangkan kecantikan, keanggunan, elegan dan sebagainya. Gunakan juga bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris tampil berbeza dalam pasaran yang kompetitif.
Luaskan inspirasi dalam pencarian nama perniagaan butik
Dalam perniagaan berkonsepkan butik, nama adalah segalanya. Membeli dan menayangkan jenama beg tangan dari butik popular sudah menjadi suatu kemestian untuk pengikut fesyen. Penjana nama komprehensif kami berupaya menonjolkan produk anda, sekaligus menaikkan mutu perniagaan anda dengan nama yang sedandan tanpa mengira jenis butik yang anda ingin usahakan.
Nama butik kasut
Gunakan fungsi yang terdapat dalam penjana nama BNG iaitu fungsi Advanced Wizard dengan tetapan filter yang luas. Filter tersebut boleh disesuaikan mengikut tetapan beberapa kata kunci yang dimasukkan. Menarik lagi, selain bahasa Melayu dan Inggeris, anda juga boleh gunakan padanan perkataan dalam bahasa lain.
1. Mahkota Elegan 2. The Elegan Dewi 3. Refleks Catalyst 4. Kawaii Butik Glam 5. Eksklusif Symmetry 6. Active Aura 7. Shimao de Euforia 8. Medik Runner 9. Sepatu Voice Shop 10. Plaza Medik | 11. Refleks Sonic 12. Stail Luxe 13. Dunia Feet 14. Sandal Snap 15. Capalora 16. Dream Kasut Store 17. Qasout Store 18. Stylo Kreatif Store 19. Chic Inspirasi 20. Sepatu Star Shop |
Nama butik aksesori fesyen
Bebaskan sebarang sekatan inspirasi mencari nama butik aksesori fesyen dengan pelbagai lagi kategori gaya yang disediakan dalam fungsi Advanced Wizard kami. Cuba saja tetapan catchy names, ejaan alternatif, nama boleh berjenama dan fused names. Lebih seribu nama bagi setiap kata kunci yang dimasukkan akan terjana sekelip mata. Nama janaan dengan pelbagai variasi menarik boleh disesuaikan mengikut gaya tersendiri.
1. Blingora 2. Miracora 3. Gadis Chic 4. Gadis RadiXnce 5. Elegan Noble 6. Topi Spectra 7. Hias Pesona 8. The Ranggi Sleek 9. Kraf Evoke 10. Kraft Nectar | 11. The Puteri Shop 12. Gadis Grace Store 13. The Ranggi Charm 14. Topi Luxe 15. The Gadizz 16. Stailish Aura 17. Silver Elegan 18. Gadis Mystic Store 19. Glam Puteri 20. Puteri Serenity |
Penjana Nama Perniagaan Lain yang Berkaitan
Penjana Nama & Idea Syarikat Pengurusan Acara
Profesional melalui nama syarikat acara
Idea & Penjana Nama Perniagaan Pertanian
Cari nama perniagaan pertanian berkredibiliti
Idea & Panduan Penjana Nama Kursus Latihan
Jana nama kursus latihan yang menarik
Idea & Penjana Nama Bisnes Kek
Pilih nama bisnes kek yang sedap